Ahad, 13 Januari 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 05:45 PM PST

 
Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. 

Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. 

Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. 

Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan"

Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. 

Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. 

Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. 

Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian



Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. 

NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim

Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …

Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Kesiangan <b>di Kuala Selangor</b> : ADIFZHAFRAN DOT COM

Posted: 02 Jan 2013 05:43 AM PST

Selamat datang 2013! Sempena tahun baru, saya dan isteri merempit ke Kuala Selangor meronda-ronda sampai ke Sekinchan. Maklumlah, anak perantau. Tak pernah sampai ke Sekinchan. Tiba di Kuala Selangor, singgah di Bukit Malawati menengok apa yang ada.

20130102-214019.jpg

Tiket RM5 untuk dewasa. Kebetulan cuti umum, jadi ada perkhidmatan trem ang disediakan untk mendaki Bukit Malawati yang mengadap selat Melaka itu.

20130102-214347.jpg

Kat atas sana berdiri megahnya rumah ap yang dibina pada 1907 dan masih diginakan sehingga kini. Betul-betul mengadap rumah api adalah balai cerap Kuala Selangor yang menentukan tarikh bermula puasa Ramadhan dan hari raya. Baitulhilal namanya. Sebelah rumah api adalah muzium Kuala Selangor. Tolonglah masuk dalam tu. Banyak benda yang boleh belajar mengenai pusat peemerintahan pertama negeri Selangor ini.

20130102-214723.jpg

Kaki pau bukit Malawati. Hati-hati pegang handphone atau kamera. Nanti dirampasnya menangis tak sudah gajet canggih hilang.

20130102-214849.jpg

Rumah api, baitulhilal dan muzium Kuala Selangor.

20130102-214938.jpg

Meriam dan bukit Malawati yang mengadap selat Melaka, benteng pertama menghalang tentera Belanda dan musuh yang lainnya. Lupakan model yang tak ada tauliah itu.

20130102-215119.jpg

20130102-215149.jpg

KAMI. Anak-anak tinggal di rumah pengasuh. Ibu dan ayah berdating. Lagipun diorang kecil lagi, agak kurang sesuai ke tempat berbukit macam ini.

20130102-215310.jpg

20130102-215337.jpg

Antara pengunjung yang manfaatkan sepenuhnya cuti umum. Anda macam mana?

Selamat datang 2013. Moga penuh barakah tahun ini.

Kotoshi mo yoroshiku ne!

admin

About The Author

We are dedicated professional financial advisors, dedicated consultants who work to optimize the best from your investments. Follow my twitter @along182_84

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Jadual program dan jelajah Anwar Ibrahim 12 Jan-3 Feb <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:13 AM PST

Berikut jadual program dan jelajah yang akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula 12 Januari sehingga 3 Februari 2013:

Januari:

12.1: Sabtu- Himpunan Kebangkitan Rakyat

13.1: Ahad- Pulau Pinang

19.1: Sabtu- 1) 5 petang: MeetAnwar Kajang anjuran AIC

2) 9 malam: Makan malam di Petaling Jaya Utara bersama Tony Pua

3) 11 malam: Ceramah di Batu Tiga, Shah Alam

20.1: Ahad- 1) 9 malam: Pongga Lembah Pantai

2) 11 malam: Ceramah di Bukit Lanjan

24.1: Khamis- Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Anwar

25.1: Jumaat- Johor

27.1: Ahad- Negeri Sembilan

29.1: Selasa- Tapah dan Perak

Februari:

1.2: Jumaat- Makan malam bersama DAP Pulau Pinang dan di Pokok Sena, Kedah

2.2: Sabtu- Terengganu

3.2: Ahad- Melaka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42718

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Amboi... Tanah lot <b>di jeram</b> untuk dijual - 14 lot - -Lokasi tapak

Posted: 07 Jan 2013 04:37 AM PST

Diiklankan pada 07 Jan 2013 | Hit : 16

Jenis Iklan:   Sedang Menawarkan

-Lokasi tapak :-
Jalan Tambak Tengah,
Jalan Pantai Jeram,
Kuala Selangor
-title type : Freehold (Rizab Melayu)
-Status : Pertanian
-Keluasan tanah :0.6753 hektar/1.7 ekar
-Harga : Rm 30,000 per lot

*Info :-
.hanya tinggal 8 lot/tapak sahaja
.keluasan 1 lot/tapak ialah 100' x 45'
.geran kongsi
.nama masuk dlm geran
.berdekatan dgm Muara Ikan Bakar
.450 meter dari Masjid Baru Pekan Jeram
.tanah terletak dlm kwsn perkampungan melayu
.hanya 100 m ke surau yg berdekatan
.tanah telah bersihkan
.begitu juga dgn jalan,pihak kami akan buatkan jalan, dari jln masuk hingga ke hujung jalan (hujung lot/tapak)

Kepada yg berminat boleh hubungi sy shukri
0176825901 ( call/msg/whatapps )

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Rosmah, BAKTI Lawat Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b>

Posted: 07 Nov 2012 10:27 PM PST

alt

 

DENGKIL 8 Nov - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Penempatan Sementara di sini.

 

Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama mangsa banjir dan makan tengah hari bersama mereka.

 

"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian banjir, kami (BAKTI) telah berbincang dan mengambil keputusan untuk datang melawat ke kawasan yang mengalami banjir.

 

"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.

 

Menurut Rosmah, dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir untuk membeli keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

 

"Dana ini akan disalurkan melalui Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat setiap negeri yang terlibat, dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.

 

Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu risau jika ditimpa musibah kerana pelbagai pihak seperti pertubuhan kebajikan akan turut sama menghulurkan bantuan.

 

"Ini (beri sumbangan dan melawat) sahaja yang mampu kami lakukan. Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Saya lihat keperluan mangsa banjir mencukupi dan kita perlu bersyukur kerana pelbagai pihak turut sama membantu menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada pihak Barisan Nasional (BN) sahaja," ujarnya lagi.

 

Seramai kira-kira 919 mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara ini dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini jika keadaan mengizinkan.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan <b>di Bangi</b> | AkuBiomed

Posted: 30 Dec 2012 09:33 AM PST

Destinasi makan makan kali ini membawa famili ke Restoran Mohd Chan Abdullah di Bangi. Ia adalah restoran makanan Cina Muslim menjadi destinasi saya dan famili untuk makan tengahari.

Antara menu yang kami pesan.

nasi ayam mohd chan abdullah

Nasi Ayam

Sotong goreng masin

Sotong goreng masin

Tomyam

Tomyam

Tomyam

Mee Kari

Mee Kari

Sirap Bandung Cincau

Sirap Bandung Cincau

Puas hati makan anak beranak cuma Mee Kari agak kurang rasa 'kick' yang lain memang sedap terutama Sotong Goreng masin.

Laman web: Restoran Mohd Chan Abdullah.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


KERENGGA: Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 03:04 PM PST

Ini semua gambar-gambar dekat Tesco Semenyih di Taman Pelangi Semeyih, Rinching, Selangor.
Meh sini saya ceritakan, Rinching ini bersempadan dengan Beranang dimana Beranang adalah pekan sempadan Selangor/Negeri Sembilan dimana bermulanya Jalan Lama Mantin nak ke Seremban.Disini populasi dia adalah Melayu 98% di Beranang dan Rinching pula kawasan yang dahulunya estet adalah ramai India namun India walaupun ramai di Semenyih dan Rinching kerana dahulunya estet namun ia tidak seramai yang di Klang atau Brickfields kerana ia terbahagi kepada 3 iaitu Melayu, India dan Cina.
Persoalan dia, adalah kenapa UMNO/BN mengangkut ratusan India dari tempat lain??? Bas-bas disini semuanya bas dari luar dan bas disini ada dalam 50 buah bas dan semunya adalah kaum India yang bukan penduduk Semenyih sebab ni BN+IPF so nak tunjuk India Selangor sokong dia la tuh.
Bas disini teramat-amatlah banyak sehingga menggangu jalan raya yang satu-satunya menghubungkan Semenyih ke KL.
Berbeza dengan Bersih dan HKR yang ada banyak jalan altenatif, jalan nak ke KL ada sebuah sahaja jika datang dari arah Beranang atau Semenyih ni iaitu jalan lama KL-Seremban sebelum boleh masuk highway LEKAS atau Kajang SILK.
Bas-bas disini sejak dari awal pagi Subuh sudah membuat parking yang menyebabkan kami nak turun Pasar Semenyih terpaksa bersesak jam kerana jalan yang sempit (yang sememangnya sempit di Simpang Broga) dan bas-bas yang teramat besar dan banyak.
Yang bestnya pasal Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 di Dataran (parking lot yang tak sampai setengah lebar padang bola sepak) Tesco Semenyih ni ialah semua 99% kaum India dari luar dan PM kita asik-asik cakap pasal isu air, SYABAS, air, air, air, SYABAS, air, air SYABAS, air, air SYABAS, air, air, air , SYABAS.
Yang lain-lain itu macam biasa la gula-gula dia konon kalau tawan Selangor masalah air tak ada dan perjuangan percayakan pembangkang. UMBO/BN juga macam biasa tak lupa bagi penyokong dia gula-gula iaitu beras dan tepung gandunm yang di agih-agihkan saya rasa dalam 3 buah treler besar kot. Lepas tu orang kerumun ambik beg a.k.a goodies yang ada logo 1M dan muka dia.
Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih ini juga berlangsung dalam pukul 9:30am ke 12:30pm je. pastu habis la dah panas dah dapat goodies, makan minum dapat apa lagi balik la. Ha ni pun problem, nak balik pun jam, sebab banyak bas kelaur dari Tesco menuju ke KL (tak tahu la kaum India mana dia cekau tapi bukan India sini la sebab India sini banyak PR)
Baju diornag pun senang je nak kenal yang muka naik bas ni, sama ada baju IPF( hitam, putih, merah) atau baju biru dan merah berserta logo BN dan logo satu Malaysia.
Logo BN kat baju tu punya besar kalau boleh dari puncak Broga tu dah boleh nampak dah. Tapi takpelah saya tak kisah pun.
Yang kisahnya ialah dah la bawa orang luar entah dari mana berduyun-duyun bas, lepas tu semua berselerak. Ada sambil dengar ucapan Najib sambil beli Loreal kat Tesco,
usha-usha TV dekat Seng Heng, ada tengah makan Nasi Ayam Gemas dan macam-macma lagi. Eh tak ada lak kedai tutup???? Mana ade sebab tak ada surat pekeliling dan inilah masa nak cari duit lebih.
Akhir kata Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 hanya sebuah acara membawa berduyun-duyun bas kaum India dari luar Semenyih dan Kajang serta berkesempatan
membeli-belah barang basah segar di Tesco Semenyih yang buka awal pagi.
Tesco kan kalau pagi-pagi ikan dan sayuran fresh2 sebab belum pilih lagi. Then naik bas nak balik dengan bawa Tesco punya barang sekali siap tumpang letak goodies UMNO/BN dan barang Tesco dalam shopping cart Tesco lagi. Tesco xguna beg plastik hari Sabtu.
Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih: Gagal dan perserta sedikit tetapi akan masuk TV3 dan akan digandakan sebanyak 70,000 kali.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #HKR 2013 Stadium Merdeka: EPIK!!!!! GAME CHANGER!!!!!! JUTAAN RAKYAT!!! SEMUA KAUM!!!! tetapi akan masuk TV3 sebagai Himpunan Shamsidar.
***pic beras tengah agihkan tu bukan saya punya, sebab tak sempat amik tetapi camtu la rupe dia, semua org kerumun sambil tadah tangan, pic yg lain semua Broga Girl 658-741 punya**
Artikel dan gambar adalah milik peribadi broga girl. Artikel di atas ditulis dan dikirimkan oleh Broga Girl.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


SetiaKekalAbadi *SKA*: Bercuti <b>di</b> GOLD COAST <b>MORIB</b> RESORT <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 07:44 AM PST

Teruja bila melihat blog Zana dan Mamazakwan bercuti di Gold Coast Morib nie apalagi en hubby cepat2 booking online pada bulan 12 hari tu...kami dapat pada harga Rm150 dengan booking di StreetDeal.com...dapat tau pasal promo nie pun dari Mamazakwan,
kami amik weekdays tu yang dapat murah tu..tapi kalau weekand pun masih lagi murah...baru  jer pergi isnin hari tu..
Gerak dari rumah pukul 11 lebih sampai pukul 12 lebih,en hubby bawak relax jer...sampai aja terus dapat check in dan dapat masuk bilik awal , sebab hari biasa orang tak ramai..


lepas check in tapi tak masuk bilik lagi...
kami keluar makan di Pantai Morib dengan bekal yang kami bawa..nak jimat, oleh sebab kami nak jadikan percutian budget..pagi2 lagi daku ngan en hubby masak..menu ringkas tapi semuanya kegemaran en hubby..
kenyang makan balik bilik untuk rehat time..masuk aja bilik teruja sungguh dapat bilik yang besar..sesuai untuk kami yang dalam mood honeymoon..hehehe (sila jangan muntah ok...)


dah rehatkan badan masa untuk mandi manda..
lepas tu kami jenjalan sekitar hotel dan tepi pantai...


setelah penat pusing2 kami rehat dulu sementara tunggu untuk makan malam ..
kita orang antara orang yang terawal datang jadi dapatlah tempat duduk yang dekat ngan makanan...makan sampai kenyang dan berkali2 tambah
alhamdulilah makan malam kami sangatlah istimewa berbaloi2 sangat ngan pakej yang kita orang amik..

tak der cerita pasal mandi manda??? sabar....cerita akan bersambung di part 2...ok

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


sumbangan untuk penduduk miskin <b>di</b> mutiara bukit <b>...</b> - khidmat <b>meru</b>

Posted: 01 Jan 2013 02:26 AM PST







Seramai 43 orang keluarga kaum India telah menerima sumbangan makanan dan seramai 30 orang murid telah menerima sumbangan beg sekolah dari YB Dr Rani.
Mereka adalah penduduk Mutiara Bukit Raja dan tergolong dalam senarai golongan miskin.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Dapatkan Rumah BESAR Harga Rendah <b>di Balakong</b>! | Senarai <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 06:12 PM PST

Rumah 2 Tingkat

Jalan Cengal 2, Taman Impian Ehsan, Balakong

2800 kps

RM260k

Along 0123027882

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Khidmat Servis Plumber <b>di Kajang</b> Sungai Long | Investing, Living <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 06:11 PM PST

Looking for Plumber service at location near Kajang, Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, dan Balakong (Servis Plumber Kajang Sungai Long), ? This entry will share with you the name and contact number in which i'm engage recently.

Recently my tangki sudah overflow, jadi air setiasa mengalir walaupun air tangki dah penuh. Kalau tak tutup paip utama, memang air terbazir begitu sahaja dan tentunya bil air tinggi. Sedari yang plumber punya service bukanlah murah, nak pulak melibatkan kerja baiki injap pelambung di tangki air (kene panjat naik bumbung), jadi strategy saya nak cari plumber yang cas murah adalah seperti dibawah:

1) Tanya jiran2 yang ada contact number plumber
2) Bila dapat, terus tanya lokasi, kalau dapat yang dekat maybe plumber tu tak berkira dengan cas perjalanan.

Selain tu prefer dpt plumber yang boleh terus datang

Saya dapat 3 nombor tapi saya cuba 2 nombor sahaja

1) Encik Kamil - Duduk Bandar Tun Razak, tanya agak2 berapa dia cas, dia cakap amount RMxx (tinggi dari yg 2nd plumber). Cuma boleh datang the next day

2) Encik Ahmad - Duduk Sungai Long, tak tanya dia cas berapa, boleh datang  betulkan pada hari yang sama.

Saya set masa dengan Encik Ahmad, pukul 6. Bagus dalam 6:05 dia sampai. Dia bawa injap sahaja sebab biasanya injap tu yang rosak dan gunakan pelampung yang sama pada tangki tu. Since rumah saya dah ada tangga, jadi saya bagitau encik ahmad yang dia tak perlu bawa tangga.

Encik Ahmad buat kerja dia, dalam 20 minit dah settle, saat bertanya soal payment yang saya suka (sampai tahap buat entry percuma). Dia cakap injap tu dia beli rm20, upah ikut suka. So, berbanding harga yang encik kamil RMxx, saya cakap saya bagi upah rm20, jadi total saya bayar RM40. Memang rasa padan sangat dengan apa yang dia buat, most likely no charge for his transportation. Hal plumbing biasa2 ni mmg berani buat, tapi consider nak kena panjat naik ke tangki tu, itu yang sanggup upah orang lain. Karang terjatuh naya jer.

So nak tak nombor plumber Encik Ahmad ni? Here's a task: Jadikan jumlah 'facebook like' dibawah ni 50 dulu.


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


NOOR FATIN: SEBULAN <b>DI SUBANG JAYA</b>. EH

Posted: 13 Jan 2013 01:36 AM PST

wowowowow apa khabar semua pembaca? masih ingat aku? kahkah aku sebenarnya kan dah terlupa aku ada blog sebenarnya. hahahahhahaha. dah lebih sebulan aku tak update gara-gara kekangan masa, kepenatan, keletihan, ketiadaan mood dan sebagainya...
sebulan sudahh aku berada di subang! ya Allah kejap sangat aku rasa, korang rasa kejap ke lama? wkwkwkwkw masa mula-mula datang sini abah cakap ' hang rasa 3bulan tu macam 3 tahun tapi sebenarnya 3 bulan tu macam 3 hari ja.' ada betoi ka? ;p
selama sebulan ni, so far, alhamdulillah, everything is okay. semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur pada Allah. setiap pagi tak henti berdoa semoga Allah permudahkan urusan selama berada di sini, belum campur doa kedua ibu bapa lagi.. sebab tu terasa kejapnya berada di sini.
10 disember 2012 aku telah memulakan latihan industri di salah sebuah kilang di subang. aku ditempatkan di bahagian production dan jawatan aku mestilah trainee. ai ai ai takkan manager ye dak? kakakaka..
setakat ni ok je praktikal kat sini. kawan-kawan pun best. staff2 kat sini pun okay.rakan2 nepal pun okay. err. tak da masalah lagi dengan persekitaran, kengkawan, pekerjaan dan sebagainya di sini. alhamdulillah. 
begitu juga dengan tempat tinggal. aku menyewa dengan sebuah keluarga yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri di sini. tak jauh la dari tempat kerja aku. aku pergi kerja dengan rakan sekerja jugak. kalau jalan kaki tu tak de la jauh mana pun tapi agak letih la dan ditambah dengan anjing yang banyak. kakakaka..
kemanisan yang aku rasai, aku tak pernah rasa terpinggir samada di tempat kerja atau di rumah walaupun aku ni baru je datang sini. kui kui kui
ada beberapa keping gambar ingin aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin tidak menjadi rakan aku di facebook. 100+ gambar sudah ku kongsikan di facebook dan kalau anda tersenarai di friendlist saya, anda boleh tengok! ekekeke
di sebelah kanan anda, bahagian logistik.
di sebelah kiri anda, production office. naik tangga dulu na :P
*sebahagian kecil kawasan kilang, nak tengok keseluruhan mai la lawat :P *

permandangan dari rumah aku, tingkat 10. gayattt makkkkkkkkkkk~
bawah tu ada swimming pool dan aku belum penah mandi di situ. isk isk :P

(fazlan, fatin, balqis, iceq) 
(taman tasik perdana, 2012)
1st time jumpa balqis! sedangkan kitorang kenal dari tahun 2008 lagi! hahaha! akhirnya jumpa jugak kitorang. ekekke

berbaju ungu, aizam. jeng jeng.
minggu tersebut 14, 15 dan 16 hb, di mana aku bersama kengkawan yang tersayang. 14hb malam, lepak kat seksyen dua makan nasi lemak dengan aizam, nana, iceq dan fazlan. buat pertama kalinya bersua muka dengan fazlan dan aizam. 
seterusnya keesokan harinya, 15hb, pergi makan meatball kat ikea! dengan iceq, balqis, fazlan, aizam dan zaffran. 

ni diaaa meatball. sedappp. hangpa kena terai ni! ngeh ngeh
lepas tu aku, iceq, balqis, aizam dan fazlan bergerak ke taman tasik perdana. untuk photoshoot. eh eh. saja jalan-jalan amik angin petang. dan seterusnya kami bergerak ke sunway pyramid untuk menikmati sushi king! buat pertama kali aku rasa. kahkah. not bad. belum kena dengan selera aku. ekekekek
malam tu.. makan lagi!! kat burger bakar abang burn, shah alam. kali ni zaffran, syaira, yul dan wan jugak turut serta! aum!
balikkk dan bermalam di rumah iceq bersama balqis dan keesokan lagi, selepas makan terus pulang ke rumah ;p
18hb disember birthday mama, aku kirimkan jambangan cupcake dan bunga dari kejauhan. maaf tak dapat bersama. sob sob *kesat air mata*
19hb disember, company lunch. sesi bertukar hadiah. aku dapat hadiah tupperware. tak tau dari siapa. misteri sungguh. wkwkwkw
22hb dan 23hb, habiskan masa bersama syazwani. pertama kali berjumpa. perkenalan kami tidak disangka. persahabatan tiada noktahnya. hehe.
22hb, jalan2 kat times square, shopping!!, makan kenny rogers, secret recipe dan dan sushi king! tu dia. makan ka apa ni. wawawawa
23hb, disertai oleh fazlan, bercanda di summit, makan + karok bersama. wehuu. thank you wani! wkwkwkwkw

aku akhiri tahun 2012 dengan berdating bersama housematesssss masa kat tati dulu. haha! menumpang kasih di rumah dayah, najwa dan farhana di selayang, aku, hana dan sarah bermalam di sana. menghabiskan masa bersama. auwww rindu sangat kat korang. walau baru sebulan berpisah, rindu tak payah nak cakap la kan =(
6 bulan bagi korang sangat lama, bagi aku sangat singkat, 6 bulan tapi rapatnya kita lebih dari adik beradik! sayang korang!!
 tahun baru 2013. menyambutnya di RNR dengkil, minum kopi bersama nana, syaira dan iceq. sampai ke pagi. hewhew menyambut kepulangan iceq dari sarawak dan seterusnya malam tu aku bermalam di puncak perdana, teratak indah syaira dan sasa :P aum. hehe 
oh ya, dah 24 dah kitorang. aaaa dah dua puluh empat. lek lek. baru dua puluh empat *sedapkan hati sendiri*
5hb, annual dinner kat rovski!! untunglah kan aku yang tak sampai sebulan berpraktikal ni, dapat join sekali dinner diorang. kehkeh buat kat kilang jeee. meriahh. dan makanan memang sedapp. aku overdose makan kambing ni aku rasa tu pasal demam. wkwkwkwkw



merasa la semua benda baru ye dak. untunglah single sebab duit tak payah abis kat boifren lagi dah. wakakaka
eh lupa, caption. 'im not adele, i dont want to find someone like you' HAHA!!

malam tu bertuah sebab aku menang lucky draw dan hadiahnya berupa jam tangan jenama casio! mak oii. 1st time merasa pakai jam mahal mak oii :P sebelum ni tak penah pun. rezeki rezeki. alhamdulillah~ ;D
6hb yang lalu, aku ke mid valley. bersama iceq. plannya lain, jadinya lain. haha tak apa la, asalkan dapat jugak jumpa kawan sepermainan aku ni, napi namanya. dah 2 tahun berkawan di alam maya, baru berkesempatan bersua muka. kakakaka dibawanya sekali rakan sepermainan nya jua, hazim namanya, kacak dan masih single, sapa nak kenai? wakakak
makan domino's pizza + menonton wayang cz 12 bersama-sama =)
dua2 bukan aku punya. sekian.
*lap air peluh, peh punyalah banyak aku bercerita, tu pun banyak cerita aku skip tau dak =_= *
baru sebulan kat sini, dah 4 buah buku aku beli tapi hakikatnya satu pun aku belum berjaya abiskan. gara-gara kekangan masa. satu hari nanti. satu hari nanti. kumpul dulu. hiks!
minggu ni aku mc 2 hari sebab aku demam. homesick. haha ketika menulis entry ni pun demam aku belum baik! demam rindu kat mama dan abah =(
weekend yang pertama aku tak keluar pergi mana-mana sebab demam punya pasal. kalau tak, asal hujung minggu tak pernah melekat kat rumah. tak patut tak patut. hahaha!
minggu depan pergi seremban, kenduri rumah amin. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
dan akhir kata dari saya,
2013.. dan masih single.. dan bercita-cita mahu menamatkan 2013 dengan suami. eh.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Kanak-kanak sebulan Antara Yang Berkhatan di Majlis <b>Di Sijangkang</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:00 PM PST

KUALA LANGAT 16 NOV : Majlis berkhatan 21 kanak-kanak di Masjid Jamiul Ehsani di Kampung Sijangkang di sini hari ini dilakukan sendiri oleh (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia bertambah istimewa dengan penglibatan bayi berusia sebulan, Muhammad Habibur Rahman Shaiful Amri.

Bapa bayi itu, Shaiful Amri Mohamed Shapik, 36, berkata, memang menjadi kebiasaan untuk beliau bersama isteri, Nornajibah Md Saufi, 36, untuk mengkhatankan anak mereka pada usia awal.

"Dalam keluarga saya memang anak-anak lelaki saya dikhatankan dalam usia sebulan ke dua bulan kerana pengalaman anak pertama mengalami masalah buang air berdarah," katanya yang bekerja sebagai timbalan pengurus di Takaful Malaysia Bhd.

Doktor menasihatkan dia dikhatankan awal. Dari situ saya dan isteri teruskan untuk anak kedua dan ketiga kerana kanak-kanak lebih mudah sembuh pada usia awal.

"Berkhatan awal juga memudahkan kita mendidik anak bersuci dan mengerjakan amal ibadah di masjid.

"Saya juga menyarankan ibu bapa lain mengkhatankan anak mereka pada usia awal malah ia menjadi kebisaan di luar negara terutama di negara Arab," katanya ketika ditemui TVSelangor dan melahirkan rasa gembira kerana penyertaan anaknya dalam majlis berkenaan.

Nazir masjid, Zainal Ulum Ahmad Kasah berkata, majlis berkhatan beramai-ramai itu adalah program tradisi bagi masjid tersebut sejak 2008.

Menurutnya, pada kali ini dijalankan lebih meriah dengan jamuan makan serta semua kanak-kanak dimandikan dahulu dengan siraman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dijemput oleh jawatankuasa masjid.

"Sambutan kali ini bagus dengan lebih 20 kanak-kanak dan menjadi unik bila melibatkan peserta termuda berusia sebulan.

"Selain dikhatankan sendiri oleh Dr Ahmad Yunus, majlis kali ini juga berbeza bila jamuan beramai-ramai diadakan dan minggu depan turut dijalankan majlis kesyukuran bila semua kanak-kanak ini sembuh," katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus menjelaskan proses berkhatan dijalankan dengan menggunakan kaedah Smart Klam yang mengurangkan risiko pendarahan dan jangkitan berbanding cara berkhatan biasa.

"Ini adalah salah satu program yang dijalankan secara bergilir dengan masjid lain di DUN Sijangkang bagi kanak-kanak pada musim cuti yang turut melibatkan golongan asnaf.

"Pada kali saya sendiri akan mengkhatankan mereka dengan dua pembantu," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

ads