Sabtu, 2 Mac 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:45 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. 

Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. 

Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'.

 IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim

Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Wisata arung <b>jeram</b> Sungai Cikundul Cianjur dibuka - Antara News

Posted: 02 Mar 2013 03:53 PM PST

Jakarta (ANTARA News) - Diva Tour & Travel meresmikan pembukaan jasa wisata arung jeram di sungai Cikundul, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat untuk memenuhi tingginya minat masyarakat terhadap olah raga alam.

Peresmian dilaksanakan pada Sabtu (2/3) dihadiri sejumlah pejabat daerah setempat, kata Suparman Ruslan, Direktur Diva Tour & Travel, Minggu.

Wisata arung jeram (rafting) ini peresmiannya dihadiri Gatot Subroto, Ketua DPRD Kabupaten Cianjur, Teddy Arkiyawan, Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kabupaten Cianjur, serta segenap jajaran Pemkab dan Muspida Cianjur.

Peresmian yang kemudian diikuti dengan kegiatan rafting bersama di jalur sepanjang tujuh kilometer.

Suparman mengatakan pemilihan sungai Cikundul sebagai wisata arung jeram selain lokasinya tidak jauh dari Jakarta, juga potensi alamnya sangat luar biasa.

Menurut dia selain arung jeram, sepanjang jalur Sungai Cikundul dapat dirangkai menjadi jalur wisata terpadu, mulai dari wisata religi Dalem Cikundul, wisata jalur off-road, sampai ke wisata Waduk Cirata dan Danau Jangari.

Diharapkan juga, dibukanya jalur arung jeram ini dapat menjadi stimulus untuk semakin berkembangnya potensi wisata lain di sekitarnya.

Lebih jauh, Ketua DPRD & Kepala Dinas Kebudayaan & Pariwisata Kabupaten Cianjur juga menyampaikan harapannya agar kegiatan wisata arung jeram ini dapat membantu meningkatkan kunjungan wisatawan ke Kabupaten Cianjur; termasuk meningkatkan perkenomian masyarakat sekitar.

Menyikapi harapan tersebut Diva Tour & Travel menyatakan kesiapannya untuk meningkatkan pariwisata Cianjur, termasuk memaksimalkan semua potensi sumber daya yang dimiliki oleh Kabupaten Cianjur.

Wisatawan yang berminat untuk mencoba berwisata arung jeram di Sungai Cikundul atau sekedar mendapatkan informasi lebih lengkap dapat menghubungi langsung kantor Diva Tour & Travel yang terletak di Kota Bunga, Cipanas, melalui telepon di 0263-580896 atau melalui hotline di 0878-2002-0232.

Kompleks Kota Bunga, Cipanas Cianjur Jawa Barat merupakan kawasan properti yang dikembangkan Sinar Mas Land.

(G001/M019)

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Sehari Kempen bersama Calon <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 08:50 AM PST


Bermula dari pukul 8.00 pagi di Pasar Pagi Beranang dengan edaran risalah, berakhir dengan satu ceramah  di Taman Manickavasagam Semenyih, anjuran PKR. Program tersebut habis pada lebih kurang 11.30 malam – 'election mood' sudah ada tapi 'election' sahaja tak tahu bila mau mari! Sekarang ura-ura ialah pada bulan Jun. Asalkan bukan 'emergency' yang di 'declare' cukuplah.
Bakal calon pilihanraya kami Saudara Arutchelvan untuk kerusi N24 Semenyih, yang juga  Setiausaha Agung PSM memang banyak stamina – walaupun saya letih sehari suntuk berjalan, tapi saudara Arul memang 'steady'. Sebenarnya sesiapa pun boleh rasa 'motivated' dengan calon-calon pilihanraya Parti Malaysia Malaysia – Sdra Dr. Kumar, Dr. Nasir, Comrade Saras dan Arul  yang mempunyai motivasi  begitu tinggi untuk berkhidmat pada rakyat lebih dari 16 jam setiap hari tanpa lesu. Memang membanggakan 'to be part of PSM' – satu parti yang berprinsip, berani dan BERSIH.
Sehari sebelum saya ada menghadiri program Saudara Arul di Kampung Sri Tanjung di mana penduduk di sini amat selesa dengan Saudara Arul, cara mereka berinteraksi dan itu satu kemajuan yang amat ketara. Antara isu Taman Sri Tanjung ini telah di bantu oleh Saudara Arul ialah isu CF, kini kebanyakan taman perumahan sudah mendapat CF. Satu perubahan yang juga dinikmati oleh penduduk di Taman Pelangi dan Broga yang mendapat jalan bertar dan lampu jalan yang menjamin keselamatan mereka.
Di Beranang, majoriti penduduk etnik Melayu-Muslim. Di kawasan ini memang kurang undi yang diterima oleh Sdra Arul pada tahun 2008. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh lebih bagus dari segi tahap penerimaan wakil 'opposition', tak ada 'hostility' dan kita yang mengedarkan risalah rasa lebih selesa kerana tidak terasa asing. Ini, saya rasa kerana saudara Arul sebagai ahli Majlis Zon 18 yang juga mempunyai pusat khidmat di Rinching telah banyak membuat kerja di kawasan ini sejak 2008.
Selepas Beranang, kami mengedar risalah sambil jumpa penduduk di pekan Semenyih – lebih ramai orang yang kenal saudara Arul dan 'volunteer-volunteer' PSM – mereka terus berjabat tangan dan bertanya khabar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memberi aduan.
Kemudian, kami sambung memberi risalah di Semenyih Central – yang melucukan apabila kawan-kawan yang menyambut Tahun Baru Cina meminta 'angpau', saudara Arul terus berkata, 'ambil angpau dari BN, beri undi pada Pakatan' – "betul, betul, betul itu" begitulah respon ceria penduduk.
Selepas makan tengahari, kami beredar pula ke Kampung Bharu di mana beberapa kawan-kawan di sana telah membawa kami melawat penduduk rumah ke rumah. Tahun 2008, aduan pertama mereka kepada saudara Arul ialah mengenai isu geran tanah – hari ini majoriti sudah dapat geran. Majoriti penduduk di sini beretnik Cina. Nampak Arul sahaja, mereka terus angkat tangan perjuangan mereka – 'ini kali mesti menang, mesti menang' – begitu tinggi harapan mereka untuk membawa satu perubahan dan semangat ini sangat penting untuk calon-calon kita bekerja kuat.
Selepas itu, kita ada satu ceramah kelompok di hadiri oleh lebih kurang 60 orang di Kg. Sireh. Sebuah kampung yang telah mendapat 'recognition' atas usaha saudara Arul dan rakan-rakannya. MPKj pun tak kenal adanya satu Kampung Sireh, kini mereka sudah ada papan tanda, jalan bertar, pungutan sampah dan sebagainya.
Ceramah kecil-kecilan ini bertujuan memberitahu hasrat PSM mengenai pilihanraya ke 13.  Beberapa soalan penting telah diajukan oleh penduduk semasa ceramah kelompok ini, antaranya 'jika kita mengundi opposition, kerajaan boleh tahuke?' Menurut Sdra Arul, sejak pilihanraya 2008, nombor siri yang tertera di sebelah setiap nama pengundi tidak wujud lagi, maka government tidak boleh mengesan, lagipun undi adalah rahsia. Maklumat tambahan saudara Arul, polis dan askar pun boleh mengundi kali ini di depan kehadiran pihak pembangkang. Memang BERSIH telah membolehkan perubahan-perubahan ini.
Satu mesej saudara Arul semasa ceramah kelompok ini tentang logo PSM yang sangat menarik 'ini adalah tangan perjuangan, bukan tangan yang meminta sedekah atau mengambil rasuah. Di mana-mana sahaja berlaku perjuangan rakyat, di situ setiap orang secara automatik akan menghayun tangan ke udara dengan tegas – itulah tangan perjuangan yang selama ini dan selama-lamanya akan membawa perubahan nyata'.

Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Edar Risalah <b>di</b> Pasar Pagi <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:06 AM PST

Hari ini, ahli-ahli PSM Semenyih dan PSM Kajang telah turun ke Pasar Pagi Beranang bersama Sdr. Arul,  untuk mengedar risalah memperkenalkan Parti PSM. Turut hadir bersama untuk membantu adalah En. Halim wakil MPP dari Bandar Rinching.

PSM akan bertanding di PRU ke 13 dengan menggunakan logo Genggaman Tangannya buat pertama kalinya. Sebelum ini, PSM terpaksa meminjam logo DAP (ketika pilihanraya ke 10) dan PKR ( pilihanraya ke 11 dan 12) kerana ketika itu, PSM tidak mendapat pendaftaran. PSM merupakan satu-satunya parti yang telah menyaman kerajaan BN kerana enggan memberi pendaftaran.

Ketika itu, salah seorang pakcik telah memberitahu rakanya bahawa Sdr. Arul merupakan seorang pejuang masyarakat tanpa mengira kaum. Beliau menerangkan bahawa Sdr. Arul telah membantu penduduk Kg. Berembang di Ampang untuk mempertahankan masjid di kampung tersebut daripada diroboh oleh pihak berkuasa dibawah pemerintahan Barisan Nasional.


Ramai pengunjung ke pasar pagi telah memberi sokongan kepada PSM dan bersemangat untuk membawa perubahan dengan menolak BN di PRU ke-13.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Kosmo! Online - Negara

Posted: 27 Feb 2013 01:44 PM PST

Pelajar kaku depan kabel TNB

Pelajar kaku depan kabel TNB

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


INILAH kotak kabel pembekal elektrik yang meragut nyawa seorang pelajar di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar, Klang kelmarin.


KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu.

Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.

Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Penilaian Selepas 4 Tahun; <b>Selayang</b> komentar <b>di</b> laman KJ!

Posted: 13 Jan 2013 09:11 AM PST

Mana cemburu dan sensitif mu terhadap Islam seperti dulu wahai diri?

Bersihkan diri, baiki diri dan ajaklah juga orang lain bersama-sama.

Rujukan tulisan lama tentang komentar di sini.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Khalid Jaafar, Calon PKR <b>Hulu Selangor</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 26 Feb 2013 01:01 AM PST

- Feb 26, 2013 17:01:26.

AIDCNews – 26/02/13 – Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar) dicalonkan menjadi bertanding di parlimen Hulu SelangorMB Selangor Perlu Letak Jawatan Jika Tak Berjaya Ambil Alih Syabas @NohOmar @ZinMohamed. Read more ... » pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman nama Khalid dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

"Saudara Khalid Jaafar ini lama dengan saya. Dia dulu adalah wartawan di Berita Harian. Kemudian jadi Setiausaha Akhbar saya sejak saya jadi menteri.

"Jadi saya tengok, untuk kita tonjol seorang tokoh di sini. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan, supaya dia jadi calon di Parlimen Hulu Selangor," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan berdepan dengan penyandang kerusi tersebut, P Kamalanathan dari Barisan Nasional.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Puluhan &#39;hantu&#39; muncul <b>di</b> Bukit Gasing, <b>Petaling Jaya</b> - Kerabu <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 06:31 PM PST


PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.

Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan.

Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.

"Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka?

"Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media.

Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto.

Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN.

Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima.

"Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan.

"Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya.

Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah.

Satu MyKad, dua nombor pengenalan

Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya.

"Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan.

"Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia.

"Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan.

"Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com

Artikel berkaitan POLITIK

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Marc Marquez Terkejut dengan Kecepatannya <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 02:19 AM PST

KOMPAS.com - Marc Marquez mengakui, dirinya terkejut dengan kecepatan yang ditorehkan dalam uji coba resmi pertama pra-musim MotoGP 2013 di Sepang, Malaysia, pekan lalu. Dalam tes selama tiga hari itu, Marquez selalu berada di posisi empat besar.

Pada hari pertama, Selasa (5/2/213), juara dunia Moto2 musim 2012 ini hanya terpaut 0,04 detik dari rekan setimnya di Repsol Honda, Dani Pedrosa, yang menobatkan diri sebagai yang tercepat dalam uji coba itu, dan berada di belakang pebalap Yamaha, Jorge Lorenzo. Dia berhasil mengalahkan legenda MotoGP yang musim ini kembali bergabung dengan Yamaha, Valentino Rossi - meskipun pada hari terakhir, Rossi mampu mengalahkannya.

Meskipun memperlihatkan performa yang sangat mengesankan itu, Marquez mengaku tak mengira bakal membuat catatan waktu secepat itu dalam waktu singkat. Dia pun mengakui, catatan waktu bukanlah hal yang krusial.

"Saya tidak menyangka berada di level Dani, Valentino dan Lorenzo," ujar Marquez, rookie MotoGP 2013, Rabu (13/2/2013).

"Catatan waktu tidak penting saat ini, karena mereka sedang mencoba banyak hal. Tetapi ya, lebih baik berada di sana dibandingkan harus berada di belakang."

Pebalap berusia 19 tahun asal Spanyol ini pun mengatakan bahwa dirinya belum menemukan limit Honda RC213V tunggangannya, terutama karena dia belum beradaptasi mengenai gaya membalap motor MotoGP.

"Saat ini, (sepeda motor) masih berubah dalam beberapa aspek," terangnya. "Saya merasa sangat bagus, lebih baik dibandingkan apa yang saya kira dengan sepeda motor ini, tetapi saya tidak menemukan limit sekarang.

"Saya lihat itu dalam beberapa tikungan saya bisa memainkan posisi badanku, tetapi saya masih perlu beradaptasi dengan motor. Untuk uji coba berikutnya, kami akan berangkat dengan ide untuk mencoba menyesuaikan motor dengan gaya balapku."

Editor :

Aloysius Gonsaga Angi Ebo

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Babi Upahan DAP Mahu Rosak Majlis Rosmah <b>Di Kuala Langat</b>....?

Posted: 17 Feb 2013 10:00 PM PST

Malam tadi di pekan Banting, isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor telah menghadiri Majlis Pesta Ang Pau sempena Tahun Baru Cina 2013.
Tiba tiba muncul seekor babi upahan mahu bikin kecoh...! Memakai baju t shirt perhimpunan haram jadah, sudah pasti mahu bertujuan merosakkan majlis yang dianjurkan untuk seorang isteri Perdana Menteri.
Kehadiran sipengacau ini rupa rupanya ditemani oleh wakil rakyat dalam kawasan tersebut.
Adun Telok Datuk dari parti chaivanist DAP, Philip Tan kelihatan tergesa gesa meninggalkan majlis ini setelah pihak keselamatan penganjur mengarahkan sipengacau berbaju Bersih 3.0itu segera beredar dari dari situ....

Majlis diteruskan dengan penuh kemeriahan, dan segala upacara dan acara yang diaturkan untuk Rosmah berjalan dengan lancar.
Tahniah diucapkan kepada pihak keselamatan penganjur program yang terdiri dari beberapa Persatuan kaum Tionghua di Kuala Langat iaitu Persatuan Peniaga Peniaga Cina, Persatuan Hokkien, Persatuan Hai Nam, Persatuan Hakka dan Persatuan Kwang Tung.


12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


PKNS Bina Kompleks Kediaman Pekerja Industri

Posted: 26 Feb 2013 12:58 AM PST

KELANA JAYA, 26 FEB : Sebuah Kompleks Kediaman Pekerja Industri Bersepadu untuk kemudahan pekerja industri yang lebih selesa dan teratur bakal didirikan di tapak seluas 6.08 ekar di SS 8/6 di sini.

Blok pertama yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bakal siap menjelang Disember 2015 yang boleh menempatkan kira-kira 10,000 warga industri.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, projek ini memenuhi keperluan 'Workers Accomodation : Process And Standarts' yang ditetapkan International Finance Corporation dan European Bank untuk pembinaan semula dan pembangunan.

"Ia merupakan satu-satunya projek kediaman bersepadu seumpamanya di Selangor.

"Projek ini nanti juga bakal memberikan kemudahan kepada pekerja dengan penyediaan jejantas dan laluan berbumbung serta tambahan 1,500 kemudahan tempat letak kereta," kata Othman.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor adalah negeri yang terbaik untuk pelaburan di negara ini apabila sejak 2008 jumlah pelaburannya mencecah RM50 bilion.

Ujar beliau, pembinaan asrama ini akan meningkatkan kepercayaan pelabur untuk terus mengembangkan perniagaannya di negeri ini.

"Kawasan Sungei Way perlu dibangun semula untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Petaling Jaya.

"Usaha pembangunan di Petaling Jaya perlu diperhebatkan dan menganggap usaha yang positif ini perlu dipercepatkan," kata Abdul Khalid.

Dalam program itu Abdul Khalid merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Datum In-City yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Him.

Kompleks Kediaman Pekerja yang menempatkan 432 unit kediaman dengan tiga rekabentuk setiap satu seluas 475 kaki persegi, 865 kaki persegi dan 971 kaki persegi itu bakal dihuni pekerja Western Digital Malaysia Sdn Bhd.

Ia juga akan digunakan pekerja industri di kawasan sekitar yang menerapkan konsep kehijauan menerusi penyediaan taman berlandskap di atas bumbung dan podium setiap tingkat selain hab pengangkutan yang strategik.

Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan ialah kedai mini, tempat makan dan surau serta dilengkapi kawalan keselamatan yang merupakan sebuah projek perkongsian bijak antara Kerajaan Negeri, PKNS dan Western Digital.

Pendapat Anda

Pendapat

ads