Khamis, 19 April 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 17 Apr 2012 07:29 AM PDT


Tun M dimasukkan ke hospital

Posted: 17 Apr 2012 04:01 AM PDT

"Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad
dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini bagi
menjalani pembedahan kecil untuk
mengeluarkan polip pada rongga hidung.
Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr
Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar
Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM),
Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah
ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding
Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan
Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN)
melakukan pembedahan selama sejam bermula
9.30 pagi.
Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di
bawah pemantauan di wad biasa.
Beliau dijangka akan berada di hospital untuk
beberapa hari akan datang.
Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada
anggota keluarga. - Bernama

Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Suka Suki <b>Di</b> Hutan <b>Negeri Selangor</b> - Realiti Dalam Perjalanan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 08:24 AM PDT











Alhamdulillah kali ini aku masih mampu menulis kenangan yang berlaku dalam hidup aku. Pada kali ini aku ingin menceritakan dan berkongsi mengenai pengalaman aku bersama berberapa orang teman aku iaitu, abu, rashid, maarof, syafix, amizie, deen, kuwa, aman, dan kday. Pengalaman yang aku maksudkan ialah semalam kami pergi berkelah di Hutan Negeri Selangor.

Hutan Negeri Selangor itu merupakan salah satu hutan lipur yang di selia yang terdapat di Malaysia dan tempat ini terletak di Hulu Yam. Disebabkan hutan ini merupakan hutan yang diselia, jadi nak masuk ke dalam tempat ini dikenakan bayaran. Orang dewasa dikenakan bayaran RM 1 dan kanak-kanak RM0.50. Walaupun dikenakan bayaran, alhamdulillah ianya berbaloi dan tidak menghampakan. Hal ini kerana persekitaran hijau dan kejernihan serta kesejukan air bergitu nyaman dan mengasyikkan.

Semalam kami bertolak daripada Universiti Malaya dengan dua buah kereta. Jika tak salah aku kami bertolak dalam pukul 8 lebih, sampai di sana, aku tidak pasti pukul berapa, kerna pada masa itu aku sudah teruja dengan persekitaran di tempat itu, sehingga aku lupa untuk melihat jam. Disebabkan kami berkelah di kawasan air terjun dan tempat mandi manda, jadi aktiviti utama kami mestilah mandi. Malah dikesempatan itu juga kami buat bakar ayam dan "hot dog". sempena buat makan-makan itu, kami telah mengutip RM 10 seorang bagi membeli ayam dan barang-barang yang lain. Kemarin juga, kali pertama aku lihat makanan askar, penuh dalam bentuk pek. Salah seorang teman aku itu aman, merupakan seorang PELAPES, jadi dikesempatan itu, dia bawa makanan askar.

Alhamdulillah sekali lagi kenangan indah tercipta di antara kami. Kenangan yang cukup indah dan aku pasti kenangan itu akan terus mengamit memori kami semua. Terima kasih teman-teman kerna mengajak aku turut serta, seterusnya menciptakan kenangan yang paling berharga dalam hidup aku. Itu sahaja malam ini, aku hanya mampu tulis dengan ringkas. Apa-apa pun, aku ucapakan terima kasih kepada teman-teman yang datang ke blog ini, terima kasih

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


COCO NUTZ: SUCI - Episod 3 (terakhir) Wa <b>di Jeram</b> pastu balik <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 11:55 PM PDT

tuan nyer yang tak pandai atur masa yang diberi..
Ini lah Sucisonia Maryam , baby no 2 di keluarga adik santek ie. Elly & Hasrul...
Misi kami tercapai selepas berjumpa dengan empunya diri itu..SUCI...
Kami sempat bergambar dengan anak comel itu.
Kepada SUCI, sila pasrah dengan kehadiran kawan-kawan mummy anda yang berperangai suci ini.
hehe... Ini ewel-ewel...
Yang diwar-warkan oleh tuan rumah...
Disajikan untuk kami makan...
(nyesal tak tapau weeehh!!!!)
Wa telan sebijik aje...
macam tak puas plak....(Ely, please take note on the 'tapau' and 'tak puas' words there...)
buruk lantak, ko memang gitu...
Saat nak balik telah tiba.
Kami pun membawa diri (ekceli yang sibuk nau suruh balik awal adalah Danny...
katanyer ada BBQ la...red carpet la...Hi-Tea la...Gathering kengkawan lain la...huh??)
Perjalanan mengambil masa dalam 1jam ++ dari Sekinchan.
Dan wa masa tuh menjadi 'pemberat kereta' Fatt, 
(TQ sebab ajak wa naik sama..merasa naik kete Fatt tau!!!korang ade??? hhhheehee)
 Look!!!
It's a plane!
Nope...
It's an aeroplane!!
Nopeee..
Santa Clause???
errr...whatever... Kami berkonvoi sebanyak 5 kereta...(kalau dikirakan...5 x 4 = 20 orang, kan??? tapi kami cuma seramai 10 orang aje...hahahaha)..ke Jeram, katanyer sedap untuk makan ikan bakar.
Wa sempat bbm kawan-kawan lain tanya camneh keadaan sebenar Jeram nih?
Ada kata susah nak park kereta,
Ada kata hujung minggu memang ramai yang datang
Ada kata kalau 7.00pm - 10.00 pm tuh , sila bertabah utk makan..
Maka....
tu semua memang kami kena tempuh... Selepas lebih 15 minit kami menjeling2 mencari port meja kosong, ada team lain pergi reccee pilih ikan.
Nak beratur, satu hal
Nak pilih ikan, satu hal
AJK menu sedang pikir nak cadang masakan apa untuk binatang laut yang dipilih

Selama sejam kami menunggu, akhirnyer hasil tuaian kami pun tiba.
Itupun dok "alo-alo..adikk...adikk ..alllooo....adikk..." dengan  lambaian kaabah tangan kami sana sini pada pelayan-pelayan yang dok pegang walkie talkie itu......
Sejam=60 minit kami melangut kat meja kosong (kadang-kadang kami buat muka eksen pada mereka yang sedang mencari meja kosong yang lain...hahaahh.. keji,ok?) Makan sekejab aje...yang nak menunggu tuh lamaaaa.....

Selepas bayar tak sampai doploh hengget sorang ( agak berpatutan harganyer, sedap..cuma service agak lembab...iyela..ramai manusia kepinginkan ikan bakar pada satu masa...udang pun deme tak buang ta** sebab nak cepat masak...)

John Danny dah balik awal masa nih...sibuk bebenor retis sorang nih tau!!!
Ada function satu lagi kat KL katanya...

Dah...balik KL jommmm......
Dan wa , selaku 'pemberat kereta ChawaNa dan Aqillah',  kembali menambahberatkan lagi muatan kereta mereka selepas makan...
Kami balik lalu Latar Highway manakala Lily and the team menempuh bandaraya KL, melihat keindahan lampu neon di sana kata deme....
Dan wa pun balik Bangi malam itu jua....
Letih..memang...tapi wa puashati
Memakai baju kurung naik trem ke bukit, berjalan di tepi sawah , jumpa SUCI dan diakhiri makan ikan bakar di Jeram.
Memang kompom wa tak buat kalau jalan sensorang ke sana sini...
It's a one-day-trip to Sekinchan & Bukit Melawati + Jeram
Having fun indeed with full of activitiesss.....
Cover 3 entries for one day trip?
let the pictures reveal the real stories...
To SUCI....
Welcome to the real world of life
To the rest of us out there...
Welcome to the real world of temporary life ...
(incase we forgot the meaning of  'permenant' life after death ...)

Selamat Hari Jumaat buat semua di sana...
Jangan buat onar di muka bumi ini, iyee..

(wah..ko dah budget macam artis le pulak???...piraahhh!!!)

Nest Next trip...
ke manakah wa ?
Mencari SUCI lagikah?
.
.
.
takkkkk....
mencari kepala paip...
tak caya?
sila lihat gambar seterusnyer
.
.
.

yeaaa..dah jumpa satu...dan...

yeaaa...satu lagi...
tunggu entry selanjutnyer....stay tune...

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


WiFi Percuma <b>di Dengkil</b> | theSkop

Posted: 16 Apr 2012 01:41 AM PDT

Dalam usaha menarik pelbagai golongan menjadi celik IT, Dewan Kampung Ampar Tenang kini menyediakan sebuah Pusat Teknologi Maklumat kepada semua lapisan masyarakat di kampung terbabit selain membantu meringankan beban penduduk.

Pusat Teknologi Maklumat itu akan dibuka Mei depan dan beroperasi Isnin hingga Jumaat pada sebelah malam bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada Sabtu dan ahad bermula 1 tengah hari hingga 7 petang.

Penduduk boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di dewan itu.

Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata penubuhan pusat itu hasil perbincangan bersama penduduk akhir tahun lalu bagi mengatasi masalah masyarakat.

Katanya, pihaknya memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 bagi menyediakan peralatan untuk disediakan di pusat terbabit manakala selebihnya daripada Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar.

"Kami sentiasa berbincang dengan penduduk, kami mahu jadikan dewan ini sebagai pusat untuk pelbagai golongan berkumpul dan berbincang dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata penduduk boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi dan setakat ini, pihaknya akan menyediakan 11 buah komputer serta dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Tambah Borhan, sebelah pusat itu juga terdapat sebuah mini perpustakaan yang juga akan dibuka bulan depan.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Kampung terbabit, M.Sunmugam, 44, berkata dengan adanya pusat itu, penduduk khususnya pelajar sudah tidak perlu menghabiskan duit di cyber cafe.

"Selain meringankan beban, pelajar dapat meningkatkan minda dan kemahiran pelajar serta kebolehan menguasai IT dengan baik danberkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.

"Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran," katanya.

Borhan berkata, pembukaan pusat IT dan mini perpustakaan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Kami berharap penduduk di Kampung ini terutamanya pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah disediakan ini," katanya.  – Selangorku

from your own site.

"tukanglawan": Ceramah Anwar <b>di Dengkil</b> (Video Penuh)

Posted: 28 Jan 2012 03:12 PM PST


Ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil pada 27 januari 2011 telah menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.
Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.
Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat

Ikuti Siri Video ceramah DSIB di Dengkil pada malam tersebut


12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Aricom inspirations: Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Buatmu Anakku, `Ukasyah & Uwais: Bercuti <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>

Posted: 07 Feb 2012 07:08 AM PST

Ini kisah yang lama, tapi Ummi nak cerita juga. 15-17 Januari yang lalu, keluarga Ummi merancang bercuti bersama di Pantai Morib.  Urusetia percutian kali ini seperti biasalah, Ummi dan Opah.  percutian memang sudah jadi rutin keluarga kami.  Jika tidak jauh, dekat pun jadi lah.   Apa yang penting, kebersamaan.  Kini, walaupun, 3 orang dari 4 adik-beradik Ummi telah berkahwin, kami tetap merancang aktiviti bersama, mingguan, bulanan dan tahunan.  
Jaulah bersama keluarga ini banyak manfaatnya.  Bukan sahaja merapatkan ukhuwwah, tapi inilah masanya Opah dan Aki mendidik kami, anak menantu dan cucu-cucu mereka.  Juga memupuk sifat kerjasama, berganding bahu sesama ahli keluarga.  Alhamdulillah, kami sangat rapat dengan Opah Aki, persis sahabat baik, malah lebih lagi   Sesama adik beradik dan ipar duai juga begitu.  
Sejak kecil lagi, Opah Aki selalu tarbiyyah kami untuk sentiasa bersama.  Jika hendak ke mana saja, Opah Aki tidak pernah beri kami pilihan untuk ikut atau tinggal di rumah.  Kami diajar untuk bergaul dengan semua golongan dalam semua jenis majlis.  Tidak seperti orang sekarang, anak selalu tidak mahu ikut ibu bapa.  Atau ibu bapa lebih selesa meninggalkan anak-anak di rumah ketika berurusan.  Ummi pun hairan.  Hatta bila Opah Aki ke kedai pun, kami mahu ikut sehinggalah kami semua dewasa dan telah berkahwin.  Kebersamaan itu sangat penting.  
Oh, jauh tersasar topik yang Ummi ingin ceritakan.  Lain kali Ummi sambung ye.  Nak cerita tentang percutian, tapi cerita tentang perkara lain pula.  Bukan apa, Ummi risau melihat situasi institusi kekeluargaan masa kini.  Berkumpul bersama, tapi tiada komunikasi.  Jika ada komunikasi, tapi tidak berkesan.  Paling Ummi gusarkan, kebanyakan keluarga tidak makan secara berjemaah/bersama.  Ini bukan sesuatu yang baik untuk diamalkan.  Perkara ini sungguh asing bagi Ummi.  
Sampai sini dahulu.  Beberapa potret keluarga ketika bercuti di Morib.



12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Dr Rani: Serangan Nazir Masjid <b>Di Bangi</b> Di Dalangi Umno

Posted: 18 Apr 2012 12:10 AM PDT

SHAH ALAM,18 APRIL : PAS Selangor mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Abdul Basir Alias yang mana tindakan itu dikenalpasti di dalangi oleh pemimpin Umno setempat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata tindakan tersebut perbuatan tidak bertamadun yang membangunkan budaya samseng di mana akan menjejaskan keharmonian masyarakat.

"PAS Selangor mengharapkan agar pihak polis dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius," ujar Dr Rani dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

Dr Rani berkata Umno-BN kini semakin terdesak disebabkan semakin kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan yang ganas terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat.

" Apakah tindakan samseng ini natijah daripada hasrat Presiden Umno yang mahu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun," ujar beliau.

Kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan mesyurarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa masjid apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.

Seterusnya,salah seorang penyokong Umno telah menghantukkan kepala kepada Abdul Basir sehingga menyebabkan mata beliau lebam dan bengkak.

Bimbang atas keselamatan dirinya, maka Abdul Basir telah membuat laporan polis kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


6 Budak Lemas <b>Di Tanjung Sepat</b> | Malaysia Top Bloggers

Posted: 23 Jan 2012 07:21 PM PST

Dalam kejadian lemas di Tanjung Sepat Kuantan semalam, 6 budak lemas serentak. bagaiamanpun 4 dari mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian.

KUANTAN: "Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.

"Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja," kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.

Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku.

"Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata enam orang lemas dalam kejadian itu dengan dua daripada mereka maut.

Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Ibu Negara, Petaling Dan <b>Hulu Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 04:38 AM PDT

- Apr 2, 2012 19:38:26.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 10 hingga 13 April ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor ASdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor mereka.

Antara kawasan yang terlibat di wilayah Petaling termasuk di Desa Tun Razak iaitu di Jalan 1/118C hingga Jalan 11/118C dan Taman Desa Tasik, manakala di Kuala Lumpur iaitu di TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 1/2, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Abdul Halem berkata gangguan itu dijangka bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

Katanya, gangguan adalah disebabkan kerja penggantian dua unit Injap Kupu-kupu 800mm diameter berdekatan dengan Kolam Air Sungai Midah.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di wilayah Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April ini hingga ke 6 pagi keesokan harinya.

"Ini disebabkan kerja-kerja penggantian satu unit Injap kupu-kupu 600mm diameter pada Paip Outlet Kolam Air Menara (A) Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor yang menjejaskan bekalan air di kawasan itu," katanya.

Menurut Halem, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula pukul 9 malam pada 13 April (Jumaat) hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang terlibat iaitu di Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Ketomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St. Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya, Kampung Chempedak, Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah Bahagia.

"Manakala turut mengalami gangguan iaitu di Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir," katanya.

Katanya, gangguan di kawasan tersebut disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kupu-kupu 600mm diameter di Jalan Kucing dan Jalan Jambu Mawar di ibu negara.

Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Menurutnya pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222.Katanya, maklumat mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman sesawang Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Pemenang Contest Sempena Perlancaran Kawasaki + GiVi <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 06:58 PM PDT


Terima kasih bro ucapkan kepada blogger yang sudi menghadiri Majlis Perlancaran Kawasaki + GiVi Showroom Di Bandar Sunway.

Mereka secara tidak langsung terlibat dengan contest yang dianjurkan oleh pihak penganggur.

Pemilihan pemenang berdasarkan pilihan pihak penganggur dan juga rakan di facebook mereka.

Dan di sini bro kongsikan senarai pemenang untuk contest ini:-

  1. Jardness
  2. Armujahid
  3. Akubiomed

Tahniah kepada pemenang.

Hadiah utama merupakan jacket seperti di bawah (Kalau tak salah bro la ek)

Bicara Bro :  Nak juga.. T-T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: &#39;Sembang, Duduk, Bantah&#39; 21 April <b>di Shah Alam</b>

Posted: 10 Apr 2012 02:48 AM PDT


SHAH ALAM, 10 April: Sebuah NGO, Prorakyat Selangor hari ini menyatakan satu pra Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Shah Alam pada 21 April jam 3 petang.

Himpunan yang bertemakan 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah' itu bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat dalam membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan melaksanakan pilihan raya bersih dan telus.

Presidennya, Khairul Anuar Othman memberitahu Prorakyat juga turut mengambil ketetapan untuk bersama-sama 84 buah NGO dalam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

"Selain daripada penganjuran pra himpunan pada 21 April nanti, Prorakyat juga akan turut serta untuk bersama-sama berada di Dataran Merdeka pada 28 April sebagai menyatakan sokongan terhadap pilihan raya bersih dan adil kepada semua parti-parti politik dalam negara ini.

"Kita melihat sistem pilihanraya di Malaysia ini perlu direformasikan kerana terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR pada masa kini," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.

Tambahnya lagi, SPR dilihat lebih mengikut telunjuk pemerintah sedangkan ia adalah sebuah badan yang bebas dari cengkaman kuasa eksekutif dalam negara ini.

"Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya juga dilihat gagal meyakinkan rakyat seluruh negara apabila tiada penyelesaian kukuh bagaimana daftar pengundi yang meragukan boleh dibersihkan," sambungnya lagi.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil Roseli menyatakan pra himpunan pada 21 April tidak memerlukan permit perhimpunan.

"Himpunan ini adalah himpunan yang aman bersesuaian dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak mengancam keselamatan negara dan orang awam.

"Matlamat utama himpunan pra Bersih 3.0 ini adalah untuk menunjukkan sokongan rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil tertegak di negara kita yang tercinta," katanya.

HOT: KHALID SAMAD TUMBANG <b>DI SHAH ALAM</b>! - Pengundi Baharu

Posted: 22 Mar 2012 12:48 PM PDT


Pada 20 Mac, Khalid Samad bersama Dato Nasarudin Daud, Speaker DUN Kelantan telah mengadakan ceramah di Taman Batu 3, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Manakala pada tarikh yang sama, Datuk Hassan Ali berceramah di Taman Alam Megah, Shah Alam yang dihadiri oleh ribuan orang.

Ibarat langit dengan bumi, sambutan rakyat Selangor kepada ceramah Khalid Samad dengan Dr Hassan Ali.

Berikut ini disertakan gambar-gambar perbandingan ceramah tersebut.










PengundiBaharu: Habislah lu kali nih...

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


SiasahKini: Terbaru!Warga Afrika Merusuh <b>Di Kajang</b>...

Posted: 31 Mar 2012 05:28 PM PDT

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Ikrar Pemuda: KHALID IBRAHIM BAWA KEMAJUAN <b>DI IJOK</b>

Posted: 18 Apr 2012 05:53 PM PDT

Khalid bawa kemajuan di Ijok? Ye..betol..ini kemajuan dia.....
Kemajuan dari segi rumah urut yang rakyat Ijok dapat....Ini kawasan Menteri Besar..tak tau lah apa jadi dengan kawasan ADUN-ADUN biasa Pakatan..rakyat langsung tak dipandang..bila nak undi je pandang kot!?

MALAY DELIMA: Pendudk <b>Ijok</b> Mengamok "MB Khalid Ibrahim Tak <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 08:18 AM PDT


"Menteri Besar tak boleh harap", demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

"Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya," kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok," tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

"Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu," katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

"Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor," katanya.

Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

"Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

"Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat," kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

"Rugi orang kampung pilih Khalid," tegas Zaini. :- KLpos.com

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Lisa Dan Yusri Jadi Cikgu <b>Di Pandamaran</b> Klang

Posted: 12 Apr 2012 12:00 AM PDT


Pengalaman sebagai guru sandaran mengajar aktres Lisa Surihani untuk mendidik para pelajar tingkatan 1 Usaha, SMK Pendamaran Jaya bersempena program "Teach for Malaysia" pada Isnin. - Foto oleh AZMAN GHANI

PELABUHAN KLANG: Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. - BERNAMA

. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ"

Thanks For Like,Share la Kat FB Sekali

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


LI <b>di Petaling Jaya</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 09:44 PM PDT

Kami menyediakan tempat tinggal dan juga elaun kepada pelatih.
tawaran adalah terhad kepada 8 orang pelatih lelaki sahaja.

Telephone : 03-78774232
Facsimile : 03-78773932
Email : ingventures@info.com
Website : www.ingventures.com

We are from ING Ventures Sdn. Bhd. Our company is a telecommunication company – Precision Scanning Frequency Survey, Electrical Engineering and Mechanical Engineering. Currently, our organization open an opportunities for industrial trainees.

We are seeking for the position of surveyor and documentation. We are open for 8 people (male) who are involved in communication course. If you have any candidate, please do submit your application to us to:

Email address:
info@ingventures.com
info@mognas.com OR post to the below address:

ING Ventures SDN BHD No 710,
Block A4, Pusat Dagang Setia Jaya,
9 Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 7877 6949
Fax: 03 – 7877 3932
Attention to: Mr Ikhwan

We are looking forward to hear from you.
Thank you.

Best regards,

Ikhwan Noradzman,
Manager ING Ventures SDN BHD

ads