Isnin, 18 Julai 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


My Family Blog.: Sepetang <b>di</b> Pantai Remis <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 23 May 2011 10:04 AM PDT

Assalamualaikum w.b.t

Pada hujung minggu ni kami bawa anak-anak ke Pantai Remis Kuala Selangor..
papa kata petang ni jom kita mbik angin kat pantai.. haa apa lagi bersiaplah kami anak beranak petang tu..

Pantai Remis biasanya penuh dengan orang ramai yang mahu bermain layang-layang ataupun menikmati kerang bakar atau makanan laut segar yang ada di situ.. dan biasanya yang kita boleh dapati di sini ialah kerana makanan kekerang nya yang banyak.. siput, kerang, remis, dan lala.. anum dan suami pun pergi ke sana sebab nak ambik angin pantai. haha.. tapi jangan lah marah ye.. kalau kita di tempat orang.. Pantai Remis ni tak dah sebesar pantai Teluk lipat atau Pantai Sura di Dungun tau pun seperti Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu.. memang lain lah angin bayu yang anum rasa ni.. rasa macam alhamdulilah.. bersyukur kami lahir dan datang dari pantai timur..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Bisnes Apa Sesuai <b>di</b> BBST

Posted: 15 Jul 2011 10:17 AM PDT

Re: Bisnes Apa Sesuai di BBST

Postby me_ina » 21 Oct 2010, 11:01

Salam,
Biz van sekolah (berlesen ) amat2 lah berbaloi jika dibuat di kawasan area kg Salak Tinggi ke sekolah sekitar BBST. Sy perhatikan mmg amat sukar untuk mencari van sekolah yg boleh memberi perkhidmatan sekolah pagi dan petang. Harap ada sesiapa yg ada modal, boleh melaksanakan biz ni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


shark utopia...: Bercuti <b>di Tanjung Karang</b> #episod 1

Posted: 16 Jul 2011 09:05 PM PDT

salam all :)

Hari sabtu pepagi buta sudah berangkat ke Tanjung Karang sebab nya ada kenduri arwah..kene balik awal kot2 bole tengok mana yang patut nak tolong...

tapi tak tolong pon..huhu tolong tengok jek ;p

Kenduri cam biasa buat nasik ambeng..ohhh itu adalah makanan tradisi orang jawa yer..ada nasik,ayam goreng, mee goreng, sambal goreng dan serunding kelapa...letak dalam satu talam...lapik daun pisang kasi wangi :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


! Namaku Intan: Tenggelam dua kali <b>di Jeram</b> Linang

Posted: 18 Jul 2011 06:27 AM PDT

MACHANG: Perkelahan seorang remaja lelaki bersama bapa saudara dan tiga rakan di Hutan Lipur Jeram Linang di sini, bertukar tragedi apabila maut selepas tergelincir dan lemas ketika mandi di kawasan itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, Muhamad Azrul Nizam Zainal Abidin, 20, yang tergelincir cuba diselamatkan bapa saudaranya, Zulkifli Derahim, 21, namun usaha itu gagal sebelum mangsa tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter.

Mayat mangsa berasal dari Kampung Aril, Pauh Lima, Bachok ditemui terlentang di dasar sungai jam 7.10 malam selepas mendapat bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Unit Skuba Kota Bharu diketuai Shahril Yusma Mat Yusoff.

Sebelum itu, mangsa dikatakan tiba di kawasan perkelahan itu jam 4.30 petang bersama Zulkifli serta tiga rakan sekampung, Mohamad Atifi Mohd Nazir, 20; Mohd Syafiq Mohd Ismail, 20, dan Zamri Mustapha, 19, menaiki motosikal.

Tidak sampai setengah jam kemudian, perkelahan itu menjadi mimpi ngeri sebaik mangsa tenggelam menyebabkan Zulkifli terpaksa berhempas-pulas cuba menyelamatkan mangsa. Namun, usahanya gagal sehingga mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, dua jam kemudian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian, dia sudah menasihatkan anak saudaranya itu supaya tidak mandi di bahagian tengah sungai berikutan keadaannya agak dalam.

"Selepas mandi di kawasan gigi air, arwah beredar ke kawasan aliran air terjun sebelum tergelincir lalu terjatuh," katanya ketika ditemui di bilik mayat HM, kelmarin.

Katanya, terkejut melihat keadaan itu, dia bersama Mohamad Atifi dan Mohd Syafiq terus terjun untuk cuba menyelamatkan mangsa.

"Saya nekad kerana tidak sanggup melihat arwah meronta-ronta ketika kami bertiga cuba mengheretnya ke tepi batu, namun dia terus tenggelam.

"Tanpa menghiraukan keselamatan diri, saya terus menyelam ke dasar sungai sebelum berjaya membawanya naik ke permukaan air, namun, arwah tenggelam kali kedua selepas tangan saya terlepas daripada pegangannya," katanya.

Menurutnya, menyedari air terlalu dalam, selain sejuk dan cuaca semakin gelap, dia terus meminta Zamri segera menghubungi pihak berkuasa.

"Walaupun gagal menyelamatkan arwah, saya bersyukur kerana jenazahnya ditemui di dasar sungai dalam keadaan terlentang oleh anggota penyelamat," katanya.

Katanya, anak saudaranya yang sebelum ini menetap di Johor bersama ibu bapanya, Zainal Abidin Saali, 40-an dan Noriah Derahim, 40-an baru tiba di rumah neneknya, Rahimah Mat Yazid, 60-an di Kampung Aril, pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhamad Azrul bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Johor Bahru dikatakan berhasrat mencari peluang pekerjaan di negeri kelahirannya.

"Saya terkilan kerana hasrat arwah bekerja di sini tidak kesampaian, selain sedih arwah turut tidak berkesempatan menyambut kedatangan Ramadan bersama neneknya.

"Arwah yang juga anak sulung daripada lima beradik tidak menunjukkan perubahan kecuali beberapa minit sebelum kejadian kerana beriya-iya mengajak Atifi dan Zamri menemaninya membeli jeans buat kali terakhir di Rantau Panjang, Sabtu depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.15 petang dan tiba di kawasan perkelahan itu, setengah jam kemudian.

"Gerakan mencari mangsa disertai 17 anggota termasuk Unit Skuba, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh.

"Mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, kira-kira jam 7.10 malam," katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Malik Bedut mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Harian Metro 18 Julai 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


My Properties For You: Banglo <b>di</b> Sg Sering, <b>Ulu Kelang</b>

Posted: 16 Jun 2011 08:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Banglo di Sg Sering, Ulu Kelang. Satu lot banglo beserta rumah yg telah dibina ingin dijual. Keluasan tanah: 2400kps. Keluasan binaan: 760kps (bahagian bawah) Bilik: 6R 2B Suasana kampung, endlot... Leasehold 99 tahun ...

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


FaizalAnuar ™: Mencari teman serumah <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 29 Jun 2010 02:30 AM PDT

Kecik sikit dari rumah nie..haha..sekadar hiasan

Salam untuk semua,

Sekarang nie aku tengah mencari teman serumah di Padang Jawa,Selangor..

Jika ada sesiapa yang mencari rumah sewa boleh le masuk rumah aku..

Kemudahan yang ada...

  1.  Berdekatan masjid
  2. Rumah bawah bukan flet.
  3. Kemudahan internet,mesin basuh,
  4. Yang penting lelaki...
  5. Berdekatan kedai makan,Puspakon,JPJ,UiTM
  6. Kalau boleh student berkerja pun dialu2lukan
  7. Secepat mungkin.

Jika berminat boleh msg aku or call di talian PJ-012-4968110 dan Anuar 017-4007670

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Seriputra5: Blog YB: Kebakaran Besar <b>Di</b> Pekan <b>Bangi</b>

Posted: 03 Jul 2011 12:26 AM PDT

Kebakaran Besar Di Pekan Bangi

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/kebakaran-besar-di-pekan-bangi.html Pekan Bangi, 30 Rajab = 02 Julai (Sabtu):

9 buah kedai sederet di Pekan Bangi terbakar pagi ini. Api merebak dari kedai makan kira-kira jam 2.30 pagi dan segera merebak ke kedai-kedai lain yang hanya bertiang batu, tetapi bahagian yang lain daripada papan (kayu). Dijangka berlaku litar pintas. Menurut pegawai bomba Encik Khairuddin, pihak bomba menerima maklumat jam 3.00 pagi dan dapat sampai ke Pekan Bangi, tempat terbakar 12 minit kemudian. Menurutnya 4 buah kereta bomba tiba ke lokasi, 2 buah dari Bangi, 1 buah dari Kajang dan 1 buah dari Serdang. Operasi diketuai oleh Haji Imran Ahmad Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi. Menurutnya `Api segera merebak oleh kerana bahagian bangunan berusia 70 tahun itu adalah dari kayu dan tidak dapat diselamatkan, walaupun bekalan air tidak terganggu.

Adun Bangi mendapat maklumat jam 8.30 pagi ketika bersiap ke Program di Cheras Jaya. Adun mengarahkan Haji Rushdi bersiap dengan bantuan dan peruntukan tambahan, selain dari kewangan yang ada pada Adun. Arahan juga agar pengiring-pengiring ikut sama. Dalam masa membuat persediaan Adun segera ke Cheras Jaya yang turut ke sana YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Dari program di sana bersama pengiring-pengiring Adun berkejar ke Pekan Bangi dan tiba di lokasi jam 11.00 pagi menemui Pegawai-Pegawai Bomba, pemilik-Pemilik Kedai yang terbakar dan melihat kerja-kerja memadam masih sedang dilakukan. YB Teo Nie Ching yang juga dari Program di Cheras Jaya bersama pengiring turut sama tiba. Adun Bangi yang bertemu mangsa-mangsa mensenaraikan nama-nama mereka yang kehilangan bangunan dan harta, iaitu seramai 8 orang (seorang memiliki dua unit kedai). Mereka ialah:

1) Puan Sapura Baby – Ibu tunggal menyewakan bangunan sebagai kedai makan
2) En. Tony yang berniaga hardware
3) En. Rama Samy
4) Mr. Tan Hoi Tiong berniaga perabut
5) En. Rama Muthu peniaga kedai gunting
6) En. Kian Phat Leong Yeow
7) Mr. Chong
8) Kow Soon Hing
9) Penyewa Kedai Puan Sapura

(Mungkin berlaku kesilapan ejaan bagi sebahagian dari nama-nama di atas – mohon maaf, kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu dibuat rujukan kembali).

Mereka semua diminta Adun & Ahli Parlimen Teo Nie Ching berhimpun di sebuah warung berhampiran bangunan yang terbakar. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan YB Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan permulaan kepada setiap mangsa dan juga penyewa serta berjanji akan disusuli dengan pertemuan berikut bagi membincangkan kedudukan dan bagaimana mengatasi serta memberi sumbangan.

Kerugian dijangka melebihi 5 juta. Walau bagaimana bersyukur kepada Allah tiada berlaku kemalangan jiwa. Menurut seorang pegawai bomba, tiga buah kereta terpaksa dipecahkan cermin bagi mengalihkan kereta dari terbakar. Turut sama hadir ke lokasi terbakar ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, En. Lau Ketua Kg. Baru Cina, Pekan Bangi,Dato` Fathil Ketua Umno Serdang, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai.

Hingga jam 12.00 tengahari orang ramai masih berhimpun menyaksikan kebakaran yang dapat disifatkan besar dan belum pernah berlaku sebelumnya sebegini. Apabila Adun bertanya tempat kediaman sementara kepada mangsa-mangsa terbakar, buat masa ini masing-masing mempunyai keluarga yang mereka dapat menumpang buat sementara. Mereka tidak memerlukan lindungan sementara. Kami akan terus berusaha membela dan memberi perhatian terhadap kepentingan mangsa-mangsa terutama membawa masalah mereka ke peringkat Negeri dan ke Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada minggu akan datang.

Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


BLOG MIK - Info Corner: DAP Ganti PAS <b>Di Klang</b>…! Pusat Dangdut <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2011 03:30 AM PDT

Menyambut berita "kebebalan" PAS di Kedah yang sanggup menjadi tukang basuh berak Karpal Singh dan Kit Siang, kita juga ada berita menarik untuk disampaikan di Bandar Klang….

Bukan sahaja rumah rumah urut semakin subur di negeri Selangor tetapi di Bandar Bukit Tinggi Klang tiba tiba muncul pula sebuah pusat hiburan DANGDUT baru dibuka!

Blog MIK setuju dengan pembongkaran sahabat Blogger, Akar Umbi yang menyatakan bahawa hiburan jenis Dangdut bukanlah hakmilik kaum cina dan India, ianya amat sinonim dengan orang melayu… Begitulah hebatnya PAS For All yang sudah bertukar wajah dan wadah. Tak sangka pak kopiah PAS pun dah mula mengenali nikmat berDANGDUT…!

Sila

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Letupan Bom <b>Di Ulu Yam</b> (21 Gambar) | goblog

Posted: 06 Jul 2011 05:56 PM PDT

Lokasi : Ladang Getah FELCRA Sg Baru, Ulu Yam, Selangor

Masa  : 11.00 pagi hingga 3 petang.

Tarikh : 6 Julai 2011 (Rabu)

Semalam pada jam 11.00 pagi sepasukan 10 orang skuad pemusnah bom dari IPPK Shah Alam 'menyerbu' ladang getah FELCRA kerana mendapat laporan mengenai bom perang zaman British yang tertanam di teresan pokok getah. Turut menyertai pasukan ini 2 orang pegawai polis dari IPD Kuala Kubu Bharu dan Ketua Balai Polis Ulu Yam Bharu. Operasi ini di namakan 'Ops Guni Terbang'. Sebab apa nama guni? Korang baca dulu sampai habis.


Aku pun turut serta bersama Kasim . Safarul dan Nazirul lambat sikit sampai.Ok Mula-mula pasukan ini menggali di tempat bom yang tertanam. (tak boleh dekat dan tak boleh tangkap gambar tapi aku tangkap jugak dari jauh).Terus menggali..Gali lagi... sebenarnya bom ni di jumpai oleh penoreh Indonesia dengan segera dia bagitau aku . Begini kisahnya.

Pekerja :-

" Bos, aku rasa sepertinya ada bom di lot aku toreh cumanya tertanam saja, di teresan, udah takut saya mau noreh di situ, takut meletuup"
Aku :-
"Bom? Pejadah bom dalam kebun getah dekat teres plak tuh,"
Pekerja :-
"Kalo bos nggak percaya mari saya tunjukin,"
Aku :-
" Jom2 ,"

Maka benarlah seperti apa yang di katakan pekerja tadi lantas segera aku bagitu Abg Din, polis Kuala Kubu Bharu.Bom di keluarkan. Bom ini seberat 80kg.Lubang bom yang di temui di gali lagi dalam sebab nak di letupkan kat situ jugak.13 guni di isi tanah untuk di guna sebagai penyerap impak letupan.Lubang di gali sedalam 50 cm lagi.Bom di letak dalam lubang tapi sebelum tu bom berkenaan telah di ikat dengan bahan letupan C4. Maksudnya di sini C4 berkenaan yang memusnahkan bom tersebut bukan bom tu yang meletup.13 guni tadi di tindih atas tanah dan pihak polis mengarahkan kawasan berkenaan di kosongkan dalam 100 meter radius.Aku dengan kawan-kawan pun tunggu la dalam 100 meter dan tepat jam 1.50 petang bom tersebut di letupkan. Bunyi dia bagi aku kuat jugak la.15 minit kemudian aku datang balik tengok impak letupan tadi. Sampai je situ bau belerang kuat menusuk hidung. Tengok je tempat letupan aku tengok dah rongak tanah tu kena makan dengan C4.Polis memeriksa kawasan letupandan mencari-cari serpihan bom untuk buat cenderahati.Seorang anggota polis memegang serpihan bom. Tebal jugak tu.

Gambar impak letupan jarak dekat.Terkeluar habis akar pokok getah.Ha ni la sebabnya di panggil Ops Guni Terbang sebab guni-guni yang di tindih tadi akan berterbangan ke udara bila C4 di aktifkan. Habis semua sangkut kat pokok. (aku reka je nama operasi ni haha).

Sebelum pasukan pemusnah bom ni pulang, salah sorang polis tu cakap :-
"Ni petua orang-orang dulu la, ambil serpihan bom tu, kalau ada budak kecik selalu nangis malam, letak bawah bantal, Insya Allah diam la budak tu,"
 Aku jawab : -
" ye ke, ooo terima kasih la sebab letupkan tempat ni,"
Lain dia cakap lain pulak aku jawab.

Selepas semua balik aku, Safarul, Nazirul pergi balik tempat tadi dan mula mencari,mengorek,menggali kot2 terjumpa. Akhirnya dapat la juga 5 keping.

Aku ambil yang ni mana la tau kot petua yang polis tu bagi berkesan. 

p/s : apsal jumpa 1 je, jumpa la 10 biji bom baru la meriah dengan letupan. haha

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


|| Nafiraa ||: ...Kini Kami <b>Di Shah Alam</b>...

Posted: 27 Jun 2011 07:04 PM PDT

Alhamdulillah.. sekarang kami dah ade kat shah alam.. hari ahad petang kami dh gerak dari terengganu.. memang sedih giler time nak balik shah alam.. setelah sebulan lebih kat umah My Ma.. air mata x leh tahan time salam..huhuhu

sepanjang perjalanan dari terengganu ke shah alam.. Delisha sgt memberikan kerjasama.. sikit pon x nangis.. tapi dia asik menetek jek.. bukan isap susu sgt pon.. saje2 jek..kikiki.. memula ai duk depan sambil riba delisha... bila dh masuk highway LPT hari dh gelap.. Delisha macam x selesa tido atas riba ai.. so kami tukar tempat duduk.. My anis duk depan ngan papa.. ai ngan delisha duduk belakang.. pastu delisha tido atas tilam.. terus dia tido sampai shah alam.. dengan mama dia skali tido..muahahaha..

yang klakarnye.. bila My Anis duk depan.. dia boleh tanya macam2 soklan kat papa dia.. kata papa dia.. "kalo macam nih punye banyak soalan..konfem papa x ngantuk.." kakakakakaka. berguna jugak My anis duduk depan.. ade jugak orang nak teman papa dia sembang.. bukan sembang..tapi jawab soklan2 berangkai dia tuu..hahahahaha

pukul 12 malam kami semua selamat sampai kat shah alam.. Delisha terus sambung tido kat umah plak.. syukur sgt bila delisha x meragam atas kete.. risau jugak memula tu.. ye lah.. jarak perjalanan kami boleh tahan jauh jugak..

sekarang ai ade lagi seminggu untuk menjadi suri rumah.. selasa minggu depan dh start keje dh.. sangat tak best! muahahaha.. misi ai sekarang.. kemas rumah.. maklumlah dh sebulan lebih ditinggalkan..kekekeke

sekian..

p/s: terima kasih kepada kawan2 yang sudi add ai kat FB dan YM..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Business Development Executive at CBSA Online – Alibaba.com | Part <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2011 01:37 AM PDT

Home » 2011 » 07 » 18 » Business Development Executive at CBSA Online – Alibaba.com

Job Description:

CBSA Online Sdn Bhd – a dynamic Company specializing in Directory Advertising and established in Malaysia since 1989. We are fully owned by listed company, CBS Technology Berhad. In 2009, We have formed a strategic alliance with Alibaba.com (The World's No.1 B2B E-Commerce Company) and now a Malaysia partner to Alibaba.com

In line with our expansion plan, we are now looking for competent candidates with strong commitment, self-motivation and capabilities to join us together in Malaysia Alibaba team.

Responsibilities:

- Develop and manage business plan in order to grow new market to maximize and achieve goals.

- Build and mantain customer relationship by working closely with them by managing all the account activities and fulfilling their needs.

- Meeting prospective customers.

Requirements:

- Minimum Diploma. Degree holders would have an added advantage.

- Minimum 1 year of working experience in IT Advertising, Marketing discipline, Advertising agencies or Event Management. Fresh graduate may be considered.

- Good Conversant in English and Chinese

- Good communication and interpersonal skills.

- Able to perform multi-task and accept challenges.

- Result-oriented and a good team player.

- Must possess own transport and willing to travel extensively.

Remuneration: From RM 2200 (Basic salary + allowance + commission + incentives)

How to apply:

* Interested candidates please send in resume/cv to marketing_online@cbsagroup.com or contact 016-6652308(kaylee)

Only for registered members. Signup now?



Tell a Friend
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


[Kazaztan Team]: Hingar-bingar <b>di Sepang</b>

Posted: 22 Jun 2011 09:19 PM PDT

Sabtu lalu, kami sekeluarga ke Sepang. Kalu ikutkan dah beberapa tahun kami ke sini setiap kali ada event nie, GT 2011.

Favourite event Along dan Ayahnya. Kali nie kami pergi untuk satu hari aje, cadangan nak pergi pada hari Ahad tak menjadi, ke Sate Station pulak destinasinya.

Akhirnya dalam perjalanan balik tak sampai bape minit dah jadi macam nie,

psst: sate station tu sedap jugak...
Copyright © 2009-2011 Kazaztan Team

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


satria -00 10k - Zerotohundred.com

Posted: 17 Jul 2011 06:26 PM PDT

satria warna putih baru cat .. kereta dalam keadaan tip top baru overhaul.
takde problem langsung. engin 4g93 1.8 single cam auto. kereta sesuai utk jalan
jauh dan jalan dekat2 mcm pergi keje.enjin senyap takde bunyi langsung, aircond baru sevis .minyak savingg.. interior
cantik.sound system sony. nak jual sebab nak tukar kereta. kereta tahun 2000 december.
call 0108989251 . lokasi kereta di subang jaya. nak test drive atau tengok
bila2 pun bole. harga 10000negoo till let go .. num plate pun bagi skali.. nak swap dgn satria gsr /evo pun ok saya tambah duit. call 0108989251 serious buyer ...


Last edited by syedxxx; Today at 09:29 AM.. Reason: add picture

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads