Khamis, 25 April 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


HPC: Pertandingan 6 penjuru <b>di Kapar</b> - Arus Baru

Posted: 20 Apr 2013 01:17 AM PDT

KAPAR  - Ustaz Mohd Pathan Hussin sah akan bertanding di P109 Parlimen Kapar atas tiket parti Berjasa. Penamaan calon yang diadakan di Dewan serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang menyaksikan pertandingan 6 penjuru antara calon Berjasa, Barisan Nasional (BN) , Pakatan Rakyat (PR) dan calon Bebas. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P109 Parlimen Kapar ;

Ust Mohd Pathan Hussin (BERJASA)
Manivanam A/L Govindsamy (PR)
Sakthivel A/L Palaniappan (BN)
Mohd Nazri Abdul Aziz (Bebas)
Norhamzah Suratman (Bebas)
Palaya A/L Vijaya (Bebas)
Ustaz Pathan Husin ditemuramah selepas sah pencalonan. Pertembungan 6 penjuru di Parlimen Kapar P109.

Ustaz Pathan Husin ditemuramah selepas sah pencalonan. Pertembungan 6 penjuru di Parlimen Kapar P109.

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar, aman dan penuh suasana harmoni sepanjang proses penamaan calon pada hari ini tanpa sebarang provokasi liar.
Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Kapar anda boleh ke laman Facebook peribad belia Ust Mohd Pathan Hussin

05_UstPathan


Undilah Calon Muslim Berwibawa

Pertembungan 6 penjuru <b>di Kapar</b> dan Kajang | ISMAWeb

Posted: 20 Apr 2013 01:19 AM PDT

pathan hpc1
BANGI, 20 April – Setelah selesai secara rasmi penamaan calon hari ini, calon BERJASA disahkan akan menghadapi pertembungan 6 penjuru di P109 Kapar dan N25 Kajang.

Di Parlimen Kapar bakal menyaksikan persaingan antara BERJASA dengan Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon bertanding atas tiket Bebas.

Ustaz Mohd. Fathan Hussein dari BERJASA akan menentang Barisan Nasional (BN) yang diwakili A. Sakthivel, calon PKR  iaitu G. Manivannan dan tiga calon Bebas ialah Nurhamzah Suratman, A.R. Palaya dan Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Manakala Dewan Undangan Negeri DUN Kajang pula menyaksikan pertembungan Ustaz Mohamad Ismail (BERJASA) dengan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tiga lagi calon Bebas.

BN menampilkan calon Lee Ban Seng, PKR, Lee Chin Cheh dan calon bebas ialah Ong Yan Foo, Mohd. Iwan Jefry Abd. Majid dan Mohd. Khalid Kassim.

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat diadakan di Dewan SMJK (C) Yu Hua, Kajang, di sini hari ini dalam keadaan terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads