Isnin, 23 September 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Bantuan Ramadhan <b>di</b> Kompleks Penghulu <b>Semenyih</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 12:00 AM PDT

Alhamdulillah, Bantuan Ramadhan oleh Rakan Niaga PETRONAS Kawasan TA31 & Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, Selangor pada 29.7.2013 berjalan lancar. Seramai 70 penerima menerima bantuan Ramadhan.

Jutaan terima kasih kepada Rakan Niaga PETRONAS Kawasan TA31 & Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi atas tajaan bantuan Ramadhan. Semoga dengan usaha ini, lebih ramai penerima dapat dikurangkan beban pada bulan Ramadhan.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Ngeri!!! – Lelaki Putus Tangan Ditetak <b>Di Ampang</b> - berita harian net

Posted: 20 Sep 2013 10:02 PM PDT

putus tanganSeorang lelaki India berusia 23 tahun putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak ketika diserang dua lelaki tidak dikenalinya.

Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Lembah Permai, Lembah Jaya di Ampang awal pagi semalam.

Menurut berita di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ), sebaik tiba, mangsa terus masuk ke bilik tidur pertama manakala isteri serta seorang anaknya tidur di bilik berasingan.

Pada kira-kira pukul 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi bising sebelum kemudiannya mendapati suaminya telah berlumuran darah di dalam rumah sambil menjerit kesakitan.

Mangsa dikenali sebagai Pragash dan berniaga di sebuah restoran di Plaza City One berdekatan Masjid India di ibu negara.

Maklumat lanjut mengenai motif serangan setakat ini masih belum diketahui.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta grill rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu.

Sehingga kini tiada saksi yang tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.

Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

"Jom Buat Duit Dengan Jomniaga - RM2 PPL!!

"Mempunyai Masalah Zakar Cepat Pancut?

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Rumah Lelong/Subsale di <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 09:09 PM PDT

Salam Perkenalan/Aidilfitri,

Saya merupakan freelance agent untuk hartanah lelong dan subsale. Saya mempunyai banyak maklumat tentang rumah lelong di sekitar kawasan Salak tinggi/ Bandar Seriemas/ Enstek.

Lelongan terbaru di Bandar Seriemas

Double Storey Semi D,
No 35, Jalan Laman Kemboja,
Kota Seriemas
RP 400K
Auction Date 3/9/2013

Lelongan Terbaru Di Putra Nilai

Single Storey End Lot
No 248, Jalan Indah 24
Desa Indah Seri Inai,
Putra Nilai
RP 145K
Auction Date 24/08/2013

If Interested call Zack 0126478021

jika ada sesiapa ingin menjual rumah tapi tak dapat buyer lagi , saya boleh membantu anda. Komisen hanya 2% dari harga rumah.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Lagi Berita: Bekalan Air <b>Di</b> Hulu <b>Selangor</b>, <b>Kuala</b> Langat, <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Semua kawasan yang terlibat dengan gangguan air di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akibat pencemaran Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya pada petang Ahad.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred berkata hanya beberapa kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah.

"Pencapaian ini hasil usaha berterusan dari pihak Syabas di dalam memantau dan mengendali urus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air bagi menentukan rawatan air ke tahap maksimum," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.


Berikutan itu, jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun kepada 194,949 iaitu 13 peratus daripada 880,00 akaun.
Bagi membantu kesulitan yang dihadapi pengguna Syabas, Priscilla berkata Syabas menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik.

"Setakat ini, sebanyak 316 penghantaran lori tangki telah digerakkan, manakala sejumlah 176 tangki air statik pula diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di empat buah wilayah yang terganggu," katanya.
Namun, katanya Syabas tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang sangat ramai.

Bantuan bekalan air lebih ditumpukan kepada premis-premis dan keperluan seperti hospital dan pusat perubatan, pusat-pusat dialisis, masjid-masjid dan majlis kematian untuk pemandian jenazah. - BERNAMA

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Misteri Mesyuarat EXCO Sebuah <b>Negeri Di</b> Adakan <b>di</b> Thailand <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2013 08:17 AM PDT

September 21, 2013   ·   26 Comments

Chin_Peng_wanted_by_Malaya

Oleh Nur Azlina Shaari

Menurut sumber, sebuah kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat EXCO khasnya di Thailand pada minggu lalu bagi memberi peluang beberapa EXCOnya menghadiri majlis memberi penghormatan terkahir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendian Chin Peng.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para EXCO Negeri Selangor dikatakan telah mengadakan Mesyuarat tersebut di World Club Hotel, Bangkok, Thailand. Khabarnya seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Kita sedia maklum, kematian ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada Hari Malaysia, 16 September lalu memberikan pelbagai impak kepada parti Pembangkang hinggakan mereka meroyan ke tahap yang sangat kritikal.

Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan membenarkan mayat juga abu pembelot negara ini dibawa pulang ke Malaysia.

Jadi, apakah modus operandi Khalid bersama orang bawahannya pergi ke Bangkok dan mengadakan mesyuarat Exco Negeri di sana?

Ia dapat dirungkaikan seolah-olah mesyuarat tersebut hanyalah alasan buat Pakatan Rakyat untuk pergi memberikan penghormatan terakhir kepada pengkhianat negara yang dianggap oleh puak Pembangkang sebagai pejuang kemerdekaan.

Juga, sebagai usaha dari kerajaan PR untuk mempertahankan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

Sebelum ini, puak Pembangkang mudah melemparkan tuduhan di mana kerajaan terlalu boros dalam mentadbir kewangan negara dan telah menipu rakyat apabila menggunakan duit rakyat dalam merencanakan program dalam negara ini.

Namun, apabila berbicara mengenai mesyuarat senyap yang dijalankan di Bangkok, apakah kerajaan Negeri Selangor tidak boros membelanjakan kewangan kerajaan negeri?

Dimaklumkan dari sumber Pejabat Menteri Besar Selangor, Segala perbelanjaan pemergiaan, kos penginapan dan makan minum telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna, Khalid juga telah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik sendiri. Dan lebih dasyat, Khalid menggunakan duit rakyat demi menghormati pengganas Malaysia, Chin Peng.

Dari sudut lain pula, mengadakan mesyuarat Exco Negeri sampai ke negara orang lain memperlihatkan Khalid tidak pandai dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran Selangor.

Juga, Khalid gagal dalam mengawal politik kerajaan negerinya hinggakan menjemput pihak luar dalam mesyuarat penting negeri beliau.

Jadi, tidakkah pelik bagi kerajaan Negeri Selangor mengadakan mesyuarat Exco Negeri jauh dari Malaysia?

Artikel Berkaitan

Ada Pemimpin MCA Anuti Ideologi Komunis?

By


12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


IPOH MALAY: 3 Sekeluarga Dibunuh <b>Di Dengkil</b>

Posted: 29 Aug 2013 05:19 AM PDT

 3 sekeluarga dibunuh. Mencabar pihak berkuasa ketika Ops Cantas ?
PM bersuara tentang pendedahan kongsi gelap.

Waytha Moorthy diberi 'amaran' oleh PM. 
Pembanterasan penjenayah perlu disokong sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Bandar Sunway</b>, Kuala Lumpur ~ Princess Fisya

Posted: 14 Mar 2013 11:00 AM PDT

Pengedar Shaklee di Bandar Sunway, Kuala Lumpur
Email: nurshidahm@gmail.com
Alamat: Sunway Villa, Bandar Sunway
Area Pickup/COD: Bandar Sunway (Menara Sunway, Sunway Pyramid, Sunway Villa), Subang Jaya, Shah Alam, Jalan Malim, Bachang, Politeknik Port Dickson (bergantung kepada permintaan)

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Central Pattana Labur RM500 Juta <b>Di Shah Alam</b> - Selangorku

Posted: 22 Sep 2013 08:45 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM, 23 SEPT : Kestabilan dan kemajuan ekonomi yang pesat selain jaringan kemudahan yang baik menjadi faktor Selangor terus […]

ahmadmaslan.com: <b>Di</b> yayasan Restu, <b>Shah Alam</b>

Posted: 05 Sep 2013 09:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2013 (300). ▽ September (25). Seminar Kebangsaan Pemimpin Muda & Keusahawanan di... Utusan hari ini dgn TPM melawat UKM Bangi smlm. Sa... Lawat Perbendaharaan Msia Sarawak pagi ini di Kuch... Perluas ...

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Curang: Isteri belasah suami dengan teruk <b>di Kajang</b> - KL-Today.com

Posted: 17 Sep 2013 07:27 PM PDT

Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu. Gambar sekadar hiasan.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.
"Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya," katanya.
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

Leukimia pun boleh sembuh apatah lagi penyakit kronik biasa seperti diabetes, gout dan lain-lain Klik SINI

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.
"Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

"Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali," katanya.
Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

"Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. "Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Tiga beradik hilang ditemui <b>di Rawang</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Aug 2013 02:23 PM PDT

Posted on August 16, 2013, Friday

IPOH: Tiga beradik berusia enam, lapan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru di sini Selasa lepas ditemui selamat di Rawang, Selangor malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, Syahir Syafi, 8, dan Syarafuddin Syazwan, 11, ditemui pada jam 8.30 malam dan kini berada bersama ibu mereka, Safarela Azwa Ishak, 36.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu sebenarnya dibawa oleh ibu dan bapa saudara mereka ke Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang Selasa lepas, katanya kepada pemberita di sini semalam.

"Safarela gagal menghubungi saudaranya itu pada hari kejadian namun apabila dapat dihubungi, saudaranya itu menafikan ada kaitan dengan kehilangan kesemua kanak-kanak itu," katanya.

Kehilangan tiga beradik itu disedari oleh ibu mereka selepas pulang dari tempat kerja jam 6.30 petang Selasa setelah mendapati pintu rumah berkunci, manakala pintu pagar terbuka luas sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, pada jam 11.45 malam hari yang sama.

Paramasivam berkata, motif saudara Safarela membawa lari tiga beradik itu masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan masalah keluarga.

"Apabila siasatan dijalankan ke atas tiga beradik itu, mereka memberitahu bahawa mereka diminta mengikut pakcik dan makcik ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Khoo Leng Huat berkata tiga beradik itu diserahkan kepada bapa mereka Rizauddin Md. Zain, 38, kira-kira jam 7.50 pagi semalam.

"Bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai penemuan semula anaknya itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu diserah kepada rakan sejawat di Ipoh dan mereka akan mengambil keterangan daripada mangsa dan tindakan selanjutnya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


BERITA HARIAN NET » Marshal maut <b>di</b> Litar <b>Sepang</b>

Posted: 21 Sep 2013 10:24 PM PDT

IMBAS KEMBALI… Pelumba MotoGP, Marco Simoncelli (gambar kecil) maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Litar Sepang pada tahun 2011.

PERLUMBAAN pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan semalam.

Ia gara-gara satu kemalangan yang berlaku di litar tersebut sehingga meragut nyawa seorang marshal perlumbaan dan mencederakan seorang pelumba pada sesi latihan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa, Satish Suppiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Insiden tersebut berlaku apabila seorang pelumba, Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17, yang beraksi dalam kelas 250cc dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar Satish yang berada di tepi litar tersebut.

Mangsa kemudian dirawat oleh pasukan perubatan di litar tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Izzat turut dilaporkan cedera parah di kepala dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali menjelaskan insiden maut yang kali kedua berlaku dalam masa tiga tahun di litar tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi arena sukan permotoran negara.

"Ini adalah satu berita yang amat menyedihkan dan mendukacitakan.

"Malah, ia juga kali kedua berlaku selepas insiden yang menimpa pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada tahun 2011.

"Saya difahamkan insiden ini terjadi di laluan yang lurus dan bukan di selekoh tajam atau sebagainya serta turut mencederakan seorang pelumba muda kita yang ketika ini saya dengar agak parah juga keadaannya.

"Bagaimanapun, saya rasa ia adalah satu peringatan kepada kita bahawa sukan permotoran adalah satu sukan yang berbahaya dan tidak boleh dipandang mudah.

"Saya bersimpati terhadap semua keluarga mangsa dan berharap pelumba muda kita yang cedera itu dapat diselamatkan," ujar beliau lagi.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya, SIC menjelaskan bahawa susulan daripada insiden tersebut, pegawai perlumbaan dan pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan terus saingan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.

Insiden itu juga masih lagi dalam siasatan polis dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) manakala tarikh baharu bagi perlubaan pusingan keempat MSS 2013 akan diumumkan tidak lama lagi – Kosmo Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

"Jom Buat Duit Dengan Jomniaga - RM2 PPL!!

"Mempunyai Masalah Zakar Cepat Pancut?

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

ads