12 di balakong - Google Blog Search |
RangBulan: TOYOTA <b>BALAKONG</b> RASIS Posted: 25 May 2013 09:50 PM PDT 23 May 2013, 09:56 PM 1. Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja gear box AUTO Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km atau setahun (mana satu yang lebih awal) baru tukar minyak gear auto ini masih meraung macam orang kena polong; Kes Avanza milik keluarga kami dirujuk: i. Sy tak pasti bila perlu ditukar sbb pihak Toyota tak kasi tahu atau letak pelekat/sticker ingatan buat kami; Apatah lagi jika yang punya Avanza ini adalah seorang isteri yang hanya KOSONG pengetahuannya tentang masalah teknikal sebuah kereta. Sedangkan sejak beli kami tak pernah tukar minyak gear di luar sentiasa di Pusat Servise Avanza di Balakong Selangor. Nak jadi kes: Kegagalan pihak Pusat Servis Toyota memantau perkara ini secara bersungguh-sungguh pengguna yang menaggung risiko. Jika ini terusan berlaku pastinya akan membuat semua pembeli akan bertukar ke kereta keluaran lain. Sebab kos untuk menukar baru gear box kereta Avanza ini amat MAHAL sampaikan RM20K. ii. Bila SUDAH meragam sy beli minyak gear keluaran Toyota buatan Japan... pertama kali tukar dengan pomen sendiri. Mak Datok keadaaan minyak teramat kotor seperti telah bertahun-tahun tidak ditukar. Sy memang percaya dengan khidmat Pusat Servis Toyota di Balakong sementelah isteri sy yang sentiasa menghantar di sana. Tapi melihat keadaan minyak sebegini nampak sangat ada sikap tak prihatin pihak Toyota dalam memantau Avanza kami. iii. Di label tin minyak yang sy beli; Siap tertulis Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari kebarangkalian masih tak stabil (atau memang mekanikal di dalam gear auto telah bermasalah) ; kami terpaksa berkejar ke Balakong. Apa yang berlaku Andy Lau Pit Then: Service Advisor berbincang dengan isteri saya; katanya minyak yang kami guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai hanya DX3 (kod spare part sama 08886 dengan minyak T-IV) Pihak Toyota buang minyak yang sy beli (sekitar RM100) baru pakai sehari. Sikap TAMAK & tidak mahu memberikan peluang pihak lain mencari rezeki dengan kenderaan Toyota ini bagi saya adalah sikap peniaga RASIS; samseng & tak bertamadun. Jika betul tak boleh guna minyak gear auto lain tempahlah pelekat tampal kat cermin kereta Avanza atau TULIS di buku panduan Avanza. Hanya Dexron ATF sahaja untuk Avanza. Silap masuk minyak gear auto habis kong. (Siapa mekanik sini sila beri pendapat) Dexron ATF kononnya hebat sesuai tapi bila taruh lagi teruk jadinya gear auto sy berbanding dari T-IV tin hitam lebih lancar. Di buku manual Avanza sy tidak pun jumpaditulis Dexron ATF untuk Avanza. Semua Avanza luar sana taruh minyak tin hitam T-IV seperti sy beli tak pun jadi masalah; yang pasti 8 tahun tak pernah tukar minyak gear auto di luar sentiasa di Pusat Servis Toyota. Bila sy tukar buat pertama kali tenguk punyalah likat hitam minyaknya. Pasti sy kecewa. Pomen di Balakong ini main-main tak betul ikut jadual ganti minyak auto gear Avanza itu yang jelas. Terbaru; bila sy balik buat servis suhu enjin naik tinggi. Bila sy pantau enjin Avanza sy kabel air pun tak disambung. Coolant punyalah mahal harga... Kes minyak gear auto: jika benar Pusat Servis Toyota Balakong jujur kenapa tak taruh baki 4 liters; ini pasti beli jenis tin besar jika begitu jangan tuntut bayaran 4 liters; sebab sy ganti sendiri mana habis tin 4 liters. banyak amat berbaki sekitar 3 liters sahaja diguna dari tin 4 liters. iv. Pemilik Toyota menukar minyak gear auto semestinya di hormati; isu yang remeh sebegini sebaiknya pusat servis Toyota perlulah berbudi bicara. Lebih baik bertanya dahulu dengan empunya kereta bukan main buang sahaja; takkan tak perasan minyak tersebut baru sehari diguna kenapa dibuang ikut suka hati; yang lagi sedih minyak tersebut memang keluaran Toyota buatan Japan. Ingat beli minyak tersebut dengan duit KULIT kerangkah?. Isteri sy memang telah memberi tahu minyak tersebut baru sehari dipakai; nampak sangat autanya pomen ini; sy memang nak tahu mereka ini smart atau tidak; sengaja sy taruh lebih dari sukatan. Jika benar tukar minyak lain takkan masih lebih sukatannya... hahaha!. 2. Sikap tak beretika dengan pelanggan wanita sebegini oleh staf di Pusat Servis Toyota pastinya akan membuat pengguna kenderaan Toyota menyampah untuk berurusan dengan Toyota. Kecuali kereta Toyota milik syarikat di manaboleh buat penolakan Cukai Pendapatan Syarikat yang merugikan kerajaan tentunya. Semua orang tahu Pusat Servis Toyota menggenakan bayaran servis amat mahal; bayangkanlah Long Life coolant RM29.90 sebotol; perlu ditukar 3 botol tiap kali buat servis di pusat servis mereka; tanpa berunding dengan pelanggan untuk coolant ini; main taruh saja. Pengguna kereta Toyota perlu berbelanja RM73.83 untuk coolant sahaja. Bagi sy ini bisnes menganiaya pihak pengguna perempuan. Isteri sy manalah tahu bab coolant ini. Jika sy berurusan dengan Toyota memang sy tolak. Hebat sangatkah coolant yang pihat Toyota bekalkan. RM73.83dah nak sama minyak hitam pun minyak gear harganya. Mak Datok i. hahaha berbalik kes gear auto sy yg memang telah rosak; masalah masih tidak berubah biarpun ditukar dengan dengan minyak gear auto Dexron ATF yang konon minyak PALING sesuai untuk Avanza 1.3. Ada ketika masih sangkut di gear rendah masih mengaum. Katanya gerigi di dalam gear auto sudah makan. Pengguna perlukan RM20K untuk membeli gear box yang baru di Pusat Servis Toyota seantero negara. Nahas. Dah tahu dah rongak gigi gear tu kenapa nak taruh mintak hebat?. Biarlah minyak kami guna tu kekal dah memang kena TUKAR gear box. Sy pasti tarak tukar pun sebab memang kami taruh lebih dari sukatan seperti sy ceritera tadi. 3. Ada sesiapa di sini tahu apa ke bendanya minyak gear auto Toyota Type T-VI ini konon katanya hanya sesuai untuk Vios dan jenama lain bukan tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di Tin yg saya beli tiada tertulis pun untuk kereta Toyota jenis apa.(Selalunya minyak enjin memang ada kadar kandungannya) Kod alat ganti sama 08886 di tin minyak gear sy beli pun di resit invoice pihak Toyota yang bekalkan 08886DX3. Jika benarlah telahan ini seharusnya pihak jurujual juga pengeluaran minyak gear box perlu menulis jenama kereta di tin mereka agar pengguna tidak tertipu. Tulis di resit invoise 4 litre mana lagi sekitar 1 liters yang harganya sekitar RM20. Sy beli tin 4 liters jika taruh dalam gear auto; melimpah atau gilerrr namanya. Hanya sekitar 3 liters sahaja perlu diisi. Pastikan TULIS di buku panduan agar pengguna Avanza lain tidak terkena hanya minyak Dexron ATF susah sangatkah!?. 4. Sy temui URL Toyota Avanza di Indon juga tempatan kebanyakan pomen tempatan mengguna Type T-VI keluaran Toyota untuk minyak gear auto Avanza seperti saya beli. Perlu diketahui kebanyakan barangan gantian di Toyota Balakong Selangor buatan Thailand. Kilang barangan gantian Toyota kini dibuka di Thailand bukan di negara Malaysia. Dalam masa yang sama jika kita membeli alat gantian di kedai pasar terbuka; masih terdapat barangan tulin/ori dari Japan tapi agak mahal. Barangan dari Thailand yang pihak Toyota bekalkan bukan saya nak komdem tetapi musibahnya Avanza kami jangan termasuk lubang sikit. Pasti berdengunglah tayar kereta kami. Tak seperti asal kami beli; bertahun-tahun lamnya ianya masih hebat. Ini berlaku banyak kali terkadang setahun sampai dua kali tukar. Hatta sy tukar sendiri di pomen sy bukan Pusat Servis Toyota; hampir separuh kali ganda murahnya. Malahan sy ADA banyak pilihan nak pilih buatan Thailand atau ori Japan atau bersepah barangan buatan Taiwan atau Balakong mari... di pasaran terbuka. 5. Perkara yang seakan sama berlaku sekitar tahun lalu di mana bateri yang baru dipakai sehari senang-senang ditukar dengan bateri baru oleh mekanik di Pusar Servis Toyota Balakong. Maklumlah mereka berurusan dengan isteri saya yang kosong masalah bateri. Macamlah bateri itu tak ada gerenti. Bayangkan jika kereta Toyota anda sangkut jauh di kampung halaman; takkan nak bergegas ke Pusat Servis Toyota sekadar tukar bateri. Dalam masa yang sama bila nak buat senggara sehari kemudian di Pusat Servis Toyota dikatakan bateri yang baru sehari beli itu bermasalah. Agaknya jika ada kabel getah lain yang lekat di Avanza kami pun mereka mahu buang. Seperti notis di lapik kaki kami; sy lapik dengan getah lain pun mereka kasi amaran bahaya. Sebab lapik kaki mereka 7 tahun sy pakai nampak baru. Tulis cara betul amaran tu; Jangan lapik sebarang lapik kaki lain di atas lapik kaki sedia ada milik Toyota. Ini amat bahaya kebarangkalian akan menyekat pedal brek tau pedal minyak. (Sila alihkan lapik sedia ada & pastikan tukar lapik kaki yang SELAMAT sekeping sahaja) Atau rekalah ayat yang lebih sesuai bukan ayat begini. "Use Toyota Original Equipped Floor Mat" orang akan gelak & akan kata apalah Toyota ni takut kilang lapik kaki mereka akan tutupkah atau pelbagai ayat lain jika kena guna lapik kati milik mereka sahaja. BIADAP@Tamak cara Toyota di Balakong ini berniaga.Takkan pihak Toyota tak kasi peluang penggguna kenderaan mereka bertukar ke jenama bateri yang lain ketika terdesak. Apakah hanya pihak Toyota yang HEBAT buat bateri, buat lapik kaki, pun buat minyak enjin; jenama minyak syarikat lain tak RETI. Nak cari pomen luar pun sekarag ni suasah dapat yang jujur seperti sy manalah tahu minyak gear auto tu Avanza hanya ada satu pilihan di Pusat Servis Toyota Balakong sahaja. Jika tahu takkan nak aniayakan kereta sendiri. Perkara sebegini kerajaan kena pantau & mesti dihentikan. Jangan ada peniaga berniaga cara BACUL begini. Takkan perkara remeh begini sy terpaksa buat repot polis. Berapa ramai kaum wanita di luar sana jadi makanan pihak Toyota Balakong ini. Ini baru kes Avanza kereta murah belum kereta mewah; secara lojik pun jika beli RM58K kenapa pihak Toyota perlukan RM20K untuk ganti seketul gear auto mereka. Toyota nak kaya cepat atau cukai kerajaan terlalu tinggi. Pihak kerajaan perlu memantau perkara ini agar tiada berlaku perniagaan yang licik lagi bacul sebegini. Kasihan rakyat Malaysia. Nak beli MPV buatan tempatan cer semak berapa harganya?. Kualitinya yang dipertikaikan oleh pengguna. Beli Toyota yang harga patut lain pula ceriteranya. |
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan