Jumaat, 20 April 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN @ AEON <b>BUKIT RAJA</b>

Posted: 09 Apr 2012 03:12 PM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yes, i am a garang mother. Hahaha.. Tiba-tiba je speaking London berterabur, dah la lari tajuk. Apakah?
Okeylah, sebenarnya nak cerita pasal kami makan-makan dan jalan-jalan di AEON (Jusco) Bukit Raja. Ada dah cerita sikit dalam entry INI. Masa di sana memang ada kejadian yang buat ibu 'keluar tanduk'. Memang kegeraman yang tak boleh dicover lagi dah. Kalau ada orang tengok masa tu, memang orang tu akan kata' "Ish.. garangnya mak dia ni". Kih kih kih.. Jadi tu yang awal-awal entry dah buat pengakuan. Memang ibu Yusuf ni garang pun..
Mana tak garangnya, setiap kali outing je mesti ada adegan aneka ragam. Grrrr..
Tengok!! Masani tah gaduh apa dengan abang dia sampai tergolek-golek atas kerusi.
Tengok!! Dia pandai buat ibu marah, tapi dia juga yang selalu 'cairkan' ibu. Aduhai Maryam..
Bila yang diorder sampai, hilang kejap ragamnya..
Abang Yusuf yang cool. Yang ni sejak besar memang tak ada karenah, cuma bila dengan ayah je dia mengada sikit. 
Tajuk makan-makan kan? Jadi kena tunjuk juga gambar makanan. Ini ayah punya, ibu makan yang macam abang Yusuf punya..
Ayam golek.. Sama je kan rupanya yang dekat tepi jalan tu?
Tapi dah namanya KR, standardlah kan. Makan berempat hampir cecah 3 angka la juga. Sekali sekala boleh lah, selalu-selalu boleh blah. Hahaha..

Oh ya, di AEN Bukit Raja sedang ada pameran kraf sampai 15 April 2012. Ibu intai dari atas je, adalah macam-macam. Ada batik, ada songket, ada barangan kraf, ada perhiasan wanita, ada kristal dan mutiara. Macam-macamlah..

Antara gambar yang ibu sempat snap..

Lepas makan, naik atas sebab bawa Maryam layan Kiddos Ride. Lepas habis main kat sini, wah wah wah.. makin beragam-ragam dia. Pusing-pusing kejap, terus balik..

Anak tetap anak. Syukur dengan kurniaanNya. Alhamdulillah..

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi.. :D 







12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 15 Apr 2012 07:42 AM PDT


Tindakan BIADAP!

Posted: 15 Apr 2012 07:17 AM PDT

Ye itulah yang KP boleh katakan,biadap!biadap betul tindakan yang dilakukan oleh orang tidak bertanggungjawab dan bodoh ini.Apa ke halnya,sampai nak simbah-simbah cat kat bangunan UMNO Kuala Langat?Dahlah disimbah dengan cat,bendera pun dibakar!kang kurang ajar namanya tu.Tindakan seorang yang pengecut dan bacul!pada firasat KP,golongan ni,takut dengan bayang-bayang sendiri,manakan tak..masuk Kuala Langat je,dari jauh dah nampak gelombang BIRU..
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pejabat-umno-disimbah-cat-1.40110
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Ceramah Perdana Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>Di Dengkil</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:51 AM PST

Demi Rakyat

27 Januari 2012 (Jumaat)

9.00 – 12.00 malam

Lokasi: Dewan Orang Ramai Kampong Ahmad Razali, Dengkil

Penceramah:
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) YB Zuraida Kamaruddin
4) YB Dr Dzulkefly Ahmad
5) YB Dr Rani Osman

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


MALAY DELIMA: Sampah Punca Banjir <b>Di Klang</b>...!!!!

Posted: 14 Apr 2012 05:00 AM PDT


Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

"Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

"Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna," katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

"Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

"Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang," katanya.

Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

"Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan," katanya.

Sumber : Gelombang Rakyat

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


iSlackware : My Slackware Journey, Tips and Tricks: Sharing my <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 06:18 AM PDT

By running the kde 'krfb' , I will be able to share my slackware Linux kde desktop in my living room with my Samsung galaxy note whenever/wherever I connected to my local network. All you have to do is get a vnc client from the Android play market for your Android and execute the krfb.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


DUNIA PUANSTOBERI: Corat Coret Kursus <b>Di Morib</b>

Posted: 01 Mar 2012 02:00 AM PST

Course : Kecemerlangan Diri & Organisasi
Tempat : Gold Coast Morib Resort
Tarikh : 24 Feb - 26 Feb 2012
Course yg ala-ala Team Building. Cuma di 'rebranding'kan sket. Tp mmg bes la. Peserta dari gred 27 - 44. Ada dlm 40 orang, termasuk seluruh cawangan opis kiterang.
Ari pertama kira start petang la. Tp bertolak dari opis dalam kul 11 camtu. Makan dulu kat pantai Morib then yg lelaki g solat Jumaat. Lps tu baru gi hotel utk check in. Kul 3.00 baru start kelas.
Mlm ada perasmian by our KP.
Hari kedua baru aktiviti outdoor. Ini la yg sgt super bes!
Bermula dgn senamrobik seawal jam 7 pagi. Bes giler kot sbb luas mata memandang pantai yg indah. Eceh.

Ko menari ke senamrobik pompan?? Hahaha.

Then lps bekpas buat xtvt berkumpulan. Satu grup dlm 6 org. Grup aku, aku ngan Iza je 2 org pompuan.

1st xtvt kump- bawak air dlm gelas atas kain. Haa.... ko mampu?? tak terpikir dek akal okeh. Tp akhirnya grup aku yg 1st smpai ke check point. Pergh. Giler tak sangka.


Fokus bagai nak giler memasing. Siap lalu celah keta, naik tangga, turun tangga. 

Ni da sampai tpt nak letak tu.
Akhirnya kiterang berjaya. Tumpah air sekali cuma. Tu pun masa blum start lagi. Da gerak, Alhamdulillah... rasional dari main menda ni diandaikan kita berinteraksi dengan orang luar dari organisasi kita. Walo cemana pun, kalo kita fokus dgn kerja kita, walo ada rintangan dari luar. Insyaallah. Semuanya oke.

Settle menda tu, sbb da panas giler, masuk balik dewan.  Kena berdiri atas selai sokkaba lps tu terbalikkan. Yg tu combined kan 2 grup.


Lps lunch kiterang kuar gi tpt lain plak. Utk xtvt 'high-rope', paint-ball n kayak.
So, grup kiterang main paint-ball dulu. Other grup buat high-rope Rata2 mmg 1st timer la main paintball nih. Ramai yg cedera-lebam kena bola, tp aku tak kena. Kuikuikui. Fasi kata samada mmg pandai elak ataupun duk diam je. Ehhhh...ada tembak per.
Sbb tu aku rasa syok main paintball. Kuikuikui.


Ala, kiterang main yg beginner punya je. Takde la extreme sgt pun. Tp oke per. Bes. Suka!
Utk yg ni suppose grup aku menang. Tp bleh ketua kumpulan lak buat 'spoil!'. Hahah. Bila dalam padang tpt main tu tak bleh bukak face mask. Yg grup aku ni da siap amik flag, yg tukang amik flag tu kena tembak. So, dia lepas, aku pun lari la pi bawak kat check point. Elok je marshall kata Game Over, ketua kumpulan kiterang bukak facemask tu. Adoiii.... fail....! It's hetttt... Hahahhahaha. Tak memasal kump lagi satu yg menang. Kecewa... sobssss.....
Lps tu baru buat high rope, kayak then mentekedarah temikai. Hahah. Oke, sambung lain plak citer tu. Gmbr aksi2 ganas mentekedarah sebijik tembikai. Huhuhuhuuuuu....

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


(Video) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Ibrahim <b>Di Bangi</b> Malam Tadi <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 08:26 PM PDT


Ceramah Anwar Ibrahim malam tadi di Bangi di hadiri ribuan orang. ini menunjukkan momentum Pakatan Rakyat makin kuat untuk menghadapi PRU 13 yang bakal tiba.

Dengan serangan bertubi-tubi oleh Umno terhadap pimpinan Pakatan rakyat di Selangor tidak mengurangkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ini adalah isyarat yang Umno BN bakal berkubur di Selangor dan di serata negara.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Saingan sengit antara MIC dan Pakatan <b>di Kapar</b> ; Pertandingan <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 04:03 AM PDT

Oleh :A. Sham

KAPAR April 20 — Pakatan Rakyat (PR) dikatakan semakin tertekan dan lebih berhati – hati dalam meletakkan calonya di negeri Selangor dalam usaha untuk mempertahankan negeri tersebut. Fenomena tersebut dikatakan wujud di hampir kesemua 22 Parlimen di negeri itu termasuk di Parlimen Kapar yang mempunyai jumlah pengundi paling di Malaysia iaitu melebihi 125, 000 pengundi.

Pada pilihanraya umum 2008, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) , S. Manickavasagam menewaskan calon MIC Datin Paduka Komala Devi yang juga Ketua Wanita MIC dengan majoriti 12, 297. MIC menerima tamparan hebat pada PRU 2008 disebabkan pelbagai isu di Selangor termasuk kebangkitan suara Makkal Sakthi yang mengegarkan arena politik negara.

Justeru , tidak dinafikan penampilan buat julung kali Manickavasagam di Parlimen Kapar pada PRU 2008 sebagai calon "bukan pilihan" berjaya menyingkirkan Komala disebabkan pelbagai faktor dalaman politik negara. Malah wujud juga faktor yang tidak menyebelahi Komala termasuk prestasinya tidak begitu memuaskan walaupun dua penggal memimpin Parlimen tersebut bermula dari 1999 hingga 2008. Pada PRU 1999 Komala menewakan calon Pas Dr. Dzulkfly Ahmad dengan majoriti 2, 860 undi.

SAINGAN SENGIT

Pemerhati politik berpandangan Pakatan dijangka akan melalui saingan sengit pada PRU ke 13 dan besar kemungkinan pertandingan tiga penjuru. The Malaysian Times juga difahamkan suasana politik di Kapar tidak lagi seperti tahun 2008 . Ahli Parlimen Kapar S.Manickavagam pula dikatakan tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga wujud pelbagai usaha untuk menyingkirkanya dari Kapar ke kawasan lain.

Walaupun prestasi Manickavasagam dilihat cukup baik tetapi penduduk Kapar merasakan nasib mereka lebih terjamin sekiranya kawasan tersebut dipimpin oleh seorang pemimpin yang mendapat perhatian daripada kerajaan pusat disebabkan kepadatan penduduk semakin tinggi.Apa yang pasti, dari skop Parlimen, penduduk merasakan kuasa Manickvasagam terlalu terbatas disebabkan banyak faktor politik dalaman di PKR dan kerajaan negeri Selangor. Selain isu seharian, penduduk Kapar juga merasakan nasib mereka perlu terbela dan mendapat perhatian melalui perancangan jangka panjang.

MANICKAVASAGAM DI CALONKAN SEMULA?

Namun sekiranya Manickavasagam di kekalkan di Kapar, calon MIC bakal berdepan dengan laluan yang cukup sengit disebabkan undi masyarakat India akan berpecah. Antara calon PKR yang disebut yang bakal bertanding di Kapar ialah Dr. Nedunchellian yang telah kembali menyertai PKR baru – baru ini selepas meninggalkan parti tersebut dan menyertai MCLM(Malaysian Civil Liberties) – sebuah barisan rakyat yang dianggotai calon bebas untuk PRU ke 13.

Dr. Nedunchellian yang juga seorang Doktor gigi dilihat seorang pemimpin yang berpengaruh di Kapar dimana hampir 20 tahun berkecimpung dalam aktiviti masyarakat khususnya dikalangan masyarakat India. Walaupun Manickavasagam dan Nedunchellian dikatakan tidak sehaluan sebelum ini, namun kesediaan Manickacasagam untuk menerima dan menyokong permohonanya untuk kembali ke PKR dilihat satu "klimaks" politik yang cukup menarik di Kapar baru – baru ini.

Selain itu, Exco kerajaan negeri Selangor Dr. Xavier Jayakumar juga dikatakan antara calon popular yang bakal dicalonkan di Kapar. The Malaysian Times juga mendengar spekulasi Manickavasagam berkemungkinan besar berpindah dari Parlimen ke Dewan Undangan Negeri, sama ada Batu Caves ataupun Sri Andalas. Kedua – dua DUN tersebut merupakan kerusi MIC.

SIAPA CALON MIC ?

Sementara itu, MIC pula semakin yakin dapat merampas semula kerusi tersebut berdasarkan perkembangan positif yang diterima daripada masyarakat setempat dalam tempoh setahun ini. Faktor Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel turut memainkan peranan yang penting dikalangan pengundi Kapar sejak Najib menghadiri sambutan Ponggal di Kapar baru – baru ini yang dianjurkan oleh MIC pusat dengan kerjasama MIC Bahagian Kapar ,komponen BN dan badan – badan bukan kerajaan dari seluruh Kapar. Hampir 15 ribu orang meghadiri majlis tersebut.

Presiden MIC G.Palanivel telah melantik dua Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti sebagai Koordinator dari MIC untuk memperkuatkan lagi jentera parti dan BN iaitu Ketua MIC Puchong A. Sakthivel dan Madhu Marimutthu. Manakala Ketua MIC Bahagian Kapar T. Ganesan merupakan Penyelaras BN untuk Parlimen Kapar.

Mereka bertiga dikatakan mempunyai peluang yang baik untuk dicalonkan di Kapar, namun diatas kertas peluang A.Saktivel dikatakan amat cerah berdasarkan "kredibilitinya " amat baik.

Apa yang pasti MIC dikatakan mampu merampas semula Parlimen tersebut sekiranya semua pihak dapat menerima sebarang calon yang bakal dicalonkan mahupun calon luar ataupun anak tempatan demi masa depan parti. Peluang memang terbuka untuk MIC kali ini.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


DuNia-MieRaLiciouss: 10 <b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia ~"

Posted: 30 Mar 2012 02:53 AM PDT

1. Sungai Nil berada di Afrika memiliki panjang 6650 kilometer
2. Sungai Amazon berada di Amerika Selatan memiliki panjang 6400 kilometer
3. Sungai Yangtze / Chang Jiang berada di Negara China memiliki panjang 6300 kilometer
4. Sungai Mississippi - Missouri berada di Amerika Utara memiliki panjang 6275 kilometer
5. Sungai Yenisei - Angara - Selenga berada di Rusia dan Mongolia memiliki panjang 5539 kilometer
6. Sungai Kuning / Huang Ho berada di China Benua Asia memiliki panjang 5464 kilometer
7. Sungai Ob - Irtysh berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 5410 kilometer
8. Sungai Kongo berada di Afrika memiliki panjang 4700 kilometer
9. Sungai Amur berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 4444 kilometer
10. Sungai Lena berada di Benua Eropa (Rusia) memiliki panjang 4400 km

Pandangan Panas Korang Semua Amat MieRa Hargai

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Playschool <b>di balakong</b> - Homeschooling 101 | Tadika2U.com <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 11:31 AM PST

It has been a very long process deciding on an educational path for our children. It began when I was not thrilled with the schools we are zoned for.

Read this article:
Homeschooling 101

Incoming search terms:

Users who found this page were searching for:

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Pemenang Contest Sempena Perlancaran Kawasaki + GiVi <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 08:53 PM PDT

4 hari lepas oleh Broframestone

Terima kasih bro ucapkan kepada blogger yang sudi menghadiri Majlis Perlancaran Kawasaki + GiVi Showroom Di Bandar Sunway. Mereka secara tidak langsung terlibat dengan contest yang dianjurkan oleh pihak penganggur. Pemilihan pemenang berdasarkan pilihan pihak penganggur da...

Baca selanjutnya »

Kontest broframestone.com 2 pelawat

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


PAS Tanjong Karang Optimis Akan Berjaya <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 01 Mar 2012 01:04 AM PST

1 03 2012

Tanjong Karang, 1 Mac    :     Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini telah diwawancara oleh Harakah bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung dengan prestasi PAS menjelang Pilihanraya Umum akan datang di Kawasan Tanjong Karang dan DUN Sungai Burong.

Menurutnya, Beliau Optimis PAS akan berjaya dalam pilihanraya Umum akan datang.  PAS Tanjong Karang mempunyai jentera diperingkat akar umbi yang telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa.

Jika diimbas pula, PAS Tanjong Karang pernah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada tahun 1999. Ini menunjukkan rakyat Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong bersikap terbuka dan bersedia melakukan perubahan pada bila-bila masa.

Ini terbukti, apabila Karnival Selangorku yang diadakan pada bulan November tahun lalu selama enam hari enam malam telah berjaya dan setiap malam ribuan rakyat turun untuk menyaksikan pelbagai persembahan dan ceramah isu semasa yang diadakan di tapak karnival, katanya lagi.

Hadir dalam wawancara tersebut ialah Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Harakah Saidah Hairan.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Persenda Raja-Raja Melayu : Ahli Parlimen <b>Hulu Selangor</b> Sahkan <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 08:38 PM PDT

AIDCNews – 13/04/12 – Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (foto) hari ini mengesahkan apa yang diceritakan seorang petugas perubatan, Dr Rahman Kadir yang melaporkan kekecewaannya terhadap beberapa orang pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu semasa Majlis Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah benar.

"Saya ingin mengesahkan artikel Dr Rahman Kadir adalah benar," kata Kamalanathan dalam twitternya seperti dilaporkan The Mole.

Ahli Parlimen Hulu Selangor yang turut berada dalam majlis tersebut mengakui bahawa beberapa ahli parlimen pembangkang yang ditulis oleh Dr Rahman itu berkelakuan tidak sopan.

"Sebagai tetamu kehormat, mereka sekurang-kurangnya perlu peka dan berkelakuan baik."

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara tertentu yang ditulis dalam posting itu. Apabila kita dijemput untuk menghadiri satu majlis diraja, kita harus berasa bangga dan menunjukkan penghormatan kita," katanya.

Dr Rahman dalam artikelnya yang dikirim ke laman ini pada 11 April menyebut beliau turut berada dalam majlis tersebut dan terkejut dengan sikap sesetengah ahli parlimen pembangkang yang tidak menghormati majlis kebesaran diraja.

"Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

"Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

"Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan", lapornya.

Katanya lagi raja-raja Melayu juga menjadi bahan sendaan dan ejekan sesetengah ahli parlimen pembangkang itu.

"Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

"Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

"Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah." Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "i don't care".

"Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka", lapornya lagi.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


MPP Online: Tukang urut bawah Umur <b>di Shah Alam</b>.. Tahniah <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 05:11 PM PDT

Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.

Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

"Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan.

"Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh," katanya.

Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin.

Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

"Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial.

"Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis," katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Foto2 Ribuan Rakyat Bersama Hasan Ali <b>di Meru</b>!!! Dr. Rani <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2012 04:19 AM PDT




Foto-foto ini diambil kelmarin, dalam siri jelajah Hasan Ali ke Meru.  GT sempat singgah dari tempat kerja. Yang ada, cuma handphone, itulah kemampuan untuk snap gambar pada waktu itu.  
Panas bro... tempat ceramah sesak.  Kira kanan jalan penuh dengan lautan ummah yang ingin dengar sendiri dari mulut Hasan Ali.  Ada orang kampung beritahu, ceramah PASrasit oleh Khalid Samad dan Zuraidah Kamaruddin kira-kira 1 kilometer dari lokasi ini tidak mendapat sambutan.  
Mau yang lagi hangat nggak???  GT punya foto Zuraidah sedang.. ehem.. ehem.. hehehe.. tungguuuu..

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Disimbah Asid <b>Di Rawang</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT

KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Gula Hangus: Muffin Vanilla Coklat - SMk <b>SUNGAI PELEK</b>

Posted: 19 Apr 2012 03:43 PM PDT


Muffin order oleh Koperasi SMK SUNGAI PELEK.
Muffin ni untuk dijual di KOPERASI ye.
Terima kasih kepada Koperasi SMK SUNGAI PELEK.

Harga RM1.50/pcs ( kembar 2 )

Tempahan 019 634 1552 Pn LELA

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


AKAR UMBI: Geruh <b>Di Sabak Bernam</b> - Ketua UMNO Dihukum <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 04:00 AM PST

MP Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri yang juga Ketua UMO Bahagian Sabak Bernam hari ini telah dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM400,000 atau penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Andai PRU berlangsung dalam masa yang terdekat, bermakna kedua-dua pemimpin dari utara Selangor ini (Sungai Besar Dan Sabak Bernam) pasti terkeluar dari senarai calon BN.
Kebetulan pula Badrolamin Bahron yang ditangkap khalwat hujung minggu lalu adalah Ketua PKR Cabang Sabak Bernam.

ads