Jumaat, 25 April 2014

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


KEM BATU 10, KUANTAN INI TERLETAK <b>DI NEGERI SELANGOR</b> <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 08:44 AM PDT


Tidak di catu tetapi terlalu kerap terganggu bekalan .. bahasa lain .. ayat lain tetapi maknaya hampir serupa.

Oleh itu jangan terlalu mendabik dada cakap besar berdegar-degar sampai beritahu satu dunia hendak bekalkan air ke negeri Selangor .. ibu negeri sendiri pun bekalan air asyik semput.

Sebelum buka mulut cakap besar pastikan suluh muka dulu kat cermin berpuluh kali ..

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Aroma Ikan Bakar <b>di</b> Jeram, <b>Kuala Selangor</b> - asparaguswhite

Posted: 13 Apr 2014 10:44 PM PDT

Assalamualaikum semua, kali ni berkongsi pula JJCM di Aroma Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor. Maaf sebenarnya aktiviti makan bersama keluarga ni dah lama dah, gambar-gambar terperap di dalam komputer sekarang ni lah ade masa nk mengupdate mana-mana yang patut untuk dikongsi bersama-sama. Makan di Aroma Ikan Bakar ini dijamin kepuasannya dari segi rasa makanan dan harganya ( tapi selalunya harga seafood ni bergantung kepada naik turun harga di pasaran yea) cz masa aku pergi makan dgn family mmg berbaloi harganya. sekali sekala makan takpelah kan? yang penting kualiti masa dengan family itu yang lebih manfaat dan utama. Ok kita tgk picture sambil bercerita sikit k.
Inilah gerbang pintu masuk ke Aroma Ikan Bakar, Time ni petang. Kalu takut tempat takde u better make a reservation dulu, tapi aku call byk kali tempat full aje, Byk kali aku pergi mmg semuanya walk in. Alhamdulillah kebanyakn dpt tempat yang best view dia.
Bile dah kaut memana yang patut dan perlu tu jenuh pulak aku dgn kaklong nak pikir masak apa. Banyak jugak seafood yang kami amik dalam bekas tu. pikir punyer pikir so ni lah menu kami.


 Alhamdulilah sambil makan sambil berborak2 dgn family, mmg masa yng paling menyeronokkan buat kami. Kenyang sungguh.
 Alhamdulillah, puas hati kami dgn menu n rasa makanannya. Dekat sini kemudahan seperti surau dan bilik air disediakan, Jadi jangan makan sampai tak solat pulak. Dari segi customer service nya agak so n so mungkin disebabkan ramai orang jadi agak lmbat sikit masa preparation for our dish itu. so kena sabar sikit menunggu, Nasib baik ade pantai kt depan tu, so bolelah menenangkan perut yang sdg berkeroncong sambil sabar menunggu. Hihiihi.. Terbaek!!!

p/s otw nak ke Jeram ni jangan lupa singgah ke Cendol Bakar, boleh drive through jer, jimat masa.
Adoiaiii aku tgk gambar yang aku upload ni terliur n terbayang-bayang rasanya..hahaha

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Hi-Tea Perpaduan <b>di Puchong</b> Perdana Ahad ini - Harakah Daily

Posted: 23 Apr 2014 10:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi memupuk hubungan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini, Lajnah Pepaduan Nasional (LPN) PAS  Pusat dengan kerjasama LPN PAS Selangor akan menganjurkan majlis Hi-Tea Perpaduan di Dataran Tasek Puchong Perdana, Ahad ini.

Majlis minum petang yang berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang itu terbuka kepada umum khususnya yang tinggal di kawasan persekitaran sebagai tanda perpaduan semua kaum di negara ini.

Menurut Pengerusi LPN PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof, pihaknya mensasarkan setiap negeri mengadakan pertemuan perpaduan melalui makan malam dan hi-tea.

"Setakat ini Pulau Pinang telah menjalankan majlis sedemikian dan beberapa negeri lain," katanya.

Tujuan utama majlis seumpama ini diadakan, tambah Mujahid adalah untuk menyambut tema "Rahmat Untuk Semua" yang diketengahkan Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Pusat di Shah Alam tahun lalu.

Di masa yang sama, Mujahid mengharapkan aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memainkan peranan dalam menjayakan cita-cita perpaduan ini.

Beliau yg juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengucapkan terimakasih kepada LPN PAS Selangor atas kesudian menjadi tuan rumah dan sokongan penuh yang diberikan PAS Selangor bagi menjayakan program itu.

Majlis hi-tea ini akan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Presiden juga akan melancarkan buku 'Berdialog Dengan Gereja' yang merupakan rakaman kepada usaha PAS melalui LPN untuk mengadakan dialog dengan pihak gereja dalam isu kontroversi kalimah Allah," ujar Mujahid.

Buku karangan Mujahid itu telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan tajuk "Engaging Christianity".

Buku ini, tambah beliau boleh dijadikan sebagai rujukan dan tanda aras hubungan antara agama di negara ini.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di</b> Putrajaya, <b>Bangi</b> dan seluruh Selangor

Posted: 25 Apr 2014 01:35 AM PDT

Minggu lepas kami dah share mengenai Pengedar Shaklee di Cheras, Ampang, Wangsa Maju dan Kuala Lumpur . Hari ini kami nak berkongsi mengenai Pengedar Shaklee di Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, Sungai Buloh, Gombak, Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan seluruh Selangor.
Bagi anda warga Selangor yang ingin mendapatkan Produk Shaklee dan Set Shaklee seperti :
Atau sebarang produk Shaklee yang ada dalam Malaysia ni, kini anda boleh mendapatkannya secara COD atau pun self pick-up. Kalau nak poslaju pun boleh juga J
Kami menerima pembayaran secara :
Untuk memudahkan anda mendapatkan Produk Shaklee anda. Bagi anda yang tinggal di Selangor, berikut adalah senarai Pengedar Shaklee yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan produk Shaklee anda atau untuk Daftar Ahli Shaklee. (Bayaran untuk Daftar Ahli Shaklee amat murah, hanya RM65 seumur hidup dan kos pos RM10.)
Pengedar Shaklee di Putrajaya
1 ) Puan Shasharina Sa'adon
3) Puan Norhasliza Ismail
Pengedar Shaklee Selangor
Setia Alam, Shah Alam, Klang
Puchong, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang
Shah Alam dan Subang Jaya
013 282 6262/019 318 8981
Bangi, Kajang, Equine Park, Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya
10 ) Puan Ruziyana 0105474347
UPM, Serdang, Salak Tinggi, Sepang
Shah Alam, Klang, Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Telok Panglima Garang, Banting
Shah Alam, Klang, Setia Alam, Subang
Puchong, USJ, Kelana Jaya,PJ
14 ) Puan Noraimi Syazwani Mohd Yusoff
16 ) Zoharini – Bangi – 017-3764237
17) Ruzaini Bohari – Cyberjaya – 016-7472471
Ya kami menerima pembayaran menerusi kredit kad dan Paypal. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian khas 0111 999 5667
Bagaimana dengan Pengedar Shaklee di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak?
InshaaALLAH kami akan update from time to time. Jika anda rasa perlu, anda boleh subscribe kepada blog ini untuk dapatkan maklumat mutakhir tentang Shaklee.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Produk Shaklee, Harga Produk Shaklee, Harga Set Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee di Cheras dan Ampang  melalui link tersebut.
Atau hubungi kami melalui saluran berikut :

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


NOTE TO SELF: 283 : <b>Ulu Yam di</b> Liverpool

Posted: 18 Apr 2014 08:37 AM PDT

Buku kali ini adalah buku 'Ulu Yam di Liverpool'. #UYDL
Dah beli sejak bulan 1 tapi bulan 4 baru start dan habis baca.

Tajuk buku : Ulu Yam di Liverpool - Aku bukan Mat Salleh Celup!
Penulis : Nazali Noor
Bilangan muka surat : 496
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup penulis itu sendiri. Sejak dari kecil, penulis mempunyai cita-cita yang besar tetapi sering ditertawakan oleh rakan-rakannya yang tidak percaya kepada impian penulis. Gaya penulisan buku ini santai tetapi sampai isinya kepada pembaca.

Dalam buku ini juga dikisahkan jerih perih hidup yang dilalui oleh penulis. Namun tidak ada sedikit pun yang mematahkan semangat beliau. Kasih sayang beliau terhadap keluarga sangat menyentuh perasaan pembaca. Sambil baca, saya dapat rasakan perasaan ikhlas dari penulis. Kasih sayangnya kepada ayah, emak, along dan tidak dilupakan kepada isterinya, Ain yang banyak berkorban. Sehngga kini beliau berjaya dan menjadi Pensyarah Kanan di John Moores University.

Saya sebak dengan kebanyakkan bab -bab yang ditulis dalam buku ini. Setiap bab yang ditulis mempunyai nilai yang boleh diambil. Antara pengajaran yang begitu terkesan dalam hati saya adalah

1. Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan bakat masing-masing. Seperti penulis, beliau banyak kali juga ditertawakan kerana tidak pandai bermain bola dan berbadan besar. Akan tetapi beliau mempunyai kelebihan interpersonal yang tinggi. Mampu bergaul dan disenangi semua. Walaupun tidak berada dalam golongan orang pandai atau orang popular, kisah hidupnya memberitahu kita bahawa rezeki itu di tangan Tuhan. Berjaya sekarang bukan bererti kita berjaya selamanya. Ianya memerlukan usaha dan kesungguhan yang berpanjangan. Gagal sekarang juga bukan gagal selamanya. Yang penting, bagaimana kita bangkit dari kegagalan.

2. Penulis hanya mengambil diploma dalam pengurusan fasiliti. Pada kita mungkin tidak popular dan berkira-kira di masa hadapan, mahu bekerja sebagai apakah? Orang hanya memandang jurusan yang berjaya adalah kedoktoran atau kejuruteraan. Faktor universiti yang terkenal juga bukan faktor utama kejayaan kita. Ianya hanya wasilah. Yang penting adalah usaha. Selesai menamatkan diploma, beliau sambung dengan ijazah dan bekerja dalam sektor perbankan. Rezeki itu ada di mana-mana bukan? Kerana kecemerlangannya, beliau berjaya sambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Malah telah dijemput sebagai penceramah di seminar-seminar antarabangsa dalam bidang pengurusan fasiliti. Jurusan apa dan institusi pendidikan manakah kita belajar, kita akan berjaya. Kata kuncinya adalah usaha dan percaya :)

Buku ini sangat membuka minda dan menginspirasikan saya. Lebih-lebih lagi kebelakangan ini perjalanan akademik saya di universiti tidak begitu memberangsangkan. InsyaAllah dah dapat semangat! hehe..

Saya sangat mengesyorkan anda membaca buku ini. Sangat menarik. Best seller dengarnya buku ini. Boleh google untuk mendapatkan infonya.

Till then! Wallahualam.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Derita tanpa air <b>di Balakong</b> | ACT for Malaysia

Posted: 27 Feb 2014 08:37 PM PST

balakong water crisis photo 1BALAKONG: Semenjak penutupan dua buah loji rawatan air di Selangor kerana kandungan amonia yang tinggi di Sungai Langat 28 Jan lalu, kawasan Balakong mula mengalami masalah bekalan air bersih.

Kini, sudah hampir sebulan penduduk Balakong menderita dek kerana bekalan air bersih yang terhad itu menjejaskan kehidupan seharian penduduk di sana.

Semalam, FMT telah melawat beberapa kawasan di Balakong yang terjejas dengan masalah ini.

Menurut seorang penduduk di Pangsapuri Kenari, Syaria Kassim, 43 tahun, dia terpaksa berulang-alik tiga tingkat tangga untuk mengambil bekalan air untuk kegunaan isu rumahnya.

Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, bebanan ini menyebabkan penyakit asma yang dihidapinya bertambah buruk.

"Ini menjejaskan kesihatan sebab kita penat. Sebelum itu kita tak penat, semenjak ada (bekalan) air (kecemasan) ini, dah dua kali kita pergi ke klinik untuk terima rawatan," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun diserang asma, dia terpaksa mengambil bekalan air kecemasan untuk kegunaan keluarganya di siang hari kerana suaminya bekerja.

"Kita anak ramai tak cukup juga ni. Kita pun kadang-kadang pukul 1 petang, pukul 3 petang keluar ambil air tapi bekalan pun tak cukup.

"Orang ramai, ada empak blok (pangsapuri), bekalan air ini memang tak cukup," katanya lagi.

Di Taman Impian Ehsan pula, sebuah keluarga terpaksa berbelanja lebih untuk menjamu selera apabila mereka terpaksa makan di luar semenjak krisis bekalan air ini bermula.

"(Kos perbelanjaan) tak dapat nak cakap sebab sepanjang tiga minggu ni makan di luar. Kalau seorang dalam RM10, ada lima orang dalam rumah jadi dah RM50 sekali makan. Kalau tiga minggu?," kata Izzatul Mohd Rahim, 20 tahun.

Menurut Izzatul, yang sedang menjalankan latihan amali di sebuah hotel, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan pihak tentera menghantar bekalan air kecemasan kepada penduduk di sini.

Jadual tak tentu

Namun, menurut Izzatul, waktu bekalan air dihantar yang tidak menentu menyukarkan penduduk untuk merancang jadual masing-masing.

"Selalu dia hantar malam… kadang-kadang pukul tiga pagi… jadi orang baru nak tidur terpaksa bangun untuk ambil air untuk mandi, untuk anak pergi ke sekolah.

"Malam dah ambil air siap-siap, dah lambat tidur, pagi nak kena bangun lagi. Kalau kerja petang, pagi nak kena menunggu mereka masuk dan tambah bekalan air," katanya lagi.

Tambah Izzatul, ada penduduk yang terpaksa menumpang rumah saudara, pergi ke hotel atau perhentian-perhentian lebuh raya terdekat hanya untuk mandi.

Selain itu, bekalan air yang dihantar juga terlampau sedikit berbanding jumlah penduduk di sana.

"Mereka isi semula tong air itu sehari sekali atau dua hari sekali. Dan ia hanya bertahan lima hingga 10 minit kerana orang ramai yang datang mengambil," jelasnya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai dobi di sini berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga servis mereka kerana mereka terpaksa membeli bekalan air untuk menyambung operasi mereka.

"Dah dua minggu kami tutup, air pun kami beli sendiri dengan harga RM100 setong. Kos perniagaan meningkat dalam 30%.

"(Sambung operasi) merugikan ada la, beli tong (air) pun dah ratusan ringgit…sepanjang dua minggu (tutup kedai) itu tak ada pendapatan langsung," kata Liza Abdul Rasul, 28 tahun.

Tandas restoran

Sementara itu, Restoran Thaqwa Corner di Taman Balakong Jaya pula terpaksa menutup tandasnya dari digunakan pengunjung untuk mengurangkan penggunaan air.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menggunakan cawan dan pinggan pakai buang untuk tujuan yang sama.

"Kita dah tahu biasa dah dekat sebulan (masalah air) ini jadi kita dah simpan air dalam tong. Kos kita meningkat kerana terpaksa beli peralatan pakai buang ini.

"Pelanggan pun ada yang kurang selesa terpaksa menggunakan cawan pakai buang ini semua. Kita pun terpaksa cari lebih kerja untuk membantu jadi kos memang meningkat," kata pengurusnya, Riaz Kan.

Menurutnya, walaupun pada asalnya pelanggan ada yang tidak berpuas hati kerana kurang selesa, namun kini mereka memahami masalah yang dihadapi oleh pihaknya.

from your own site.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


(6 Gambar) Kilang sarung tangan <b>di</b> Salak Tinggi <b>Sepang</b> terbakar <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 10:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi. Punca kejadian masih disiasat. -Berita Harian ...

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


MB: Air cukup <b>di Kuala Langat</b>, tetapi kurang di empangan KKB

Posted: 23 Apr 2014 12:18 AM PDT

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri berpendirian tawaran Kerajaan Negeri Sembilan untuk membekalkan air ke Selangor sebagai tidak sesuai untuk dipertimbangkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu hanya mampu memberi impak terlalu kecil sedangkan kos yang diperlukan pula agak tinggi.
"Kita cukup air di kawasan Langat tetapi tidak cukup di Empangan Selangor di Kuala Kubu Baru (KKB), jadi kalau nak bawa air dari Negeri Sembilan ke sana agak jauh dan kos juga tinggi.
"Kalau dekat kawasan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang) tidak apa tetapi sekarang yang tidak cukup di KKB.
"Jumlah air yang ditawarkan juga cuma lima peratus dari penyelesaian masalah," katanya dalam satu sidang media, di sini.
Terdahulu beliau merasmikan program 'Jom Membaca 10 Minit' yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali dan Pengarah PPAS, Mastura Muhamad.
Mengulas usaha pembenihan awan, Abdul Khalid berkata pihaknya sentiasa bersedia melakukan pembenihan awan di kawasan Empangan Sungai Selangor yang kini kritikal sekiranya sesuai.
"Hujan lebat yang berlaku sekarang juga tidak kena empangan, bila ada awan melintasi kawasan empangan yang berkeluasan 600 hektar, kita akan buat pembenihan awan.
"Awan hujan memang ada, Selangor juga tiap-tiap hari hujan, kalau takungan di Shah Alam tiada isu, Kuala Lumpur pun hujan tetapi yang kritikal di Kuala Kubu Baru (Empangan Sungai Selangor)," katanya lagi.EZY

ads