Ahad, 16 Disember 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Rumah Sundal <b>Di Cheras</b>, Mengapa Jadi Begitu?

Posted: 15 Sep 2012 07:01 PM PDT


TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.
TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit. 
Wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah. 

KL 16 Sept 12: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat 'tiga dalam satu' urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa. Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.


Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, 'bapa ayam' atau lebih dikenali sebagai 'kapten' pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.(myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Kerana kepala bapa-bapa ayam itu sudah dinajisi atau dibasuh oleh pemikiraan 'asal dapat wang tidak kira halal haram'. Tidak kira apa agama sekalipun, kerana semua agama pentingkan moral dan kemanusiaan.

Pemikiran ini telah dicanai sejak merdeka lagi. Parti utama orang Melayu (UMNO) yang memimpin negara menggunakan pemikiran begini dalam mentarbiah rakyatnya. Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Inilah hasil kueh-kueh pemikiran pemimpin nasionalis warisan penjajah terdahulu!

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Perkhidmatan Catering <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2012 12:00 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami dari Syarikat Akma Ali Catering bersedia memberi perkhidmatan catering kepada warga Salak Tinggi yang berminat pada harga yang sangat berpatutan dan dijamin memuaskan. Kami menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai majlis antaranya kenduri kahwin(wedding), annual dinner, open house, parti sambutan harijadi(birthday), pelancaran produk(product launching), seminar2 atau kursus, vip/royal banquet dan lain lain lagi.

Kepada yang berminat boleh menghubungi : -

Akma Ali - 012 2357460
Saedah Ali - 012 3510463
@
forum : Akma Ali Catering and Service

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Futsal TaHa, NSTP <b>di</b> Galaxy <b>Bangi</b> | The New Straits Times Press <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 10:54 PM PST

November 26th, 2012

Kuala Lumpur – Kejohanan Futsal Antara Sekolah Menengah dan Antara Universiti 2012, anjuran Kelab TaHa dan TaHa@U, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BH akan berlangsung di Galaxy Futsal Bangi, pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata pelajar dan penuntut universiti yang berminat menyertai pertandingan itu masih boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa atau TaHa@U melalui kaunter yang akan dibuka pada Sabtu ini di lokasi pertandingan.

Selepas menjadi ahli kelab, barulah mereka boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana syarat utama ialah peserta perlu menjadi ahli Kelab TaHa atau TaHa@U.

Setakat ini, sebanyak 50 pasukan sudah mengesahkan penyertaan bagi kategori sekolah menengah manakala 30 pasukan bagi kategori universiti.

Kelainan pertandingan futsal anjuran Tabung Haji yang sudah masuk tahun kedua ini mewajibkan peserta memakai pakaian yang menutup aurat serta menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di dalam gelanggang, katanya.

Juara bagi kategori universiti akan membawa pulang hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala bagi kategori sekolah menengah juara mendapat RM1,500, naib juara (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Lima pasukan akan dipilih sebagai penerima hadiah sagu hati bagi setiap kategori dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM300.

Source: Berita Harian

Sunathon Teramai <b>Di</b> Dun <b>Bangi</b> Bertempat <b>Di</b> Kompleks <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 03:09 PM PST

BBB, 13 Muharram 1433 = 25 November 2012 (Ahad):
Jam 9.00 pagi ini Adun menghadiri Majlis Berkhatan paling ramai setakat ini di Dun Bangi. Iaitu seramai 101 orang anak-anak. Majlis bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi. Majlis yang dinamakan `Sunathon Amal` ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An-Nur BBB, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Bangi dan IKRAM.

Hadir ke Majlis ini Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ybhg. Dr. Tajul Ariffin Noordin, Pengerusi Kompleks Islam BBB, Tuan Haji Shahrum Mohd Sharif Ketua Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Haji Sufyan Mohd Nor Pengerusi Pertubuhan Ikram, Dr. Amin Mohd Daud yang mengetuai 12 tenaga pakar yang mengendalikan khatan. Turut sama hadir ialah para ibu bapa dan anak-anak. Pada sebelah pagi sebelum berhimpun di Dewan Pihak Penganjur, ibu bapa bersama anak-anak berarak keliling kawasan hadapan warung makanan dan pulang kembali ke Kompleks Pendidikan Islam. Sebelum perhimpunan Adun menyampaikan cendera hati bagi setiap daripada anak-anak. Kemudian Majlis berpindah ke dalam Dewan Sekolah.

Memulakan majlis, Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Tuan Rumah mengucap terima kasih kepada hadirin. Beliau memaklumkan bahawa inilah kali pertama kompleks Pendidikin Islam bersama rakan-rakan menganjurkan Majlis Berkhatan sedemikian. Beliau juga memaklumkan bahawa kos bagi membangun bangunan kompleks yang sedang digunakan adalah hingga kini berjumlah RM2.7 juta dan masih memerlukan lagi dana bagi melengkapkan bangunan, 75% dari perbelanjaan adalah hasil dari derma orang ramai. Ybhg, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur Tuan Haji Shahrum melahirkan kegembiraan melihat begitu ramai yang hadir bagi meraikan anak-anak yang berkhatan. Menurut Pengarah Hospital An-Nur itu bahawa pihak Hospital An-Nur mengadakan majlis sebagai satu kegiatan kebajikan An-Nur bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Kegiatan seperti ini diadakan setiap tahun dan berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Adun Bangi juga bercakap dan berterima kasih di atas jemputan. Beliau juga rasa gembira dengan begitu ramai yang menyertai khatan. Kompleks Pendidikan Islam menyediakan kemudahan yang selesa untuk Majlis Berkhatan. Kompleks ini akan menjadi `land mark` penting di Bangi yang istimewa dengan berbagai-bagai kegiatan termasuk kebajikan dan kemasyarakatan. Menurut Adun pada masa tutup Sekolah ini adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak untuk berkhatan. Dengan mengadakan Majlis Berkhatan secara berjamaah adalah lebih murah. Adun bercakap, bahawa acara berkhatan melahirkan beberapa nilai murni kebudayaan seperti membaca marhaban, bersalawat, berarak, berkompang dan bersilat. Tradisi ini seharusnya kita pertahan sebagai nilai budaya murni masyarakat umat Islam – terutama bagi budaya Melayu-Islam.
Selepas daripada majlis Ucapan perasmian Adun bersama Tuan Haji Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin sekali lagi menyampaikan cenderahati bagi setiap anak-anak. Kemudian Dr. Amin bin Mohd Daud menyampaikan penerangan mengenai khatan, bahawa hari ini adalah khatan secara biasa, bukan secara clamp. Bermula dengan suntikan pelali sehingga rasa kebas. Khatan mengambil masa 20 minit seorang. Biasanya tidak banyak mengeluarkan darah, tapi jika berlaku pendarahan, usaha menyekatnya dilakukan, tetapi jika serius, maka dibawa kembali ke Klinik untuk dipulih dan diubat. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya jangan bimbang.

Selepas Adun, En. Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin, bergerak ke Dewan khatan yang dibuka dinding pemisah yang menjadikan kawasan agak luas. Khatan secara ramai berterusan dan mana-mana yang selesai berkhatan dibawa di dewan bersebelahan yang agak luas. Mereka diatur duduk diruang Dewan dengan jumlah yang agak ramai. Sementara itu bagi memenuhi masa ibu bapa dan yang datang menunggu selesainya berkhatan, para hadirin berpeluang mendengar ceramah bertajuk, ``Anak, musuh atau sahabat ke Syurga` disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahim Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas upacara Perasmian itu para tamu dijemput minum. Dengan ramainya Doktor dan pembantu, majlis berakhir agak segera, iaitu tengahari jam 1,00.

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


ICU Bina Longkang Pelik <b>di Paya Jaras</b>

Posted: 14 Sep 2012 05:00 PM PDT

PAYA JARAS 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.

Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.

"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.

"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.

"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


PETA LOKASI KEJOHANAN CATUR KOMPLEKS 3C <b>DI BANDAR</b> <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 05:23 AM PST

Dimuatkan peta lokasi Kejohanan Catur Kompleks 3C yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Bandar Sunway. Diharap tidak ada peserta yang tersesat jalan nanti semasa mencari tempat kejohanan ini.

 

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


A | Z: Merewang <b>di Rawang</b>.

Posted: 10 Dec 2012 09:07 PM PST

Weekend lepas dah tegedik-gedik nak pergi jalan. Cadang nak pergi tempat dekat.
Jimat minyak, jimat duit dan jimat masa.
Macam biasa, Mr.John memang jangan harap lah dia nak rajin mengoogle kalau nak berjalan.
Dia tahu 'jom gerak'. pastu pergi mana-mana pon tak tahu. Dalam kepala dia je tau. kunun surprise. wekkk :P.
So, kali ni biar gua yang carik tempat yang dekat-dekat je, nature cantik, murah and best.
Google punya google jumpa Bukit Melawati. Eh tempat tinggalan sejarah ni macam best. Nak pergi nak pergi.
Ada makam, ada perigi ,ada muzium. Mana tau nanti boleh buat research untuk thesis kan. Ni kira macam survey tempat lar.  kan? kan? Tapi lepas inform dengan boss, jom lar kite ke Bukit Melawati. 
Katanya ' Jauh le awak, Kuala Selangor tu'. Eh jauh apenyee, google kata sejam macam tu.
'Jauh lar'.  'Dekat lar' .  'Jauh. lain kali lar pergi, kita pergi Rawang je tengok movie'.
Hmm hmm hmmm. Sakit hati sorang-sorang.Google Rawng sejam jugak dari sini. Sad :(
Rawang ada apa pon tak tahu.  =.='
Rawang sekarang dah ada AEON. So dah ada movie. Pergi tgv tapi tiiket lambat lagi nak start.
Jom merayap dulu.
Pergi toilet camhwore dulu, tandas bersih orang takde. Yelar camhwore.
 Orang ada taktahu nak sorok muuka tang mana. 
Tiket lambat lagi start, 11.45am. Sekarang baru 10.15. Lama lagi.
Jalan-jalan jumpa Daisoo. Ohoii best. Banyaknye barang comelll. Gila sekejapp..

Gila tengok semua barang comeell. 5 hengget je pulak. hoho. 
Aku engat aku sorunk je gila barang comel. 
Dia pon gila jugak. 'Nanti dah kawen kita beli banyak barang comel kat sini eh?' mata bling bling.
'Taknak, I nak beli kat IKEA'. =P demand tak aku?
 hahaha gurau gurau. sapa suruh takmo bawak p Bukit Melawati.

Sedar tak sedar, dah 11.30am. Lama betul berangan tengok barang comel. Sejam lebih kat situ.
Beli nye ini je, sebab nak buat note untuk examm =.='

Magic colour. Dia punya. Pinjamm jap malam tadi.Plastik dah terhilangkan. kekeke
Cepaat-cepat cariik hall. Nasib daiso dengan movie dekat ja. 
Eh, nak tahu  Tiket sini mahal sikit RM 14 single seat. 
Maybe kawasan baru or maybe sebab weekend. 
Tapi biasa weekend pon RM 11 kat mid. Ontah lar kenapa mahal. Im not sure why.
Hall dia bez lar jugak. Cuma tak ramai orang. Pelik. Lagi satu yang pelik masa tengok movie, lampu kat tepi-tepi hall dia kejap-kejap menyala, japg gelap balik. pastu menyala balik. 
Tak tahu lar sebab lampu rosak ke memang style dia cennggitu. 
Overall cerita LBS II macam tak best sangat than LBS I 2010 dulu. Time ni semua nak mati, athirah mati. Kesian dia, huhuk sad :'(. Iskandar mati. Ayu dah lama mati. Nape entah semua mati. Tapi intro LBS III dah keluar. Itu seriouz macam best. Lagi banyak conflik. Kira 'katerina' ni so-so je lar. LBS III : 'kasyah'. Launch next year.
Balik tu tiket parking pon tak mahal. RM 1 je. Rasa macam dah parking berejam-rejam dah.
So lepas ni nak tengok movie tak ada lar pergi nun di KL. Rawang pon dah okee.
Student macam kitorunk boleh dah jimat minyak tol bagai.
Tapi aku bukan kaki moviee pon. Tak tengok movie kat cinema pon tarak hal lar. =P
Tak tahu nak teroka mana Rawang ni. Dah try google, tapi macam takada je tempat best. So weekend kali ni tak ada lar tempat nak tenangkan otak, cuma movie semata.
Hoo. Ni masa 2010. LBS I. Pergi dengan dia jugak. Bestfrengg foghever lagi timeee nihh.
LBS II 2012. Dah tukar title. jantung pisang tika ini.
Hopefully LBS III nanti bertukar lagi title. Verangannn je lebih. hehek.
Doa-doaa lar. semoga dipermudahkan.
Jodoh, kita merancang, tak boleh lar nak beria sangat.
Sebab hujung cerita Allah yang create.
 Cuma aku mampu berdoa semoga cerita yang aku create ini sama dengan jalan cerita yang Allah aturkan di akhirnya. Aminn ..

ads