Jumaat, 5 April 2013

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesuruhjaya Sumpah <b>Di Semenyih</b> - Bandar Tasik Kesuma

Posted: 05 Mar 2013 02:27 AM PST

Puas mencari pejabat pesuruhjaya sumpah di Semenyih. Nak pitam mencari di tengah-tengah panas menjenguk dari setiap inci blok-blok kedai di pekan Semenyih. Mujur terjumpa satu yang terletak bertentangan dengan bahagian sisi Restoran Jamek Maju dan betul-betul di belakang kedai aksesori kereta. Khabarnya ada satu lagi terletak sebaris dengan Maybank Semenyih.

Kadang-kadang tiada siapa pun yang peduli siapa Pesuruhjaya Sumpah, kenapa pejabat kecil saja tak seperti pejabat peguam yang besar dan kenapa khidmat mereka diperlukan.

Kita memerlukan Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan pengakuan bersumpah. Manakala seseorang yang ingin memohon sebagai Pesuruhjaya Sumpah mestilah :
- seorang warganegara Malaysia
- berumur lebih 21 tahun dan tidak lebih 65 tahun.
- mempunyai kelakuan baik
- fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
- sihat yang merangkumi fizikal dan mental
- tiada rekod jenayah
- tidak pernah bankrap
- mempunyai kelulusan SPM/MCE

Siapakah yang boleh memohon menjadi Pesuruhjaya Sumpah :
- Pegawai dalam sektor kerajaan yang telah pencen.
- Pekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.

Mereka juga dikehendaki mengambil peperiksaan khas dan markah lulus lebih 50%. Mereka juga mestilah sentiasa mengemaskini pengetahuan mereka tentang hal berkaitan dokumentasi.

Nampak macam senang tapi susah juga untuk menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah.

Dapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Semenyih disini :

No. 25, Tingkat Bawah Kiri, Jln Pasar Baru Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Email : happystar9909@yahoo.com (012-2073979)

KERENGGA: Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 03:04 PM PST

Ini semua gambar-gambar dekat Tesco Semenyih di Taman Pelangi Semeyih, Rinching, Selangor.
Meh sini saya ceritakan, Rinching ini bersempadan dengan Beranang dimana Beranang adalah pekan sempadan Selangor/Negeri Sembilan dimana bermulanya Jalan Lama Mantin nak ke Seremban.Disini populasi dia adalah Melayu 98% di Beranang dan Rinching pula kawasan yang dahulunya estet adalah ramai India namun India walaupun ramai di Semenyih dan Rinching kerana dahulunya estet namun ia tidak seramai yang di Klang atau Brickfields kerana ia terbahagi kepada 3 iaitu Melayu, India dan Cina.
Persoalan dia, adalah kenapa UMNO/BN mengangkut ratusan India dari tempat lain??? Bas-bas disini semuanya bas dari luar dan bas disini ada dalam 50 buah bas dan semunya adalah kaum India yang bukan penduduk Semenyih sebab ni BN+IPF so nak tunjuk India Selangor sokong dia la tuh.
Bas disini teramat-amatlah banyak sehingga menggangu jalan raya yang satu-satunya menghubungkan Semenyih ke KL.
Berbeza dengan Bersih dan HKR yang ada banyak jalan altenatif, jalan nak ke KL ada sebuah sahaja jika datang dari arah Beranang atau Semenyih ni iaitu jalan lama KL-Seremban sebelum boleh masuk highway LEKAS atau Kajang SILK.
Bas-bas disini sejak dari awal pagi Subuh sudah membuat parking yang menyebabkan kami nak turun Pasar Semenyih terpaksa bersesak jam kerana jalan yang sempit (yang sememangnya sempit di Simpang Broga) dan bas-bas yang teramat besar dan banyak.
Yang bestnya pasal Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 di Dataran (parking lot yang tak sampai setengah lebar padang bola sepak) Tesco Semenyih ni ialah semua 99% kaum India dari luar dan PM kita asik-asik cakap pasal isu air, SYABAS, air, air, air, SYABAS, air, air SYABAS, air, air SYABAS, air, air, air , SYABAS.
Yang lain-lain itu macam biasa la gula-gula dia konon kalau tawan Selangor masalah air tak ada dan perjuangan percayakan pembangkang. UMBO/BN juga macam biasa tak lupa bagi penyokong dia gula-gula iaitu beras dan tepung gandunm yang di agih-agihkan saya rasa dalam 3 buah treler besar kot. Lepas tu orang kerumun ambik beg a.k.a goodies yang ada logo 1M dan muka dia.
Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih ini juga berlangsung dalam pukul 9:30am ke 12:30pm je. pastu habis la dah panas dah dapat goodies, makan minum dapat apa lagi balik la. Ha ni pun problem, nak balik pun jam, sebab banyak bas kelaur dari Tesco menuju ke KL (tak tahu la kaum India mana dia cekau tapi bukan India sini la sebab India sini banyak PR)
Baju diornag pun senang je nak kenal yang muka naik bas ni, sama ada baju IPF( hitam, putih, merah) atau baju biru dan merah berserta logo BN dan logo satu Malaysia.
Logo BN kat baju tu punya besar kalau boleh dari puncak Broga tu dah boleh nampak dah. Tapi takpelah saya tak kisah pun.
Yang kisahnya ialah dah la bawa orang luar entah dari mana berduyun-duyun bas, lepas tu semua berselerak. Ada sambil dengar ucapan Najib sambil beli Loreal kat Tesco,
usha-usha TV dekat Seng Heng, ada tengah makan Nasi Ayam Gemas dan macam-macma lagi. Eh tak ada lak kedai tutup???? Mana ade sebab tak ada surat pekeliling dan inilah masa nak cari duit lebih.
Akhir kata Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 hanya sebuah acara membawa berduyun-duyun bas kaum India dari luar Semenyih dan Kajang serta berkesempatan
membeli-belah barang basah segar di Tesco Semenyih yang buka awal pagi.
Tesco kan kalau pagi-pagi ikan dan sayuran fresh2 sebab belum pilih lagi. Then naik bas nak balik dengan bawa Tesco punya barang sekali siap tumpang letak goodies UMNO/BN dan barang Tesco dalam shopping cart Tesco lagi. Tesco xguna beg plastik hari Sabtu.
Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih: Gagal dan perserta sedikit tetapi akan masuk TV3 dan akan digandakan sebanyak 70,000 kali.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #HKR 2013 Stadium Merdeka: EPIK!!!!! GAME CHANGER!!!!!! JUTAAN RAKYAT!!! SEMUA KAUM!!!! tetapi akan masuk TV3 sebagai Himpunan Shamsidar.
***pic beras tengah agihkan tu bukan saya punya, sebab tak sempat amik tetapi camtu la rupe dia, semua org kerumun sambil tadah tangan, pic yg lain semua Broga Girl 658-741 punya**
Artikel dan gambar adalah milik peribadi broga girl. Artikel di atas ditulis dan dikirimkan oleh Broga Girl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads