Isnin, 21 April 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Foto2 Raja Bomoh Buat Ritual Di ...

Posted: 19 Apr 2014 09:57 AM PDT

Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

"Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung," katanya sejurus selepas melakukan ritual 'menghalau puaka' di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan 'ritual menghalau puaka' agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

"Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

sumber: www.suara.tv

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search

[ Terkini ] 7 Gambar Kilang sarung tangan WRP di Salak Tinggi ...

Posted: 19 Apr 2014 08:05 PM PDT

Satu kebakaran besar tengah berlaku di Kilang WRP di Salak Tinggi Sepang,Kilang ini adalah kilang membuat sarung tangan, api marak dengan cepat yang menyebabkan kumpulan asap besar memenuhai ruang udara, Anggota bomba tengah bertungkus lumuh memadamkan kebakaran tersebut.

Setakat berita ini di tulis tidak pasti sama ada ada mangsa yang terperangkap atau tidak, segala laporan yang terbaru akan di kemaskini. Credit image Jem Jembrong (FB)

(6 foto) stor kilang memproses sarung tangan getah di bandar baru ...

Posted: 19 Apr 2014 11:25 PM PDT

Sepang: Sebuah stor kilang memproses sarung tangan getah terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian di Jalan 3, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi itu, stor berkeluasan 900 meter persegi itu terbakar 80 peratus.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 10.07 pagi sebelum beberapa jentera lain tiba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pekerja kilang berjaya keluar dari stor berkenaan sejurus kejadian," katanya.

Katanya, pihaknya masih menyisat punca kejadian dan operasi memadam kebakaran masih dilakukan terutama bagi menghalang api merebak ke bangunan bersebelahan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan bomba dan penyelamat berdepan sedikit kesukaran bagi memadam kebakaran berikutan masih ada letupan kecil berlaku ketika operasi pemadaman dilakukan.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search

Bayi Dengan Uri, Tali Pusat Dibuang Dalam Plastik Sampah Di ...

Posted: 12 Apr 2014 09:17 PM PDT

Sedih.. ini adalah gambar mayat bayi yang dibalut dengan baju sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali jam 9.30 pagi, Jumaat lalu. Ia ditemui orang asli yang sedang bekerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan berkenaan.
Mayat berjantina perempuan ini didapati masih bertali pusat dan dibuang bersama uri ibunya. Dipercayai, ia ditinggalkan di situ pada awal pagi Jumaat sebelum ditemui kurang tujuh jam selepas itu.

Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu Baru mendapati bayi berusia 28 minggu ini meninggal dunia kerana lemas.

Baju berwarna hitam dan plastik sampah yang terdapat pada bayi kini dihantar untuk pemeriksaan Jabatan Kimia.

Pada masa sama, pihak polis turut menjalankan siasatan di klinik sekitar Hulu Selangor untuk mengesan sekiranya suspek yang baru melahirkan anak ada berkunjung untuk mendapatkan rawatan.

Wa Allahu'alam.. - Sumber gambar: Facebook Daily Traffic Report

Written by: Admin on Sunday, April 13, 2014
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search

Salam Monash: Sheikh Nuruddin al-Banjari @ Ulu Kelang

Posted: 20 Apr 2014 08:19 AM PDT

SELASA 22/04/2014 selepas solat Maghrib
Kepada muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Ulu Kelang dialu-alukan untuk hadir bagi menambahkan keceriaan majlis ilmu berkenaan. Sekaligus menambah saham akhirat sebagai bekalan untuk menghadap ALLAH SWT.
Sabda RasuluLlah SAW, "Barangsiapa pergi ke masjid hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajarnya, dia dapat ibarat pahala orang yang buat haji secara sempurna". (HR at-Tabarani)
Di dalam satu hadis lagi, RasuluLlah SAW menyatakan, "Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, ALLAH akan mudahkan untuknya jalan ke syurga". (HR Muslim)

Alangkah bertuahnya para penuntut ilmu. Tidak inginkah kita untuk turut sama merebut tawaran lumayan daripada ALLAH SWT ini?

Jom kita gi kuliah!

12 di klang - Google Blog Search

di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search

Nafi B'laku Serangan Ganas Antara 2 Kaum Di Klang - MyNewsHub

Posted: 17 Apr 2014 09:33 PM PDT

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan Jumaat menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan tersebut.

Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Nafi B'laku Serangan Ganas Antara 2 Kaum Di Klanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Mohd-Shukri-Dahlan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Mohd-Shukri-Dahlan-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan Jumaat menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan Jumaat menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan tersebut.

Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - BERNAMA