Selasa, 8 Januari 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: MB : Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 06:56 AM PST

MB PC Songkok 01
BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.
Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.
"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.
"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.
"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.
Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.
Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.
Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.
Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.
Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Papan iklan &#39;Turunkan harga minyak&#39; dipasang <b>di Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 02:29 AM PST

Papan iklan yang memaparkan salah satu kempen Pakatan Rakyat iaitu 'Turunkan harga minyak' dan sedang dipasang di Ampang.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin, papan iklan seumpama itu merupakan salah satu strategi menjelang Pilihanraya Umum (PRU-13).

"Kita dah arahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen di Selangor untuk menaikkan papan iklan di kawasan mereka secepat mungkin," jelas Sim ketika dihubungi.

Menurut Sim, selepas Ampang, papan iklan akan dipasang di Gombak, Selayang dan seluruh Selangor.

"Ia bertujuan menyampaikan maklumat kepada penduduk apa yang kita akan dan telah lakukan, serta memberitahu program serta perancangan kita," kata Sim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42638

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


mi1: Arahan Sultan <b>Selangor</b> - Orang bukan Islam tidak boleh guna <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 03:32 PM PST

Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengingkari larangan tersebut.
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Misri Idris berkata, baginda telah mengeluarkan kenyataan yang sama dua tahun lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
"Namun Tuanku amat kesal kerana titah baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan.
"Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam, tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang difatwa dan diwarta pada 18 Feb 2010," katanya.
Baginda membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad lalu dalam satu mesyuarat dengan MAIS.
Kontroversi berkaitan kalimah Allah timbul semula berikutan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyarankan agar kalimah Allah digunakan oleh semua pihak dalam perutusan hari Krismas pada bulan lepas.
Menurut Misri, baginda  juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu.
Katanya, baginda mahu MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam dan bukan Islam yang memperlekehkan fatwa yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam bulan Februari 2010.
Misri menegaskan bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal pada bulan April 1988 dan dikuatkuasakan sejak Julai 1988 melarang penggunaan kalimah Allah.
Enakmen ini diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
"Seksyen 9 enakmen tersebut dengan jelas melarang kalimah Allah dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka," kata Misri.
Misri menambah bahawa baginda turut menitahkan orang bukan Islam agar tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan masyarakat negara ini.

  • Sean Kan · Top Commenter
    Henceforth, I shall hold my tongue from singing the Selangor state song and ask my daughters not to sing it too because the Sultan of Selangor forbids us from doing so because we are Christians.

    • Loh Tse-Lee · Top Commenter
      You still can sing, but try replacing the word Allah with Lord. It goes like this ...

      Duli Yang Maha Mulia
      Selamat di atas takhta
      Our Lord lanjutkan usia tuanku
      Rakyat mohon restu
      Bawah Duli tuanku

      Bahagia selama-lamanya
      Aman dan sentosa
      Duli Yang Maha Mulia

      Or maybe, you don't have to because you are banned from saying the word altogether.


  • Alexander Chiu · Top Commenter
    With all due respect, Sultan. Anyone knows the origin of the word "Allah"? If Allah is GOD in English and it cannot be used by Christian who speaks Malay then wouldn't it be wrong to use the Word "GOD" in the english version of the Hoy Quran since the christian uses the word GOD in the HolyBible. Eitherway if the two words "Allah" and "GOd" is used for blasemy then it is wrong..But if it is used for the personal religious faith and believes is it wrong? When I say " Oh my GOD" Do I refer to the budhist GOD or the Hindu God?

    • Mikhail Gnoff
      If yoy are not aware of, Christian believe the God created first Human Beings (Adam & Eve) .. Muslims believed god created first Human beings (Adam & Hawa)... Christian believe in Prophet Abraham & Prophet Moses (Muslim believe in Prophet Ibrahim/actually Abraham & Nabi Musa -Actually Moses)..

      So Christians is worshiping God of Adam/Abraham/Moses .... Muslims too worshipping God of Adam, Abraham(Ibrahim) and Moses(Nabi Musa)....

      So what is the deduction from this facts?

      http://www.answering-islam.org/Intro/comparison.html

      And someone now prescribe how someone else from another religion how to worship their creator?! ABSURD!

1 MALAYSIA: Cukai PINTU <b>di negeri Selangor</b> naik 150 kali ganda <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 04:41 AM PST

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Elizabeth Wong edar kalendar 2013 - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 06:57 PM PST

SEMPENA kedatangan tahun baru 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bersama Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon, meluang masa mengedar kalendar.

Selain mengedar kalendar, beliau turut bertemu dengan pengundi serta menyampaikan mesej perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Program itu diadakan di Pasar Pagi Desa Jaya, DUN Bukit Lanjan pada 8 Januari lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42653

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Anis Finesse Touch: Qistina Amani.. majlis bertandang <b>di Kapar</b> Klang.

Posted: 25 Nov 2012 04:50 PM PST

[unable to retrieve full-text content]JOM KITA BELAJAR SAMBIL BERKONGSI ILMU DAN TIP-TIP MERIAS.. HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-2456873. ... Qistina Amani.. majlis bertandang di Kapar Klang. Posted by Anis Finessetouch at 4:50 PM ...

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


40 Pusat Refleksologi <b>Di Klang</b> Diambil Tindakan

Posted: 07 Jan 2013 07:01 PM PST

Iklan 02

KLANG 8 JAN: Sebanyak 40 premis pusat refleksologi sekitar bandar Klang yang melanggar peraturan papan iklan dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sepanjang tahun 2012 lalu.

Premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun serta penurunan iklan serta merta setelah notis yang diberikan pihak berkuasa MPK tidak dipedulikan.

Pengarah Jabatan Perlesenan MPK, Azhar Samsudin, berkata, tindakan tersebut diambil di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPK 2007 kerana pemilik premis pusat refleksologi gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

Katanya, tujuan utama pemantauan rapi dan tindakan dilakukan oleh penguatkuasa MPK adalah mempastikan pemilik premis mengikut syarat yang ditetapkan serta bagi membendung isu gejala sosial di kalangan penduduk di sekitar.

"Kita menerima rungutan serta aduan daripada orang awam yang mengatakan iklan pusat refleksologi ini tidak sesuai serta terlalu besar dan ia terbukti melanggar spesifikasi saiz iklan yang dibenarkan," katanya.Iklan 01

Dalam pada itu, sebanyak empat buah premis seperti itu diambil tindakan dengan penurunan iklan serta kompaun dalam satu operasi yang dilakukan pihak berkuasa MPK di kawasan Pandamaran, Klang baru-baru ini.

Kesemua premis tersebut merupakan kali pertama diambil tindakan sepanjang dibuka setelah diberikan notis amaran selama beberapa kali namun masih tidak diendahkan.

Azhar berkata, mulai tahun 2013, operasi pemantauan dan tindakan amaran akan dilakukan dengan lebih kerap bagi membendung perkara seperti ini daripada terus berleluasa.

"Kita minta kerjasama daripada pemilik premis supaya mengikut syarat yang ditetapkan dan orang awam turut diminta tampil membantu MPK supaya ia dapat dikawal," katanya lagi.

Iklan 03

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Addin: Lagi Restoran <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar <b>Di</b> Tutup

Posted: 22 Dec 2012 06:35 AM PST


Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit.
Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka.
Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup.
Nak katakan ditutup untuk direnovasi , hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa. Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup.
Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu.
Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral.
Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.







~erapasca

Addin :

Lepas ni cawangan kat MITC, Melaka pulak bungkus..

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Pelajur 17 Tahun Lelong Dara <b>Di Kajang</b> | X Lupa Dot Com

Posted: 04 Jan 2013 06:05 PM PST

KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan 'pelacur dara' itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.
Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.
Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Jelajah Budaya bersama masjid <b>di Rawang</b> - seniman paksi rakyat <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 07:10 AM PST


Dinsman (Artikel 356, 26/11)
Jelajah Budaya bersama masjid di Rawang
Setelah berjaya di Klang pada 10 dan 11 November, Seniman Paksi Rakyat terus bergerak ke Rawang membawa program Jelajah Budaya Selangor (JBS), bagi memeriahkan lagi acara "Jom P Masjid" musim ke-3 di Masjid Nurul Iman Rawang, dengan pelbagai program seni dan budaya yang kemuncaknya mengangkat seorang tokoh tempatan untuk menerima Anugerah Tokoh Budaya Selangor Daerah Gombak.
10 November lalu Rominah Sidek telah diangkat menjadi Tokoh Budaya Selangor Daerah Klang. Siapakah pula yang akan diangkat menjadi Tokoh Budaya Selangor Daerah Gombak dalam program Jelajah Budaya Selangor 2 (JBS-2) yang akan diadakan di Rawang pada 1-2 Disember ini? Sama-samalah kita tunggu.
Menariknya program JBS-2 di Rawang ialah ia dianjurkan bersama dengan masjid. Masjid Nurul Iman Rawang sudah dua tahun menganjurkan "Karnival Jom P Masjid" – suatu karnival atau program keramaian untuk orang awam berkunjung beramai-ramai ke masjid sebagai satu usaha bagi mengimarahkan lagi masjid sebagai pusat tumpuan penduduk setempat.
Kali ini karnivalnya yang ketiga, dibuat selama tiga hari dan terbuka kepada orang ramai, daripada pagi hingga ke malam. Ada berbagai-bagai acara – pameran, jualan pelbagai barangan termasuk makan-minum, ceramah, forum, hiburan, sukaneka rakyat, pertandingan memasak dan sebagainya. Ditambah pula dengan program-program seni-budaya yang dibawa oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi), maka diharapkan bertambahlah kemeriahannya dan bertambahlah juga manfaatnya kepada masyarakat setempat.
Program "jelajah budaya" selain menjadi acara pertemuan budayawan-seniman-ilmuwan bersama rakyat melalui aktiviti persembahan seni-budaya, ceramah dan kuliah ilmu serta dialog budaya, juga berusaha menemukan semula tokoh-tokoh seni-budaya yang pernah aktif, dan juga badan-badan kesenian tempatan.
Ramai seniman-budayawan telah mengesahkan akan hadir di Masjid Rawang pada 2 Disember, untuk acara Dialog Budaya dan Malam Jelajah Budaya 2. Antaranya ialah Sasterawan Negara A Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais, kartunis Zunar, Pyanhabib, Nur Hanim Khairuddin, Sutung Umar Rs, Sani Sudin, Amni Jagat dan aktivis Paksi sendiri termasuk Razali Endun, A Shukur Harun, Hasni Abas, Kassim Muhamad, Dr Alinor, Shazly Abdullah dan penulis sendiri.
Percubaan Shazly Abdullah sebagai pengacara pada Malam JBS di Sekolah Rendah Agama Sg Udang di Klang itu telah menarik perhatian ramai kawan-kawan, maka dia terus dikekalkan sebagai pengacara untuk program JBS di Rawang juga. Sebagai seorang penyanyi nasyid, pengendali motivasi dan mantan imam masjid (KLCC), Shazly memiliki beberapa kepandaian yang dapat membina personalitinya sebagai pengacara. Insya Allah kita mengharapkan yang terbaik darinya nanti di Malam JBS-2.  
Sementara itu seorang penulis veteran yang namanya pernah terkenal pada tahun-tahun 60an-70an dulu melalui cerpen-cerpennya, tetapi sudah lama berehat dari menulis, kini menjadi teruja dengan peristiwa Jelajah Budaya ini hadir ke daerahnya, lalu beliau berjanji akan turut sama membaca puisi bersama dengan kawan-kawan pada 2 Disember nanti. Beliau ialah Othman Rasul, seorang ahli qariah masjid Nurul Iman.
Kesediaan Masjid Nurul Iman Rawang bekerjasama bagi menjayakan program seni-budaya ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan pihak budayawan. Dan ini bukanlah kali pertama masjid ini terlibat dengan aktiviti seni-budaya. Bersama dengan Paksi sahaja pun mereka telah beberapa kali berganding bahu. Antaranya ialah mengadakan bengkel penulisan dan bicara buku.
Sekarang pun selain program JBS ini, Masjid Nurul Iman Rawang juga sedang mengadakan latihan teater kanak-kanak "Ibnu Sina" dengan kumpulan Bingkas Kebayan dan Kaab Enterprise, di bawah arahan Ladin Nuawi. Mengikut Ladin, inilah kali pertama dia bekerja membuat teater kanak-kanak bersama dengan masjid; walaupun sudah lama dia berimpian demikian.
Sempena dengan Jelajah Budaya ini juga kita mementaskan teater Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT). Tetapi oleh kerana kedua-dua pelakon MKDT tidak berkelapangan pada tarikh-tarikh Karnival pada 30 November – 2 Disember itu, maka teater ini dibuat agak lewat sedikit, iaitu pada 6 Disember. Ia akan dibuat di dalam masjid berkenaan, dengan Bob Lokman membawa watak Kaab bin Malik. (11 November lalu di masjid Sg Udang, Klang, watak itu dibawa oleh Sabri Yunus).
Program JBS ini dirancangkan untuk dibuat di sembilan daerah di Selangor. Sekarang, memasuki persiapan untuk progranm kedua ini dan ketiga di Tanjung Karang pada 14-15 Disember, pihak Paksi telah menemui pelbagai hal dan pengalaman yang menarik dan bermanfaat untuk perkembangan dan kamajuan seni-budaya. Paling berfaedah, rasanya, ialah hal-hal yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan perancangan seni-budaya itu sendiri.
Tapi tak mengapalah. Itu cerita lain, yang lebih tertumpu kepada kerja-kerja yang akan dilakukan oleh Paksi seterusnya nanti. Buat masa ini kita tumpukan dulu perhatian kepada kerjasama kita dengan pihak masjid bagi menganjurkan pelbagai aktiviti seni-budaya bersama dan serentak dengan program-program masjid sendiri yang lebih bersifat keagamaan dan ibadah itu.
Tiga hari program keagamaan dan seni-budaya berganding bahu, berkolaborasi dan bersolidariti – kita mengharapkan yang baik-baik sahaja, insya Allah. Walaupun kita ada beberapa acara muzik di dalam program tiga hari ini. Dan ini adalah perhentian kita yang kedua dalam Jelajah Budaya. Bermakna perjalanan kita masih jauh. Semoga Allah memberkati jua usaha ini. Amiin!

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


MB Arah Jurutera MDKS Kenalpasti Punca Tanah Mendap <b>Di Ijok</b>

Posted: 04 Jan 2013 12:39 AM PST

Tanah Hendap Ijok 01

IJOK, 7 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pasukan jurutera khas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang diketuai Yang Dipertuanya, Noraini Roslan mengenalpasti punca kejadian bumbung condong yang berlaku di Taman Pancaran, Ijok.

Menurut Abdul Khalid, setakat ini keadaan tidak begitu serius dan aspek rekabentuk bumbung, pembinaan serta kualiti bumbung akan diberikan tumpuan dalam mencari punca kejadian.

"Kita akan betulkan semuanya. Kos pembaikan akan ditanggung Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)," katanya pada sidang media selepas melawat tempat kejadian

Kejadian runtuhan bumbung ini melibatkan 14 buah rumah yang kebanyakan mengalami kerosakkan dibahagian siling.

Turut kelihatan beberapa retakkan struktur dinding rumah terutama di kawasan bilik air.

Sementara itu, Abdul Khalid juga turut menyampakan sumbangan khas kepada semua mangsa berjumlah RM500 bagi setiap rumah.

Jelasnya lagi, terpulang kepada penduduk sama ada untuk berpindah sementara sehingga keadaan kembali selamat.

Seorang penduduk, M Kumaran menceritakan kejadian ini berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Ketika kejadian beliau dimaklumkan bapanya yang ketika itu mendengar bunyi runtuhan di belakang rumah.

"Bapa saya dengar bunyi macam ada benda jatuh.

"Bila masuk nampak kesan pasir di lantai. Kemudian nampak ada ketulan batu kecil pada siling.

"Kita periksa dan tanya orang sebelah mereka kata tidak ada apa-apa.

"Kemudian jiran pun beritahu dia juga nampak pasir ketika sedang menyapu," katanya yang menetap di sini hampir 20 tahun.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Rawatan <b>Di</b> Seri Manjung & <b>Sabak Bernam</b>. - Pusat Rawatan Islam <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 07:37 PM PST

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.
Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Manjung, Perak & Sabak Bernam Selangor seperti mana berikut:

Tarikh  : 05 Januari 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Seri Manjung Perak.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Tarikh  : 06 Januari 2013 (Ahad)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Sabak Bernam, Selangor.
               (No. 48, Lorong C, JLN Menteri, Taman Sabak, 45200 Sabak Bernam)
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.



*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

ads