ads

Sabtu, 29 Disember 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


BADUT RAKYAT: PEMBANGUNAN <b>DI SELANGOR</b> !!! @NOHOMAR <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 03:00 PM PST

Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang.

"Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir) Barisan Nasional (BN).Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar,malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkansebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85bilion.Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta.

Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa. "Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor,mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya. Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.Sementara itu,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.Beliau berkata seperti contoh,Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Dis ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas."Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan diSelangor Agro Fest ada konsert dan pesta."Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam.Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya - Bernama

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Gambar <b>di</b> Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 08:31 PM PST

Menu. Skip to content. Prakata.

Read more from the original source:
Gambar di Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor …

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b> Meningkat

Posted: 04 Nov 2012 09:05 PM PST

05/11/2012 13:05:00

Di Dengkil, Selangor, sehingga pukul 10 pagi tadi, jumlah mangsa akibat banjir meningkat kepada 703 orang.

Pusat pemindahan juga meningkat kepada empat buah.

Kawasan terjejas - Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan stabil di lokasi-lokasi terbabit kecuali di Kampung Semarang.

Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Dengkil, Dewan Gemilang Kampung Semarang, Kampung Kelinsing dan Kampung Paya Rumput.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Pecah Palak Mikir: Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 10:55 PM PDT

Apa kejadah dengan Kerajaan Selangor sengaja menunjukan perasaan iri hati kepada warga Felda Selangor. Inilah penyakit Kerajaan Selangor yang tidak habis menyusahkan rakyat sendiri kerana politik.
Udah leee masalah sampah membawa penyakit membunuh! Udah kerana tamak Selangor berlubang sana sini! Udah le janji air hutang sana sini dah macam perompak! Sekarang dah datang penyakit baru menghalang usaha kerajaan membantu rakyat warga Felda pulak?
Sampai bila lah kerajaan Selangor hendak jadi perompak di negeri sendiri. Tak cukup ke merompak kayakan kroni, sudah melarat menyusahkan rakyat pula. 
Ini bukan tokoh pemimpin tetapi tokoh penyagak lagi ada le! Lihat sini Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana Iri Hati
Kerajaan Selangor zalimi warga Felda 
SUNGAI TENGGI: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang dianggap zalim kerana mahu menyekat usaha Felda membina 268 unit kediaman baru bagi generasi kedua di empat tanah rancangan itu di Hulu Selangor. 
Felda berkenaan adalah Felda Tengi, Felda Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan Kerajaan Selangor itu tidak boleh dimaafkan warga Felda di sini kerana ia menganiaya rakyat. 
"Jika mereka tidak memberi kelulusan, bermakna mereka menganiaya rakyat. Pada prinsipnya, tanah rancangan Felda sebenarnya sudah diwartakan untuk digunakan sama ada untuk Felda atau peneroka. 
"Jika mereka tidak luluskan untuk membina 268 perumahan generasi Felda, ini bermakna mereka menzalimi (warga Felda) seperti mereka lakukan tindakan sama menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi e-pemasaran Homestay di Felda Sungai Tenggi di sini, semalam. Pelancaran dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Sementara itu, katanya, Felda komited memaju dan membantu empat Felda di sini yang terpisah daripada entiti Pusat itu selama 10 tahun sejak 1995 kerana terbabit dalam inisiatif pihak swasta. 
Ahmad berkata, Felda menyedia peruntukan RM36.9 juta bagi memulih dan menebus kembali tanah rancangan Felda yang terbiar serta digadai peneroka ketika terpisah daripada Felda. 
Beliau berkata, keempat-empat Felda ini menyertai semula Felda pada 2005 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu mengambil alih semula urusan pentadbiran Felda. 
"Peruntukan itu digunakan untuk kerja menanam semula, menebang pokok, menabur baja dan menebus tanah yang digadai peneroka. 
"Saya yakin, mereka tidak akan tinggalkan kerajaan Barisan Nasional dan patut bersyukur kerana Felda berusaha menyelesaikan permasalahan mereka," katanya. Sumber Berita Harian

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Tiga Sekeluarga Minta Kewarganegaraan Dari Mahkamah

Posted: 10 Dec 2012 02:42 AM PST

KUALA LUMPUR 10 DIS : Sebuah keluarga hari ini memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Permohonan yang dipercayai pertama di Malaysia itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta oleh tiga sekeluarga berbangsa India yang berasal dari Kapar, Selangor.

Mereka meminta agar Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah "Mandamus" bagi mengarahkan JPN mengeluarkan MyKad bagi mengiktiraf kewarganegaraan mereka.

Mereka mendakwa telah dinafikan hak untuk mendapatkan Kad Pengenalan warganegara sekalipun ketiga-tiganya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

Dalam afidavit mereka, Letchumy Suppiah, 57, dan dua anaknya Mala Kothandu, 34, dan Sarojini Kothandu, 32, menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Sebelum ini mereka telah memohon agar diberi kewarganegaraan daripada JPN.

Letchumy mendakwa beliau dilahirkan di Tanjung Sepat, Selangor pada 23 Mei, 1943 dan tinggal bersama suaminya Kothandu Perumal yang lahir di Kuala Langat, Selangor pada 1940.

Suami Letchumy yang meninggal pada 16 Mac 1990, mempunyai Kad Pengenalan bernombor 400101 – 10 – 5841.

Sarojini dilahirkan pada 5 Dis 1980 di Kampung Tanjung Layang, Tanjung Sepat, manakala Mala dilahirkan di Hospital Banting pada 6 Jun 1978.

Manakala bapa Letchumy, Suppiah Veerasamy telah diberikan kad pengenalan kertas dengan nombor SL 517334. Bapa dan ibunya merupakan pekerja di ladang Batu Untung, Tanjung Sepat, Selangor.

Tahun lepas, Letchumy telah memperoleh Kad Pemautautin Tetap setelah membuat permohonan daftar lewat Kad Pengenalan di JPN Klang.

Manakala Sarojini dan Mala hanya mendapat sijil kelahiran yang menyebut kewarganegaraan "belum ditentukan" setelah membuat permohonan daftar lewat kelahiran daripada JPN.

Pada 30 Julai, Letchumy telah memohon taraf kewarganegaraan daripada JPN untuk beliau dan Mala.

Akan tetapi dalam jawapannya pada 29 September lalu, Ketua Pengarah JPN, mengeluarkan surat menyatakan mereka tidak berhak memohon taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut afidavit itu, surat tersebut juga menghalang Sarojini daripada memohon kewarganegaraan.

Mereka diwakili peguam N. Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

"Tanpa pengiktirafan hak kewarganegaraan, mereka terpaksa dinafikan hak menikmati pelbagai kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang bekerja.

"Mereka juga berisiko ditangkap dan susah mendapatkan dokumen sivil lain seperti lesen memandu dan sijil perkahwinan.

"Lebih teruk lagi, anak-anak mereka pula kini berdepan masalah kewarganegaraan," tegas Surendran.

Sarojini yang berkahwin dengan lelaki Malaysia mempunyai dua anak berusia 12 dan tujuh tahun yang masing-masing dinyatakan dalam sijil kelahiran mereka sebagai 'maklumat tidak diperolehi' dan 'bukan warganegara'.

"Kita pasti selepas ini, lebih ramai lagi warganegara yang dinafikan hak mereka untuk mendapat kad pengenalan akan tampil membuat permohonan sama sepertimana hari ini," tambah Surendran.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Makan Nasi Kerabu <b>di</b> Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 01:28 AM PST

Jom kita cuba nasi kerabu ayam goreng @RM5.00 ni. Nasinya berwarna kuning boleh dikatakan sedap juga. Tapi saya lebih suka yang colour biru baru nasi kerabu yang betul. Ulam dan sambal lada dia not bad. Benda yang paling saya suka ialah sambal kelapa dan sambal ikan, memang sedap betul tapi keropoknya tak begitu masak dengan sempurna sebab kat tepi-tepi tu tak digoreng dengan baik. Ayam goreng bolehlah, bukan yang jenis ayam berempah tapi kunyit.

restoran wau bulannasi kerabu selayang

Overall saya bagi 7.8 out of 10. Kalau yang nak mencuba bolehlah, mempelbagaikan pengalaman makan nasi kerabu.

Yang ni laksam @RM3.00, kuahnya agak pekat dan memang banyak rasa ikan yang digunakan. Ulam dan sambal lada menambahkan lagi rasa laksam ini. Lembut juga laksam ini jika dibandingkan dengan sesetengah tempat, laksamnya agak keras. Yang ni ratingnya 7.9 out of 10.

laksam restoran wau bulan

By the way, air buah kat sini agak berpatutan, tembikai RM2.50 dan teh o ais pada harga RM1.20. Secara keseluruhan, Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan boleh dikategorikan tempat yang perlu dituju bagi yang meminati masakan Pantai Timur.

Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan (Berhadapan dengan KFC)
No. 57, Jalan 2/16
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
No. Telefon: 019-394 4247 / 013-257 1808

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Makan Nasi Kerabu di Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan @Selayang, 5.0 out of 5 based on 1 rating


12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelab Malam Pertama <b>Di Shah Alam</b>, Voyage - Tahniah Kerajaan <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 05:53 PM PST

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor terutama Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang telah memecahkan tradisi mewujudkan Kelab Malam pertama di Shah Alam!!! Bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia. Sekalung ucapan tahniah diucapkan. 
Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan. 
"Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga! Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!



Inilah wajah model dan emcee cantik manis yang akan menjadi peneman anda sepanjang malam, Stephanie Tan.

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


tanda-tanda kekalahan khalid ibrahim <b>di ijok</b>!!! - Shah Alam Rebels

Posted: 23 Dec 2012 05:00 PM PST

IJOK - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak berminat untuk menyelesaikan isu pengagihan tanah lot penduduk Kampung Sri Aman, Ladang Coalfields yang dikenalpasti sebagai wujud unsur-unsur penyelewengan.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada Ahli Parlimen Ijok itu bertarikh 2 Mac 2012, wakil penduduk telah mengemukakan bantahan terhadap senarai nama bancian yang keluarkan Pejabat Tanah dan Daerah menyatakan hanya 78 nama penduduk yang sah menetap di kawasan itu.

Walhal pada tahun 2008, Pejabat Tanah dan Daerah telah mengumumkan senarai nama 140 penduduk sebagai sah.

Tambah memusykilkan, selepas senarai nama tersebut disemak, wujudnya nama-nama individu yang bukan penduduk asal di kawasan itu, malah senarai tersebut sering berubah-ubah.

"Bagaimana boleh masuk nama orang luar? Siapa yang beri nama (senarai) kepada pejabat daerah? Ada orang dapat geran sementara, ada yang tidak dapat. Ada yang dapat TOL, yang lama sudah dibatalkan. Tapi Ketua Ranting dapat lesen menduduki sementara," menurut wakil penduduk, A. Peter.

Malah katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad turut didakwa bersubahat memberi butiran palsu dengan niat untuk menipu kerajaan negeri Selangor.

"Banci yang terakhir ada orang luar dan saya boleh buktikan. Kalau mana-mana exco atau MB kata tidak betul dan saya tunjuk nama, MB perlu letak jawatan," tambah beliau lagi sambil menunjukkan laporan polis yang telah dibuat pada 13 Oktober lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah menjanjikan geran tanah kepada penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya pekerja ladang dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Namun selepas kalah kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, tawaran tersebut diteliti semula oleh kerajaan baru.

Lebih memburukkan lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengeluarkan notis mengarahkan supaya penduduk yang telah menetap di kawasan itu sejak 80 tahun lalu untuk berpindah selain menampung kos pembinaan sendiri.

Menurut seorang lagi wakil penduduk, Sarawanan Kuppusamy, Khalid pada tahun 2008 pernah menjanjikan untuk memberi hak tanah tersebut kepada penduduk-penduduk di situ, namun kini beliau seolah-olah berubah nada.

"Tapi sekarang masalahnya kerajaan negeri minta kita pindah ke tempat lain. Jadi kami terpaksa tanggung kos besar untuk bina rumah baru. Tambah lagi kerajaan negeri minta kami tanggung kos infrastruktur.

"Paling kurang kalau mahu bina rumah kita perlu RM100,000. Penduduk sini tidak mampu lebih-lebih lagi ramai dikalangan warga emas dan tiada pendapatan tetap. Jadi bagaimana kita mahu buat rumah baru.

Sehubungan dengan itu wakil-wakil penduduk meminta Khalid supaya segera campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari ada kelebihan tanding <b>di Sabak Bernam</b> - Kembara Jr

Posted: 01 Nov 2012 09:57 AM PDT


SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pemilihan bekas pensyarah  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan penyandang jawatan itu yang disabitkan kesalahan tuntutan palsu.

 "Semua itu tidak ada kaitan, calon yang dipilih sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri.

"Aziz merupakan seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, menpertahankan hak asasi dan mempunyai kefahaman Islam yang baik, maka sebab itulah beliau dipilih,"  katanya kepada Sinar Harian Online selepas hadir pada pelancaran Buku  `Anwar's Third Trial' di sini, hari ini.

Ketua Umum PKR ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU13.

Penyandang jawatan Datuk Abdul Rahman Bakri disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved