Selasa, 10 Disember 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Oct 2013 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

[Wow] Rusuhan Kumpulan Melayu dan India <b>Di Bukit Raja</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 07:29 PM PDT

Kes tetak-menetak di antara satu sama lain sehingga banyak laporan polis di buat terutamanya di sekitar Persiaran Bukit Raja, Bandar Baru Klang, Klang, Selangor. Tahun lepas kita dikejutkan dengan kes yang sama di Sungai Petani, Kedah. Nampaknya, kumpulan-kumpulan samseng di antara Melayu dan India sudah berkumpul di Klang untuk menghuru-harakan lagi keadaan.
Kontroversi: Rusuhan Kumpulan Melayu dan India Di Bukit Raja, Klang
Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.
Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13
Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.
2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama
Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.
Siasatan Awal Terdapat Tiga Kejadian Iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.
2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.
3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Punca Kejadian Pergaduhan Kaum India-Melayu Di Klang
Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.
Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki Melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut. (Tiada laporan polis dibuat)
Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu
Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india. Bt Raja 42O9/I3 pada I0/7/I3. Siasatan dibawah Seksyen 324 KK. 
slm info:kaum india bramai2 dijangka tlh b'kumpul 1 tmpt skrg utk serang melayu k.u.rakan2 polis m'britahu bhawa mlmni tdpt kunpulan india yg trn bersenjatakan pistol.info tkini,kaum india akn mulakan serangan melalui jln sg.keramat dr jln hj manan kapar trs kluar ke kwsn kilang kosan&econsave k.u.di ingatkan bhawa plu bjaga2 pd sesiapa yg melalui sluruh kwsn k.utama.Sy fwd dr rakan. kepada kwn2 yg berada di KL..
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Terkini Pemantauan Masih Dijalankan Untuk Mengawal Pergaduhan Kaum Dari Merebak
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.
Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan. (Sumber: Risikan PDRM)
VIDEO RAKAMAN GANGSTER / SAMSENG INDIA DI KLANG

KES GADUH KAUM MELAYU-INDIA DI KLANG | Gambar Artis Malaysia | Gosip Hangat | Selebriti Sensasi Terkini 

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


UMNO <b>Kuala Selangor</b> Online: 6 Terselamat Rumah Terbakar <b>Di</b> Ijok

Posted: 28 Nov 2013 03:36 AM PST


IJOK, 28 Nov - Sebuah rumah di Jalan Bakti, Kampong Harmoni, di sini musnah dalam kebakaran tengahari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada lebih kurang jam 1.00 petang berjaya mengawal kebakaran namun api yang terlalu cepat telah memusnahkan lebih 95% daripada rumah tersebut.
Rumah tersebut didiami oleg 6 orang ketika kejadian Suratno bin Sardji (59), Razitah binti Samian (48), Mohd Fahmi bin Suratno (24), Ibrahim bin Suratno (22), Mohd Nazrin bin Suratno (20), Azliana binti Suratno (17) dan seorang lagi anaknya yang berada di perak Mohd Shahril bin Suratno  terselamat dalam kejadian berkenaan.
Sejurus menerima panggilan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Tuan Hj. Ishak Haron dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Sdr Muhammad Fauzay Hassim serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Selangor telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melawat mangsa.
Di lokasi kejadian juga kelihatan Agensi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir untuk memberikan bantuan awal.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> Lokasi Terbaru Wifi Percuma Selangorku <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 11:46 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 14 FEB: Bandar Baru Salak Tinggi di sini menjadi lokasi baru yang menerima akses internet jalur lebar (WiFi) secara percuma selepas dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. MB Pelancaran WIFI 01 ...

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Juruteknik <b>di</b> Pulau Indah, <b>Port Klang</b> | Kerja Kosong

Posted: 25 Nov 2013 04:10 AM PST

KEKOSONGAN JAWATAN – JURUTEKNIK (PLANT TECHNICIAN)
Plant Technician – 25 Kekosongan Jawatan (Pulau Indah, Port Klang) Ffm Pulau Indah Sdn Bhd

Kami merupakan Syarikat Industri Makanan Malaysia dan mencari calon
yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pulau Indah, Selangor.

PLANT TECHNICIAN
(25 kekosongan jawatan)

Tugas & tanggung jawab:
- Mengawal dan menyelia mesin pengeluaran
- Memastikan semua produk yang dikeluarkan dalam keadaan baik
- Membuat persampelan produk
- Memeriksa dan melaporkan kerosakan kepada jabatan kejuruteraan untuk tindakan selanjutnya.
- Sentiasa mengamalkan kebersihan di tempat kerja pada setiap masa.
- Boleh bekerja lebih masa atas arahan.
- Melaksanakan apa-apa tanggungjawab lain yang ditugaskan daripada pegawai atasan.

Kelayakan:
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan minimum LULUS sekurang-kurangnya gred D dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia & Matematik.
- Berumur antara 18 – 35 tahun
- Pemohon mestilah bersedia untuk bekerja di PULAU INDAH, Port Klang.
- TIADA PENGALAMAN juga digalakkan memohon.

Pemohon yang Berjaya dalam jawatan akan menerima pakej gaji sehingga RM1,800 atau lebih, Elaun (Makan/Dobi/Syif & Kerja Lebih Masa), Kenaikan Gaji Tahunan yang dijamin, Faedah Persaraan (EPF Majikan 16%), Faedah Insurans & Perubatan serta Percuma pakaian seragam.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume ke hrffm@yahoo.com atau menghubungi Pegawai Sumber Manusia untuk hadiri temuduga terbuka.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami di www.ppbgroup.com

FFM PULAU INDAH SDN BHD
Lot 1, Seksyen 6, Jln 6/3, Persiaran Okid,
42920 Pulau Indah, Port Klang,
Selangor

Tel : 03-31613950
Fax : 03-31613880

Jawatan kosong terkini 2013 / 2014 : Jawatan Kosong Juruteknik di Pulau Indah, Port Klang.

12 di ampang - Google Blog Search

di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Mayat Warga Indonesia Ditemui <b>Di Ampang</b> - MyNewsHub

Posted: 12 Nov 2013 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan tiga kesan kelaran di badannya di tangga sebuah rumah kedai di Taman Muda, Ampang di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata pekerja buruh kasar berumur 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh penghuni di kawasan rumah tersebut pukul 7.30 pagi.

"Kita tidak menemui sebarang senjata. Ketika kejadian, isterinya berada di dalam rumah mereka di tingkat tiga berhampiran lokasi di mana dia ditemui," katanya sambil menambah lelaki itu memasuki negara ini lebih setahun lepas.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian berikutan tiada barang peribadi milik mangsa yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi Bernama megesahkan kejadian sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Mayat Warga Indonesia Ditemui Di Ampanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/FW303422_KL09_121113_MAYAT-lpr-1024x624.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/FW303422_KL09_121113_MAYAT-lpr-150x150.jpgMyNewsHub JenayahTerkini,,

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan tiga kesan kelaran di badannya di tangga sebuah rumah kedai di Taman Muda, Ampang di sini hari ini. Jurucakap polis berkata pekerja buruh kasar berumur 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh penghuni di kawasan rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan tiga kesan kelaran di badannya di tangga sebuah rumah kedai di Taman Muda, Ampang di sini hari ini. Jurucakap polis berkata pekerja buruh kasar berumur 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh penghuni di kawasan rumah tersebut pukul 7.30 pagi. "Kita tidak menemui sebarang senjata. Ketika kejadian, isterinya berada di dalam rumah mereka di tingkat tiga berhampiran lokasi di mana dia ditemui," katanya sambil menambah lelaki itu memasuki negara ini lebih setahun lepas. Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian berikutan tiada barang peribadi milik mangsa yang hilang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi Bernama megesahkan kejadian sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 03:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2013 03:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Aug 2013 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 03:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kegagalan cerun - kajian kes di bukit antarabangsa, <b>hulu kelang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 03:28 AM PDT


Merupakan fenomena yang kerap belaku di Malaysia adalah dikeranakan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hujan yang tinggi melebihi 3000 mm setahun meningkatkan kadar hakisan dan luluhawa yang boleh mempercepatkan pergerakan jisim terutama nya di kawasan cerun bukit curam.
 Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang bertopografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U ( Peta 1). Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian permukaan . Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelongsor mengikut tarikan graviti . 
Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun  menjadi satu masalah di kawasan di berbukit-bukau seperti Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia. 
Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview  di Hulu Kelang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan  dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding kawasan beriklim lain . 
Namun begitu, faktor-faktor lain seperti keadaan geologi, geomorfologi & struktur geologi akan berperanan dalam mempengaruhi corak pelemahan batuan. Kawasan kajian yang terletak di Bukit Antarabangsa merupakan kawasan perumahan di lereng bukit di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Bukit Antarabangsa, Ampang adalah sebuah kawasan penempatan awam yang berprofil  pertengahan ke tinggi. Namun begitu, penempatan yang dimajukan sebagai perumahan ini mempunyai keadaan muka bumi yang bercerun dan sama sekali tidak selamat dan tidak stabil untuk diduduki. Kebanyakan projek  pembangunan di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Peristiwa tanah runtuh yang berlaku pada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsa telah meranapkan 20 buah rumah dan mengorbankan sekurangnya lima orang penduduk dan lebih daripada 2,000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat
Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi perumahan tersebut akibat hujan yang berterusan, telah menyebabkan kawasan menjadi tidak stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin  lemah. Ditambah pula, dengan keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama beberapa rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun dan dilonggokkan ke beberapa ratus meter dari  tempatnya yang asal. Menurut laporan, 13 Ogos 2008, menunjukkan bahawa kebanyakkan cerun di kawasan  Bukit Antarabangsa berada pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi kerana mempunyai kecerunan 26° - 35°.  

Meninjau Tapak Tanah Yang Dipohon Puan Bachan Kaur | Pusat <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 09:15 PM PDT

BachanKaur01

Puan Bachan menunjukkan lokasi tapak yang dipohon kepada Saari. Beliau telah menjaga kebersihan tapak ini sejak mulai mendiami rumahnya

Hulu Kelang, 7 Ogos 2013 – Saari telah meninjau tapak tanah tidak bertuan yang dipohon oleh Puan Bachan Kaur di Taman Hulu Kelang(dulu dikenali Ulu Klang Garden), dekat Zooview hari ini. Puan Bachan telah menetap di di taman ini sejak tahun 70-an dan berhasrat untuk memohon tanah yang terbiar di penghujung jalan rumahnya kepada Pejabat Tanah Gombak. Tinjauan ini merupakan langkah biasa yang dilakukan Saari untuk memahami keadaan di tapak sebelum menimbangkan sebarang sokongan.

BachanKaur02

Puan Bachan menunjukkan pelan pembangunan Taman Hulu Kelang yang berada di dalam simpanan beliau

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Nov 2013 01:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 01:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kuat Merayau: Puasa Kali Pertama <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 17 Jul 2013 04:06 PM PDT

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan <b>Di Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 04:42 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif  di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah bertitah agar tiada sebarang pusat hiburan dibina di Shah Alam.

Selain melanggar titah baginda sultan, Kompleks tersebut yang masih dalam pembinaan itu juga mendapat bantahan penduduk beberapa buah kampung di Padang Jawa.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau ada dimaklumkan oleh pegawai MBSA bahawa pihak istana telah memberikan lampu hijau terhadap kompleks hiburan tersebut.

"Walaupun sebelum ini saya diberitahu pegawai MBSA secara lisan yang pihak istana beri kebenaran, tetapi MBSA harus beri jawapan bertulis secara rasmi kerana tidak mustahil ada pihak sengaja dan sesuka hati menggunakan nama istana.

"Kalau benarpun pihak istana beri kebenaran, pandangan penduduk Padang Jawa masih perlu diambil kira," ujar beliau.

Bagaimanapun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak MBSA masih belum mengeluarkan lesen operasi perniagaan kepada syarikat terlibat.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan Adun Gombak Setia, Dr Hassan Ali dan pemimpin Umno-BN bahawa Shah Alam telah menjadi hub maksiat.

"Lesen perniagaan yang dikeluarkan dalam isu ini adalah spesifik seperti untuk tujuan perniagaan spa kecantikan dan urut refleksologi sahaja.

"Pemeriksaan di tempat pernigaan juga dijalankan dan syarat membaharui lesen juga dikenakan pemeriksaan, tetapi yang cuba jadikan Shah Alam pusat maksiat adalah Umno-BN sebab merekalah bina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di Padang Jawa," ujar beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid, syarikat IRDK Land yang memajukan projek kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif tersebut dimiliki oleh pemimpin MIC yang juga merupakan bekas calon Pilihan Raya Umum ke 12 lalu bagi Dun di Negeri Perak.

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 09:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


pelajar dari extrem success dari syarikat membuat chocolate <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 03:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PELAJAR DARI EXTREM SUCCESS DARI SYARIKAT MEMBUAT CHOCOLATE DI BALAKONG. Posted by danishph at 03:08 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. No comments: Post a Comment ...

BEKAM RM 5 <b>DI CHERAS</b>,BALAKONG,KAJANG <b>...</b> - PURIDI - Blogger

Posted: 08 Nov 2013 06:32 PM PST

MERAWAT PENYAKIT SARAF AKIBAT KENCING MANIS DENGAN KAEDAH BEKAM


Gambar gejala awal kencing manis yang dikesan daripada kaedah Bekam

pDPN belenggu pesakit kencing manis, perlu sesuaikan diri tahan sakit neuropati

INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.

Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat. Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.


pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati periferi.

Menurut Profesor Bahagian Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor K.J Goh, sistem saraf periferi atau peripheral nervous system (PNS) adalah satu daripada dua cabang utama sistem saraf. Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang.

Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria seperti mata dan telinga serta organ badan yang lain misalnya otot, saluran darah dan kelenjar.

"Pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak. Banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf. Ia boleh berpunca daripada gangguan, penyakit atau keadaan. pDPN adalah satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan iaitu diabetes," katanya kepada Sihat.
Antara gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.

"Untuk melakukan diagnosis neuropati periferi, pesakit akan menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf," tambah Prof Goh.

Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menjelaskan pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.

"Kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian sebaliknya pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup," katanya.

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Edisi Ketiga yang dikendalikan pada 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9 peratus berbanding sedekad lalu di mana kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus.

Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa. Perangkaan ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.

Seramai 50 peratus daripada pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun yang lalu didapati mengalami pDPN.

"Semua data penyelidikan menunjukkan kes diabetes global dan tempatan. Lama kelamaan penularan penyakit ini akan menyebabkan kerosakan saraf yang pasti akan menimbulkan komplikasi. Oleh itu, adalah penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes," tambahnya.

pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka. Disebabkan kesakitan adalah begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN selalunya kurang dilaporkan serta dirawat.

Seramai 58 peratus pesakit tidak menyedari bahawa kesakitan yang dialami mereka adalah disebabkan oleh diabetes. Justeru, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor dalam memilih rawatan yang betul untuk membantu menguruskan keadaan mereka yang menyakitkan.

April tahun lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.

Menurut garis panduan itu, Pregabalin adalah satu-satunya rawatan tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan Pregabalin berkesan merawat kesakitan saraf akibat diabetes.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menderitasakitsaraf/Article/index

Video : Kejadian Peniaga tertembak anak sendiri <b>di</b> Kg Baru <b>Balakong</b>

Posted: 28 Nov 2013 09:31 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/UrSR3H1EOok

Sent from my iPhone

ads