Jumaat, 5 Julai 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Pembelian Tanah <b>Di Bukit</b> Kiara: <b>Raja</b> Nong Chik Buat Laporan <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 11:11 PM PDT

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

- BERNAMA

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Pertandingan Catur TERBESAR <b>di Negeri Selangor</b> Jun ini.. | www <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 09:37 AM PDT

Pihak kami dimaklumkan bahawa 3rd MBPJ Open Chess Championship yang akan diadakan pada 29 & 30 Jun 2013 di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya adalah pertandingan catur TERBESAR di negeri Selangor setakat ini bagi tahun 2013 dari segi hadiah WANG TUNAI sebanyak RM4,460 + hadiah-hadiah sampingan lain.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan MBPJ kerana telah mewujudkan satu pertandingan catur yang dijangka hebat dari segi hadiah-hadiah yang begitu banyak sekali.

Jom ramai-ramai kita meriahkan aktiviti catur tersebut..Maklumat lanjut, sila layari www.stonemaster.info

mbpj

GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

Pertandingan Catur TERBESAR di Negeri Selangor Jun ini.., 10.0 out of 10 based on 1 rating Blog Widget by LinkWithin

Tags:

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Malaysia Edition

Posted: 11 Jun 2013 10:10 PM PDT

KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.

Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.

Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.

Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.

Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Rumah Anak Yatim <b>Di Hulu Kelang</b> Terbakar : Yayasan <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada sebuah rumah anak yatim di Hulu Kelang di sini dijilat api dalam kejadian malam Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.57 malam, beberapa minit selepas kebakaran bermula.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat teratas bangunan tiga tingkat itu yang melibatkan tiga bilik, katanya ketika dihubungi Bernama.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, kata jurucakap itu.

Bilangan penghuni rumah anak yatim itu belum dapat dipastikan ketika berita ini ditulis.Dua jentera bomba dari Balai Bomba Ampang Jaya dan Pandan Indah digegaskan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada pukul 10.40 malam. – BERNAMA

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Charles Santiago | Wifi Selangorku <b>di Klang</b>

Posted: 13 May 2013 10:13 PM PDT

WIFI SELANGORKU adalah perkhidmatan PERCUMA Internet tanpa-wayar yang disediakan melalui grant Selangorku oleh Kerajaan Negeri Selangor.

WiFi Selangorku meliputi 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri, di mana setiap DUN disediakan 2 lokasi WiFi percuma. Oleh itu sejumlah 112 lokasi WiFi hotspot akan disediakan di seluruh negeri Selangor.

Setakat ini, Wifi Selangorku beroperasi di kawasan-kawasan berikut di Klang:
1. Kawasan kedai Selva, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang.
2. Kawasan kedai, Jalan Besar Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang
3. Surau Haji Abbas Kg Delek, Klang
4. Transit Az-Zahrah Telok Gadong Kecil, Klang
5. Dewan Sungai Pinang, Majlis Perbandaran Klang, Jalan Labis 100, 41400 Klang
6. SJK (C) Pandamaran A, Jalan Besar Pandamaran, 41200 Klang

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Lokasi Pertandingan Catur Kilat <b>di Paya Jaras</b> Ahad ini (28 April <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 02:32 AM PDT

Lokasi Pertandingan Catur Kilat di Paya Jaras Ahad ini (28 April 2013). 

lokasi paya jaras

lokasi paya jaras2

GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

Lokasi Pertandingan Catur Kilat di Paya Jaras Ahad ini (28 April 2013), 10.0 out of 10 based on 1 rating Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Perodua Viva <b>Di Shah Alam</b> 16 Jun 2013 <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 06:07 AM PDT

Gambar kemalangan kereta perodua Viva Di Shah Alam pada 16 Jun 2013. Dilaporkan tiga pelajar UITM maut terkorban manakala seorang cedera parah pada awal pagi tadi berpunca akibat hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan. Difahamkan, empat sahabat sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur setelah melawat I-City sebelum kemalangan berlaku pada awal 5.15 pagi.

 viva-kemalangan-shah-alam

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.

Lagi Gambar Kemalangan

Nahas-Shah-AlamNahas-Shah-Alam-2Nahas-Shah-ALam-3

viva-kemalangan-shah-alam

kemalangan

Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013

  • (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
  • (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
  • (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
  • Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-2

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 03:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 03:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 03:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelancong warga Amerika disamun, dirogol pemandu teksi

Posted: 13 Mar 2013 06:48 PM PDT

SHAH ALAM - Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat bukan sahaja disamun dan dikurung, lebih malang dia dipercayai dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian wanita berusia 25 tahun itu baru selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.

Menurutnya, selain mangsa dan pemandu teksi, terdapat seorang lagi 'penumpang' lelaki dalam kenderaan terbabit.

"Pemandu teksi dan lelaki terbabit dipercayai bersekongkol membawa mangsa ke sebuah homestay di kawasan Sungai Pelek, Sepang.

"Mangsa dikurung selama dua hari dan dirogol. Barangan berharga serta wang miliknya turut disamun," katanya.

Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri petang semalam, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.

Katanya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan sedang mengesan beberapa individu lagi yang disyaki ada kaitan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin mengesahkan terima laporan berhubung kes tersebut.

Pada 6 Mac lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seramai lima pemandu teksi ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan culik penumpang bagi meminta wang tebusan di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti tiga kumpulan pemandu teksi aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan penumpang wanita yang menaiki teksi bersendirian sebagai mangsa.

Katanya, sebanyak 13 kes dilaporkan berlaku sejak Januari lalu dan modus operandi penjenayah adalah menyewa teksi dan berpura-pura mengambil penumpang sebelum menyamun atau menculik mereka.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...teksi-1.139436

pemandu teksi rogol pelancong - abgteror hotline news

Posted: 13 Mar 2013 10:00 PM PDT

Post image for PEMANDU TEKSI ROGOL PELANCONG

PEMANDU TEKSI ROGOL PELANCONG | Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.

Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.

Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.

Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.

Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.

Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

DAP <b>Sungai Pelek</b> Diberi 14 Hari Perjelas Salah Guna Kuasa

Posted: 18 Mar 2013 12:27 AM PDT

alt

KUALA LUMPUR 18 Mac - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Sungai Pelek, Sivakumar Periasamy dari DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan dakwaan salahguna kuasa dengan membelanjakan dana DUN tersebut secara tidak berhemah.

Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy berkata, tempoh tersebut diberi kepada Sivakumar sebelum laporan polis dibuat berikutan beliau tidak mengagihkan peruntukan secara adil yang hanya mengutamakan kroninya sahaja.

"Banyak kuil yang berdaftar tidak dapat peruntukan tersebut, sebaliknya kuil yang tidak berdaftar diberikan peruntukan kerana kuil yang tidak berdaftar ini adalah kroni-kroni beliau."

"Dikawasan sendiri DUN Sungai Pelek pun dia tidak salurkan peruntukan macam mana Sivakumar boleh menyalurkan peruntukan di DUN N54 Tanjung Sepat untuk membina pintu gerbang "Stainles Steel" laluan utama ke Taman Teluk Merbau," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Vellasamy, peruntukan yang diberikan hanya kepada orang yang dikenali dan rapat dengan beliau dan ada penerima ada kaitan tali persaudaraan.

alt

Sivakumar turut didakwa menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan tujuan politiknya serta kepentingan individu tertentu.

"Kami ada bukti penerima mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dan salah seorang darinya seorang petugas di Pusat Khidmat Masyarakat N56 Sungai Pelek."

"Oleh itu, dipercayai Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai penyelaras DUN dengan mengagihkan wang peruntukan untuk kepentinagn kroni-kroni beliau dan secara jelas melanggar dasar kerajaan Negeri Selangor," kata Vellasamy.

Jelasnya lagi, sumbangan yang dijanjikan oleh ADUN Teratai Jenice Lee sebagai peruntukan untuk menyambut perayaan Deepavali masih belum diterima walaupun telah diluluskan.

Vellasamy turut menjelaskan, segala dokumen mengenai hal tersebut telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendesak supaya Sivakumar disiasat dengan kadar segera.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Lawat & Bantu RANEA <b>di Rawang</b> - Warta Rakyat

Posted: 30 Jun 2013 06:01 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rujuk : http://www.facebook.com/events/205605382897060.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


kisah.klassik.untuk.masa.depan: Riadah <b>di</b> stadium <b>kajang</b>

Posted: 18 Jun 2013 01:57 PM PDT

Assalamualaikum.. Seronok sebenarnya bila dapat keluarkan peluh sekali sekala.. Maksud aku, beriadah luar rumah dengan family, dengan anak-anak.. Since aku nie duduk apartment yg tiada taman di sekitarnya, maka tempat riadah yang selalu kitorg pergi bawa anak-anak, indoor park jelah.. Playground dlm mall.. Anak-anak berpeluh banyak, mak bapak diduk tengok sambil menambah lemak..hmmppfftt..
So, weekend baru-baru nie ajak husband  pergi stadium kajang.. First time pergi waktu petang, masyaAllah, ramainya manusia yg turut sama beriadah.. Yang jogging satu hal, anak-anak kecil main kat playground pun teramat ramai.. 
Dapatla mommy seround setengah sebelum kejadian tapak kasut tercabut.. Hahaha.. Kasut nampak baru tapi dek kerana terlalu 'rajin' bersenam maka tamatlah riwayat begitu saja.. Tak pepasal dapat crocs celup satu.. Thank you daddy..
Seronok sebenarnya beriadah kat sini.. Walaupun hanyalah stadium kecik tapi okla untuk penduduk kajang.. Ada la beberapa kemudahan untuk bersenam kat sini.. Sekitar stadium berpagar, playground luas, kira selamat dan selesa.. Cuma part parkinh sedikit..
Nie salah satu tempat fav aku kalau ke sini.. Sambil jalan terkedek atas batu, menahan kaki sakit.. Banyak benor sakit mommy kamu nie nakkk.. 
Anis jugakla yang seronok, melayan angin dan matahari pagi.. Bukan selalu dapat tengok langit ye nakkk.. 
Dan, orang yang paling seronok sekali tentulah Amal Khalisah.. Kemain lagi turun naik slide, lari sana sini.. Gumbira rasa hati dapat jumpa playground seminggu sekali.. Main sepuas hati sampaikan mommy daddy yg tak larat nk tunggu.. Bila dah sampai sini, nak ajak balik bukan la sesuatu yang mudah.. Menangis? Opkossss...
Owh, lupa bak bgtau.. Stadium nie buka sampai malam... Kot-kotla lepas makan satay samuri, rasa nak bakar balik kalori yang ada, bolehla datang sini... Sebelah je punnn...





ads