Memang sudah terang lagi bersuluh.Kalau dalam parti sendiri pun mempunyai konflik yang ketara,apatah lagi kalau diberi untuk memerintah negara,sudah pasti HANCUR jadinya. Namun,inilah wajah sebenar parti DAPig.Masing-masing mahu menunjukkan kuasa hingga lupa akan kebajikan rakyat.Di Dun Teluk Datuk sudah berlaku "perang"antara calon-calon yang bakal bertanding.Sekitar jam 5:30 petang tadi,bertempat di hadapan Dewan Orang Ramai,Jenjarom telah berlangsungnya satu perhimpunan secara aman bagi MEMBANTAH Philip Tan dilantik semula terajui Dun Teluk Datuk pada PRU 13 ini,seramai lebih 30 orang berbangsa India dan seorang berbangsa Cina kelihatan membawa sepanduk menyatakan bahawa mereka MENOLAK Philip Tan untuk menjadi calon Dun Telok Datuk dengan alasan Philip Tan telah banyak kali mengetepikan masyarakat India.
Ternyata Philip Tan pada malam yang sejuk ini rasa akan bahang penolakkan rakyat terhadap beliau. Namun sebaliknya di Pejabat DAPig Cawangan Teluk Bunut,satu sidang media telah diadakan dimana di situ.LIM SOON HONG dikhabarkan akan bertanding di Dun Teluk Datuk bagi menggantikan Philip Tan.
Pergh!lagilah bengang Philip Tan,Ada gunting dalam lipatan rupanya.Baguslah tu.Yang di Jenjarom buat demo,yang di Teluk Bunut buat sidang media.Macam ada sesuatu yang tak kena..
KUALA LUMPUR — Beberapa kawasan sekitar Ampang hari ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju.
Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata kejadian jam 12.30 malam tadi melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.
"Ekoran daripada kejadian ini, hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata rumah pam Wangsa Maju mempunyai lima buah pam yang mana empat daripadanya beroperasi dan satu diletakkan dalam keadaan 'standby'.
Rumah pam Wangsa Maju telah beberapa kali mengalami masalah teknikal disebabkan ia telah beroperasi secara 'overload' bagi menampung permintaan bekalan air dari kawasan bekalan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.
Justeru katanya buat masa ini pihaknya bersama kontraktor berkenaan telah mengambil tindakan segera dan sedang menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan pam berfungsi seperti biasa.
Syabas juga akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.
Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.
Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan pam.
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama
Sudah beberapa kali pihak Masjid Salak Tinggi menghubungi Adun, minta datang ke Masjid Salak Tinggi bagi memenuhi slot tazkirah antara waktu Maghrib ke Isyak. Namun waktu-waktu cadangan yang biasanya pada hari minggu, tiada kosong. Hinggalah tarikh hari ini Adun berjanji untuk datang, jika tidak ada program penting di tempat lain.
Salak Tinggi adalah berada di dalam Kawasan Sepang yang merupakan kawasan Selatan bagi negeri Selangor yang bersempadankan negeri Sembilan. Kawasan Sepang bukanlah asing bagi Adun Bangi, kerana Bangi juga bersempadankan Sepang seperti kawasan Sungai Merab. Sepang juga merupakan Kawasan Angkat bagi Adun. Lantaran urusan perlantikan imam-imam memerlukan kehadiran Adun Di Pejabat Agama Sepang bagi mesyuarat dan menandatangani kelulusan. Begitu juga berhubung dengan perlantikan Ketua Kampung menghendaki Adun menghadiri mesyuarat, temuduga dan menandatangani kelulusan. Adun juga sering menghadiri majlis-majlis sambutan, penyampaian zakat dari JAIS dan sebagainya di Masjid Hishamuddin yang merupakan Masjid Jami` di Daerah Sepang, lagi pula Adun sering bersolat di Masjid ini apabila datang ke rumah anak di perumahan kediaman dalam kawasan Sekolah Agama Menengah di sini yang berhampiran dengan kawasan Masjid Hishamuddin. Beliau sebagai guru di Sekolah tersebut.
Ketibaan Adun di Masjid Salak Tinggi seelok waktu Maghrib tidak berkesempatan bercakap dengan jamaah dan tiada siapa yang menyambut hadir sehingga menyangka silap masjid yang Adun hadiri. Namun selepas solat sunat ba`diyyah Maghrib Adun dijemput menyampaikan tazkirah. Adun hanya dapat berkenalan selepas solat Isya` yang Adun sendiri mengimami, khususnya semasa minum. Adun berkenalan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Muhammad bin Othman dan beliau menyebut telah beberapa kali
bersama Adun, masa interview dan berurusan sebagai Ketua Kampung. Beliau menyebut Salak Tinggi, Labu Lanjut dan Gincing termasuk di bawah Mukim Labu di dalam Daerah Sepang.
Bercakap bersama kami ialah Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan Nazir Masjid. Beliau adalah graduan UKM dalam bidang Sains dan keluar semasa UKM di Jalan Pantai. Ini bermakna beliau adalah antara dari generasi awal UKM dan kini sudah berpencen dan menetap di Salak Tinggi setelah berkahwin dengan orang tempatan di sini. Menurut Tuan Haji Ismail Masjid Salak Tinggi didirikan secara gotong royong pada tahun 1963. Bangunan asal menurut Tuan Haji Ismail adalah kecil. Beliau menunjukkan bahagian awal dari masjid dan agak kecil, tapi cukup bagi keperluan masyarakat pada masa itu. Kini masjid ini telah ditambah dan berada di tepi simpang jalan. Turut bersama kami ialah Imam Masjid Tuan Haji Sharafuddin yang menyebut bahawa tapak masjid ini asalnya adalah tanah padi. Tapi sekarang semua sudah berubah dan berada di pinngir Pekan Salak Tinggi. Menurutnya ada satu lagi penempatan baru, iaitu Salak Jaya. Di Salak Jaya ini terdapat 10 buah taman. Menurutnya, suasana di sini lebih sebok berbanding dengan 10, 20 tahun dulu.
Sebelum itu untuk datang bertazkirah di sini, Adun membuat sedikit persiapan nota pada buku catatan poket yang sering Adun bawa ke mana saja. Persediaan yang Adun buat ialah hendak bercakap tentang `Pentingnya Tarbiah Dalam Kehidupan.` Namun sebelum penyampaian tazkirah, pengerusi memperkenalkan Adun dengan mengaitkan usaha Adun mempopularkan Bangi Bandar Ilmu (BBI). Nampaknya motto yang kita perkenal Bangi Bandar Ilmu sudah begitu terkenal. Ianya menjadi buah mulut dan diperkatakan orang, khususnya di Selangor bahkan seluruh Malaysia. Adun juga menanggapi bahawa mereka ingin tahu lebih dalam mengenai Bangi Bandar Ilmu. Dengan tanggapan ini secara spontan Adun mengubah tajuk, tidak memperkatakan soal Tarbiah, sebaliknya Bangi Bandar Ilmu. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta popular yang sudah ada di dalam minda. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta.BBI bukan slogan kosong, tetapi:
1)Bangi dibangunkan berkait rapat dan bersama dengan pembangunan Kampus UKM. (1965) Sebelumnya BBI adalah kawasan ladang kelapa sawit & getah. Bangi dibangunkan sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM.
2)Pembangunan Bangi memberi keselesaan kepada tenaga Pengajar, pelajar dan orang ramai mendapat keperluan asas.
3)Terdapat 18 universiti di dalam dan berdekatan dengan DUN Bangi. Terdapat pula berpuluh Pusat Pendidikan dan Penyelidikan yang memprojekkan
4)Ramai tenaga Pengajar dan mahasiswa tinggal di Bangi dan sekitarnya yang menghidupkan suasana keilmuan di BBI.
5)Masjid-Surau berjumlah (surau 110 buah – masjid 6) mengadakan kegiatan keilmuan saban hari yang meningkatkan imej BBI.
6)Badan-Badan Politik dan NGO-NGO sering mengadakan kegiatan keilmuan dan membaca.
7)Adun sendiri menganjurkan majlis-majlis ilmu dari pasar ke Medan Usahawan. Ke surau-masjid dan di dewan-dewan.
8)Pejabat Adun mengadakan Kegiatan Seminar, forum, Diskusi, dan berbagai kegiatan ilmiah.
9)Pejabat Adun memberi kerjasama dan peruntukan bagi berbagai kegiatan ilmu
10)Adun adakan Hari-Hari sambutan yang berhubung dengan Ilmu
11)Adun gunakan sebahagian dari peruntukan bagi kegiatan keilmuan.
12)Setiap tahun memberi insentif kepada pelajar cemerlang.
13)Menerbitkan buku-buku berhubung dengan BBI
14)Menyampaikan bantuan pembangunan institusi keilmuan sama ada dari peruntukan Adun atau negeri.
15)Bekerjasama dengan institusi-institusi, badan-badan dan Ngo-Ngo yang mmembuat kegiatan berhubung dengan ilmu.
Adun berpendapat, bahawa Salak Tinggi dan Sepang sama terpercik dengan kegiatan-kegiatan ilmu, ianya bukan saja berjiran dengan Bangi, tetapi dengan Nilai dan Putra Jaya yang juga pesat berkembang dengan Ilmu – termasuklah Cyberjaya di Sepang yang juga menjadi pusat kegiatan ilmu. Walau bagaimana Salak Tinggi jangan hanya melihat kelilingan pesat dengan pembangunan dan kegiatan ilmu, tetapi hendak berusaha dan mengambil bahagian membangun masjid dan kawasan dengan kegiatan-kegiatan ilmu.
Di akhir tazkirah Adun menghadiahkan kepada masjid 3 salinan bagi dua judul buku, iaitu Bangi Bandar Ilmu dan Gagasan Bangi untuk Perpustakaan Masjid. (Kedua-dua buku ini Adun sentiasa sediakan dalam kenderaan Adun dan menghadiahkan kepada sesiapa yang difikirkan wajar).
Highway : PLUS - North (North - South Expressway) Datetime : 15-Jan-2013 12:43 PM Congestion : TRAFIK PERLAHAN DARI TEROWONG MENORAL KE KUALA KANGSAR
Active Events
Highway : NKVE (New Klang Valley Expressway) Datetime : 15-Jan-2013 12:01 PM Description : Maklumat awal kemalangan di KM25.4 arah utara. Trafik perlahan dari Bukit Lanjan ke Jalan Duta dari KM 23.0 ke KM 25.4
Highway : PLUS - North (North - South Expressway) Datetime : 15-Jan-2013 12:43 PM Description : Kemalangan di KM257.5 arah utara. Trafik perlahan selepas Terowong Menoral ke Kuala Kangsar dari KM 259.0 ke KM 257.5
SEMPENA kedatangan tahun baru 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bersama Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon, meluang masa mengedar kalendar.
Selain mengedar kalendar, beliau turut bertemu dengan pengundi serta menyampaikan mesej perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Program itu diadakan di Pasar Pagi Desa Jaya, DUN Bukit Lanjan pada 8 Januari lalu.
Di Kota Tinggi, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta.
Kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi ini menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fitri Zamali, dari Kampung Sungai Sembilang, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tempat kejadian.
Misrul Nizam (empat,kanan) mengangkat jenazah Mohd Fitri menaiki van jenazah. Gambar dari Sinar Harian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Saga.
"Kereta Proton Saga itu daripada arah Sungai Rengit menuju ke Kota Tinggi, manakala motosikal terbabit dari arah Kota Tinggi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Proton Saga dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk menerima rawatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan,"
Jenazah Allahyarham Mohd Fitri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sembilang, di sini.
- Sinar Harian
Incoming search terms:
pengangkutan sungai di kota tinggi (2)
sinar harian Remaja maut bertembung Saga mohd fitri (2)
Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini.
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|
Alhamdulillah, weekend lepas 16hb dan 17hb Mac 2013, aku bersama sahabat-sahabat aku bermalam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Kitorang memang selalu plan buat aktiviti bersama camni supaya dapat rapatkan lagi ukhuwah. Ni merupakan trip pertama selepas percutian makan buah-buahan di Ulu Dong, Raub Pahang.
Walaupun tempat ni lebih kurang 15 minit je dari Putrajaya tapi aku percaya ramai yang tak pernah pergi sini:) Sebenarnya Paya Indah ni di bawah seliaan Jabatan Perhilitan Malaysia. Luasnya kira-kira 3000 hektar.
Aku tulis kat caption gambar jelah pasni. Info semua aku letak kat situ je. Semua gambar guna kamera handphone je tanpa edit. Boleh klik gambar untuk besarkan :
Alhamdulillah dapatlah kitorang spend masa bersama-sama. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang ada rancang camping kat lokasi lain yang lebih best lagi:) Aku sebenarnya dah penat taip ni. Tapi nak bagitau tempat ni memang berbaloi dan dapat eratkan lagi ukhuwah kitorang semua.
Kalau korang cari tempat nak rehat dan tenangkan fikiran di lokasi yang dekat dan murah bolehlah pertimbangkan lokasi ni. Tempat ni kurang pengunjung sebab kurangnya promosi. Ia memang berpotensi nak dijadikan kawasan beriadah bagi penduduk sekitar Lembah Klang.
Selain duduk kat chalet korang boleh berkhemah, berkayak, memancing, buat aktiviti jungle trekking dan lain-lain lagi kat sini. Kalau nak jalan2 petang-petangpun boleh naik basikal. 1 basikal RM5 sejam. Basikal budak-budakpun ada. Bolehlah naik basikal sekeluarga atau pun jogging kat sini. Harap info tu membantu serba sedikit bagi sesiapa yang tak tahu langsung tempat ni. Bercuti tak semestinya perlukan modal besar:)
AlhamduLILLAH, Mac datang lagi dan kini dengan OFFER yang LAGI HEBAT dan MENARIKSS... Inilah promosi bulan ini iaitu SHAKLEE OSTEMATRIX. Apa yang SPECIAL SANGAT Ostematrix ni? Ianya special sebab Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata, tapi mengandungi Magnesium (yang diibaratkan seperti sebuah 'lori' yang mengangkut kalsium), Vitamin D (untuk memastikan PENYERAPAN Kalsium pada tahap optimum), Boron ( yang bertindak sebagai 'pekerja' yang membina tulang), Mangan, Tembaga dan Zink.
....kesimpulannya mmg best... best kan.. kesannya.. amat mengujakan utk setiap lapisan umur
Siapa yang perlukan Ostematrix ?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya.
2. Mereka yg allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Apa kata mereka tentang Ostematrix?..Di bawah ini sebahagian testimoni2 ibu menyusu yg dipetik dari FB tertutup ekslusif khusus buat customer kami..
dapatkan Ostematrix pada HARGA OFFER sekarang! Sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada rafaliah@yahoo.co.uk or sms ke 012-2541296
Kami berada di Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan Dengkil...nak sampai situ memang jauh la...tipsnya...korang kena ikut signboard walaupon orang cakap signboard dia tak berguna...bagi saya...signboard dia betul apa...ikut sampai jumpa signboard tulis "Paya Indah Wetlands" selagi tak jumpa signboard jangan berhenti terus je...jangan pandai-pandai belok kanan atau kiri selagi tak jumpa signboard...haa gituw...kalau dia kata 5km so kira la 5km mesti sampai... ;)
Perjalanan memang jauh masuk kedalam tujuan kami untuk berbasikal...setelah tabb baca komen dibawah :
Dia terus minta saya google...paya indah wetland, walaupon sebelum ni saya pernah dengar dan pernah baca di blog lain...apa-apa pon pintu hati terbuka setelah baca komen dari mizztina...
Tapi bukan la nak harap pukul 7pagi tu...hehehe saja nak tengok tempat lain untuk berbasikal bersama....Sesampai disana, niat ku terpadam kerana panas terik, lepastu lalu untuk berbasikal tak sesuai untuk doubleIS dan kakak tasya....nasib baik ada pelbagai kolam binatang...so banyak aktiviti sebenarnya disana...niat untuk berbasikal tertunda...
Paya Indah Wetlands, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) KM4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726 Faks: 03-8768 8424 - See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.eYzLFk2S.dpuf
[unable to retrieve full-text content]hulu kelang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan calon KEADILAN bagi negeri Selangor dalam Ceramah Perdana di Padang Bola AU2, Keramat, Hulu Kelang bermula jam 9 malam esok ...
" I need a break!!"...statement berbaur tension tu rupanya buat cik suami faham......tak plan pun.....Sabtu lepas pack beg dan terus hala ke Morib.....kenapa Morib...?? sebab saya nak tengom laut, tapi Port Dickson saya kira crowded sangat.......dah rasa laut angin laut PD tu..jadi nak cari angin laut lain........tapi pastilah tak boleh jauh-jauh sangat sebab hanya dua hari kan. Lagipun, kami belum pernah sampai ke Morib. Padahal bukan jauh sangat pun, dari Saujana Utama hanya sejam lebih ...kalau bawa laju mesti sejam dah sampai. Ramai bercakap tentang GoldCoast Hotel bila nak ke Morib....maaf....fullhouse yeee....jadi kami gamble masuk Impian Morib Hotel. Nama tak pernah dengar kan....tapi sekali masuk...saya jatuh cinta.....tenangnnyaaa....hotel ni.....bandingkan dengan GC Hotel yang saya nampak dah crowded dari luar......tapi Impian Morib ni setenang alam.Ada bilik dan ada chalet.Kami pilih nak tengok laut......kali ni nak duduk chalet yang menghadap laut.....harganya pun berpatutan....RM280 untuk chalet yang menghadap laut dan rm260 untuk chalet biasa. Harga bilik pula rm200++.
.................Cik kak ni posing depan chalet kami........
............................depan chalet sangat luas.....siap boleh main layang-layang walau tak der angin pun......hehhe
Ini balkoni chalet yang menghadap ke laut... ..ini pandangan dari belakang chalet....balkoni menghadap laut...cuma yang tak best sikit, pantai morib ni tak boleh mandi-manda....air lautnya berlumpur. Check in hotel pukul 3, jadi kami round round dulu sekitar morib......terjumpa tempat yang tak terjangka....Kuan Wellness Ecopark. Kira-kira 3 km dari hotel....dan aada signboard besar tepi jalan....kena masuk ke dalam lebih kurang 800m untuk jumpa tempat. Budak-budak mesti suka....hinggakan time nak balik Kl semalam, Inas ajak singgah sekali lagi. Simple.....but very neat and beautiful place untuk pencinta haiwan . Nak masuk kena bayar rm2 seorang....murah jika kita nak bandingkan bersihnya tempat ni ...tanpa bau -bauan yang tak menyenangkan. Dan untuk bagi makan ikan kap yang besar-besar dan montel di kolam, kena beli makanan ikan yang harganya rm2 sebotol....nak suap rabbit dan rusa pun kena beli sebungkus carrot rm2. Layannn.....melayang rm14 untuk makanan semata....hehhe....nampak macam laporr benar lah rabbit dan rusa kat situ. Yang bestnya....owner dan staff sangat mesra alam....owner yang berbangsa Cina tu syok melayan suami saya bercerita tentang ikan-ikan yang montel dalam kolam.....staff india pula astik layan anak-anak saya...dengan rabbit dan rusa...tak terasa pun duudk di situ lama-lama... ada banyak parrot kat sini.....anak-anak parrot yang comel pun banyak.....inas sibuk ajar parrot bercakap., kenyang lah ikan-ikan makan dua botol makanan sekaligus. boleh juga tengok pokok anggur..tapi time ni buah anggur tak keluar lagi... iguana ni nampak proud sangat bila orang semua kagum amik gambar dia....kaler mengancam...! rabbit dan rusa yang manja.....bila staff bunyikan loceng...mencanak jer berlari datang dapatkan makanan.Buu arnab gebus-gebus belaka.....kincir angin yang jadi penyambut tetamu......besarrrrr......!!! di depan pintu masuk nilah tempat Photo Corner...di belakang tu sebenarnya tempat pembiakan burung layang-layang. Kuan Wellness ni sebenarnya mengusahakan sarang burung layang-layang. Kita boleh masuk tempat staff membersihkan sarang burung untuk diproses, tapi sayangnya tak boleh nak ambil gambar. saya kagum....dengan bayaran yang hanya rm2...tapi kita para pengunjung dapat nikmati suasana yang sangat bersih di sini......tengok lah tempat tinggal merak dan rumah rabbit ....bersihnya.....tak berbau....dan cukup dengan papan tanda untuk anak-anak kita baca.
ini salah satu part yang saya suka....anak lembu comel.....hahha..bukan betul- betul tau...tapi seni pertukangan kat sini pun first class.Ada aeroplane kat belakang tu....pandai lah owner ni tarik perhatian anak-anak. . Penat jalan-jalan di sini....kami check in hotel.....aktiviti kat hotel apa lagi kalau tak terjun pool kan....dua tigam jam mandi kira standard lah....kita mak mak ni jadi tukang jaga beg.....hehhe...saya amik peluang habiskan bacaan novel Danielle Steel. Adoi....lapang nya kepala kan.....tambah lapang bila tengok orang-orang tersayang happy tak ingat dunia. Sebelah malam....kami dinner di Pantai Morib. Meriah sekali....teruja sampai saya tak ingat nak snap gambar ikan bakar yang sedap. Macam-macam ada......dan sekali lagi saya berani katakan food court Pantai Morib sangat bersih dan makanan cepat sampai. Boleh makan sate....ikan bakar....sate ikan...chicken wings...burger bakar.....stall mamak pun ada....tapi maaf yer...perut lapar, mood nak amik gambar tak mai-mai....hehhehe.... Cerita hari nak balik pulak..ek.... Kali ni kami malas nak cari lunch kat luar...makan cafe hotel jer....boleh la tahan food....tapi sedap lagi di food court semalam. Ingat nak balik terus...tapi teringat Tanjung Sepat. Saya ada baca di google...ada Ladang Cendawan....ada Lover s Bridge.....mana lah nak cari kan? redah sajaaaa......kira-kira 15 km sampailah kami ke Tanjung Sepat. .... Pekan Cina rupanya.....perkampungan nelayan.....dan jumpa Vita Agrotech Ladang Cendawan.....( cari juga sampai jumpa ni sebb saya ni hantu cendawan......hehhehe ) Saya sarankan kita bawaklah anak-anak ke sini....tak besar tempat ni ..kecik jer, cuma kawasan masyarakat Cina....jangan cuak kalau masuk....jangan takut lah....kita kan nak timba pengalaman.....di depannya akan tertulis GANOFARM HOMESTAY...di situlah adanya Ladang Cendawan. Anak-anak mana pernah tengok real life cendawan di tanam....bukan budak jer, saya pun sama. Inas terkejut tengok cendawan keluar dari botol....hehhehehe....macam macam jenis pulak tu....ada hitam, ada putih....ada keras ..ada lembut..... Banyak info yang kita dapat termasuklah kebaikan bila kita makan cendawan ni..... Boleh shopping gak tau.....sah-sah lah.....harganya jauh lagi murah dari kita beli di tesco.......petik jer terus boleh beli kan...segar bugar cendawan di sini. Dan banyak jugak produk berasaskan cendawan ada di jual....hehhe..ingatkan nak shopping ikan segar, rupanya datang sini shopping cendawan.
Lepas shopping cendawan....cheewahhh...shopping....macam beli banyak pun....cukup-cukup makan kami empat beranak jer lah kan....hehhe.... ....ada lagi tempat best.....tapi kena masuk ke sebuah restoran cina....untuk sampai ke sini.....redah saja......bukan senang nak dapat tempat-tempat indah saujana mata memandang...walau pun rumah di Saujana Utama.....hehhehe Taaa daaaa......tengok cik kak Inas ni dok posing....
pandangan bila air surut....kami naik jambatan....hmm..jambatan ke ni????dan boleh jalan hingga ke hujung di mata tempat orang makan-makan. Tapi waktu malam jer, geng Chinese berkumpul...siang hari lengang lah tempat ni...Inas dok syiokkkk tengok anak -anak ketam penuh di bawah...... Habis posing...kami jalan-jalan nak cari jugak ikan segar....masuk lagi perkampungan Cina...macam market kecil lah...ada jual buah , jual sayur....kemudian saya nampak satu tempat ni....orang berpayung jalan masuk....teruja lagi sekali ajak suami berhenti...
Nama jambatan ni Lover s Bridge...entah ler kanapa namanya macam tu....mungkin sebab ada restoran Lovers Bridge di pintu masuk tadi....panjang ooo....kira-kira 2OO meter panjangnya.....dan dari paras air agak setinggi 2.5 meter.....tapi sekarang time air surut....jadi kita boleh tengok banyak ikan belacak dan anak ketam jalan-jalan makan angin dengan comelnya.....ish...first time la tengok semua ni. Rupanya, di sinilah tempat nelayan berlabuh...hehhe....izaz cakap parking perahu dan boat. Nun jauh di sana...semua bot nelayan... ...........Peluang besar ni bagi anak-anak tengok bot nelayan....
asyik masyuk tengok ikan belacak....sesekali ada burung bangau nak ngappp ikan....mana anak-anak kita nak dapat pengalaman macam ni kan....berpeluh berpanas pun sanggup sedangkan rata-rata orang yang jalan di sini bawa payung dan pakai topi....kami saja buat gagah ....hehhehe, bila naik keta nak balik....satu kereta berbau peluh....dan hero dan heroin saya......layan tido sepanjang jalan hingga sampai rumah....!!! sekian lah citer I need A Break hehhehe....Need a Break lah sangat kan....tapi terasa leganya bila jauh dari Kuala Lumpur ni. Saya kira, Morib ni biasa-biasa saja...tapi sangat aman damai rupanya.....kira belum tercemar....cuma pantainya tak boleh nak mandi-manda. Yang lain-lain tu ..sangat sesuai untuk kita-kita yang nak cari kedamaian....nak anak-anak rasa kehidupan kampung.....nak nikmati udara yang belum tercemar... Jom lah....bila-bila ke Morib yer...!
Selamat pengantin baru buat Ain dan suami ya. terima kasih kerana sudi mendptkan khidmat solekan drpd kak joy ni :) hhehehehe.. fun sgt dpt customer yg funny dan sempoi mcm ain... siap makan nasik lemak lagi kat rumah pengantin .... heheh sedap pulak tu hahhaha... mmg terbaik :D terima kasih juga buat mak ain yg baik sgt..... :)
Jom kita menjamu mata melihat sekeping dua gambar yang sempat joy snap pada hari tersebut.
Ini semasa nikah. mula mekap jam 8 pagi di rumah ain di bangi. Majlis nikah akan diadakan pada jam 11 pagi di Masjid Besi, Putrajaya. So kena la mekap awal supaya tak terkejar2 nanti kan.
Ini pula mekap pada hari kedua, iaitu mekap untuk sanding. Ain mengenakan persalinan biru yang cantik.
Haaaaa ini la buah hati pengarang jantung si Ain si engineer Petronas ni.. heheheh sekali tgk mcm Fahrin Ahmad gitu.. wah bertuah betul Cik Ain ni hehhehe... apa pun kak joy sgt happy dgn korang berdua.. sgt2 sporting dan sempoi - terbaek.
KAPAR - Ustaz Mohd Pathan Hussin sah akan bertanding di P109 Parlimen Kapar atas tiket parti Berjasa. Penamaan calon yang diadakan di Dewan serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang menyaksikan pertandingan 6 penjuru antara calon Berjasa, Barisan Nasional (BN) , Pakatan Rakyat (PR) dan calon Bebas. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P109 Parlimen Kapar ;
Ust Mohd Pathan Hussin (BERJASA)
Manivanam A/L Govindsamy (PR)
Sakthivel A/L Palaniappan (BN)
Mohd Nazri Abdul Aziz (Bebas)
Norhamzah Suratman (Bebas)
Palaya A/L Vijaya (Bebas)
Ustaz Pathan Husin ditemuramah selepas sah pencalonan. Pertembungan 6 penjuru di Parlimen Kapar P109.
Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar, aman dan penuh suasana harmoni sepanjang proses penamaan calon pada hari ini tanpa sebarang provokasi liar.
Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Kapar anda boleh ke laman Facebook peribad belia Ust Mohd Pathan Hussin
BANGI, 20 April – Setelah selesai secara rasmi penamaan calon hari ini, calon BERJASA disahkan akan menghadapi pertembungan 6 penjuru diP109 Kapar dan N25 Kajang.
Di Parlimen Kapar bakal menyaksikan persaingan antara BERJASA dengan Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon bertanding atas tiket Bebas.
Ustaz Mohd. Fathan Hussein dari BERJASA akan menentang Barisan Nasional (BN) yang diwakili A. Sakthivel, calon PKR iaitu G. Manivannan dan tiga calon Bebas ialah Nurhamzah Suratman, A.R. Palaya dan Mohd. Nazri Abdul Aziz.
Manakala Dewan Undangan Negeri DUN Kajang pula menyaksikan pertembungan Ustaz Mohamad Ismail (BERJASA) dengan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tiga lagi calon Bebas.
BN menampilkan calon Lee Ban Seng, PKR, Lee Chin Cheh dan calon bebas ialah Ong Yan Foo, Mohd. Iwan Jefry Abd. Majid dan Mohd. Khalid Kassim.
Pusat penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat diadakan di Dewan SMJK (C) Yu Hua, Kajang, di sini hari ini dalam keadaan terkawal.