Sabtu, 18 Februari 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


(Live Blogging) Lepaking & shopping @ <b>Bukit Raja</b> K

Posted: 14 Feb 2012 01:34 AM PST



As salam, hello readers...


After sent proposal di Wisma Zelan di Bandar Tun Razak, aku bergegas berjumpa dengan Mr. Andy di Petaling Jaya. After that, baru aku menapak di Klang. Penat dowh! deal 2 client dalam masa yang terdekat, memang OHSEM!


Di Bukit Raja;


Tempoh hari aku ada apply kad reload Starbucks, and today aku dapat minum FREE kat sini, cuma choc bread tu aku beli lah. RM4.90 Baca kat SINI & SINI pasal kad neh.

Shopping: PDI (baju) & The Body Shop (perfume)
2 baju just RM39 saja. Ok lah tu. Aku rembat 2 helai tuk pakai malam ni. Kenapa? malam ni aku nak "date" ngan Tiz Zaqyah. Perfume tu beli pon sebab stok perfume semakin ke paras kritikal! Sedap gak bau perfume OF A MAN ni. nice!

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Kita <b>Di Negeri Selangor</b> Anggap Semua <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 04:36 AM PST

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 08:07 PM PST

Sungai Tengi – Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Sungai Tengi, Mohammad Stap Othman menegaskan bahawa seluruh warga Felda Sungai Tengi tidak memerlukan campur tangan mana-mana pihak luar untuk menjaga kepentingan para peneroka.

Beliau berkata, tidak mengira sama ada pihak Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan oleh seorang bergelar 'Tan Sri' atau Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman tidak sepatutnya wujud dari awal lagi.

Menurutnya, mereka-mereka itu sebenarnya adalah terdiri dari golongan anak-anak peneroka Felda yang hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri dan tidak pernah pun memikirkan tentang kepentingan para peneroka sebenar di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

"Mereka kata mereka memperjuangkan kepentingan peneroka? Di mana mereka ketika peneroka hidup susah? Mereka ni semua hanyalah pengacau-pengacau di Felda.

"Tanah dan masa depan kami pernah hampir tergadai, kami hidup di dalam 'kegelapan' selama 11 tahun..susah..merempat cari makan sampai ke Terengganu, Kelantan..," katanya sambil menyingkap sejarah silam Felda Sungai Tengi.

Beliau berkata, Felda Gugusan Sg Dusun yang merangkumi Felda Sungai Tengi, Soeharto, Sungai Tengi Selatan dan Gedangsa pernah keluar dari pentadbiran Felda ekoran janji manis sebuah syarikat korporat yang diketuai seorang yang kini bergelar 'Tan Sri' itu.

Para peneroka ketika itu 'kelam mata' dengan igauan menjadi 'jutawan segera' apabila ditawarkan sebanyak RM1.2 juta seorang bagi menyerahkan tanah masing-masing untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian oleh syarikat berkenaan.

Seramai 1929 orang peneroka yang teruja menjadi jutawan itu mula memasang angan-angan dan membeli kereta-kereta mewah meskipun belum menerima sebarang bayaran berhubung projek "mega" tersebut.

"Meriah..orang datang jual kereta mewah..ada yang beli mercedes tanpa penjamin pun..maklumlah..lepas ni kami dapat RM1.2 juta," katanya menceritakan "mimpi indah" itu.

Malangnya, projek yang dirancang sejak 1994 itu tidak dapat dilaksanakan akibat krisis ekonomi dunia yang melanda dan menyebabkan ia tidak dapat dijadikan kenyataan.

Namun, apa yang dikesali oleh para peneroka itu ialah mengenai 'Tan Sri' itu yang hanya 'mencuci tangan' tidak menghiraukan nasib mereka yang kian dihimpit kemiskinan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

"Dia tak pernah jenguk muka..cuci tangan tak ambil tahu langsung! Datang pun tidak..kami masa tu susah sungguh..pendapatan kami hanya sekitar RM18 hingga RM150 sebulan," ceritanya lagi.

Kemuncak keperitan hidup para peneroka itu adalah pada tahun 1997 apabila sebilangan dari mereka terpaksa memajak tanah masing-masing secara 'haram' kepada "tauke-tauke" berbangsa Cina dengan harga yang sangat murah dan merugikan mereka demi meneruskan kehidupan.

"Ketika itu, kami hanya 'meleleh air liur' bila dapat tahu kawan-kawan kami dapat bonus, duit raya dan peruntukan lain…apa boleh buat…dah itu rezeki mereka," katanya mengimbau luka lama warga-warga Felda itu.

Menurutnya lagi, kesemua Felda yang terbabit menjadi huru-hara di mana pelajaran anak-anak mereka terabai ekoran ibubapa yang sibuk bekerja di luar, gejala kurang sihat semakin berleluasa di kalangan remaja, rumahtangga musnah dan perkampungan mereka semakin tidak terurus.

"Ketika itu, mana perginya 'Tan Sri' tu? Mana perginya Mazlan? Kenapa tak datang bela kami ketika kami susah ketika itu?," persoalnya, kesal dengan 'keprihatinan palsu' dari dua individu tersebut.

Tidak sanggup melihat derita warga Felda berterusan, Mohammad Stap bersama dua rakannya Razuwan Nordin dan Mustapha Kamal Omar, bertindak membelah "onak dan duri" memohon agar kampung-kampung mereka diambil kembali bernaung di bawah pentadbiran Felda.

"Semuanya bermula selepas 30 Mac 2005 setelah Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan bernaung semula di bawah Felda.

"Kami bertigalah yang bertanggungjawab berusaha memohon dari Felda dan Kerajaan Negeri Selangor untuk masuk balik dalam Felda..bukan mudah semua tu..macam-macam yang perlu kami tempuh," katanya menceritakan pengalaman tiga sahabat Felda itu.

Menurut Razuwan, mereka pernah diancam oleh samseng-samseng yang diupah oleh pemajak tanah peneroka dan beberapa kali 'diangkut' polis ke balai untuk memberi keterangan.

"Kami berdepan dengan samseng-samseng yang diupah..mujurlah kami ketika itu ada duit sikit untuk 'beli balik' samseng-samseng tu..alaaa..samseng-samseng tu pun anak-anak peneroka jugak.

"Stap pernah diangkut polis sehari sebelum kenduri kahwin anaknya, geng pemajak yang diupah ni menakut-nakutkan orang kampung kononnya Stap akan dipenjara sebab lawan pemajak," ujar Razuwan.

"Saya pernah menerima surat ugutan dan peluru kosong..hanya disebabkan perjuangan saya untuk mengembalikan pentadbiran Felda di sini," sampuk Mohammad Stap sambil memberitahu bahawa Mustapha tidak dapat menyertai wawancara bersama Mynewshub.my kerana berada di Kuala Lumpur.

Setelah keempat-empat Felda berkenaan bernaung kembali pada tarikh berkenaan, kehidupan para peneroka kembali 'bernyawa' selepas sengsara selama 11 tahun.

"Pada Oktober 2005′, peneroka seramai 1929 tu sudah di bawah Felda sepenuhnya..kami diberi bayaran pendahuluan hasil sebanyak RM750 sebulan selama dua tahun meskipun tidak memberikan sebarang hasil pulangan kepada Felda.

"Kami diberi pula bonus Hari Raya sebanyak RM300 seorang…Felda pula beri lagi peruntukan sebanyak RM25 kepada Felda Gugusan Sungai Dusun..ramai peneroka yang melelehkan air mata tanda kesyukuran kerana terlepas dari belenggu kesengsaraan dan kemiskinan," katanya yang puas hasil usaha ketiga pengasas baru tanah rancangan Felda berkenaan.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa para peneroka sudah serik dengan campur tangan pihak luar, khususnya oleh tangan-tangan yang pernah menyebabkan tanah dan kehidupan mereka tergadai.

"Kami tahu mereka banyak duit dan berpengaruh, tapi tolonglah..kami dah phobia dengan mereka..pada kami, mereka bukan membantu..tapi mengacau saja.

"Kalau betul mereka nak tolong, mengapa tak bangunkan Felda ni dengan prasarana dan keperluan asas masyarakat Felda? Ini..Felda jugak yang dahulukan duit sampai RM4.5 juta untuk buat jalan kebun..diorang banyak duit, kenapa tak tolong pun?

"Dia (Tan Sri) ada bantu..tapi setakat buat jamuan moreh masa bulan puasa saja la..kami hargai…tapi benda macam tu orang lain pun boleh buat..dia takde pun bina surau ke..masjid ke..buat jalan ke..balai raya ke..semua ni Felda yang buat," jelasnya panjang lebar.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan pengalaman hidup diri dan rakan-rakannya yang lain, tiada pihak pun yang dapat membantu dan menjaga kepentingan para peneroka serta keluarga mereka selain Felda.

"Saya nak tegaskan di sini bahawa hanya Felda saja yang faham dan mampu jaga kepentingan Felda ni seluruh negara.

"Orang lain tu cakap saja banyak..buat program cakap-cakap..bawa budak-budak Felda duduk di hotel kat KL..balik Felda habuk pun takde," kata mereka yang merupakan rakan baik 'Tan Sri' tersebut sejak dibangku sekolah lagi.

Menurut dua sahabat itu lagi, sebenarnya seluruh peneroka yang berhak ke atas kepentingan Felda semua menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Hanya segelintir saja yang tak setuju..yang tak setuju tu bukan peneroka pun..diorang anak-anak peneroka saja..," kata mereka sebelum mengakhiri perbualan kami.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Homestay <b>di Tanjung Sepat</b>, Pahang | Kuantan2u.com

Posted: 08 Nov 2011 08:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Homestay di Tanjung Sepat, Pahang · Homestay — 08 November 2011. Rumah semi-d setingkat untuk percutian keluarga diKuantan, Pahang. Kadar : Rm 150 semalaman dan hari berikutnya rm100. Keluasan : 1600 sqft. Kelengkapan : 1.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


RUNNER / DESPATCH SPARE PART <b>DI BANDAR SUNWAY</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 10:02 PM PST

RUNNER / DESPATCH SPARE PART DI BANDAR SUNWAY
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * ****
- SPM- MEMPUNYAI LESEN MOTOR DAN KERETA-
- MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI UNTUK KE TEMPAT
-KERJA- MENGETAHUI JALAN-JALAN AREA KL & SELANGOR.

BERMINAT, sila hubungi saya untuk TEMUDUGA.
MS KEE : 016 229 6321?

perlukan pinjaman?? kunjungi kami <b>di BANDAR SUNWAY</b>/ hbgi ain <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2012 11:42 PM PST

Nama: AIN
Email: spgroup_80@yahoo.com
Website/ Blog: www.pinjamanwang.weebly.com
Tajuk Iklan: perlukan pinjaman?? kunjungi kami di BANDAR SUNWAY/ hbgi ain 03-56339963/012-2044931
Teks Iklan: Anda BLACKLIST???CTOS??CCRIS???
atau masih dibebani dengan masalah hutang di syarikat pinjaman yang lain???
kami sedia membantu Anda..lulus segera KHAS
• Untuk warga KL/SELANGOR sahaja..
• Bukan badan berUNIFORM(polis,bomba,tentera)
• Bekerja(gaji AUTO KREDIT KE BANK)
1) 3 bulan slip gaji terbaru
2) Buku bank yang telah dikemaskini atau 3 bulan penyata bank yang terkini
3) Penyata EPF (Sekiranya ada)
4) Utiliti Bil Electrik yang terkini
5) Surat pengesahan jawatan / EA
Gaji dibayar oleh majikan melalui online pay (auto pay/auto credit)
Hubungi saya untuk temu janji:
AIN: 03-56339963 atau e-mail kepada: (((((((((spgroup_80@yahoo.com ))))))))) sertakan no phone untuk di hubungi
atau layari laman web www.pinjamanwang.weebly.com
Kami bukan ALONG bukan ceti haram.Tapi kami pemberi pinjaman wang berlesen dibawah akta 1951.
---------------------------------------------------------------------
Visitor Ip: 175.143.56.178

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


terrace no. 18 jalan kedidi 15 pantai sepang putra 43950 <b>sungai pelek</b>

Posted: 16 Feb 2012 06:55 PM PST


Features

Price: 35000.00
Listing Type: auction
Property Type: terrace
Closing Date: 24/2/2012
Deposit Bank Draft: 10

Built Up Area: 1100 sq feets


Photo Gallery and Property Description

*10% DEPOSIT sahaja. Bank deraf/Cash order.
*Rumah dibawah harga pasaran dan lokasi yang baik untuk pelaburan masa hadapan.
*Urusan guaman dan pinjaman diuruskan sekali oleh pihak kami.
*Sila buat pendaftaran sebelum  23/2/2012, tarikh lelongan pada 24/2/2012.Pendaftaran Adalah Percuma.
*Sila hubungi En. Ishak 016-205 8205 atau email di: IshakHat@gmail.com Untuk maklumat lanjut.
"Kenapa Menyewa Jika Anda Mampu Memiliki Rumah Impian Anda Dengan Harga Yang Terbaik"..
*Hubungi pihak kami dengan Segera.
*Terima Kasih.


no. 18 jalan kedidi 15 pantai sepang putra, sg.pelek, selangor darul ehsan 43950

Click and drag the orange silhouette in the top left corner of the map to activate Google Maps Street View.

Other properties you may be interested in

no. 5 jalan cerakah 1 taman seri cerakah, bukit kapar, selangor darul ehsan

terrace no. 5 jalan cerakah 1 taman seri cerakah bukit kapar 42200 selangor adrul ehsan.RM 58500.00

unit no. 5-1-T4 jalan menara utama taman d'menara bukit changgang, banting, selangor darul ehsan

apartment unit no. 5-1-T4 jalan menara utama taman d'menara bukit changgang 42700 banting selangor darul ehsan.RM 45000.00

unit no. D-03-03 jalan emas 33 bandar sungai emas, kuala langat, selangor darul ehsan

flat unit no. D-03-03 jalan emas 33 bandar sungai emas 42700 kuala langat selangor darul ehsan.RM 36000.00

unit no. C 1 10-U-09 pangsapuri putra damai jalan P11E presint 11 , putrajaya,

apartment unit no. C 1 10-U-09 pangsapuri putra damai jalan P11E presint 11 62250 wilayah perseketuan putrajaya.RM 90000.00

unit no. 3-Gf jalan 15/1C section 16, bandar baru bangi, selangor darul ehsan

shop unit no. 3-Gf jalan 15/1C section 16 43650 bandar baru bangi selangor darul ehsan.RM 315000.00

unit no. B6-402 apartment teratai apartment jalan putra perdana 10 taman putra perdana puchong, puchong, selangor darul ehsan

apartment unit no. B6-402 apartment teratai apartment jalan putra perdana 10 taman putra perdana puchong 42100 selangor darul ehsan.RM 50000.00

unit no. 8-G-T3 ground floor block T3 jalan menara utama taman D'menara bukit changgang, bukit changgang, selangor darul ehsan

apartment unit no. 8-G-T3 ground floor block T3 jalan menara utama taman D'menara bukit changgang 42700 banting selangor darul ehsan.RM 50000.00

unit no. C-1-5 block C aman puri apartment jalan aman desa aman puri, kepong, selangor darul ehsan

apartment unit no. C-1-5 block C aman puri apartment jalan aman desa aman puri 52100 kepong selangor darul ehsan.RM 120000.00

unit no. 52-23-B4 pangsapuri jati jalan dagang mas 5 taman mas sepang, puchong, selangor darul ehsan

apartment unit no. 52-23-B4 pangsapuri jati jalan dagang mas 5 taman mas sepang 47100 puchong selangor darul ehsan.RM 54000.00

unit no. 3-G-T3 jalan menara utama taman d'menara, bukit changgang, selangor darul ehsan

apartment unit no. 3-G-T3 jalan menara utama taman d'menara 42700 bukit changgang selangor darul ehsan.RM 40500.00

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BRIGED MP SEGAMBUT: Kepala babi ditemui di masjid <b>di Rawang</b>

Posted: 30 Jan 2012 11:32 PM PST

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

NONEMenurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

NONEBeliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Tindakan provokatif

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

NONELiu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Ulasan Isu Kehadiran Najib <b>Di Batu Caves</b> | Kumpulan Menyokong <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 10:24 PM PST

February 15, 2012   ·   14 Comments

Isu kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib di majlis sambutan Thaipusam, Batu Caves pada 7 Februari lepas seakan menjadi buah tanggung untuk pembangkang khususnya Pas dan PKR  bilamana Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria membuat teguran 'keras' berkaitan perkara tersebut.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,"

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir… itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan" – Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Hakikatnya kehadiran PM ke majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi jemputan bukannya untuk turut sama melakukan upacara ritual keagamaan seperti 'berdoa' di dalam kuil.

Pun begitu, tidak dapat tidak teguran Datuk Harussani itu walaupun bunyinya agak keras namun kelihatan ada meritnya sementelah lagi ia dibuat atas kapasiti & tanggungjawab beliau sebagai orang agama walau sebenarnya masih boleh diperhalusi adakah benar kehadiran PM di majlis tersebut membawa kepada jatuhnya hukum syirik.

Syirik secara bahasa membawa maksud "menyekutukan Allah s.w.t / beriktikad secara perkataan, pegangan ataupun perbuatan dengan menyamatarafkan makhluk lain seakan sekutu bagi Allah s.w.t, misalnya menyembah berhala, patung atau objek lain".

Jenis syirik pula terbahagi kepada dua yakni;-

i) Syirik Jali -   syirik besar, nyata & perlakuan syirik secara terang-terangan misalnya menyembah berhala atau menyamakan makhluk lain yg bernyawa atau objek tidak bernyawa sebagai setaraf dengan Allah s.w.t.

ii) Syirik Khafi - syirik kecil, tersembunyi yang menyebabkan hilang  pahala seseorang umpamanya perbuatan riak, ujud, takbur atau menunjuk-nunjuk amal ibadat.

Jika kita ambil kira makna syirik dan jenis syirik tersebut, jelas sekali ia tidak menepati dengan apa yang berlaku dalam isu PM di majlis tersebut apatah lagi kalau nak di ambil kira faktor berkaitan nawaitu beliau memenuhi jemputan tersebut atas kapasiti sebagai pemimpin negara berbilang kaum & agama.

Tidak sama sekali wujud perlakuan menyembah berhala atau dewa, tidak juga wujud perbuatan mengiktiraf dewa Hindu atau tuhan lain sebagai sama taraf dengan Allah s.w.t malah jauh sekali daripada wujudnya penyataan secara iktikad yang mengangkat makhluk atau perkara lain sebagai sekutu bagi Allah s.w.t.

Cuma yang pasti kehadiran Datuk Seri Najib ke majlis tersebut barangkali telah  menimbulkan salah sangka walau ramai yang mengetahui hakikat kehadiran Dato' Seri Najib adalah sebagai menghormati undangan & jemputan rakyat.

Pun begitu sedikit salah sangka yang bila disambung-sambung cerita tanpa berpandukan realiti, penghujungnya kerap menjemput kepada datangnya fitnah.

Lebih molek sebenarnya di masa akan datang, para ulama & ilmuan Islam menggunakan pendekatan lebih berhikmah & berdiplomasi ketika mengutarakan teguran umpama 'menarik rambut dalam tepung, rambut dapat di buang dan tepung tidak berselerak'.

Para pemimpin politik Islam dalam kerajaan tidak bermasalah untuk menerima teguran apatah lagi jika dilakukan dengan penuh hikmah berbanding kaedah sekarang yang agak terbuka yang kemudian mengundang prasangka dari khalayak selain menjemput polemik politik oleh pihak berkepentingan.

Di pihak kepimpinan kerajaan pula di masa sama barangkali wajar mengambil langkah sedikit cermat ataupun lebih berhati-hati demi mengelakkan timbulnya kekeliruan dikalangan khalayak dalam sesuatu perkara.

Bukan apa, adakala niat yang baik bila sedikit tersilap langkah acapkali mengundang kecaman kalau tidakpun memberi ruang untuk fitnah bermaharajalela.

Dalam pada itu, tatkala isu kehadiran PM di majlis perayaan Thaipusam ini sedang dimanipulasi oleh juak-juak Pas dan PKR untuk kepentingan politik, pernahkah mereka melihat beberapa gambar di bawah yang turut melibatkan pucuk pimpinan mereka sendiri?

Berikut pula ialah gambar perbandingan yang dipetik dari Blog Tok Mudim & forum MyKMU. Setiap satu ada pro & kontranya, terpulang kepada pembaca untuk tafsirkan sendiri.

Ada kalanya terdetik di benak penulis, mungkinkah dalam hal melibatkan Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Nizar & Azmin Ali seperti gambar di atas ini, tidak sampai pada pengetahuan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria kerana setakat yang penulis maklum rasanya belum ada terbaca sebarang teguran atau komen dari beliau.

By


Ihram di Mekah terlucut <b>di Batu Caves</b>

Posted: 14 Feb 2012 02:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tindakan Najib menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, yang kemudian disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ...

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Lorenzo bersinar pada tes pra-musim <b>di Sepang</b> - AntaraNews.com

Posted: 31 Jan 2012 08:19 AM PST

Pembalap Yamaha Jorge Lorenzo. (FOTO.ANTARA/REUTERS )

Berita Terkait

Sepang (ANTARA News/AFP) - Pebalap Spanyol, Jorge Lorenzo, membuat kejutan setelah dirinya absen dari tiga balap terakhir musim 2011 karena cedera, dengan mencetak waktu tercepat pada hari pertama tes pra-musim MotoGP pada Selasa.

Yamaha mendominasi pembukaan pembukaan tes selama tiga hari di Sepang, di mana tiga pebalap mereka berada di posisi empat besar, sementara juara 2011 Casey Stoner dari Australia, masih harus menepi karena menderita cedera punggung, ketika timnya memperkenalkan sepeda motor 1000cc dia yang baru.

Sesi tes ini ditandai oleh momen emosional bagi para pebalap, ketika mereka kembali ke Sepang untuk pertama kalinya, sejak pebalap Honda Marco Simoncelli meninggal di sirkuit ini, akibat kecelakaan fatal di MotoGP Malaysia, pada Oktober.

Pada Senin, ofisial-ofisial tim Honda meletakkan karangan bunga di turn 11, tempat di mana Simoncelli tewas, dan mengadakan mengheningkan cipta.

Lorenzo, mengakhiri musim 2011 lebih cepat setelah ia mendapat cedera saat melakukan pemanasan di Grand Prix Australia.

Namun ia mencetak waktu tercepat pada Selasa di atas sepeda motor Yamaha dia, dalam kondisi yang panas dan lembab, dengan catatan waktu 2 menit 01,657 detik, sementara kompatriotnya, Dani Pedrosa yang menunggangi Honda menjadi pembalap tercepat kedua, dengan torehan waktu 2 menit 02,003 detik.

Pebalap Yamaha, Carl Crutchlow dari Inggris, berada di peringkat ketiga terbaik dengan catatan waktu 2 menit 02,221 detik, sedangkan rekan setimnya, Ben Spies dari AS, menyusul dengan 2 menit 02,234 detik.

Musim ini MotoGP memakai sepeda motor 1000cc, menggantikan sepeda motor 800cc yang dipakai pada tahun lalu.

Kegagalan Stoner untuk tampil menimbulkan pertanyaan apakah dirinya mampu menjaga penampilan terbaiknya dengan sepeda motor baru, setelah dirinya menderita cedera punggung ketika melakukan pemanasan sebelum tes pada pagi hari.

Pedrosa mengabaikan kekuatan Yamaha, dengan mengatakan bahwa dirinya masih berupaya mendapatkan irama untuk Honda barunya.

"Saya terfokus pada diri sendiri. Sepanjang waktu saya sendirian di trek dan tidak bercampur dengan pebalap-pebalap MotoGP lainnya."

"Saya berharap dapat lebih baik besok. Besok kami akan memulai (untuk menemukan) settingan yang tepat di sepeda motor," ucapnya.

Sesi pagi sempat ditunda karena hujan membuat seluruh area sirkuit basah.

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi, yang kesulitan mencetak prestasi pada musim 2011, menjadi pebalap kelima tercepat, dengan torehan 2 menit 02,392 detik di atas Ducati Desmosedici GP12 dia.

Tes ini akan berakhir pada Kamis, dan diikuti dengan sesi latihan sepanjang tiga hari lain yang akan dimulai pada 28 Februari.

Musim MotoGP 2012 akan secara resmi dimulai pada 8 April di Qatar.
(H-RF/I015) 

Editor: Ruslan Burhani

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


JAWA BERNAM: KASI GEGAR! HASAN ALI <b>DI PETALING JAYA</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 09:13 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Amar Ma'aruf, Nahi Mungkar. JAWA BER 6 · KASI GEGAR! HASAN ALI DI PETALING JAYA SELATAN ESOK MALAM. 1 minute ago. MEDAN TEMPUR · SAH!! DAP & PKR HALANG KERJA DR HASAN ALI?!! 3 minutes ago ...

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


PETANG INI JALAN PULANG <b>DI PANDAMARAN</b>, KLANG

Posted: 17 Feb 2012 09:24 PM PST


Jemputan untuk semua yang berkelapangan hari ini untuk ke Majlis Hi-Tea bersama bloggers dan penggerak Road To Putrajaya (RTPJ) seperti yang tertera di poster.

Siapa yang nak jumpa Yob Tualang Sekah, Tukar Tiub, Sakmongkol AK47, Aspan Alian dan brader "jambu" yang baru gunting rambut, Rozan Azen dipersilakan hadir kah kah kah...

Jalan Pulang juga akan membuat kemunculan di sana, insya-Allah...

Moh kite!

JALAN PULANG

ads