ads

Sabtu, 16 Februari 2013

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


UMNO Online - DUN <b>Batang Kali</b> Anjur Taklimat &#39;Road To Gaza&#39; 24 <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 12:17 AM PST

Kategori Dari Bahagian

DUN Batang Kali Anjur Taklimat 'Road To Gaza' 24 Jan ini – Isa Kassim

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 21 Jan – Pusat Khidmat ADUN Batang Kali akan menganjurkan program 'Road To Gaza' pada 24 Januari ini sebagai satu pendekatan membawa keprihatinan rakyat Malaysiakepada rakyat Palestin.

Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, Palestin bukanlah satu nama yang asing bagi rakyat Malaysia kerana Palestin merupakan sebuah negara yang kini diserang oleh kerakusan dan kesombongan Israel.

"Tujuan program ini ialah untuk menghantar bantuan dan merasai sendiri pengalaman saudara seislam kita di sana. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, satu taklimat dan penerangan akan diadakan oleh yang Berbahagia Al-Fadzil Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan pada program 'Road To Gaza' yang akan dibuat di Pusat Kidmat DUN Batang Kali pada 24 Januari ini, pada jam 9.00 malam.

"Kita akan mendapat gambaran yang sebenar keadaan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, seterusnya menyediakan pasukan sukarelawan Rakyat Malaysia khususnya dari DUN Batang Kali untuk menghantar bantuan ke sana kelak," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar khususnya mereka yang cintakan keamanan diharap agar dapat bersama dalam program ini.

"Adalah diharapkan sesi taklimat dan penerangan 'Road To Gaza' ini akan dapat direalisasikan. Program seumpama ini merupakan penanda aras ke aras program yang berterusan di bawah Misi Kemanusiaan keGazaanjuran Pusat Khidmat DUN Batang Kali," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 21 January 2013 4:17 PM

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Papa Hebat: Ceramah Umum Jom Tolak Pakatan <b>di Bangi</b>

Posted: 29 Jan 2013 06:19 AM PST

Gandingan bahu Hasan Ali dengan Ezam Md Nor agak-agak apa akan jadi? Kalau nak tahu jom kita ke Seky 5 Bandar Baru Bangi.

Bakal bergegar Dun Bangi !

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


40 Pusat Refleksologi <b>Di Klang</b> Diambil Tindakan

Posted: 07 Jan 2013 07:01 PM PST

KLANG 8 JAN: Sebanyak 40 premis pusat refleksologi sekitar bandar Klang yang melanggar peraturan papan iklan dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sepanjang tahun 2012 lalu.

Premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun serta penurunan iklan serta merta setelah notis yang diberikan pihak berkuasa MPK tidak dipedulikan.

Pengarah Jabatan Perlesenan MPK, Azhar Samsudin, berkata, tindakan tersebut diambil di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPK 2007 kerana pemilik premis pusat refleksologi gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

Katanya, tujuan utama pemantauan rapi dan tindakan dilakukan oleh penguatkuasa MPK adalah mempastikan pemilik premis mengikut syarat yang ditetapkan serta bagi membendung isu gejala sosial di kalangan penduduk di sekitar.

"Kita menerima rungutan serta aduan daripada orang awam yang mengatakan iklan pusat refleksologi ini tidak sesuai serta terlalu besar dan ia terbukti melanggar spesifikasi saiz iklan yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, sebanyak empat buah premis seperti itu diambil tindakan dengan penurunan iklan serta kompaun dalam satu operasi yang dilakukan pihak berkuasa MPK di kawasan Pandamaran, Klang baru-baru ini.

Kesemua premis tersebut merupakan kali pertama diambil tindakan sepanjang dibuka setelah diberikan notis amaran selama beberapa kali namun masih tidak diendahkan.

Azhar berkata, mulai tahun 2013, operasi pemantauan dan tindakan amaran akan dilakukan dengan lebih kerap bagi membendung perkara seperti ini daripada terus berleluasa.

"Kita minta kerjasama daripada pemilik premis supaya mengikut syarat yang ditetapkan dan orang awam turut diminta tampil membantu MPK supaya ia dapat dikawal," katanya lagi.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Datuk Sosilawati Masih Hidup - Tertuduh | TeminFM Blog

Posted: 15 Jan 2013 04:25 PM PST



SHAH ALAM – Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia melihat seorang wanita yang didakwa sebagai Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas jutawan kosmetik terbabit dikatakan mati dibunuh.

Kathavarayan, 32, berkata, dia hanya mengetahui wanita itu merupakan Sosilawati selepas diberitahu oleh bekas majikannya, N. Pathmanabhan, 43, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan rakan-rakan bekas peguam itu di sebuah restoran pada petang, 7 September 2010.

Bagaimanapun, kata tertuduh itu, pada masa tersebut wanita terbabit berambut pendek dan berbeza dengan Sosilawati yang dilihat pada kali terakhir datang ke Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 yang berambut panjang.

Terdahulu, Kathavarayan yang disoal peguam yang dilantik mahkamah Hasshahari Johari Mawi berkata, pada hari kejadian dia diminta Pathmanabhan membawanya ke sebuah restoran di Tanjung Sepat.

"Saya diarah tunggu di dalam kereta dan Pathmanabhan kemudian makan dan bersembang dengan rakan-rakannya dengan agak lama," katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Dakwa Kathavarayan atau nama panggilan Ravi, semasa berada di dalam kereta dia tidak dapat melihat dengan jelas rakan-rakan Pathmanabhan kerana berada dalam jarak kira-kira 12 meter hingga 13 meter sehingga ada antara lima dan enam orang termasuk seorang wanita pergi ke kenderaan masing-masing.

"Dalam perjalanan pulang saya tanya Pathmanabhan siapa wanita di restoran, dia cakap itulah perempuan yang datang ke ladang tempoh hari.

"Saya tanya dia nampak lain, rambut pendek tetapi Pathmanabhan cakap itu merupakan perempuan yang sama (Sosilawati)," katanya.

Wanita itu jelas Kathavarayan menaiki kenderaan seperti jip bersama seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang namun tertuduh mendakwa tidak pernah melihat lelaki tersebut.

Kathavarayan juga memberitahu, itu merupakan kali terakhir dia melihat wanita berkenaan.

Kathavarayan kemudian diberi sekeping gambar Sosilawati untuk pengecaman dan bekas pekerja ladang itu mengaku itu merupakan wanita yang dilihatnya di restoran cuma berbeza kerana berambut pendek dan berpakaian perempuan.

Kathavarayan bersama Pathmanabhan selaku tertuduh pertama manakala Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, masing-masing tertuduh kedua dan ketiga kini pada peringkat pembelaan.

Mereka kini membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara itu, pada awal keterangan, Kathavarayan berkata, dia ada terdengar Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh pemandu Sosilawati iaitu Kamarudin atas arahan wanita itu sendiri.

Dakwa tertuduh, perbualan itu didengar di luar bilik karaoke di belakang ladang selepas Pathmanabhan selesai berbincang dengan Sosilawati di dalam bilik tersebut.

Ketika keluar dari bilik berkenaan, muka Sosilawati kelihatan muram manakala Pathmanabhan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke keretanya.

Keesokan harinya, pada petang 31 Ogos 2010, Kathavarayan berkata, semasa pulang dari pekan Banting, dia ada ternampak Thilaiyalagan dan Matan sedang membakar orang-orang yang dibunuh di satu lokasi pembakaran di belakang ladang.

"Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang?," tanya peguam sebelum Kathavarayan menjelaskan; "Seorang pemandu, seorang peguam Melayu dan juga seorang yang saya tidak kenal, saya tidak lihat muka."

(Sumber Dari KOSMO! 16/01/2013)

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Tips - Trik & Saling Berbagi Informasi: 10 <b>Sungai</b> Paling <b>Panjang di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 07:32 PM PST

10 Sungai Paling Panjang di Dunia


Sungai Terpanjang10. Sungai Zaire / Sungai Kongo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya berawal dari jalur pertemuan sungai Lualap dan Sungai Luapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 mil.

Sungai Terpanjang9. Sungai Irtish
Sungai ini besumber di daerah pegunungan altai di rusia, dan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungai terpanjang peringkat 5) dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 mil

Sungai Terpanjang8. Sungai Parana
Sungai terletak di paraguai, alirannya berawal dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungai grande, dan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 mil.

Sungai Terpanjang7. Sungai Yenise
Sungai ini merupakan salah satu sungi terpanjng di daerah Rusia. berhilir di Gunung Tannu-Ola di daerah Tuva barat, Rusia, dan bermuara di samudera Arktik, dengan panjang keseluruhan mencapai 2800 mil.

Sungai Terpanjang6. Sungai Huang He
Sungai Huang He atau sungai kuning, Aliranya dimulai dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bagian barat, panjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 mil.

Sungai Terpanjang5. Sungai Ob
Sungai ini adalah batas berakhirnya aliran sungai Irtish (peringkat 9). Aliranya dimulai dari gunung Altai Rusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhan mencapai 3459 mil.

Sungai Terpanjang4. Sungai Yangtse
Inilah sungai terpanjang di daratan China, Sungai Yangtse atau sungai Chang Jiang, mengalir dari dataran tinggi Tibetan hingga bermuara di laut China. Panjang keseluruhannya mencapai 3602mil.

Sungai Terpanjang3. Sungai Mississippi
Sungai Mississippi adalah sungai terpanjang kedua di benua Amerika. Alirannya dimulai dari daerah pegunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Meksiko dengan panjang keseluruhan mencapai 3713 mil.

Sungai Terpanjang2. Sungai Amazon
Berawall dari aliran glazer danau Fed di peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin dan berakhir di Samudera Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 mil.

Sungai Terpanjang1. Sungai Nil
Inilah Sungai terpanjang di Dunia, Sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Danau Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 mil.

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13: Tanjong Karang kubu kuat Umno..???

Posted: 15 Feb 2013 08:29 AM PST

JIKA Parlimen Kuala Selangor dikatakan kukuh di bawah Pas, namun lain pula ceritanya di Tanjong Karang. Parlimen ini dikatakan menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) melalui gerak kerja berterusan yang dilakukan oleh jentera BN yang diketuai Ahli Parlimennya, Datuk Seri Noh Omar.

Dua Dun di bawah Parlimen Tanjong Karang iaitu Sungai Burong dan Permatang turut dimenangi calon BN iaitu Datuk Shamsuddin Lias (Sungai Burong) dan Sulaiman Razak (Permatang).

Pastinya, nama Noh cukup kuat bertapak di Parlimen Tanjong Karang sejak memenanginya pada 1995 dan pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) lalu, beliau sekali lagi menang dengan majoriti undian 16,073 itu sekali gus berjaya menewaskan calon Pas, Mohamed Hanipa Maidin yang hanya menerima 12,253 undian sahaja. kemenangan yang diperolehinya itu menterjemahkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau selama ini.

Meskipun nama calon untuk bertanding kerusi itu pada PRU13 masih belum diumumkan, Noh positif dengan keputusan yang ditentukan dan bersedia menerima sebarang arahan demi kejayaan BN yang diwakili beliau.
Dalam satu majlis beliau berkata, tiga nama calon di setiap kerusi Parlimen dan Dun sudahpun diserahkan kepada penilaian pucuk pimpinan, namun sehingga kini teka-teki calon yang bakal bertanding untuk setiap kerusi menjelang PRU13 masih belum terjawab.


Nama calon BN yang dikenalpasti terdiri daripada golongan profesional yang terkenal dengan konflik air dan setiausaha sulit pemimpin terdahulu terus menjadi perbualan namun timbul persoalan pula sama ada penyandang asal terus dikekalkan atau tidak?

Begitu juga dengan nama besar yang dinaikkan untuk percalonan wakil rakyat wanita bagi bertanding kerusi Parlimen bukan calang-calang orangnya dan jika terpilih, pastinya merubah pucuk pimpinan yang dahulunya dimonopoli lelaki. Namun rata-rata berpendapat, Noh tidak ada masalah untuk diletakkan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun.

Meskipun ramai yang beranggapan Noh selesa dengan kedudukan itu, namun ramai 'orang pembangkang' berpendapat, kerusi itu bakal goyah apabila pelbagai konflik ditimbulkan pakatan pembangkang termasuk isu tanah, pertanian dan perladangan yang dikaitkan dengan Timbalan Pengerusi BN Selangor itu sendiri.

Timbul pula desas-desus mengatakan Noh mungkin melepaskan kerusi Tanjong Karang itu dan bertanding di peringkat Dun bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu daripada pakatan pembangkang. Seperti yang dikatakan awal tadi, segalanya boleh berlaku. Tunggu sahaja pengumuman pucuk pimpinan.

Teka-teki itu bakal terjawab sekiranya Noh bertanding di peringkat Dun.

Selain itu, jentera pilihanraya BN juga bergerak aktif dan mula turun ke kawasan masing-masing untuk menambat hati rakyat sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu melalui Program Jalinan Rakyat. Sudah tentu BN tidak akan membenarkan pakatan pembangkang menembusi kubu kuat mereka itu. Pelbagai aktiviti disusun di peringkat akar umbi dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

  
Siapa bakal bertanding?

Walaupun mengetahui nama-nama yang diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk bertanding pada PRU13, Noh yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang masih menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengumumkannya.

Menurutnya, kesemua bahagian parti berkenaan di negeri ini sudah menyenaraikan tiga nama sebagai calon bagi setiap kerusi di kawasan masing-masing untuk PRU13.

"Senarai calon itu dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan dan pemilihan calon ditentukan pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya yakin mereka yang dipilih mampu membawa kemenangan BN pada PRU akan datang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu kerana mereka yang paling layak menentukannya.

"Biar pemimpin tertinggi yang buat keputusan siapa calon yang terbaik kerana mereka diibarat seperti naik kapal terbang dan boleh lihat lebih menyeluruh, jadi mereka tahu siapa yang paling layak," katanya.

Noh berkata, pihaknya juga ada menghantar calon untuk dipertimbangkan, namun semuanya terserah kepada Presiden parti dan pimpinan tertinggi menentukannya.

"Siapapun calon kita tetap akan sokong dan calon yang dipilih adalah mereka yang mampu berkhidmat untuk semua bangsa bukan Melayu sahaja.

"Apa yang penting semua pihak perlu sepakat menyokong sesiapa sahaja calon yang akan dipilih kerana pemimpin tertinggi pastinya memilih mereka yang mampu membawa kemenangan kepada parti," katanya.

Pendidikan, pertanian jadi keutamaan

Sebagai anak jati Tanjong Karang, sudah pasti Noh mahu membawa perubahan kepada penduduk yang rata-ratanya 100 peratus bergantung hidup dengan hasil pertanian seperti padi, sayuran dan buah-buahan; perikanan dan penternakan.

Noh berkata, pendidikan menjadi keutamaan yang dititikberatkan untuk merubah masa depan anak penduduk di Parlimen Tanjong Karang termasuk memberi bantuan peralatan sekolah, sumbangan masuk universiti dan anugerah cemerlang serta peruntukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Saya percaya dengan hanya pendidikan dan ilmu pengetahuan sahaja dapat membawa mereka keluar daripada lingkaran garis kemiskinan. Kemiskinan bukan harta pusaka yang perlu diwarisi dan kita boleh keluar daripada kemiskinan jika ibu bapa mengutamakan pendidikan kepada anak mereka kerana percaya, kesungguhan menuntut ilmu mampu mengubah nasib mereka sekeluarga.

"Kesedaran dan usaha gigih amat penting bagi mengubah nasib seseorang itu dan sikap menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin perlu diterapkan dalam diri anak murid dan pelajar bagi mendidik mereka sentiasa berterima kasih dengan bantuan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sering menekan perkara ini setiap kali ucapannya di sekolah kerana dirinya juga berasal daripada keluarga miskin dan jika tiada bantuan kerajaan, mungkin tidak mengecapi kejayaan seperti sekarang ini.

"Kerajaan banyak membantu saya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perundangan dan akhirnya membuka firma guaman sendiri.

"Jadi, kebajikan guru dan sekolah sering mendapat perhatian dan tidak kedekut untuk meluluskan bantuan atau dana yang dimohon jika didapati sekolah terbabit menunjukkan peningkatan pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Saya percaya, jika ada kegigihan untuk melahirkan anak murid yang cemerlang, tidak mustahil sekolah rendah yang sebelum ini tidak pernah mencatat kecemerlangan dalam UPSR akan beroleh kejayaan," katanya.

Selain pendidikan katanya, fokus pertanian turut menjadi keutamaannya dengan pelbagai peruntukan dan bantuan diberikan kepada pesawah dan petani yang berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Sudah menjadi hasrat saya dari kecil untuk melihat sektor pertanian sawah padi di kawasan ini dibangunkan kerana saya juga berasal dari keluarga pesawah dan akan meneruskan pembelaan bukan sahaja di negeri ini bahkan di seluruh negara.

"Saya pernah menimba pengalaman sebagai penternak dan nelayan sebelum ini, pengalaman itu akan disimpan dan menjadi azam untuk membela kehidupan golongan itu kerana apabila jadi menteri, peluang untuk bantu mereka lebih luas," katanya.

Kekalkan kesetiaan pengundi

Tidak seperti kerajaan negeri pimpinan PKR yang 'memilih' penerima untuk bantuan yang disediakan, BN Tanjong Karang terbuka menyalurkan bantuan menyeluruh untuk meringankan beban penduduk ketika sambutan perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Noh berkata, berkat sokongan berterusan pengundi yang berjaya mengekalkan BN di kerusi masing-masing walaupun dilanda tsunami politik pada 2008 lalu, pengorbanan dan kesetiaan mereka perlu dihargai.

"Kita terus meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan memberikan sumbangan menyeluruh tanpa mengira kaum dan politik dari rumah ke rumah yang ternyata lebih dekat dengan penduduk.

"Dengan cara itu, jentera juga dapat mengenalpasti penduduk yang mengalami masalah kerosakan rumah, pesakit terlantar dan dekati pengundi dengan lebih rapat.

"Saya percaya, hubungan perpaduan yang kuat di peringkat Parlimen dan Dun mampu mengekalkan kerusi kerana semangat kerjasama yang erat dilihat sebagai penggerak utama pimpinan BN.

"Dalam prinsip saya, Umno bukan saya. Dalam kesibukan menjadi negara sebagai menteri, program BN di Tanjong Karang tetap diteruskan dengan bantuan Adun kawasan.

"Tidak seperti di sesetengah tempat, jika tiada ketua Umno atau BN, mesyuarat dan program tidak dapat dijalankan sedangkan bagi saya, kesemua jawatankuasa memainkan peranan penting menjayakan program yang dirancang dengan kerjasama Adun.

"Ini kerana setiap bantuan yang disalurkan bukannya datang daripada saya atau Adun kawasan tetapi datang daripada BN sebab kita mewakili BN untuk perjuangkan masalah rakyat," katanya.

Tidak pernah ugut pengundi

Noh yakin petani dan nelayan di Tanjong Karang tidak mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang PRU13.

Beliau berkata, tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah tidak benar.

Katanya, pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di sini.

"Tuduhan itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula," katanya.

Noh berkata, beliau percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu mereka.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Video Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat <b>di Sabak Bernam</b> 19 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 07:01 AM PDT





Sinopsis:

Ceramah Perdana- Merdeka Rakyat Siri Ke-9 yang berlangsung di Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor  ini menampilkan beberapa penceramah antaranya,

1) Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

2) Datuk Mahfuz Omar

3) S. Manikavasagam

4) Aziz Bari

5) Chua Jui Meng

6) Zuraida Kamaruddin

Pendapat Anda

Pendapat

MIMPI SENJA: PRU 13 " Saya akan bertanding <b>di Sabak Bernam</b> <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 01:29 AM PST


14 Feb - Former law lecturer Dr Abdul Aziz Bari says he has been picked by PKR to contest in the Sabak Bernam parliamentary seat in Selangor in the coming general election.
The former International Islamic University Malaysia academic said he had a good chance of winning the seat, which was in his hometown.
"I have been visiting Sabak Bernam for about a year now and we have been getting good response from the people.
"I feel my chances are good since Selangor is being administered by Pakatan Rakyat," he said after attending a Chinese New Year anniversary dinner organised by PKR in Balik Pulau on Tuesday night.
He was one of the speakers at the event. Other speakers included PKR adviserDatuk Seri Anwar Ibrahim and state DAP chairman Chow Kon Yeow.
Dr Abdul Aziz said the current MP, Abdul Rahman Bakri, from Barisan Nasional and his aide Rosli Busro had been sentenced to six years' jail and fined RM400,000 after being found guilty on eight counts of making false claims.
"Taking into account this matter and the current national mood, I think I can win the seat, especially since Abdul Rahman only won by a majority of 1,335 votes in the last general election," he said.
In the 2008 general election, Abdul Rahman polled 12,055 votes while PKR's Badrulamin Bahron got 10,720.There are about 37,000 voters in the constituency of which 83% are Malays, Chinese (12%) and the rest Indians.
Dr Abdul Aziz was suspended on Oct 19, 2011 for saying that the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah's intervention in a church raid controversy was "unusual and inconsistent".
The suspension was later lifted but he insisted that the accusations made against him be dropped.
Two months later, he decided to leave IIUM on optional retirement, after claiming political interference and that he was resigning "in defence of academic freedom".
Although he had received offers from PAS and DAP, Dr Abdul Aziz joined PKR in 2011.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved