Khamis, 19 April 2012

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


WiFi Percuma <b>di Dengkil</b> | theSkop

Posted: 16 Apr 2012 01:41 AM PDT

Dalam usaha menarik pelbagai golongan menjadi celik IT, Dewan Kampung Ampar Tenang kini menyediakan sebuah Pusat Teknologi Maklumat kepada semua lapisan masyarakat di kampung terbabit selain membantu meringankan beban penduduk.

Pusat Teknologi Maklumat itu akan dibuka Mei depan dan beroperasi Isnin hingga Jumaat pada sebelah malam bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada Sabtu dan ahad bermula 1 tengah hari hingga 7 petang.

Penduduk boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di dewan itu.

Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata penubuhan pusat itu hasil perbincangan bersama penduduk akhir tahun lalu bagi mengatasi masalah masyarakat.

Katanya, pihaknya memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 bagi menyediakan peralatan untuk disediakan di pusat terbabit manakala selebihnya daripada Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar.

"Kami sentiasa berbincang dengan penduduk, kami mahu jadikan dewan ini sebagai pusat untuk pelbagai golongan berkumpul dan berbincang dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata penduduk boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi dan setakat ini, pihaknya akan menyediakan 11 buah komputer serta dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Tambah Borhan, sebelah pusat itu juga terdapat sebuah mini perpustakaan yang juga akan dibuka bulan depan.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Kampung terbabit, M.Sunmugam, 44, berkata dengan adanya pusat itu, penduduk khususnya pelajar sudah tidak perlu menghabiskan duit di cyber cafe.

"Selain meringankan beban, pelajar dapat meningkatkan minda dan kemahiran pelajar serta kebolehan menguasai IT dengan baik danberkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.

"Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran," katanya.

Borhan berkata, pembukaan pusat IT dan mini perpustakaan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Kami berharap penduduk di Kampung ini terutamanya pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah disediakan ini," katanya.  – Selangorku

from your own site.

"tukanglawan": Ceramah Anwar <b>di Dengkil</b> (Video Penuh)

Posted: 28 Jan 2012 03:12 PM PST


Ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil pada 27 januari 2011 telah menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.
Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.
Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat

Ikuti Siri Video ceramah DSIB di Dengkil pada malam tersebut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads