Sabtu, 31 Mac 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan Penduduk

Posted: 26 Mar 2012 09:13 PM PDT

SEMENYIH, 27 MAC : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi  pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.

Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: OBJEKTIF FORUM PERDANA EHWAL <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 08:09 PM PST

BANDAR BUKIT RAJA 21.01.2012 (SABTU)- Satu majlis ilmu Forum Perdana Ehwal Islam yang julungkalinya diadakan di kawasan terbuka di Presint Zapin di sini telah berjaya menarik lebih 200 orang hadirin yang kebanyakkan penduduk sekitar BBR dan Kampung Batu Belah meskipun ramai penduduk tempatan yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Pujian diberikan kepada ketiga-tiga ustaz yang mengendalikan majlis itu dengan jayanya iaitu;
1. Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Ahli Panel 1)
2. Ustaz Roslan Mohamad (Ahli Panel 2)
3. Ustaz Imran Khayat (Moderator)
Ketiga-tiga ustaz ini telah hadir ke lokasi forum seawal jam 8.00 malam lagi tatkala kebanyakan penduduk di sini masih lagi bersiap-siap di rumah.
Tepat jam 8.20 malam, majlis dimulakan dan dibuka dengan ucapan pengerusi majlis (Ustaz Fahim Jamil) sebelum diserahkan kepada moderator. Ternyata kehadiran Ustaz Wan Sohor dan Ustaz Roslan memberi impak yang tersendiri yang mana memang mempunyai peminat yang ramai di sini. Ini terbukti dengan jumlah kehadiran di luar jangkaan dan kutipan pada malam tersebut diperolehi sebanyak RM 5739.20 wang tunai dan seutas rantai emas yang belum diketahui nilainya.
Terima kasih juga buat semua para sukarelawan baik dari aspek persiapan dan penyediaan jamuan. Jasa dan sumbangan anda semua amat dihargai dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua penyumbang kutipan. Hanya Allah SWT yang berhak membalas keikhlasan sumbangan anda.
Majlis telah ditutup pada jam 11.30 malam dengan penduduk mengambil kesempatan bergambar dengan ahli panel yang disayangi.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Terlalu Menyibuk Hal NFC..., Banjir <b>Di Ampang</b>...? - Tulisan Blog <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 10:31 PM PDT

Banjir kilat yang melanda Hulu Langat dan Ampang mendedahkan kelemahan dan ketidaksungguhan Pakatan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka selaku penyandang jawatan Wakil Rakyat di kedua-dua kawasan tersebut.

Kelambatan dan ketidakpekaan Pakatan Rakyat bertindak membuktikan, Pakatan Rakyat memang tidak pernah peduli dengan kebajikan rakyat, kecuali hanya untuk beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.

Lembah Jaya Utara merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, apabila berlaku tanah runtuh dan kerosakan kediaman yang teruk. Pada malam kejadian, pihak pertama yang muncul dan menghulurkan bantuan adalah UMNO Ampang yang diketuai oleh Dato' Ismail Kijo dan Ketua Pemudanya, Safarizul Mustafa.

Manakala Zuraidah Kamaruddin dan ADUN Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz tidak muncul-muncul...

Hanya pada keesokan harinya, barulah Pakatan Rakyat Ampang mengumumkan tentang bantuan, tempat penempatan selain beretorik dengan gambar-gambar yang kononnya dapat meyakinkan orang ramai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mengambil berat tentang rakyat yagn mereka wakili.

Hakikatnya, bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sekadar untuk dipaparkan di dalam media-media milik mereka. Bantuan susulan, tidak dilakukan dan Pakatan Rakyat terlalu berharap, gambar-gambar yang dipaparkan dalam lakonan mereka akan membolehkan penduduk di Ampang dan Hulu Langat tidak terpengaruh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam konteks bantuan yang diberikan kepada orang ramai di kedua-dua daerah tersebut.

Pada malam kejadian, iaitu pada 8 Mac, antara kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Puteh. Sebuah rumah dilaporkan hampir dihanyutkan oleh arus deras sungai tersebut.

Sebaik sahaja mendapat berita, para pemimpin UMNO Ampang bergegas ke tempat kejadian walaupun hujan turun dengan lebat. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan mangsa sekalipun basah kuyup dan keletihan.

Tidak ada satu kelibat Pakatan Rakyat pun kelihatan pada malam itu. Hanya setelah mengetahui UMNO Ampang turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang terbabit sehingga lewat subuh, pagi esoknya barulah Pakatan Rakyat menerusi Khassim Abdul Aziz mengumumkan tentang rancangan bantuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Ampang.

Manakala Zuraidah Kamaruddin yang lebih sibuk dengan National Feedlot Corporation dan majlis pertunangan anak Perdana Menteri pula, langsung tidak bersuara, apatah lagi kelihatan di Lembah Jaya Utara.

Baca seterusnya..., klik sini

Ceramah Anwar <b>di Ampang</b> semalam. ~ aku peduli apa @ APA

Posted: 28 Mar 2012 06:48 AM PDT


Jom dengar apa Anwar kata dalam ceramah dia di Taman Kosas Ampang semalam.Lama dah tak dengar jadi eluk gak orang orang Umno dengar,jadi tahu juga apa isu yang dibawa Anwar ni.Selamat menonton...

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


REVOLUSI HABIB: Susulan Kes Gangster Upahan UMNO <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 05:47 PM PDT

kerja UMNO adalah merosakkan orang Melayu.
dibayarnya budak-budak Melayu yang tercicir pelajaran untuk memecah kereta dan memukul penyokong parti pembangkang.
ini bukan politik Melayu yang matang. tapi...UMNO masih beramal dengan cara ini.
rakyat telah dapat lihat betapa buruknya perangai UMNO semasa kes di Stadium Kuala Selangor ahad lalu.
REVOLUSI HABIB ada di tempat kejadian bersama orang-orang pejabat DUN yang RH ikut pergi bersama dengan mereka.
RH juga sempat mengambil berkat dengan mengetuk kepala pemuda dan membaling botol ke arah kumpulan yang mengganggu dan memecahkan kereta pengunjung karnival pakatan rakyat.
program karnival JOM HEBOH tu yang duk panggil menteri-menteri UMNO tu tak da pun orang pakatan rakyat nak pergi kacau. malah , ramai orang pakatan rakyat meraikan bersama karnival-karnival sedemikian. tapi gangtser UMNO ni bila kumpulan selain Barisan Nasional buat karnival, depa sibuk nak kacau sangat.
apakah karnival di bumi malaysia ni hanya boleh dianjurkan oleh UMNO sahaja?
kasihan...sudah lah dibelasah, ditangkap pula. gangster....fikirlah masa depanmu..
Pakatan tak kacau ceramah UMNO pun, jadi silalah hormat ceramah dan majlis orang.
Karnival anjuran BN orang pakatan selalu pergi membeli dan berkunjung serta sokong. tapi bila pakatan buat karnival, BN hantar samseng pulak.
apa ni...tak gentle la bro..
video samseng ditahan selepas ditangkap rakyat kuala selangor.
ini scene kedua sebenarnya, scene pertama saya tak sempat rakam kerana saya memanjat pagar stadium untuk mendapatkan samseng2 itu. dan mereka semua lari bertempiaran. mereka penakut rupanya ya tuan-tuan. hahaha. scene kedua ini adalah cubaan kedua samseng masuk ke kawasan ceramah dan membuat kacau selepas memecahkan kereta orang ramai.
ini scene terakhir, samseng dibawa lari oleh polis. kalau tak, memang terkencing terberak dipecah kepala. hahaha.
apapun, bersyukur lah ada orang PAS dan UNIT AMAL yang masih berlembut dengan samseng-samseng ini. yang membuat kawad manusia halang samseng ini daripada dipukul dengan lebih teruk lagi. kalau tak ada unit amal...nescaya samseng ini akan diangkut ke hospital.
bersyukur lah wahai pemuda UMNO Malaysia....kau orang masih belum hadapi REFORMASI seterusnya.
saya pun sayang Melayu,. tolong ... jangan memperalatkan anak muda Melayu.
seorang samseng yang berjaya ditahan. diselamatkan oleh UNIT AMAL PAS daripada dibelasah oleh orang ramai. nasib baik ada unit amal.
akhirnya, anak muda Melayu yang diperalatkan UMNO itu terus minta borang keahlian DAP . selepas LIM KIT SIANG mengikat jamin pembebasannya. huhuhu. anak muda!

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Berbogel <b>Di</b> Lebuh Raya Duta-<b>Ulu Klang</b> (Duke)

Posted: 17 Mar 2012 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang 'wanita' berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki," kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.

Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

"Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

"Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta," katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

"Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.

"Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan," katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.

"Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

"Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda," katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.

-Hmetro-

Rating: 7.0/10 (2 votes cast)
Berbogel Di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), 7.0 out of 10 based on 2 ratings Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Kes Bunuh Pensyarah Dan Bapanya <b>Di Puchong</b>, Dah Ada <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 05:07 AM PDT

Kakiharu Blog™ | 16 March 2012 | 0 comments

SHAH ALAM - Polis menemui beberapa petunjuk termasuk penemuan barang kemas bernilai RM100,000 yang dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan dua beranak di Puchong Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata penemuan turut berupa kenderaan milik mangsa, telefon bimbit serta maklumat spesifik yang diperolehi daripada orang ramai.

"Polis sedang mengumpul semua bukti dari segala sudut penyiasatan kes yang dipercayai bermotifkan masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek.

"Sehingga hari ini, polis telah menahan enam suspek di mana seorang daripadanya dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang mangsa iaitu si anak.

"Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Ampang dan Cheras. Dua daripada mereka ditahan pada 12 Mac dan empat lagi semalam," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini

Mohd Bakri berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 19 dan 23 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di tempat mangsa mengajar.

Pembunuhan itu berlaku pada 11 Mac lalu dengan mayat pensyarah tersebut, Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di rumah mereka di Taman Kinrara.

Zara Eleena ditemui mati di atas lantai di dalam sebuah bilik manakala bapanya ditemui terlentang di atas katil di dalam bilik utama rumah teres setingkat itu.

Semua suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA


12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Banjir Kilat <b>Di Klang</b>

Posted: 29 Mar 2012 10:51 PM PDT

30/03/2012 13:51:00

Hujan lebat awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat, antaranya di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

VIOLET/PENDUDUK
"Hujan start almost 4 pagi tapi tak lebat tapi kilat menyambar-nyambar la, victim half-an-hour... kita tak perasan tapi alarm bunyi. Turun tengok satu rumah dah banjir lah. So, this is the first time the water its going up this high... selasa baru hujan lebat pun but still tak sampai tinggi macam ni."

Kejadian ini yang terburuk sejak kawasan tersebut diduduki.

Ia dipercayai berpunca daripada kunci air yang tidak dibuka dan longkang yang tersumbat.

Tinjauan ke Sekolah Menengah Teknik Klang juga mendapati sekolah terbabit terpaksa ditutup setelah dinaiki air.

Pelajar sekolah berkenaan diarah pulang.

Air di beberapa kawasan dilaporkan surut mulai jam 7 pagi.

THE DUKE&#39;S BLOG: IBU <b>DI KLANG</b> TERPAKSA BIAR DIRI <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 09:28 PM PDT

Astaghfirullahil'azimmmm. Saya beberapa kali beristighfar kepada Allah SWT apabila membaca berita ini. Alangkah kejinya perompak ini yang bukan saja merompak, malah mengambil kesempatan merogol seorang ibu yang dia aniaya....
Pada saya, perompak itu bukan lagi boleh dianggap sebagai manusia. Tapi dia selayaknya dianggap sebagai makhluk yang lebih keji dari binatang! Harap PDRM dapat menangkap iblis ini secepat mungkin dan semoga keadilan yang setimpal diberikan Allah kepada mangsa..
Semoga tidak ada lagi iblis seperti ini di kalangan warganegara Malaysia. Biarlah Anwar saja yang menelanjangkan diri sebagai "iblis tunggal" di negara ini. Itu pun bukan main lagi nak jadi PM...!

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. -Mynewshub.my

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Restoran <b>Sekinchan</b> anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi - Utusan

Posted: 06 Mar 2012 08:01 AM PST

Restoran Sekinchan anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi"

Restoran Sekinchan anjur kempen "Kenduri Jom Daftar Undi"

06/03/2012 9:15pm

KUALA LUMPUR 6 Mac — Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn Bhd akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih "Kenduri Jom Daftar Undi" di pekan Sekinchan, Selangor selama dua hari bermula Sabtu ini.

Pemilik restoran itu, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu akan diadakan di Pusat Perniagaan Sekinchan antara pukul 11 pagi dan 6 petang.

"Saya harap kempen itu dapat menarik kira-kira 8,000 penduduk di Sekinchan yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

"Lapan puluh tujuh (87) peratus daripada jumlah itu kaum Melayu antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak menetap di Sekinchan," katanya kepada pemberita hari ini.

Jamal berkata, kempen itu berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada kempen yang sama bulan lepas di Laman Pengantin, Setiawangsa di sini.

Beliau berkata, kempen itu menyasarkan dua golongan iaitu pemilih yang belum mendaftar dan pemilih berdaftar yang ingin membuat pertukaran alamat.

"Kempen ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memudahkan orang ramai untuk mendaftar serta menukar alamat tempat mengundi," katanya. — BERNAMA

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


N51 <b>Pasir Panjang</b>: ADUN <b>PASIR PANJANG</b> TURUN PADANG <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 10:34 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]25 Mac 2012 Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang telah memenuhi lawatannya dengan menemui penduduk-penduduk kaum India di ladang Division Sungai Wangi dan Ladang Cashwood, Telaga Nenas. Lawatan ...

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Menjual CD Makkal Padum Paadu <b>di Batu Caves</b> - Parti Sosialis <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

6/2/2012, Isnin

Hari ini, ahli-ahli PSM Semenyih telah turut bersama rakan-rakan dari cawangan PSM yang lain telah turun ke Batu Caves, untuk mempopularkan lagu-lagu perjuangan PRU ke-13, serta menjual CD kepada para pengunjung Batu Caves.

Para pengunjung telah memberi sambutan yang hangat. hampir 1,000 CD yang dibawah telah berjaya dijual. Jika anda ingin mendapatkan CD ini, sila hubungi kami.

ads