Rabu, 7 Ogos 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Bekas Banduan Pula Mati Di Tembak <b>Di Cheras</b> Perdana

Posted: 03 Aug 2013 04:27 PM PDT

HULU LANGAT  - Seorang bekas banduan yang kini bekerja sebagai kelindan lori maut ditembak ketika berehat di ruang tamu rumah keluarga angkatnya di Jalan CP 3/24, Batu 9, Cheras Perdana dekat sini hari ini. B. Balamurali, 36, yang dikatakan sering terlibat dalam aktiviti samseng dan pergaduhan sedang tidur sebelum seorang lelaki tiba-tiba memasuki rumah itu dan melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan kira-kira pukul 1.30 petang. Sebelum kejadian mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun baru pulang dari bersembahyang di sebuah kuil yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah itu. Salah seorang sepupu mangsa, B. Nathiya, 25, memberitahu, hanya ibu angkat mangsa yang berada di dalam rumah tetapi dia berada di dalam bilik kerana tidur selepas penat beribadat. "Kejadian ini begitu mengejutkan kerana kami baru sahaja bertemu dengan Balamurali kira-kira setengah jam lalu, sebelum diberitahu dia telah mati ditembak dalam rumah. "Ketika itu ibu saudara saya iaitu ibu angkat Balamurali sedang tidur dalam bilik dan dia hanya tersedar selepas terdengar bunyi tembakan. "Selepas itu dia melihat mangsa berlumuran darah di ruang tamu tetapi tidak melihat suspek," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. #sumber

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Lebih 200 Anak Yatim DUN <b>Hulu Kelang</b> Terima Sumbangan Hari <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 03:45 AM PDT

Hulu Kelang, 28 Julai 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada anak-anak yatin DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Masjid Al-Khairiah, Keramat AU3.

Nazir Masjid Al-Khairiah, Hj Munawir Tambrin menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua yang telah menjayakan program

Nazir Masjid Al-Khairiah, Hj Munawir Tambrin menyampaikan ucapan aluan berterima kasih kepada semua yang telah menjayakan program

Saari menyampaikan ucapan berharap dengan sumbangan yang diberikan ianya dapat membantu membuat persiapan sempena menjelang Eidulfitri yang bakal tiba

Saari menyampaikan ucapan berharap dengan sumbangan yang diberikan ianya dapat meringankan beban keluarga dalam persiapan menjelang Eidulfitri yang bakal tiba

Saari menyampaikan sumbangan kepada ibu kepada

Saari menyampaikan sumbangan kepada ibu yang mewakili anak-anaknya

Penerima meliputi anak-anak yatim berumur 6-17 tahun

Penerima meliputi anak-anak yatim berumur 6-17 tahun

Lebih 200 anak-anak yatim telah menerima sumbangan yang telah disampaikan

Lebih 200 anak-anak yatim telah menerima sumbangan yang telah disampaikan

Penerima meliputi penduduk yang menetap di DUN Hulu Kelang

Penerima meliputi penduduk yang menetap di kawasan DUN Hulu Kelang

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Semangat Membara <b>Di Hulu Selangor</b>......

Posted: 19 Apr 2013 07:48 PM PDT

Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan yang panjang semalam ..... Dari KL ke Johor Bahru dan Tengah malam tadi Balik ke KL ..... Pagi nie dah terjengok kat Bilik Gerakan BN Hulu Selangor untuk Bersama mengiringi calon BN, P.Kamalanathan bagi kerusi Parlimen dan saudara Nadzari Dahlan, calon BN bagi kerusi DUN Batang Kali.....

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


#FINDAISYAH : Kanak-kanak hilang <b>di</b> JUSCO <b>Rawang</b> ~ Tengok <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 09:49 AM PDT



PERHATIAN. Kanak-kanak ini dilaporkan hilang di JUSCO Rawang. Maklumat pada gambar. Sebarkan!

Doakan juga agar anak ini akan ditemukan seberapa segera!!!!

Rujuk http://www.facebook.com/cikgu.arbaiyah


12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Buka Puasa <b>di</b> Hospital <b>Kajang</b> | shakiddo.com

Posted: 22 Jul 2013 09:00 AM PDT

Sudah tiga hari. Terasa macam masa lambat berlalu. Jadual harian seperti biasa. Meeting, buat entry, baca entry dan selama 3 hari juga lah ayahku di Hospital Kajang. Petang sabtu yang lepas, ayahku berasa sakit dada yang amat. Memang sudah ada sejarah sakit jantung pada tahun 2002, tapi kes memang dirujuk le IJN saban tahun.

Hari ini aku berbuka puasa di hospital Kajang. Meneman ayah disini. Abang dan adik pula balik ke rumah dan aku stay bermalam di sini.

Wheelchair hospital kajang

Umur ayah dah masuk 58 tahun dan tak ada buat kerja berat sangat dah selepas pencen pada umur 56 tahun sebagai Pegawai Penjara di Kajang. Selalu juga bawa my ilham ke stadium kajang dan jalan kaki untuk keluarkan peluh.

Ayah berpesan, masing-masing kena lah jaga kesihatan. Jaga pemakanan dan jangan lupa solat. Kami adik beradik, isteri, ipar san sudah semestinya mak bergilir-gilir jaga ayah kat hospital kajang ni. Sebab tak larat sangat nak berjalan kalau nak ke tandas.

Wuduk spray for haji and umrah

Walaupun sakit, kewajipan kita kepadaNya tak harus kita abaikan. Ada rukhsoh solat di mana ada cara yang memudahkan kita dalam menjalankan ibadat. Oh yea, korang dah bayar zakat ke? Jangan lupa menunaikannya.

Syukurlah kat hospital ni line celcom okay. Maka dapatlah aku online seketika. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Mohon rakan-rakan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayahku. Moga beliau sihat seperti sediakala.

-catatan ringkas dari hospital kajang-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


KEJAM! Badariah Dijumpai Mati Dibunuh,Dirogol <b>Di Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 05:29 PM PDT


KEJAM! Badariah Dijumpai Mati Dibunuh,Dirogol Di Batu Caves |  HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.

Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.

"Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.

"Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.

"Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.

"Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat," katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.

Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.

"Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.

"Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama


ads