12 di klang - Google Blog Search |
Membeli Belah <b>di</b> GM <b>Klang</b> | Hidup Biar Sedap Posted: 04 Mar 2013 06:06 AM PST Hujung minggu lepas, buat pertama kali saya ke GM Klang. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat orang lain berkongsi gambar membeli belah di pusat pemborong barangan terbesar dan serba lengkap ini. Teringin juga nak pergi, tapi setakat nak beli baju sehelai dua, rasa tak berbaloi untuk memandu dan bayar tol. Kali ini saya memcari pakaian sedondon kami adik beradik untuk majlis perkahwinan adik bongsu saya bulan Jun nanti. Berbaloi untuk memandu sejauh itu dan habiskan satu hari menjelajah tiap tingkat. GM Klang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic , GPS Coordinate – 2.990742,101.448956 Kalau ikut Lebuh raya Shah Alam, dah boleh nampak bangunan GM Klang sebelum keluar dari lebuh raya. Yang saya suka, tempat parkir kereta percuma. Boleh berwindow shopping sehari suntuk. Kami meronda 3 tingkat bangunan ini sampai puas. Lot-lot kedai di GM Klang menjual pakaian lelaki & wanita, pakaian kanak-kanak, kasut, beg, jam,barangan perhiasan rumah, barangan perkahwinan, barang perhiasan wanita dan seribu satu barangan. Kebanyakkan kedai memberi harga borong apabila kita membeli dalam kuantiti yang banyak. Kami borong 17 helai pakaian untuk wanita ,10 helai t-shirt lelaki dan 3 pasang pakaian kanak-kanak. Adik ipar saya juga berniaga di GM Klang. Kedainya di buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Fana Kids Kalau sesiapa ke GM , singgahlah di tingkat 3. Dia menjual pakaian kanak-kanak. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan