Selasa, 25 Jun 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


dr dzulkifli ahmad dalang aktiviti pelacuran <b>di kuala selangor</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 06:15 AM PDT

Mengapa perkara memalukan seperti ini berlaku di Kuala Selangor?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebanjiran masalah sosial yang tidak terkawal disebabkan oleh pemimpin yang dilantik dan diamanahkan untuk mentadbir langsung tidak mengambil berat dan bertanggungjawab.
Bila ditegur tiada lain jawapannya melainkan 'itu bukan kerja saya' dan kemudiannya menyalahkan orang lain.
Kalau bukan kerja beliau, jadi kerja siapakah ini? .. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kawasan yang dihormati beliau harus menegur tentang masalah sosial yang semakin meruncing di Kuala Selangor hingga menyebabkan perkara-perkara seperti di atas berlaku.
Terlalu banyakkah orang Kuala Selangor yang sakit kaki atau sakit badan dan adakah masalah sakit tersebut dapat diselesaikan hanya dengan urutan perempuan Cina dan Thai?

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Cantik Betul tengok Sunset <b>di</b> Tanjung Harapan, <b>Port Klang</b>

Posted: 02 Jun 2013 04:43 AM PDT

Baru-baru ini masa pi makan di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, sempatlah lepak-lepak untuk tengok matahari terbenam.
Memang cantik betul dapat tengok sunset, especially kawasan ni adalah pelabuhan. Ianya tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Pantai Jeram, Kuala Selangor.
Masa ni matahari dah hampir tidak kelihatan. Tenang aja laut kat sini.
Sebelah kanan tu le tempat kami menikmati makan malam.
Boleh juga bergambar since kat tepi-tepi tu ada batu-batu besar.
Pemandangan ini menjadi salah satu tarikan kat sini, ramai yang ambil kesempatan untuk ambil gambar.
Entahlah Afiqah ni, apasal le ambil dahan pokok tu untuk bergambar.
Danish pula sangat suka dapat berada di sini. Jauh dari Kuala Lumpur. Actually tak ada le jauh sangat, lebih kurang 1 jam perjalanan.
Ada lagi gambar ya, banyak juga saya ambil. 
Tapi sayang tak sempat ambil gambar kapal besar yang lalu kawasan ini. My son cakap macam kapal Titanic pula.
OKlah semua, ni gambar terakhir untuk entri kali ini.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 May 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jadual program dan jelajah Anwar Ibrahim 12 Jan-3 Feb <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:13 AM PST

Berikut jadual program dan jelajah yang akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula 12 Januari sehingga 3 Februari 2013:

Januari:

12.1: Sabtu- Himpunan Kebangkitan Rakyat

13.1: Ahad- Pulau Pinang

19.1: Sabtu- 1) 5 petang: MeetAnwar Kajang anjuran AIC

2) 9 malam: Makan malam di Petaling Jaya Utara bersama Tony Pua

3) 11 malam: Ceramah di Batu Tiga, Shah Alam

20.1: Ahad- 1) 9 malam: Pongga Lembah Pantai

2) 11 malam: Ceramah di Bukit Lanjan

24.1: Khamis- Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Anwar

25.1: Jumaat- Johor

27.1: Ahad- Negeri Sembilan

29.1: Selasa- Tapah dan Perak

Februari:

1.2: Jumaat- Makan malam bersama DAP Pulau Pinang dan di Pokok Sena, Kedah

2.2: Sabtu- Terengganu

3.2: Ahad- Melaka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42718

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:20 PM PDT

Pada 27 April yang lalu, satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran guru besar Pn. Hajah Nur Ma binti Baharom dan Penolong Kanan HEM Pn. Rosnani binti Mohamed Arus telah diadakan di Dewan Mini SK Bukit Lanjan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PIBG En. Norazman Jamalim dan juga barisan AJK PIBG SK Bukit Lanjan. Pn. Hajah Nur Ma telah bertukar ke SK Bandar Sri Damansara 3 dengan menjawat jawatan guru besar juga manakala Pn. Rosnani bertukar ke SK Damansara Damai 1 dengan memegang jawatan PK HEM. Majlis diselubungi dengan rasa sayu memandangkan Pn. Nur Ma telah berkhidmat di SKBL dengan gigih selama hampir 5 tahun. Pn. Rosnani pula tidak jemu-jemu menabur bakti kepada masyarakat beliau iaitu Orang Asli Bukit Lanjan selama hampir 23 tahun lamanya. Mereka berdua telah menaikkan nama SK Bukit Lanjan sehingga dikenali ramai melalui pencapaian akademik dan kemenjadian muirid. Seluruh warga SKBL akan merasa kehilangan mereka berdua dan berharap mereka akan lebih berjaya meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Budi dan jasa mereka akan senantiasa dikenang.

Dari Daik pulang ke Daik,
Pagi-pagi menebang pisang.
Budi baik dibalas baik,
Akan sentiasa dikenang orang.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


BeautyFrenz Body Care & Cosmetic: BeautyFrenz <b>Di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 02:31 PM PDT

Anda berada di Batang Kali dan lokasi disekitarnya? Apa kata kita singgah sebentar Halal Mart di sana. Terdapat hampir semua produk kegunaan harian keluaran Muslim yang setaraf dengan produk yang berada di pasaran luar.

ARIF HALAL SHOP
No.41, Jln Meranti 1, Batang Kali
019-338 8821,012-283 5491

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam. Insya-Allah hidup kita lebih diberkati..

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


relax kedai kopi: 3 penjuru <b>di Hulu Selangor</b>

Posted: 17 Apr 2013 08:15 AM PDT

     Semakin sahih bualan menyatakan pertandingan 3 penjuru di Hulu Selangor. Parlimen , Dun Batang Kali dan Dun Hulu Bernam bakal bertanding 3 penjuru. Anehnya Dun Kuala Kubu Baru masih 2 penjuru. Agaknya tak ramai yang berminat .... hee hee heee.
     Adakah ini kerana  bantahan calon dari Pakatan Rakyat , mungkin juga dari UMNO sendiri. Kalau  PKR buat bantahan calon , tentulah kerusi Parlimen dan Dun Batang Kali sahaja. Ini termasok Dun Hulu Bernam.Sesuatu yang menarik pada PRU kali ini . Jika dahulu di Parlimen Hulu Selangor terkenal dengan calon LILIN  kini apa pula lambang yang di gunakan.
     Apa pun tunggu sehingga hari penamaa calon untuk kepastian dan kesahihan bualan kedai kopi.
     Apakah punca terjadi begini .... mana - mana pemimpin parti  perlu ambil perhatian .

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Berita tentang Rumah Amal Giching, <b>Sepang di</b> Utusan Malaysia 21 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 06:23 PM PDT

photo (16)

photo (15)

photo (14)

Anak-anak rumah ini bukan sahaja didedahkan kepada ilmu akademik tetapi dicungkil kemahiran masing-masing sejak kecil

20130622-073053.jpg

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

FOKUS GILAP BAKAT TERPENDAM
Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah seiringkan bidang pendidikan dan kemahiran kepada penghuninya.
*********************

MENCUNGKIL bakat penghuni, seterusnya digilap dan didedahkan dengan kemahiran bertaraf industri.Itulah yang dititikberatkan oleh Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah kepada penghuni di rumah kebajikan tersebut.

Mempercayai bahawa setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri, pusat amal yang menempatkan anak-anak yatim dan fakir miskin di Sepang, Selangor itu komited dalam melahirkan golongan kurang bernasib baik yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Walaupun masih baharu ditubuhkan, pada pertengahan 2011, namun itu tidak menghalang pihak pengurusan Baitul Barokah dalam mengejar misi tersebut dengan menempatkan penghuni seawal usia 14 tahun ke pusat latihan kemahiran di luar waktu persekolahan.

Malah, rumah kebajikan yang menjadikan pendidikan dan kemahiran sebagai sasaran utama itu juga menubuhkan sekolah rendah Agama di dalam pusat berkenaan di samping membina bengkel kemahiran dan alatan kemahiran buat penghuni.

Penyelaras Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah, Noor Aishah Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap penghuni di rumah kebajikan tersebut menjadi insan yang berjaya untuk meneruskan hidup berdikari.

"Setiap penghuni ditempatkan di Baitul Barokah ini datang daripada latar belakang berbeza.

"Ada yang tinggi IQ, begitu juga ada yang lemah. Kita tidak boleh pinggir yang lemah ini atau memaksa mereka melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

"Ini hanya akan membebankan dan menghilangkan semangat mereka apabila terus berasa tertekan. Oleh itu, Baitul Barokah mengambil langkah mengenal pasti apakah kebolehan daripada setiap penghuni.

"Kerana kita yakin setiap individu yang diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan diri masing-masing yang jika digilap ia boleh dimanfaatkan dan menjadikan mereka berjaya seperti masyarakat lain walaupun dalam kekurangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah menempatkan 97 penghuni iaitu berusia dari tujuh hingga 16 tahun.

Kepelbagaian pengetahuan adalah elemen yang dititikberatkan oleh rumah kebajikan itu.

Antara aspek penerapan utama adalah pendidikan agama,kebudayaan, pertanian dan kemahiran.

Selain mempunyai sekolah rendah agama bagi kegunaan penghuni, Baitul Barokah juga mempunyai ladang ternakan, pusat jahitan, dapur membuat roti dan surau.

Aishah berkata bagi penghuni wanita akan didedahkan dengan kemahiran menjahit dan membuat roti. Manakala lelaki didedahkan dengan kemahiran
mekanikal dan muzik.

"Selain menyediakan beberapa kemudahan kepada penghuni, kita juga menjalinkan kerjasama untuk menghantar mereka ke Pusat Giat Mara Sepang.

"Begitu juga bagi pelajar lelaki, akan didedahkan dengan kemahiran mekanikal. Dengan kemahiran yang mereka pelajari itu, boleh dipraktikkan di rumah ini. Apabila berlaku masalah kecil pada alat elektrik seperti penghawa dingin dan lampu yang rosok boleh dibaiki oleh pelajar ini.

"Kita tidak bimbang kerana mereka telah mendapat sijil kelayakan daripada pusat kemahiran tersebut. Dengan kemahiran ini boleh menjadi asas kekuatan bagi mereka untuk berdikari apabila keluar nanti," jelasnya.

Kata beliau, matlamat utama penubuhan Baitul Barokah untuk menanamkan sifat kehambaan yang tinggi tetap diteruskan selari dengan pelbagai pengisian yang diterapkan kepada penghuni.

"Apa yang penting, matlamat utama kita bukanlah mengejar kesenangan duniawi semata-mata, sebaliknya bagi melahirkan individu yang mempunyai sifat kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT dengan nilai kasih sayang.

"Saya sering berpesan dengan penghuni di sini, jika hari ini kita susah, pasti ada lagi mereka yang susah di luar sana. Dan jika diberi kesenangan jangan pula sesekali lupa pada mereka yang lebih memerlukan. Yang penting adalah rasa syukur dengan apa yang ada.

"Dengan sifat kehambaan dan nilai kasih sayang inilah rahsia kejayaan sebenar bagi umat Islam. Namun, untuk mengecapi sifat kehambaan itu kita perlu kepada kejayaan di dunia agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan," katanya.

Komersial
———
Bukan sekadar manfaat penghuni, kemahiran yang digilap kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah turut mula mendapat sambutan luar sehingga memasuki pasaran.

Aisyah berkata, kebolehan penghuni menghasilkan roti dan biskut telah berjaya dipasarkan yang pada mulanya kepada penduduk kampung sekitar, kini telah dijual di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

"Alhamdulillah, kita mendapat kontrak menjual roti dan biskut dan mempunyai sebuah kedai di terminal lapangan terbang tersebut.

"Antara yang dijual seperti roti berinti kacang metah, kelapa dan kaya, roll piza, biskut mazola, tart nenas, suji Arab dan sebagainya.

"Selain itu, kita juga ada menjual lebihan pakaian dan barangan terpakai yang banyak disumbangkan oleh masyarakat yang prihatin terhadap penghuni Baitul Barokah ini," kata Noor Aishah.

Hasil daripada kemahiran penghuni itu katanya, dapat dimanfaatkan bagi menjana kewangan dan menampung keperluan mereka sendiri.

"Secara tidak langsung juga, ia melatih penghuni mengenai kemahiran selok belok perniagaan serta perniagaan komersial untuk dimanfaatkan suatu hari nanti," katanya.

Penubuhan Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah juga mendapat sambutan baik oleh penduduk kampung setempat.

Aisyah berkata, kumpulan nasyid dan pemain muzik di Baitul Barokah sering diundang oleh penduduk setempat untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majiis seperti kenduri kahwin dan majlis keraian lain.

"Program anak-anak penduduk kampung bersama penghuni turut diadakan di rumah kebajikan ini sebagai sumbangan rumah kebajikan kepada penduduk dalam usaha membentuk rohani anak-anak setempat," tambahnya.

Info Baitul Barokah

20130622-073155.jpg

20130622-073037.jpg

20130622-073112.jpg

20130622-073204.jpg

3.092084 101.518464

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


BLOG j-QAF <b>KUALA LANGAT</b> MENJADI ANTARA BLOG PILIHAN <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 03:42 AM PDT

Blog j-QAF Kuala Langat menjadi pilihan ke ENAM bagi cari umum perkataan " j-qaf " 


12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Hannah Yeoh : Syabas Perlu Tangani Gangguan Air <b>Subang Jaya</b>

Posted: 07 Jun 2013 01:16 AM PDT

SUBANG JAYA 7 JUN : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi respon terhadap cadangan yang dikemukakannya bagi menangani krisis air di Subang Jaya.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat bersama wakil Syabas pada 20 Mei lalu.

Antara cadangan itu adalah meminta Syabas menaiktaraf perkhidmatan pelanggan terutama di laman web dan pusat panggilan.

Selain itu, Syabas perlu mewujudkan sistem amaran awal sekiranya tahap bekalan air di empangan di Subang berada di paras separa kritikal.

"Sebelum ini, jika berlaku ketiadaan air, penduduk akan menghubungi Syabas malangnya pihak Syabas tidak mengangkat panggilan.

"Amaran awal penting supaya penduduk dapat bersedia untuk menyimpan air bagi kegunaan mereka jika berlaku ketiadaan air," katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hannah menambah pihak Syabas juga perlu menghantar tangki air dua kali sehari di antara jam 6 hingga 8 pagi dan 8 hingga 10 malam.

"Sebelum ini, penduduk membuat aduan bahawa pihak Syabas tidak menghantar tangki. Mereka hanya menghantar sekiranya penduduk membuat panggilan dan mendesak Syabas," katanya.

Selain itu, Wong Chen berkata pihaknya terpaksa membuat sidang media berkenaan isu ini kerana melihat pihak Syabas tidak mempedulikan cadangan yang dihantar.

"Dalam mesyuarat itu, mereka memberikan respon yang positif tetapi selepas lebih dua minggu, pihak Syabas diam.

"Kami ada menghantar email susulan dari cadangan itu untuk mengetahui perkembangannya, namun pihak Syabas juga tidak memberi respons," katanya.

Difahamkan cadangan itu dihantar selepas penduduk Subang Jaya khususnya di SS19, mengalami krisis air selama dua hari.

Pendapat Anda

Pendapat

ads