Pemiinat-peminat aktiviti luaran, sebahagianOHM member sekali lagi telah pergi ke Bukit Tabuh, untuk senaman pagi pada 27 Jun 2010. Routin mendaki bukit sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang sihat, disamping dapat mengeluarkan peluh yang luar biasa berbanding berjoging di tasik tetapi juga dapat menikmati panorama yang indah. Seperti berada di bangunan yang sangat tinggi atau kapal terbang.
Cerita pendakian Bukit Tabuh 27 Jun 2010 akan bermula.
Pertama skali tahniah kepada
Zt Akhtar, menjadi orang pertama tiba di kaki bukit tabuh pada jam 6.15pagi. Seterusnya diikuti oleh Yusri pada jam 6.30pagi, Zainol dan Nabilah (8thn), dan diikuti oleh Khairul Anwar, Syed Ahmad dan Shaliza beberapa "minit" selepas itu
puncak tabuh, tiada dalam gambar zainol jamil.
Tepat jam 8.00 pagi kami bertujuh memulakan pendakian di sini, bersama ramai lagi pendaki lain yang menggunakan Bukit Tabuh sebagai sebuah tempat untuk berekriasi beramai-ramai sambil menikmati suasana yang aman damai. Mujur pada waktu tersebut cuaca amat cerah kerana telah hujan pada pagi itu.
Pendakian tidak mengambil masa yang lama, tetapi teknik pendakian tabuh adalah berlainan dengan bukit broga. Bukit Tabuh adalah bukit yang mempunyai satu jalan (one way), kalau boleh jangan return. Sebab ia menyukarkan pendaki lain yang hendak naik. Pendakian di bukit Tabur bukan sahaja melalui tanah2x biasa, tetapi terpaksa memanjat batu-batu kapur yang berada di atas. Untuk melintas dari satu puncak ke puncak yang lain, pendaki perlulah menggunakan kekuatan tangan dan kaki untuk panjat dan turun. Kekuatan ini tiada pada bukit lain seperti Bukit Broga yang juga digunakan oleh pendaki lain untuk berekriasi. Dinasihatkan kepada mereka yang hendak mendaki bukit tabuh, mendaki pada watu siang atau awal pagi, jangan mendaki pada waktu malam... kerana batu-batu yang perlu dilihat dan dijangkakan jaraknya. Kalau boleh tangan hendaklah "free" dari apa-apa barang.
Pada kali ini, OHM membawa seorang pendaki berusia 8 tahun, iaitu anak kepada Zainol Jamil yang juga penuh semangat mendaki puncak bukit broga. Walaupun masih kecil, sikecil comel ini tetap terus bersemangat sehingga menamatkan pendakian yang sukar.
Mendaki dan berehat dan turun, kami tiba di kereta lebih kurang jam 11.00 pagi, dan tidak sabar untuk meninggalkan tabuh untuk ke satu tempat yang berikutnya. Bukit Tabuh yang dapat dilihat melalui MRR2 ditingalkan dengan penuh kenangan yang indah
TIba di Sg Shilling untuk menikmati air sungai yang sangat indah, untuk sessi "Refresh" untuk pengertahuan, Sg Chilling terletak di Kuala Kubu Bahru. Sg Chilling adalah tempat Sanituari ikan. So, kalau anda semua berenang sehigga mencapai kedalaman lebih dari ketinggian anda, sudah pasti anda berenang bersama dengan ikan2x yang juga turun bersama dengan anda.
Kos untuk ke Sg Chilling adalah RM 1.00 untuk pendaftaran, peserta perlulah mematuhi syarat yang telah ditetapkan, Sg Chilling dijaga oleh Perikanan Negeri Selangor. Antara syarat ialah tidak boleh memancing, tidak boleh camping (di atas), tidak boleh memasak di atas dan tidak boleh mandi semasa hujan. Sg Chilling ini pula dibuka pada Selasa hingga Ahad dan Isnin pada Cuti am (public Holiday) dari jam 6.00pagi hingga 6.ooptg (kalau x silap). Untuk berkhemah di bawah perlulah memndapat kebenaran daripaa Lemabaga perikanan dahulu. Surau dan tempat mendi juga disediakan dengan cantiknya.
air terjun sg chilling, ada satu tingkat lagi tue..... huhu dari seni dapat rasa die punyai kesejukan daripada air terjun yang memancut....
Kami tracking ke dalam untuk pergi ke kawasan air terjun yang sangat tinggi.... dan kedalaman lebih daripada 4 meter. Sungguh teruja dibuatnya untuk terjun kebawah. Air nya juga sangat sejuk sambil melihat ikan berenang2x. Susah nak rasa air yang sejuk ini kecuali di sini. Kalau baring tidur pun best sebab, dapat dengan alunan muzik daripada air terjun yang sangat menenangkan. cubalah kesana.....
jam 5.00 petang kami tinggalkan air terjun sg chilling dengan perasaan yang sangat gembira. Ada yang sudah keletihan.. ada yang sudah termenung menikmati alam. Seteruanya kami meneruskan perjalanan ke empangan yang berdekatan, kami meluangkan masa 10 minit untuk mengambil gmabr suasana yang sanyup kelihatn sehingga kejauhan.
p/s : jagalah sungai kita, Jangan buang sampah merata-rata. Ingat orang yang tersayang. Kalau. dah terjun tue jangan kelam kabut nnt lemas, Mandilah disungai sebab best!. Kalau meniti sungai hati-hati, takut jatuh....
Jumpa lagi di aktiviti yang seterusnya....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.