Rabu, 22 Februari 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Apa!Kapal milik ISRAEL berlabuh <b>di</b> Malaysia... - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST

Dalam akbar SINAR hari ni (Berita Nasional,halaman 3)pihak-pihak propembangkang ni sibuk mempersoalkan tindakan kerajaan pusat benarkan 2 kapal milik ISRAEL berlabuh di Westport baru-baru ni..Hahahaaahaha..dah takde modal lain ke?
Jom klik kita bongkarrrr......betul ke kata mereka...JAWAPANnya ada disini

Mengapa kapal dagang ZIM USA dan ZIM ATLANTIC boleh berlabuh di Port Kelang ialah sebab kapal tu didaftar di Liberia dan bukannya Israel walaupun syarikat ZIM ni milik Israel.

Jadi secara automatiknya, pendaftaran syarikat/kapal2 itu adalah dinegara yang didaftarkan.
Kenapa orang Cina & India yang didaftarkan di Malaysia di kenali sebagai warganegara Malaysia, tetapi bukan sebagai warganegara Cina atau India sedangkan mereka adalah orang dari Cina dan India??

Begitu juga dengan situasi Kapal yang didaftarkan ini.
Di bawah adalah maklumat mengenai kontena ZIM Atlantic. Kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.

Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar.Gambar dibawah ini merupakan bukti kapal yang dikatakan milik Israel ini didaftarkan dinegara Liberia

Jadi sudah jelas kepada kita semua bahawa kapal ini adalah dari negara Liberia seperti yang tercatat dalam pendaftaran.Dibawah adalah pejabat di kawasan Asia dan beberapa carta organisasi yang terbabit

Pengiktirafan yang diterima syarikat ini.

Jadi, dapat disimpulkan disini, Pengurus syarikat ini adalah seorang yang bijak, walaupun tahu kapal yang didaftarkan dinegara Israel tidak dibenarkan masuk, oleh sebab itu mereka daftarkan kapal ini di negara Liberia.

Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang.
Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998.Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Navigation Company (Zim Lines).

Satu fenomena yang tidak difikirkan oleh pembangkang dalam menyoalkan situasi ini ialah sebanyak manakah barang dagangan yang kita guna seharian dalam kehidupan kita?
Mari kita lihat sini barangan Israel yang kita guna.

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Kes culik remaja lelaki <b>di Semenyih</b> selesai | Berita Harian net

Posted: 13 Feb 2012 03:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Polis dapat menyelesaikan kes seorang remaja lelaki 14 tahun yang diculik di Semenyih baru-baru ini berikutan tertangkapnya seorang lelaki berumur 26 tahun di Perak, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan ...

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Detikdaily - Hikmah <b>di</b> sebalik rombakan portfolio <b>negeri Selangor</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST

Oleh Penulis Khas

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar r.a.: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBBsrRKJYSiP2YUNHWf8QXataQX2WRD-Nyp3wuTs1FqNuiHrArrZ7CY8wVxV8fh3klN8sUBRzIfxB7wLcUvAiwOhb0M4_PuP4rUc8_fenOhzdo-3zYus6LtofeXXucPAhAPTrOJ28gxoja/s1600/yunusjpg.jpgan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (menunaikan amanahnya)..."

Ribut dalam cawan ekoran pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dari parti dan kerajaan negeri berakhir dengan perlantikan Ahli Dewan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) yang baru.

Perlantikan Dr Ahmad diperkenankan Sultan Selangor dan majlis penyerahan watikah perlantikan berlangsung di di Bilik Singgahsana, Istana Kayangan, Shah Alam, 18 Januari lalu.

Perlantikan baru itu turut menyaksikan rombakan kecil dilakukan Menteri Besar dengan beliau mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Dr Ahmad Yunus pula diamanahkan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri.

Perubahan kecil ini bagaimanapun dijadikan modal parti pembangkang (Umno- BN) untuk mengeruhkan suasana. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Abdul Khalid yang didakwa kononnya cuba mengecilkan peranan PAS dalam kerajaan negeri.

Malah tindakan tidak melantik Pesuruhjaya PAS negeri sebagai Exco baru juga dijadikan modal untuk menyerang PAS oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri yang kemaruk kuasa.

Mungkin kejahilan mereka terhadap konsep amanah dan kepimpinan menyebabkan Umno gagal memahami budaya politik PAS dan sikap pemimpin PAS terhadap kuasa dan amanah kepimpinan.

Bagi Umno, kuasa adalah segala-galanya dan amanah kepimpinan adalah peluang untuk mengumpul pengaruh, kedudukan dan harta. Bagi PAS, kuasa pemerintahan adalah amanah dan sesiapa juga yang dilantik perlu menjaga amanah kepimpinan tersebut.

Maka mereka terpinga-pinga apabila Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berharap untuk dilantik Exco apatah lagi jika ada yang lebih layak untuk mengisi jawatan itu.

Setelah gagal mengadu domba pemimpin PAS dalam isu perlantikan Exco, rombakan portfolio juga dijadikan isu. Kononnya hanya PAS yang layak memegang portfolio agama kerana berlatarbelakangkan agama bukannya Menteri Besar. Sedangkan mereka menyedari pengerusi majlis agama dan pengarah jabatan agama negeri sendiri bukan berpendidikan agama. Exco agama di era pemerintahan BN juga bukan berkelulusan agama malah Dr Hasan Ali yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini juga, bukan berkelulusan agama.

Ketika menjelaskan hal rombakan itu, Menteri Besar menyebut bahawa ia dibuat berdasarkan pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

Adalah tidak adil bagi Dr Ahmad Yunus memegang portfolio agama sedangkan pilihan raya umum bakal berlangsung tidak lama lagi dan beliau perlu mengambil masa untuk memahami sistem pentadbiran agama negeri itu.

Adalah tidak praktikal bagi exco baru untuk bergelut memahami sistem daripada memberi fokus kepada aspek penyampaian.

Malah pengalaman tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat menyaksikan bagaimana wujud anasir-anasir tertentu dalam pentadbiran majlis dan jabatan agama yang tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar dan program kerajaan negeri.

Menteri Besar juga mahu hal ehwal majlis agama berada di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan ini dimudahkan apabila setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Beliau juga dapat mempengerusikan dan melihat perkemba ngan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita juga yakin Menteri Besar dapat memberikan pandangannya terhadap hal ehwal Mais dan Jais kepada Sultan Selangor memandangkan beliau dijadual menghadap baginda pada setiap minggu bagi menyembah maklum perkembangan negeri.

Kekerapan bertemu baginda akan memudahkan Ketua Agama Islam Negeri itu diberi maklumat yang benar tentang perkembangan negeri termasuk hal ehwal Islam.

Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemikiran Umno masih terikat pada kotak pemikiran lama. Bagi Umno, PAS hanya layak bercakap tentang soal agama. Sedangkan agama Islam sebenarnya mencakupi segenap bidang kehidupan.

Umno dan BN akan terus berusaha untuk memporak-perandakan pentadbiran negeri. Seperti kata Najib, Selangor akan dirampas semula dengan apa juga cara.

Bagaimanapun kita yakin dengan kebijaksanaan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Kerajaan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.-Editoral Harakah

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Seluruh Pekerja Syarikat Perkapalan <b>Di Port Klang</b> Akui Jinggay 13 <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 06:00 PM PST

Seperti yang aku ulas semalam, kalau tak ada ilmu pasal perkapalan, tak payah sibuk-sibuk nak bising.
Aku sempat jumpa dengan berberapa orang kawan aku yang kerja dengan syarikat perkapalan di port klang, bila aku ajukan soalan pasal kapal israel masuk malaysia dan demo yang budak-budak bodoh jinggay 13 buat tu, berdekah-dekah depa gelak.
Kata mereka, malaysia tak ada perjanjian perdagangan dengan israel, malah dalam akta kastam 1967 pun tak ada kata malaysia ada hubungan dagang dengan israel, so macam mana jinggay 13 kata itu kapal israel?
Ok tengok pulak apa jenis warna bendera yang yang berkibar di kapal tu? adakah ia bendera israel? kalau ya bendera israel, sudah tentu ia hasil kerja photoshop milo masam macam yang dia buat pada gambar tiang bendera di pwtc dulu. kerana undang-undang malaysia tidak membenarkan mana-mana kapal dagang mengibarkan bendera negara sekutu anwar tu, bukan setakat bendera, malah kalau ada anak kapal yang berkerakyatan israel mereka tak di benarkan turun dari kapal, mampos keras la depa dalam kapal tu sampai kapal tu keluar dari perairan malaysia.
Korang boleh baca ulasan tu pasal kapal israel tu di rbf online dan blog exception. apa pun pada aku, tujuan jinggay13 buat demo bodoh tu semata-mata hanya untuk cover kenyataan yang anwar buat di wall street journal yang berbunyi bergini "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Batu Tepi Jalan ( BTJ ): Hebahan: Pelancaran ABU <b>Di Beranang</b>

Posted: 21 Feb 2012 05:17 PM PST

Kepada orang Beranang dan sekitarnya.
Mesti manfaatkan peluang.
Semua wajib hadir terutama orang muda!
Selepas Itu Ahad Kita Ke Kuantan!

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


REALLY VIDEO KAPAL KARGO ISRAEL <b>DI KLANG</b> WESTPORT <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 06:35 PM PST

Kapal Zim USA dan Zim Atlantica di West Port Klang Malaysia.

Sebelum ini pendedahan berkenaan kapal israel yang masuk ke perairan Malaysia melalui WestPort Klang Malaysia hanya memaparkan 2 keping gambar da sebuah video dimana kapal yang sama pernah cuba memasuki Malaysia, tetapi ia dibantah oleh pekerja westport sendiri.

[Laporan Penuh]

Video Kapal Zim USA dan Zim Atlantica di West Port Klang Malaysia.


kali ini untuk mengesahkan lagi bahawa 2 kapal yang bernama Zim Atlantic dan Zim USA ini benar benar berada di WestPort Klang Malaysia, sebuah video yang telah diambil melalui rakan blogger Milo Suam, mengesahkan telah berjaya mengesahkan bahawa: 

1. Kedua dua buah kapal Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ini masuk ke Malaysia pada 16. 2. 2012.

2. Kapal ini berada di WestPort Klang Malaysia.

3. Kapal ini dari terus dari Israel ke Malaysia.

4. Kerajaan UMNO/BN memang ada hubungan dagangan dengan Israel.

5. Kerajaan Malaysia tidak anti Anti Israel, sebaliknya rakan perdagangan.

Walaubagaimana pun, kerajaan UMNO/BN masih tidak mengambil tindak balas dan menjawap tentang perkara ini. Mungkin mereka sedang menyusun dan mencari perkara untuk menutup isu ini agar rakyat Malaysia akan terus di tipu dan dilalaikan.

Justeru, Really3line amat berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana telah berjaya mengadakan hubungan dagangan dengan Israel dan secara tidak langsung membantu Israel yahudi latnat ini untuk terus membeli pekakas peperangan untuk terus membunuh orang islam diseluruh dunia, khususnya saudara islam kita yang berada di Palastine.

Tahniah UMNO/BN, sekiranya anda antara penyokong dan pengundi UMNO/BN, ingat perkara ini, 

ANDA ADALAH PEYUMBANG PELURU HIDUP UNTUK ISRAEL TERUS MEMBUNUH ORANG ISLAM!

katakan tahniah kepada diri anda dan pemerintah yang anda sokong, teruslah menyokong mereka agar mereka akan terus mengadakan hubungan dagangan dan akan terus membantu israel dalam pelbagai hal.

Anda Mampu Ubah.

A.B.U

SEKIAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


MizzKechique&#39;s Story: Char Kuey Teow best <b>di Bangi</b>

Posted: 21 Feb 2012 12:14 AM PST

Hujan lebat di Bangi kala ini membuatkan aku tetibe rasa lapar yang membuak².. Dan, teringat pula pada char kuey teow best yang aku kedarah malam tadi bersama housemate..
Sape² duk Bangi kompom tau tempat ni.. Tapi aku pestime kedarah kat sana.. Sebelum ni duk nampak Char Kuey Teow Mali's Corner je..
Oleh kerana makan kat luar, so snap dari jauh je.. Hot Bangi Char Kuey Teow!!!!
Sekali lagi gambar dari jarak jauh.. nak snap beria malu pulak..
Sampai licin aku kedarah char kuey teow ni.. lupa seketika akan alergik pada seafood!!! Hambek.. Dan lupa nak snap gambar sebelum kedarah..hahaha
Bukan char kuey teow je ada, tapi ada nasi lemak gak.. Bau macam sedap... Moh ler datang Hot Bangi Char Kuey Teow ni kat seksyen 9 Bangi.. Betul² sebelah Bangi Kopitiam...
notakecik : Rasa nak makan ubi rebus cicah sambal..
notalagikecik : Benci duk mengeja CHAR KUEY TEOW!!!

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Na&#39;eem Resources: Naeem - majlis walimah <b>di paya jaras</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:40 PM PST


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya, majlis walimah hari ini yang bertarikh 12 februari 2012 berjalan dengan baik, cuaca yang terang dan tenang disamping lagu-lagu yang menceriakan lagi suasana majlis hari ini. Senyuman tetamu membuatkan kami cukup terhibur dan rasa senang hati. Alhamdulillah.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Dia buat dah: 9 kereta dipecah pencuri <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:10 AM PST

KUALA LUMPUR — Sembilan kereta yang diletakkan di tanah lapang di Jalan PJS5 berhampiran Taman Desaria, Petaling Jaya, dekat sini dipecah masuk pencuri aksesori awal pagi tadi.

Kebanyakan kenderaan terlibat adalah buatan tempatan termasuk jenama Proton.

Seorang mangsa, Nor Azurah Nordin, 28, berkata ini merupakan kejadian pertama seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Kira-kira 8 pagi, ibu saya memberitahu kereta saya kena pecah sebelum pergi menyiasat dan mendapati set cakera padat digital (DVD) bersama TV LCD di dalam kenderaan itu dicuri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi kerana ada saksi memberitahu ternampak seorang lelaki mundar mandir di kawasan itu.

Nur Azurah berkata, cermin tingkap bahagian pemandu keretanya pecah menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

Seorang lagi mangsa, Kamal Salim, 23, berkata beliau kehilangan sejumlah wang, kad kredit, kad pengenalan dan kad Touch n Go kerana tertinggal beg duit di dalam kereta yang baru lima bulan dibelinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

ads