di negeri selangor - Google Blog Search |
mi1: Arahan Sultan <b>Selangor</b> - Orang bukan Islam tidak boleh guna <b>...</b> Posted: 08 Jan 2013 03:32 PM PST Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengingkari larangan tersebut. Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Misri Idris berkata, baginda telah mengeluarkan kenyataan yang sama dua tahun lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan. "Namun Tuanku amat kesal kerana titah baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan. "Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam, tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang difatwa dan diwarta pada 18 Feb 2010," katanya. Baginda membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad lalu dalam satu mesyuarat dengan MAIS. Kontroversi berkaitan kalimah Allah timbul semula berikutan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyarankan agar kalimah Allah digunakan oleh semua pihak dalam perutusan hari Krismas pada bulan lepas. Menurut Misri, baginda juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu. Katanya, baginda mahu MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam dan bukan Islam yang memperlekehkan fatwa yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam bulan Februari 2010. Misri menegaskan bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal pada bulan April 1988 dan dikuatkuasakan sejak Julai 1988 melarang penggunaan kalimah Allah. Enakmen ini diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. "Seksyen 9 enakmen tersebut dengan jelas melarang kalimah Allah dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka," kata Misri. Misri menambah bahawa baginda turut menitahkan orang bukan Islam agar tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan masyarakat negara ini.
|
1 MALAYSIA: Cukai PINTU <b>di negeri Selangor</b> naik 150 kali ganda <b>...</b> Posted: 19 Dec 2012 04:41 AM PST
|
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan