12 di ampang - Google Blog Search |
MASAM KETIAK MAK LAMPIR BILA DIMAKI <b>DI</b> KHALAYAK RAMAI <b>...</b> Posted: 26 Apr 2013 11:57 PM PDT Mungkin semalam merupakan hari yang paling malang buat Mak Lampir Ampang atau Zuraidah Kamaruddin. Malah, dia mungkin tidak menjangkakan bahawa nasibnya akan semalang itu kerana seringkali berasakan PKR dan Pakatan Rakyat telah menjadikan Ampang dan kawasan sekitarnya sebagai lubuk, terutama dengan semakin bertambahnya warga Indonesia menjelang hari pengundian yang semakin tiba. Ketika demonstrasi-demonstrasi di Kuala Lumpur yang didalangi oleh PKR dan Pakatan Rakyat, pendatang-pendatang Indonesia yang bersarang di Ampang, kerapkali menjadi tenaga penting untuk meramaikan jumlah hadirin. Semalam, Mak Lampir pergi ler ke Ampang Jaya. Lebih tepat lagi, ke Restoran Kayu Nasi Kandar bersama beberapa orang pengikut dan cukong serta pecacainya. Niatnya hanya satu iaitu mendapatkan pengaruh, simpati dan meraih undi sambil memperkenalkan diri. Jangan terkejut! Ketua Wanita PKR terpaksa memperkenalkan diri kepada pengundi-pengundi Ampang, walaupun telah lima tahun menjadi Ahli Parlimen Ampang sebelum ini. Bukan kerana pertambahan penduduk di Ampang tetapi kerana Mak Lampir memang tak pernah turun dan melawat kawasan pun. Mak Lampir lebih seronok berkempen di negeri-negeri dan tempat-tempat lain tetapi nak turun melawat rakyat yang diwakilinya di Ampang, Mak Lampir cukup penyegan. Hendak dijadikan cerita, ketika dia sampai ke meja makan sebuah keluarga yang berasal dari Terengganu, Mak Lampir setelah memperkenalkan diri, terpinga-pinga apabila ketua keluarga tersebut dengan tenang, selamba dan sadis berkata, "Awak pembohong besar. Saya sekeluarga tidak akan mengundi Pakatan Rakyat lagi. Cukuplah pembohongan selama lima tahun." Mak Lampir masih mampu menahan malu. Kemudian, Mak Lampir dan rombongannya beralih pula ke arah seorang pemuda yang duduk makan bersendirian. Sekali lagi dia memperkenalkan diri dan memujuk pemuda itu agar mengundinya pada 5 Mei nanti. "Nak bagi undi lagi kat kau? Pembohong punya Pakatan. Lima tahun diberi amanah, kau tak buat apa-apa, sekarang, terhegeh-hegeh nak minta undi lagi? Cuba kau sebut, apa yang kau dah buat selama lima tahun kat Ampang selain dari selewengkan segala kontrak dan tender MPAJ?" Terkedu Mak Lampir apabila disergah pemuda berwajah Cina dan dipercayai dari SPESIES HIBRID. "Kenapa cakap macam ni?" Mak Lampir bertanya dengan lembut sambil cuba kawal tangisan. Para pecacainya yang lain, mula pandang kiri kanan. Sebabnya pemuda berwajah Cina dan bercermin mata bingkai hitam itu bersuara kuat. "Sudahlah, tak payah pujuk-pujuk lagi. Kami dah bagi kepercayaan kat PKR, DAP dan PAS di Ampang dan Pandan tapi satu apa pun tak buat. Kempen, ceramah dan bohong tak abis-abis! Pergilah kau... Buat suwey aku saja hari ini tengok muka penipu macam kau." Terkulat-kulat, Mak Lampir pun berlalu ke meja tengah. Tetapi tidak lama sebelum dia dan rombongannya melangkah longlai keluar dari restoran terkenal di Ampang Jaya itu. Baru dia tahu... Selama ini duk sembang deras sangat, kononnya, Pakatan Rakyat dapat sambutan dari generasi muda. Konon-kononnya segala pembohongan, sikap tidak bertanggungjawab dan perangai hodoh para pemimpin Pakatan Rakyat dapat diselindungi menerusi ceramah dan cakap bohong sepanjang masa. Rupa-rupanya, ramai yang bukak mata dan ramai juga yang mempunyai otak untuk berfikir terutama sekali di Ampang!!! Published with Blogger-droid v2.0.10 |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |