12 di kajang - Google Blog Search |
Buka Puasa <b>di</b> Hospital <b>Kajang</b> | shakiddo.com Posted: 22 Jul 2013 09:00 AM PDT Sudah tiga hari. Terasa macam masa lambat berlalu. Jadual harian seperti biasa. Meeting, buat entry, baca entry dan selama 3 hari juga lah ayahku di Hospital Kajang. Petang sabtu yang lepas, ayahku berasa sakit dada yang amat. Memang sudah ada sejarah sakit jantung pada tahun 2002, tapi kes memang dirujuk le IJN saban tahun. Hari ini aku berbuka puasa di hospital Kajang. Meneman ayah disini. Abang dan adik pula balik ke rumah dan aku stay bermalam di sini. Umur ayah dah masuk 58 tahun dan tak ada buat kerja berat sangat dah selepas pencen pada umur 56 tahun sebagai Pegawai Penjara di Kajang. Selalu juga bawa my ilham ke stadium kajang dan jalan kaki untuk keluarkan peluh. Ayah berpesan, masing-masing kena lah jaga kesihatan. Jaga pemakanan dan jangan lupa solat. Kami adik beradik, isteri, ipar san sudah semestinya mak bergilir-gilir jaga ayah kat hospital kajang ni. Sebab tak larat sangat nak berjalan kalau nak ke tandas. Walaupun sakit, kewajipan kita kepadaNya tak harus kita abaikan. Ada rukhsoh solat di mana ada cara yang memudahkan kita dalam menjalankan ibadat. Oh yea, korang dah bayar zakat ke? Jangan lupa menunaikannya. Syukurlah kat hospital ni line celcom okay. Maka dapatlah aku online seketika. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Mohon rakan-rakan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayahku. Moga beliau sihat seperti sediakala. -catatan ringkas dari hospital kajang- |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan