12 di ulu yam - Google Blog Search |
NOTE TO SELF: 283 : <b>Ulu Yam di</b> Liverpool Posted: 18 Apr 2014 08:37 AM PDT Buku kali ini adalah buku 'Ulu Yam di Liverpool'. #UYDL Dah beli sejak bulan 1 tapi bulan 4 baru start dan habis baca. Tajuk buku : Ulu Yam di Liverpool - Aku bukan Mat Salleh Celup! Penulis : Nazali Noor Bilangan muka surat : 496 Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd Buku ini mengisahkan perjalanan hidup penulis itu sendiri. Sejak dari kecil, penulis mempunyai cita-cita yang besar tetapi sering ditertawakan oleh rakan-rakannya yang tidak percaya kepada impian penulis. Gaya penulisan buku ini santai tetapi sampai isinya kepada pembaca. Dalam buku ini juga dikisahkan jerih perih hidup yang dilalui oleh penulis. Namun tidak ada sedikit pun yang mematahkan semangat beliau. Kasih sayang beliau terhadap keluarga sangat menyentuh perasaan pembaca. Sambil baca, saya dapat rasakan perasaan ikhlas dari penulis. Kasih sayangnya kepada ayah, emak, along dan tidak dilupakan kepada isterinya, Ain yang banyak berkorban. Sehngga kini beliau berjaya dan menjadi Pensyarah Kanan di John Moores University. Saya sebak dengan kebanyakkan bab -bab yang ditulis dalam buku ini. Setiap bab yang ditulis mempunyai nilai yang boleh diambil. Antara pengajaran yang begitu terkesan dalam hati saya adalah 1. Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan bakat masing-masing. Seperti penulis, beliau banyak kali juga ditertawakan kerana tidak pandai bermain bola dan berbadan besar. Akan tetapi beliau mempunyai kelebihan interpersonal yang tinggi. Mampu bergaul dan disenangi semua. Walaupun tidak berada dalam golongan orang pandai atau orang popular, kisah hidupnya memberitahu kita bahawa rezeki itu di tangan Tuhan. Berjaya sekarang bukan bererti kita berjaya selamanya. Ianya memerlukan usaha dan kesungguhan yang berpanjangan. Gagal sekarang juga bukan gagal selamanya. Yang penting, bagaimana kita bangkit dari kegagalan. 2. Penulis hanya mengambil diploma dalam pengurusan fasiliti. Pada kita mungkin tidak popular dan berkira-kira di masa hadapan, mahu bekerja sebagai apakah? Orang hanya memandang jurusan yang berjaya adalah kedoktoran atau kejuruteraan. Faktor universiti yang terkenal juga bukan faktor utama kejayaan kita. Ianya hanya wasilah. Yang penting adalah usaha. Selesai menamatkan diploma, beliau sambung dengan ijazah dan bekerja dalam sektor perbankan. Rezeki itu ada di mana-mana bukan? Kerana kecemerlangannya, beliau berjaya sambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Malah telah dijemput sebagai penceramah di seminar-seminar antarabangsa dalam bidang pengurusan fasiliti. Jurusan apa dan institusi pendidikan manakah kita belajar, kita akan berjaya. Kata kuncinya adalah usaha dan percaya :) Buku ini sangat membuka minda dan menginspirasikan saya. Lebih-lebih lagi kebelakangan ini perjalanan akademik saya di universiti tidak begitu memberangsangkan. InsyaAllah dah dapat semangat! hehe.. Saya sangat mengesyorkan anda membaca buku ini. Sangat menarik. Best seller dengarnya buku ini. Boleh google untuk mendapatkan infonya. Till then! Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from di ulu yam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan