ads

Khamis, 31 Mei 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 03:40 AM PDT


SEMENYIH : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.



Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

pecah 4x4 adventure team: cerita lama <b>di semenyih</b> trek bukit tokong.

Posted: 16 May 2012 09:47 PM PDT

trek bukit tokong  ni terletak kira 5-7 kilometer dari pekan semenyih.trek dikategorikan sbagai trek hardcore bagi pillot2 4w yg pernah sampai ke sini... trek sepanjang kirakira 4-6 kilometer ini dahulunyer mengambil masa kira kira 7-12 jam utk sampai ke camp site terakhir, bergantung pada kelengkapan 4w dan jumlah 4w yg masuk.
 terdapat laluan titi balak, v drop @ v gali , river crossing, mud pool.. dan banyk lagi cabaran yg akan menanti pilot 4w di sini..
 persediaan yg cukup rapi dari segi kelengkapan, aksesori pada kenderaan pacuan 4 roda 4x4 juga persediaan mental dan fizikal. kerja sama amat di perlukan dengan crew yg mahir boleh mempercepatkan jarak masa..

















































BILE NAK REPEAT WEI.... LPS RAYA NI ON... HAHAHA..

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


KESIMA JAYA: Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil <b>di Cheras</b>

Posted: 05 May 2012 04:54 PM PDT

Sabtu, 5/5/2012 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Uda Cheras. Majlis bermula dengan solat Maghrib di Surau KIP dikuiti dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Selepas solat Isyak, disusuli dengan solat Hajat memohon perlindungan daripada sebarang perlindungan daripada sebarang bala dan malapetaka dan keselamatan semua. Selesai solat hajat, jamuan makan di rumah.
Pengerusi KJ bersama Imam. Surau KIP..

ahmadmaslan.com: 300 pelajar <b>di Cheras</b> dapat komputer

Posted: 29 May 2012 07:26 PM PDT



Ahmad Maslan (berdiri lima dari kiri) dan Syed Ali Alhabshee (empat dari kiri) bersama sebahagian pelajar yang menerima komputer riba 1 Malaysia di Majlis Penyerahan Komputer Riba 1 Malaysia bagi Parlimen Cheras, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Para pelajar dinasihatkan agar menggunakan komputer dan perkhidmatan jalur lebar sebaik-baiknya kerana ia akan memberi kesan negatif sekiranya disalah guna.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gajet tersebut boleh menjadi 'racun' kepada pelajar jika mereka mengakses laman web yang tidak berfaedah.

"Komputer sebenarnya boleh menjadi 'ubat' kalau pelajar-pelajar memanfaatkannya sebagai gerbang ilmu untuk tujuan pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia bagi Parlimen Cheras di sini semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Tengah, Fadilah Mohd. Nor.

Penyerahan komputer riba fasa kedua itu membabitkan 300 pelajar dari 12 buah sekolah menengah sekitar Cheras.

Seorang penerima, R. Krishnaraja, 16, berkata, komputer pertama miliknya dan keluarga itu akan dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan pelajaran kerana ia membantu dalam mencari maklumat.

"Saya akan mengingati kata-kata Datuk Ahmad mengenai komputer boleh menjadi racun atau ubat dan berharap rakan-rakan turut sama berpegang kepada peringatan itu," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Miharja.

Pelajar SMK Yaakob Latif, Nurul Sahira Kasmawi, 15, berkata, penerimaan komputer riba itu memberi semangat kepadanya dalam persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti.

"Saya memang tiada perancangan untuk membeli komputer ketika ini kerana keluarga bukanlah orang senang. Jadi saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kerana memberi komputer ini," katanya.

Seorang lagi pelajar, Sun Sieh Mae, 16, berkata, komputer riba sangat praktikal kepada pelajar ketika ini kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja.

"Selepas ini, kalau mahu menyiapkan folio saya sudah tidak perlu ke kafe siber lagi kerana boleh dilakukan di sekolah bersama rakan-rakan,"' katanya.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


NORZAILINA&#39;s PONDERINGS: TEMU MESRA <b>DI KUALA SELANGOR</b>

Posted: 31 May 2012 12:15 AM PDT

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Selangor, jemput beramai-ramai ke 
Kedai Buku Sinar Bestari di One Plaza pada
09 Jun 2012 dari jam 4 - 7 ptg.

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Ceramah Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>di Jeram</b> Padang

Posted: 28 May 2012 10:52 AM PDT

Saya menjemput teman-teman seperjuangan dan rakyat N. Sembilan untuk bersama-sama dalam siri penerangan rakyat ini. Kita berkongsi agenda yang akan dibentang oleh DSAI Demi Rakyat.

Kita yakin N. Sembilan akan menjadi negeri ke-5 Pakatan Rakyat. Sokongan rakyat berbilang kaum dan latar belakang adalah tulang belakang kemenangan rakyat di N. Sembilan. Agenda rakyat perlu menjadi keutamaan.

Tonggak Nan Sembilan Pakatan Rakyat N. Sembilan menjadi bukti komitmen pimpinan PR untuk memartabatkan rakyat di N. Sembilan.

Kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah & Kelantan adalah bukti kemampuan pentadbiran mesra rakyat yang lebih baik di bawah PR berbanding BN.

Rakyat punyai pilihan MENJELANG PRU-13 yang ternyata bijak untuk kali ini membuat pilihan suara rakyat bersama PAKATAN RAKYAT.

Selamat Mengundi

-Kamarul Baharin Abbas-

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Tanah lot <b>di</b> Kg <b>jenjarom</b> - Klang, Land - Sheryna.com.my - 167406

Posted: 28 Mar 2011 04:56 PM PDT

Malaysia » Selangor » Klang > Jenjarom » Property > Land > Agricultural Land

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 55,000

Land type: Agricultural Land

Title type: Malay Reserved Land

Size: 1 acres

Local area: Jenjarom

TANAH LOT DI KG JENJAROM, JENJAROM, SELANGOR UNTUK DIJUAL

UKURAN = 60 KAKI X 90 KAKI
HARGA JUAL = RM55, 000 (BOLEH RUNDING)
ADA 5 LOT LAGI.
HUBUNGI : 014-2397872 PUAN ZILA

 
Puan Zila
Klang, Selangor, Malaysia
Tuesday, 29 March 2011, 7:56
167406
0176049241 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad

View related LAND » AGRICULTURAL LAND ads:

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


MAKAN-MAKAN @ RESTORAN SHID SEAFOOD, <b>PADANG JAWA</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 05:27 PM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entry makan-makan @ Jemari Asmara. Yeay!! Hoho, asal makan-makan yeay aje ibu Yusuf tu. Cuba suruh masak? Ngeh, ngeh.. Lama dah tak ada entry masak-masak kan? Dasar seorang ibu yang tak berapa rajin nak masak betul.. Alahai, kesian anak-anak dia (menangis lap air mata..)
Okey, ini lokasi makan-makan kami baru-baruni..
 Restoran Shid Seafood..
Alamat seperti yang tertera di dalam gambar. Padang Jawa ni sebenarnya sempadan di antara Shah Alam dan Klang. Kalau dari arah Klang, ambik simpang betul-betul lepas Tol Sungai Rasau. Kalau dari KL, ambil simpang ke Seksyen 7 Shah Alam tapi lepas traffic light sila ke kiri. Susah-susah buka aje google map. Boleh gitu?
Menu dia standard. Lebih kurang sama dengan restoran seafood yang lain. Kelebihannya ada bakar-bakar dan boleh pilih seafood yang kita nak.
Ini adalah antara restoran kegemaran ayah Yusuf. Cuma kami jarang ke sini walaupun kami selalu makan di luar. Bila rasa-rasa nak makan besar sikit, baru kami ke sini. Lagi satu di sini sentiasa ramai orang, lagi-lagi hari lepas gaji. Bila dah ramai tu, sila maklum masa menunggu yang diperlukan. Tapi tak ada lah lama sangat sampai keluar janggut. Kih kih kih..
Tips menunggu dari ibu Yusuf, bagi yang ada anak-anak: Ye lah, dah namanya budak-budak kan, lama sikit merungut.. (kadang-kadang mak bapak pun merungt juga.. kan?). Bawalah apa-apa hiburan yang ada. Kalau suka main game, bagilah dia main game. Kalau dia suka baca komik, suruhlah dia bawa komik dia. Cuma kena pastikan, sampai je makanan semua benda kena simpan. barulah dapat merasai masa makan bersama yang berkualiti.
Jus nenas untuk ibu..

Semua air buah berharga RM2.20, kecuali jika + laici lebihlah sikit harganya.

Budak ni tak masuk dalam pakej hidangan ye.. Hahaha..
Senyuman manis dari Maryam buat semua pembaca blog ibu dia. Pose senyum simpul sambil sedut limau ais.. :D
Antara hidangan yang kami order..
Telur bungkus, tomyam seafood, daging masak hali dan kerabu sotong..
Ikan kerapu stim limau..

Hidanganni mewah dengan bawang putih. Jadi siapa yang tak suka bawang putih tidak disyorkan untuk order. Masak stim paling sedap ibu pernah makan setakatni, di Kampung Baru KL. Tapi lupa apa nama kedai dia.

Tak ada dalam gambar nasi goreng untuk Yusuf dan nasi putih untuk kami (ibu, ayah, maryam). Nasinya diletak dalam satu bekas, bukan dihantar dalam pinggan. Kebiasaannya memang banyak dan bolehlah tambah menambah.

Jumlah untuk semua yang kami order malam tu ialah RM62.00 (ada sen-sen tapi tak ingat berapa..) Harga yang standard, taklah murah dan taklah mahal.

Buat sahabat-sahabat yang tinggal di Shah Alam atau Klang, bolehlah datang ke sini untuk makan-makan. (Ini bukan promosi berbayar ya. Tak kenal pun pemilik restoran). Ibu cadangkan atas dasar berpuas hati dengan restoran ini.

Restoranni tak jauh dari Restoran Putera Ayu yang popular tu. Pernah makan di sana tapi masa tu tak ada blog lagi.

Sekian catatan ibu Yusuf. Terima kasih sudi singgah..

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Hasil 15 Serbuan <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> dan P. Pinang - TV3

Posted: 14 May 2012 04:31 AM PDT

14/05/2012 19:31:00

Pil khayal Eramin 5 bernilai 43 juta ringgit dirampas polis hasil 15 serbuan di Lembah Klang dan Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Disifatkan rampasan terbesar setakat ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata sindiket yang menggunakan kepakaran warga asing itu tumpas dengan tertangkapnya 25 individu.

Tambah Datuk Noor Rashid, serbuan dilakukan di dua makmal dan stor di Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu hasil kerjasama pihak berkuasa Taiwan dan Bukit Aman.

Di Klang, lokasi serbuan berhampiran kawasan perindustrian ringan yang membawa kepada rampasan 88 ribu pil Eramin 5.

Turut dirampas serbuk bahan kimia seberat 282.62 kilogram dan beberapa peralatan memproses dadah.

Serbuk kimia itu boleh digunakan untuk menghasilkan 2.3 juta pil Eramin 5.

DATUK NOOR RASHID IBRAHIM / PENGARAH JSJN BUKIT AMAN

"Selain daripada itu kita juga menyita peralatan-peralatan yang digunakan untuk membentuk atau tukar dadah ini dari bentuk serbuk kepada bentuk pil, kalau kita mengambil kira anggaran dadah ini, harga dia berjumlah, mengambil kira satu pil berharga 15 ringgit".

Tambah beliau, daripada 25 yang ditahan, enam adalah warga asing iaitu masing-masing tiga warga Taiwan dan Nepal.

Sindiket itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan pil khayal itu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Anggota sindiket dikatakan menyamar sebagai ahli perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pihaknya turut merampas wang tunai lebih RM 82,000 dan 12 kenderaan dipercayai diperolehi hasil jualan dadah.

Kesemua suspek berusia 24 hingga 60 tahun direman sehingga 20 Mei bagi membantu siasatan.

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


To&#39;ki Peminta Sedekah <b>di</b> Pasar Borong <b>Selayang</b>? ~ Gossip Artis <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 08:15 PM PDT

Nama yang tidak asing lagi di persada seni tanahair ketika era 90an telah didakwa oleh segelintir blogger bahawa dia kini telah menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang.

To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.

To'ki yang ditemuramah oleh mStar Online baru baru ini, dia berkata  dia tidak menafikan sering berkunjung ke pasar borong tersebut untuk bertemu rakan-rakannya dan bersarapan pagi di kedai berhampiran.

Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.

Persoalannya sekarang? Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat? ujarnya lagi.

To'ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar menuduhnya menjadi kongsi gelap, kemudian penagih dadah dan kini peminta sedekah. Nampaknya To'ki telah melalui pada saat saat yang begitu sukar dalam hidupnya.

Kepada mereka yang menabur fitnah, sudah sudah lah, kalau betul takper, ini ternyata meleset, wat dosa jer..

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


1 MALAYSIA: VIDEO CERAMAH TIBAI <b>DI SHAH ALAM</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 09:06 PM PDT

Ucapan Musyil Am TIBAI

Ucapan Ezam Md Nor Ucapan Zul Kulim

12 di balakong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


mencari bilik sewa area <b>balakong</b> – 1887th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 07:46 PM PDT

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Youth&#39;s Intellectual Mind: Soalan &#39;Lucah&#39; MP <b>Kelana Jaya di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:45 AM PDT

Tahap kematangan ramai ahli politik Pakatan Rakyat amat mengelikan hati! Sejak PR mengambil-alih beberapa kerusi di parlimen , 'kebadutan' dalam diri mereka semakin menyerlah! Perbahasan yang tidak mempunyai asas,soalan yang biadap dan kurang sopan serta jawapan yang tidak masuk akal sememang datang dari ahli politik Pakatan khususnya dari Parti Keadilan Rakyat.
Jika sebelum ini penulis pernah menyiarkan artikel mengenai perbuatan MP Pakatan Rakyat di parlimen (klik disini untuk ke artikel ) , kali ini penulis ingin mengulas mengenai soalan yang ditanya oleh MP Kelana Jaya dalam parlimen! Geli hati melihat MP yang dipilih rakyat tidak mempunyai 'standard' ,menanyakan soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak matang! Penulis tidak pasti samada MP Kelana Jaya itu benar-benar bengong atau cuba menyindir Anwar Inrahim,Ketuanya sendiri?
Jawapan dari Menteri :

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan. Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya.

Menteri Dato Seri Ahmad Shabery Chik
Menteri Belia dan Sukan

Yang mana satu akan memperjuangkan rakyat?

Fikir-fikirkanlah!

Anda mungkin meminati : Soalan biaDAP Guan Eng di parlimen yang patut diketahui Rakyat!

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved