Ahad, 13 Januari 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


NOOR FATIN: SEBULAN <b>DI SUBANG JAYA</b>. EH

Posted: 13 Jan 2013 01:36 AM PST

wowowowow apa khabar semua pembaca? masih ingat aku? kahkah aku sebenarnya kan dah terlupa aku ada blog sebenarnya. hahahahhahaha. dah lebih sebulan aku tak update gara-gara kekangan masa, kepenatan, keletihan, ketiadaan mood dan sebagainya...
sebulan sudahh aku berada di subang! ya Allah kejap sangat aku rasa, korang rasa kejap ke lama? wkwkwkwkw masa mula-mula datang sini abah cakap ' hang rasa 3bulan tu macam 3 tahun tapi sebenarnya 3 bulan tu macam 3 hari ja.' ada betoi ka? ;p
selama sebulan ni, so far, alhamdulillah, everything is okay. semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur pada Allah. setiap pagi tak henti berdoa semoga Allah permudahkan urusan selama berada di sini, belum campur doa kedua ibu bapa lagi.. sebab tu terasa kejapnya berada di sini.
10 disember 2012 aku telah memulakan latihan industri di salah sebuah kilang di subang. aku ditempatkan di bahagian production dan jawatan aku mestilah trainee. ai ai ai takkan manager ye dak? kakakaka..
setakat ni ok je praktikal kat sini. kawan-kawan pun best. staff2 kat sini pun okay.rakan2 nepal pun okay. err. tak da masalah lagi dengan persekitaran, kengkawan, pekerjaan dan sebagainya di sini. alhamdulillah. 
begitu juga dengan tempat tinggal. aku menyewa dengan sebuah keluarga yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri di sini. tak jauh la dari tempat kerja aku. aku pergi kerja dengan rakan sekerja jugak. kalau jalan kaki tu tak de la jauh mana pun tapi agak letih la dan ditambah dengan anjing yang banyak. kakakaka..
kemanisan yang aku rasai, aku tak pernah rasa terpinggir samada di tempat kerja atau di rumah walaupun aku ni baru je datang sini. kui kui kui
ada beberapa keping gambar ingin aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin tidak menjadi rakan aku di facebook. 100+ gambar sudah ku kongsikan di facebook dan kalau anda tersenarai di friendlist saya, anda boleh tengok! ekekeke
di sebelah kanan anda, bahagian logistik.
di sebelah kiri anda, production office. naik tangga dulu na :P
*sebahagian kecil kawasan kilang, nak tengok keseluruhan mai la lawat :P *

permandangan dari rumah aku, tingkat 10. gayattt makkkkkkkkkkk~
bawah tu ada swimming pool dan aku belum penah mandi di situ. isk isk :P

(fazlan, fatin, balqis, iceq) 
(taman tasik perdana, 2012)
1st time jumpa balqis! sedangkan kitorang kenal dari tahun 2008 lagi! hahaha! akhirnya jumpa jugak kitorang. ekekke

berbaju ungu, aizam. jeng jeng.
minggu tersebut 14, 15 dan 16 hb, di mana aku bersama kengkawan yang tersayang. 14hb malam, lepak kat seksyen dua makan nasi lemak dengan aizam, nana, iceq dan fazlan. buat pertama kalinya bersua muka dengan fazlan dan aizam. 
seterusnya keesokan harinya, 15hb, pergi makan meatball kat ikea! dengan iceq, balqis, fazlan, aizam dan zaffran. 

ni diaaa meatball. sedappp. hangpa kena terai ni! ngeh ngeh
lepas tu aku, iceq, balqis, aizam dan fazlan bergerak ke taman tasik perdana. untuk photoshoot. eh eh. saja jalan-jalan amik angin petang. dan seterusnya kami bergerak ke sunway pyramid untuk menikmati sushi king! buat pertama kali aku rasa. kahkah. not bad. belum kena dengan selera aku. ekekekek
malam tu.. makan lagi!! kat burger bakar abang burn, shah alam. kali ni zaffran, syaira, yul dan wan jugak turut serta! aum!
balikkk dan bermalam di rumah iceq bersama balqis dan keesokan lagi, selepas makan terus pulang ke rumah ;p
18hb disember birthday mama, aku kirimkan jambangan cupcake dan bunga dari kejauhan. maaf tak dapat bersama. sob sob *kesat air mata*
19hb disember, company lunch. sesi bertukar hadiah. aku dapat hadiah tupperware. tak tau dari siapa. misteri sungguh. wkwkwkw
22hb dan 23hb, habiskan masa bersama syazwani. pertama kali berjumpa. perkenalan kami tidak disangka. persahabatan tiada noktahnya. hehe.
22hb, jalan2 kat times square, shopping!!, makan kenny rogers, secret recipe dan dan sushi king! tu dia. makan ka apa ni. wawawawa
23hb, disertai oleh fazlan, bercanda di summit, makan + karok bersama. wehuu. thank you wani! wkwkwkwkw

aku akhiri tahun 2012 dengan berdating bersama housematesssss masa kat tati dulu. haha! menumpang kasih di rumah dayah, najwa dan farhana di selayang, aku, hana dan sarah bermalam di sana. menghabiskan masa bersama. auwww rindu sangat kat korang. walau baru sebulan berpisah, rindu tak payah nak cakap la kan =(
6 bulan bagi korang sangat lama, bagi aku sangat singkat, 6 bulan tapi rapatnya kita lebih dari adik beradik! sayang korang!!
 tahun baru 2013. menyambutnya di RNR dengkil, minum kopi bersama nana, syaira dan iceq. sampai ke pagi. hewhew menyambut kepulangan iceq dari sarawak dan seterusnya malam tu aku bermalam di puncak perdana, teratak indah syaira dan sasa :P aum. hehe 
oh ya, dah 24 dah kitorang. aaaa dah dua puluh empat. lek lek. baru dua puluh empat *sedapkan hati sendiri*
5hb, annual dinner kat rovski!! untunglah kan aku yang tak sampai sebulan berpraktikal ni, dapat join sekali dinner diorang. kehkeh buat kat kilang jeee. meriahh. dan makanan memang sedapp. aku overdose makan kambing ni aku rasa tu pasal demam. wkwkwkwkw



merasa la semua benda baru ye dak. untunglah single sebab duit tak payah abis kat boifren lagi dah. wakakaka
eh lupa, caption. 'im not adele, i dont want to find someone like you' HAHA!!

malam tu bertuah sebab aku menang lucky draw dan hadiahnya berupa jam tangan jenama casio! mak oii. 1st time merasa pakai jam mahal mak oii :P sebelum ni tak penah pun. rezeki rezeki. alhamdulillah~ ;D
6hb yang lalu, aku ke mid valley. bersama iceq. plannya lain, jadinya lain. haha tak apa la, asalkan dapat jugak jumpa kawan sepermainan aku ni, napi namanya. dah 2 tahun berkawan di alam maya, baru berkesempatan bersua muka. kakakaka dibawanya sekali rakan sepermainan nya jua, hazim namanya, kacak dan masih single, sapa nak kenai? wakakak
makan domino's pizza + menonton wayang cz 12 bersama-sama =)
dua2 bukan aku punya. sekian.
*lap air peluh, peh punyalah banyak aku bercerita, tu pun banyak cerita aku skip tau dak =_= *
baru sebulan kat sini, dah 4 buah buku aku beli tapi hakikatnya satu pun aku belum berjaya abiskan. gara-gara kekangan masa. satu hari nanti. satu hari nanti. kumpul dulu. hiks!
minggu ni aku mc 2 hari sebab aku demam. homesick. haha ketika menulis entry ni pun demam aku belum baik! demam rindu kat mama dan abah =(
weekend yang pertama aku tak keluar pergi mana-mana sebab demam punya pasal. kalau tak, asal hujung minggu tak pernah melekat kat rumah. tak patut tak patut. hahaha!
minggu depan pergi seremban, kenduri rumah amin. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
dan akhir kata dari saya,
2013.. dan masih single.. dan bercita-cita mahu menamatkan 2013 dengan suami. eh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads