Khamis, 7 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


PAPA GOMO: Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> Hentikan Datum Jelatek <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus menerima desakan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghentikan projek super mewah Datum Jelatek dari terus dibangunkan.

Menurut Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membangunkan projek perumahan mampu milik dan bukan sebaliknya.

"Kondominium super mewah 45 tingkat Datuk Jelatek ditawarkan dari RM 956 000 hingga RM 11.6 juta langsung tidak munasabah untuk dibeli orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20 000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, wakil dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Waris Malaya, dan Kelab Perbadanan Insan Selangor.
Beliau turut mempertikaikan tindakan PKNS menjual dua blok kondominium tersebut secara en-block kepada rakyat Singapura.

"Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat berbanding rakyat Singapura. Nampaknya Menteri Besar Selangor melaksanakan visi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan."

Pada majlis yang sama, Presiden JMM Azwanddin Hamzah mendesak Menteri Besar untuk mendedahkan identiti Wiramas (M) Sdn Bhd, Surbana International Consultant (M) Sdn Bhd dan lembaga pengarah projek Datum Jelatek kepada umum.

Sebelum ini, Khalid mengumumkan tapak pembinaan tersebut akan didirikan empat blok pangsapuri mampu milik untuk warga tempatan dan pelan tersebut diubah kepada projek kondominium mewah Datum Jelatek.

Sumber KLPOS


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 

Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 

Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 

Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Aedi Rizwan: Himpunan Waris Malaya <b>di Batang Kali</b>

Posted: 23 Feb 2013 11:48 AM PST

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Remaja Maut Kemalangan <b>Di</b> Jalan <b>Sungai</b> Rengit-Kota <b>Tinggi</b>

Posted: 17 Feb 2013 06:42 PM PST

Di Kota Tinggi, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta.

Kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi ini menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fitri Zamali, dari Kampung Sungai Sembilang, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tempat kejadian.

Remaja maut motosikal bertembung dengan kereta

Misrul Nizam (empat,kanan) mengangkat jenazah Mohd Fitri menaiki van jenazah. Gambar dari Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Saga.

"Kereta Proton Saga itu daripada arah Sungai Rengit menuju ke Kota Tinggi, manakala motosikal terbabit dari arah Kota Tinggi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Proton Saga dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk menerima rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan,"

Jenazah Allahyarham Mohd Fitri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sembilang, di sini.

- Sinar Harian

Incoming search terms:

  • sinar harian Remaja maut bertembung Saga mohd fitri (2)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Lombong Emas | PUBLIC GOLD | richpositive.com

Posted: 05 Mar 2013 05:20 PM PST

KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu. Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap. Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.

Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong. Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah. Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

YAKIN HIDUP BERUBAH… Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini. Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi. Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu. "Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta)," katanya.Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi. Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).

Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak. Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum "buruan emas" yang baru terus terbina.

Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan. Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.

Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik. Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong. Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang. Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.

Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka. "Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes," katanya.

Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan. "Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer. "Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain," katanya. Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina – Chile. Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa. Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.

Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter. Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan. Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas – biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.

Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini. Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang. Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini. Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.

Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama. "Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih. "Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas," katanya. Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib. Peralatan mereka sangat sederhana – satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir. Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan. Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya. "Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami," katanya. Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar. Ia disokong Souter. Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari. "Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza. "Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal," katanya.

Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu. Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).

Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza. Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum. Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ. Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.

"Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini," katanya. Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti. Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ. "Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut," katanya.

Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang. Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia. Jongkong emas terbaik dikenali sebagai 'London Good Delivery' dengan berat kira-kira 11.3 kilogram. Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).

Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas. "Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna," katanya. Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/15

senang je nak mendulang emas…mari saya tunjukkan caranya…

Goldbar emas publicgold.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


OPTIMIST UiTM: JCM @ <b>Beranang</b>

Posted: 17 Feb 2013 09:52 PM PST

Sepanjang cuti semester kali ni, warga OPTIMIST UiTM telah terlibat dengan beberapa lokasi untuk program Jom Check Mata (JCM). Antaranya ialah pada 3 Februari 2013 yang lalu, JCM telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Kesihatan Beranang, daerah Hulu Langat. 
Memetik daripada blogger Fatin yang juga merupakan pelajar optometri tahun 2, di situ terdapat empat saringan (kaunter) iaitu saringan refraksi, saringan glaukoma, saringan diabetik retinopati dan saringan katarak. Tetapi pesakit terlebih dahulu dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas selesai semua saringan, optometrist yang bertugas akan memberikan konsultasi kepada pesakit.
Sekitar suasana JCM di Klinik Kesihatan Beranang;
Kaunter Visual Acuity Test. (Subjective refraction)
Kaunter Autorefraktometer (Objective refraction)
Kaunter saringan diabetik retinopati.


Kaunter konsultasi oleh Optometrist UiTM

JCM di Klinik Kesihatan Beranang yang berlangsung selama sehari ini telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar daerah Hulu Langat. Ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program JCM kali ini.  =))

Sekian,

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Membeli Belah <b>di</b> GM <b>Klang</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 04 Mar 2013 06:06 AM PST

Hujung minggu lepas, buat pertama kali saya ke GM Klang. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat orang lain berkongsi gambar membeli belah di pusat pemborong barangan terbesar dan serba lengkap ini.

Teringin juga nak pergi, tapi setakat nak beli baju sehelai dua, rasa tak berbaloi untuk memandu dan bayar tol.

Kali ini saya memcari pakaian sedondon kami adik beradik untuk majlis perkahwinan adik bongsu saya bulan Jun nanti.  Berbaloi untuk memandu sejauh itu dan habiskan satu hari menjelajah tiap tingkat.

GM Klang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic , GPS Coordinate – 2.990742,101.448956

lokasi ke GM KlangKalau ikut Lebuh raya Shah Alam, dah boleh nampak bangunan GM Klang sebelum keluar dari lebuh raya.

lokasi GM KlangYang saya suka, tempat parkir kereta percuma. Boleh berwindow shopping sehari suntuk. Kami meronda 3 tingkat bangunan ini sampai puas.  Lot-lot kedai di GM Klang  menjual  pakaian lelaki & wanita, pakaian kanak-kanak, kasut, beg, jam,barangan perhiasan rumah, barangan perkahwinan, barang perhiasan wanita  dan seribu satu barangan.

Kebanyakkan kedai memberi harga borong apabila kita membeli dalam kuantiti yang banyak. Kami borong 17 helai pakaian untuk wanita ,10 helai t-shirt lelaki dan 3 pasang pakaian kanak-kanak.

beli kasut di GM Klang
Kasut Intan berharga RM 8

kedai pakaian kanak-kanak di GM KlangAdik ipar saya juga berniaga di GM Klang.

Kedainya di buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Fana Kids
3F-73,3rd Floor,Blok A,GM Klang Whs City,
Jln Kasuarina 1,Bdr Botanic Capital, 41200 Klang
Tel : 017-618 5039

Kalau sesiapa ke GM , singgahlah di tingkat 3. Dia menjual pakaian kanak-kanak.

ads