Ahad, 16 Disember 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Futsal TaHa, NSTP <b>di</b> Galaxy <b>Bangi</b> | The New Straits Times Press <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 10:54 PM PST

November 26th, 2012

Kuala Lumpur – Kejohanan Futsal Antara Sekolah Menengah dan Antara Universiti 2012, anjuran Kelab TaHa dan TaHa@U, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BH akan berlangsung di Galaxy Futsal Bangi, pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata pelajar dan penuntut universiti yang berminat menyertai pertandingan itu masih boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa atau TaHa@U melalui kaunter yang akan dibuka pada Sabtu ini di lokasi pertandingan.

Selepas menjadi ahli kelab, barulah mereka boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana syarat utama ialah peserta perlu menjadi ahli Kelab TaHa atau TaHa@U.

Setakat ini, sebanyak 50 pasukan sudah mengesahkan penyertaan bagi kategori sekolah menengah manakala 30 pasukan bagi kategori universiti.

Kelainan pertandingan futsal anjuran Tabung Haji yang sudah masuk tahun kedua ini mewajibkan peserta memakai pakaian yang menutup aurat serta menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di dalam gelanggang, katanya.

Juara bagi kategori universiti akan membawa pulang hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala bagi kategori sekolah menengah juara mendapat RM1,500, naib juara (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Lima pasukan akan dipilih sebagai penerima hadiah sagu hati bagi setiap kategori dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM300.

Source: Berita Harian

Sunathon Teramai <b>Di</b> Dun <b>Bangi</b> Bertempat <b>Di</b> Kompleks <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 03:09 PM PST

BBB, 13 Muharram 1433 = 25 November 2012 (Ahad):
Jam 9.00 pagi ini Adun menghadiri Majlis Berkhatan paling ramai setakat ini di Dun Bangi. Iaitu seramai 101 orang anak-anak. Majlis bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi. Majlis yang dinamakan `Sunathon Amal` ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An-Nur BBB, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Bangi dan IKRAM.

Hadir ke Majlis ini Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ybhg. Dr. Tajul Ariffin Noordin, Pengerusi Kompleks Islam BBB, Tuan Haji Shahrum Mohd Sharif Ketua Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Haji Sufyan Mohd Nor Pengerusi Pertubuhan Ikram, Dr. Amin Mohd Daud yang mengetuai 12 tenaga pakar yang mengendalikan khatan. Turut sama hadir ialah para ibu bapa dan anak-anak. Pada sebelah pagi sebelum berhimpun di Dewan Pihak Penganjur, ibu bapa bersama anak-anak berarak keliling kawasan hadapan warung makanan dan pulang kembali ke Kompleks Pendidikan Islam. Sebelum perhimpunan Adun menyampaikan cendera hati bagi setiap daripada anak-anak. Kemudian Majlis berpindah ke dalam Dewan Sekolah.

Memulakan majlis, Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Tuan Rumah mengucap terima kasih kepada hadirin. Beliau memaklumkan bahawa inilah kali pertama kompleks Pendidikin Islam bersama rakan-rakan menganjurkan Majlis Berkhatan sedemikian. Beliau juga memaklumkan bahawa kos bagi membangun bangunan kompleks yang sedang digunakan adalah hingga kini berjumlah RM2.7 juta dan masih memerlukan lagi dana bagi melengkapkan bangunan, 75% dari perbelanjaan adalah hasil dari derma orang ramai. Ybhg, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur Tuan Haji Shahrum melahirkan kegembiraan melihat begitu ramai yang hadir bagi meraikan anak-anak yang berkhatan. Menurut Pengarah Hospital An-Nur itu bahawa pihak Hospital An-Nur mengadakan majlis sebagai satu kegiatan kebajikan An-Nur bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Kegiatan seperti ini diadakan setiap tahun dan berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Adun Bangi juga bercakap dan berterima kasih di atas jemputan. Beliau juga rasa gembira dengan begitu ramai yang menyertai khatan. Kompleks Pendidikan Islam menyediakan kemudahan yang selesa untuk Majlis Berkhatan. Kompleks ini akan menjadi `land mark` penting di Bangi yang istimewa dengan berbagai-bagai kegiatan termasuk kebajikan dan kemasyarakatan. Menurut Adun pada masa tutup Sekolah ini adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak untuk berkhatan. Dengan mengadakan Majlis Berkhatan secara berjamaah adalah lebih murah. Adun bercakap, bahawa acara berkhatan melahirkan beberapa nilai murni kebudayaan seperti membaca marhaban, bersalawat, berarak, berkompang dan bersilat. Tradisi ini seharusnya kita pertahan sebagai nilai budaya murni masyarakat umat Islam – terutama bagi budaya Melayu-Islam.
Selepas daripada majlis Ucapan perasmian Adun bersama Tuan Haji Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin sekali lagi menyampaikan cenderahati bagi setiap anak-anak. Kemudian Dr. Amin bin Mohd Daud menyampaikan penerangan mengenai khatan, bahawa hari ini adalah khatan secara biasa, bukan secara clamp. Bermula dengan suntikan pelali sehingga rasa kebas. Khatan mengambil masa 20 minit seorang. Biasanya tidak banyak mengeluarkan darah, tapi jika berlaku pendarahan, usaha menyekatnya dilakukan, tetapi jika serius, maka dibawa kembali ke Klinik untuk dipulih dan diubat. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya jangan bimbang.

Selepas Adun, En. Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin, bergerak ke Dewan khatan yang dibuka dinding pemisah yang menjadikan kawasan agak luas. Khatan secara ramai berterusan dan mana-mana yang selesai berkhatan dibawa di dewan bersebelahan yang agak luas. Mereka diatur duduk diruang Dewan dengan jumlah yang agak ramai. Sementara itu bagi memenuhi masa ibu bapa dan yang datang menunggu selesainya berkhatan, para hadirin berpeluang mendengar ceramah bertajuk, ``Anak, musuh atau sahabat ke Syurga` disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahim Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas upacara Perasmian itu para tamu dijemput minum. Dengan ramainya Doktor dan pembantu, majlis berakhir agak segera, iaitu tengahari jam 1,00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads