ads

Khamis, 15 Mei 2014

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Dari Diri Dhiya: Kebakaran Kilang <b>di Salak Tinggi</b>

Posted: 21 Apr 2014 01:00 AM PDT


Bismillah

Ya.

Semalam kebetulan saya berada di sekitar Salak Tinggi Sepang untuk food hunting. Dari jauh saya nampak asap, yang saya ingatkan awan gelap sebab masa tu memang mendung nak hujan.
Tapi semakin dekat, semakin gelap pula asapnya. Tak lama kemudian saya nampak jentera bomba. Oh memang sahlah ada kebakaran. Tapi melihatkan asapnya yang sangat hitam, saya agak ini bukan kebakaran biasa-biasa. Kebakaran kilang, mungkin.
Tak lama kemudian memang sahih ada kebakaran kilang sarung tangan di kawasan berhampiran. Tahu pun semasa kami makan. Ada dengar orang di situ bersembang.
Masa kerja dulu, saya pernah mengikuti satu kursus pencegahan kebakaran terutamanya dalam kilang macam nilah. Jurutera mekanikal atau pembinaan selalunya memang akan concern tentang hazard ni sebab risikonya tinggi dan kesan jika berlakunya insiden ini juga sangatlah teruk.

Baca dan lihat gambar lagi: Sini, sini dan sini

Dhiya

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Khalid menang &#39;percuma&#39; <b>di Kuala Selangor</b> | Malaysia Today

Posted: 14 May 2014 11:04 PM PDT

S Manikavasagam

Bekas ahli parlimen Kapar S Manikavasagam yang mencabar jawatan ketua cabang digantung keahliannya serta-merta kerana melanggar tatetika pemilihan parti

(Free Malaysia Today) – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat laluan mudah mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor apabila pencabarnya S Manikavasagam (gambar) hilang kelayakan bertanding.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan hari ini berkata bekas ahli parlimen Kapar itu didapati melanggar Perkara B.7 Tataetika Pemilihan PKR iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan pemilihan parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

"Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam muka serat 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014.

"Saudara S Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Kee Kwong.

Pengundian cabang Kuala Selangor yang belangsung 11 Mei lalu ditangguhkan ekoran terdapat bantahan dari calon yang bertanding termasuk dakwaan terdapat calon yang menandakan kertas pengundi lain.

Manikavasagam turut mendakwa beliau memiliki rakaman video yang menunjukkan Abdul Khalid, melalui pegawainya, membayar sehingga RM50 untuk membeli undi.

Khalid melalui peguamnya, telah mengarahkan Manikavasagam untuk menarik balik kenyataan ataupun berdepan tindakan undang-undang.

READ MORE HERE

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Album Kenangan: Gold Coast <b>Morib</b> Part 1

Posted: 17 Apr 2014 02:03 AM PDT

Selalunya ibu tengok saja gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh kawan-kawan di IG dan FB tentang pengalaman diorang di Gold Coast, Morib. Mulanya macam tak percaya, eh ada GoldCoast juga di Msia ni? Ingatkan di Australia je ada Gold Coast. Tapi tak hairan juga, sebab kampung New Zealand pun ada kan?
Alhamdulillah, hari Selasa dan Rabu lepas kita dapat juga jejak kaki di GoldCoast Morib dan ThemePark nya. Jauh perjalanan dari KL ke Morib hanyalah dalam 2 jam saja. Ayah ikut PLUS ke KLIA terus tembus ke Banting. Ini adalah antara pakej penginapan dan percutian yang ayah beli di MATTA Fair hari tu. Kalau pergi weekend, tentu tak berpeluang nak mandi-manda di ThemeParknya. Dengar cerita pengalaman orang, kalau weekend, pengunjung terlalu ramai hingga kolam mandi semua penuh dan sajian buffet nyaris berebut. Huh gerun juga tu. Oleh itu, marilah kita ke sana pada hari bekerja. Ica kenalah ponteng sekolah 2 hari. Sorry..
Kita bertolak pada jam 9.30 pagi untuk mengelakkan jem di Setapak dan Genting Klang pada hari bekerja. Alhamdulillah tiba di Morib pukul 12.30 tengahari dan boleh check-in.
Bilik 1104 mengadap kolam mandi. Nampak kemas dan selesa. Ada 2 katil single dan keperluan lain lagi yang selalu ada dalam bilik hotel. Harga penginapan ni, alamak lupa nak tanya ayah ;)
 Ada minibar di bawah dan atasnya ada cerek air. Macam biasa.
 Ayah cuak sebab dapat katil single. Dalam order minta king size bed. Kalau macam ini, ada budak bakal jatug terselit di tengah nanti ;) ayah cuba minta tukar dari kaunter, tapi, kena tunggu sampai pukul 3 petang baru boleh finalised sebab kebanyakan pengunjung baru nak check-out. Masa kita sampai memang ada ramai pengunjung cina yang berduyun-duyun nak naik dari kolam dan keluar dari kawasan hotel. Nak tak nak, kena tunggu lah.
 Tingkap kayu memisahkan ruang katil dan bilik air yang besar.
 Ibu tak cukup syarat kalau tak selfie (-_-) Maaflah ya Ica.
 Dalam toilet ada jakuzi. Tapi ayah dan ibu tak sempat nak menikmatinya. Ica je yang mandi kat sini.
 Ruang mandi dan memerut. Eh. Ada budak tengah yak. Sorry..
 Lepas yak, terus mandi pulak. Eh. Sempat main cak-cak dengan ayah kat tingkap tu.
 Lepas tu siap pakai pakaian nak main dalam pool kat bawah tu.
Kawasan pool tak besar sangat. Ada bahagian untuk mandi dan riadah. Tapi paling dalam pun hanya paras pinggang orang dewasa saja.
 Gelungsur biru ni pendek sangat untuk orang dewasa.
Ini betul-betul depan balkoni bilik kita.
Ayah tak jadi nak tunggu sampai pukul 3 untuk tukar bilik. Jadi, ayah rapatkan katil, dan lap sawang kat bawah katil. Lepas tu kita bertiga tidur sementara tunggu cuaca redup sikit sebelum turun ke kolam. Dalam pukul 3.30 petang, lepas solat jamak Zuhur-Asar barulah kita turun.
Kaunter tiket. Untuk Ica kena bayar RM20. Tiket ayah dan ibu dah covered dengan harga bilik. Tapi kalau beli asing RM35.
Setiap seorang dapat gelang macam pesakit hospital ni. Kena pakai sampai lah check-out hotel, kalau tak, tak boleh masuk theme park.
 Suasana kat bawah masih terik panasnya.
Ibu lupa bawa monopod, terpaksa gunakan tangan-pod saja ;) ayah bukan main tak puas ati kat ibu..
Cari port yang sesuai untuk letak kasut dan beg berisi kad masuk ke bilik. Tuala terlupa bawa. Selalunya kalau kat hotel yang ada pool, mesti ada bagi tuala kat kaunter bawah ni kan? Rupanya, tidak kat sini :-(
Lepas sesi penyejukan badan, kita pun main pelampung keliling taman atau water rafting. Ambik gambar macam mana ni? Letak saja atas bench yang kat tepi kolam. Gigih kan ;)
Gelungsur air yang pendek saja. Tapi kena tutup hidung sebab tak nak masuk air bila kat bawahnya nanti ;)
 Takde orang naik gelungsur biru yang bertutup tu. Paling tinggi kat sini. Tapi tak lah tinggi sangat. Sesuai untuk kanak-kanak. Tapi sebab panas terik, jagi bahagian dalamnya juga panas. Tak boleh lalu, kata ayah.
 Belakang ayah yang kuning tu boleh gelungsur, tak panas sebab kena bahagian redup. Kelakar bila ibu cuba turun, tak boleh menggelungsur sebab seluar ibu jenis cotton. Melekat kat gelungsur tu. Kena kayuh pakai tangan baru sampai ke bawah ;) aduh la...
 Jadi, ayah dan Ica lah yang berulangkali main benda ni. Apa namanya? Entahlah. Ibu panggil gelungsur air je ;)
 Gelungsur batu ni sepatutnya licin. Tapi bila ibu yang lalu, kena juga kayuh dnegan tangan ;) lain kali jangan pakai seluar cotton ya.
 Ica mulanya sangat takut nak turun kat sini. Tapi lepas dah 2 jam berendam, barulah ada keberanian.
 Debush! Ibu kena tunggu Ica kat bawah ni... Ibu dah macam terlipat dua ke apa tu ;) Air kat sini cuma paras lutut orang dewasa saja. Jadi kalau nak berendam, kenalah buat gaya macam buaya tu ;)
 Tak tahu kenapa ibu rasa masa kat sini berlalu terlalu lambat. Mungkin games yang tak banyak pilihan atau sebab ibu asyik teringat yang kat Legoland haritu ;) Tapi seriusnya rasa bosan betul. Bila lah nak naik ni. Lapar pun ya juga sebab lunch tadi hanya dengan 2 ketul ayam kfc. Eh. 2 ketul tu...
 Ibu jadi kuda laut dan Ica jadi ketam.
Kalau time Ica takde ni, maknanya Ica tengah naik tangga nak ke gelungsur biru tu ;)
Berendam dalam kolam ni sejak pukul 3.30 petang sampai la pukul 6. Lepas tu ibu terus naik mandi dan bersiap-siap sementara ayah dan Ica jalan-jalan tepi pantai Morib.
Pantai Morib ni tak macam Port Dickson atau Pantai Chenang atau Pantai Batu Burok yang kita pernah pergi. Pantai Morib ni airnya hitam, tak sesuai untuk mandi manda. Tapi pengusaha chalet bijak menggunakan kecantikan yang masih ada dengan membuat tempat rekreasi atas pasir pantai.
Ada banyak gazebo dan khemah didirikan kat sini untuk pengunjung duduk-duduk sambil menikmati hembusan angin petang dari pantai. Memang nyaman.
 Malah gazebo yang ini seolah-olah dibina di atas air.
 Tempat laluan pejalan kaki juga dibuat dengan kemas menggunakan bata dan simen.
 Gazebo yang tersusun elok sepanjang laluan tadi menghala ke pantai.
 Macam naik kapal pun ada kan..
Bestnya kalau ada family day kat sini... ;)
Lepas dah habis jalan, ayah dan Ica pun balik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk turun ke kafe menikmati buffet makan malam yang best ;)

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Kita hidup 2x...: Senarai sekolah rendah tahfiz <b>di Bangi</b>

Posted: 11 May 2014 08:47 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.

Pengalaman ke hulu hilir mencari sekolah yang sesuai untuk Naufal membuatkan saya terfikir untuk berkongsi maklumat ini di blog. Sekolah2 yang disenaraikan ini adalah khusus di peringkat rendah sahaja. Semoga ia dapat membantu.

1. Sekolah Rendah Tahfiz Bangi (B.E.S.T)
    Alamat : Sekolah Rendah Tahfiz Bangi, Lot 17079 Jalan Utama, Desa Putra,   
    Sg. Merab Dalam.
    No telefon : 03-89125461/011-23010305
    Website : http://tahfizbangi.blogspot.com

2. Sek. Ren. Islam Pintar Tahfiz Fuqoha (SRIPT)
    Alamat : No 6, Jalan Desa Utama 1, Taman Desa Utama, Sungai Merab
    No telefon :  03 89267762 / 019 2665048
    Website :  http://sriptahfiz.blogspot.com

3. Sek Ren. Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITI)
    Alamat :  berhampiran WARTA
    No telefon : 019-237 1216 (Ust Ismail Alias)
    Website :  http://www.sriti.com.my    

4. School of Tahfiz Quran and Arabic Malaysia (STAM)
    Alamat : Lot 1456-2, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Sg. Ramal Dalam
    No telefon :  03-8734 3125
    Website :  http://stamtahfiz.blogspot.com/

5. Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz
    Alamat : No. 39, Jalan 3/52. Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
    No telefon : 03-89266713/013-9567104   
    Alamat FB : https://www.facebook.com/pages/Akademi-Tahfiz-Quran-  Al-Fawwaz

6. Akademi Darul Huffaz
    Alamat : No. 10-11, Jalan Putra 4, Putra Kajang, Kajang 
    No telefon :  03-87404043/013-3748000
    Website : http://www.darul-huffaz.com

7. Sek. Ren. Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT)
    Alamat : No. 7, Jalan Seri Putra 1/6, Bandar Seri Putra Bangi
    No telefon : 03-89200711/019-3692534
    Website :  http://www.assyakirin.com

8. Sek Ren. Integrasi Tahfiz Khalifah
    Alamat : 41A, Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya, Teras Jernang
    No telefon : 010-7727192
    Website :   http://tahfiz-khalifah.com  

9. Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPI)
    Alamat : berhampiran Maybank dan Pejabat Pos Sek 15 BBB


12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


3 Maut Termasuk Bayi <b>di Klang</b> - KeZooM - Blogger

Posted: 21 Apr 2014 10:01 AM PDT

3 Maut Termasuk Bayi di Klang | Tiga termasuk seorang bayi perempuan maut dan tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Haji Abdul Manan di Klang. Menurut laporan awal, kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 malam Ahad itu berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria dan sebuah Honda Accordin dipandu laju dari Klang Sentral menuju ke Kapar bergesel sesama sendiri sebelum sebuah daripadanya terbabas ke dalam semak manakala sebuah lagi memasuki laluan bertentangan..

Kereta Honda Accord terbalik dan terbabas di tepi jalan, manakala Proton Satria memasuki laluan bertentangan merempuh pembahagi jalan dan bergesel dengan sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Camry.

Mereka yang terbunuh adalah dari Proton Satria, dikenal pasti sebagai Mohd Ezwan Shah Yazid, 27, Farah Natasya Fadzly, 18, dan Nur Ezzara Lemani Abdullah, lapan bulan.

Seorang lagi di dalam kereta tersebut terselamat namun mengalami kecederaan. Penumpang di dalam kereta Honda Accord dan Toyota Camry bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Menurut sumber polis, kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/04/21/tiga-maut-kemalangan/

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Peneroka <b>Sg</b>. <b>Panjang</b> Teraniaya : &#39;Kembalikan Semula Tanah Kami <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 12:28 AM PDT

alt

 

SHAH ALAM 7 Mei - Peneroka Sungai Panjang mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menarik balik keputusan untuk mengambil alih tanah di Sungai Panjang sekaligus memberikan hak milik kekal kepada peneroka memandangkan usaha peneroka di kawasan tersebut semenjak sekian lama.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata berkata tindakan pengambilan tanah oleh kerajaan Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Perbadangan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) jelas menunjukkan tindakan tersebut telah mengganggu sumber rezeki golongan peneroka dikawasan itu.

"Memorandum ini berkaitan pengumuman kerajaan negeri Selangor terhadap rancangan pengambilalihan Tanah Hutan Simpan Sungai Karang melalui MBI dan diuruskan oleh PKPS.

"Semenjak sekian lama usaha peneroka mencari nafkah tidak diganggu. Sebahagian besar dari peneroka tidak ada tanah lain untuk diusahakan. Majoriti daripada mereka menggunakan hasil tersebut untuk menyekolahkan anak dan menyara keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandun kepada wakil Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pintu Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di sini, hari ini.
 

alt

 

Tambah Budiman, satu majlis penerangan telah diadakan pada 12 April 2014 di Masjid Al- Khairiah Parit namun tiada jaminan berkaitan status pemilikan tanah kepada golongan peneroka.

Jelasnya, tindakan pengambilalihan tanah itu menimbulkan persoalan apabila kerajaan negeri tidak berusaha membangunkan kawasan ladang sawit baru dan bersungguh-sungguh untuk mengambil ladang sawit yang diteroka secara kecil-kecilan oleh peneroka di kawasan tersebut setelah sekian lama ia diterokai bermula lewat 40an.

"Aktiviti penanaman sawit juga tidak mengganggu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

"Bagaimana nasib peneroka yang terlibat ini? Sudah tentu mereka akan kehilangan pendapatan dan mengubah lanskap kehidupan mereka.

Dalam pada itu, Budiman berkata, golongan peneroka yang menaman tanaman padi, sawit dan koko di kawasan Tanah Parit 14/15, Simpang 5, Sungai Ranjang langsung tidak menggangu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

 

 

Last Updated on Wednesday, 07 May 2014 15:29

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Butik Stanza Styliska Kini <b>Di</b> Seksyen 7 <b>Shah Alam</b> - Ruby.My

Posted: 02 May 2014 12:56 PM PDT

Penampilan mencerminkan identiti setiap manusia. Malah ia memberi sedikit sebanyak impak kepada diri anda jika tidak berpenampilan menarik. Sebagai wanita yang memiliki badan kategori "plus size" pastinya pakaian yang menepati cita rasa amat sukar untuk didapati. Bukan sahaja sukar, bila dah jumpa yang berkenan harga pula melampau.

Ruby tertarik dengan konsep Butik Stanza Styliska. Memberi keselesaan kepada pembeli dengan harga yang mampu milik. Pakaian plus size murah dari Butik Stanza Styliska juga mengikut fesyen dan sesuai untuk anda yang berhijab atau tidak. Bila memiliki badan "plus size" ni memang ramai tidak berani membeli secara dalam talian kerana takut saiz yang tidak sesuai. Walaupun pihak Butik Stanza Styliska telah memberi nota ukuran, masih lagi pembeli bertanya besar tak? Loggar tak? dan soalan yang sewaktu dengannya. Jadi, pemilik Butik Stanza Styliska memikirkan untuk memudahkan semua pelanggan tersayang beliau membuka cawangan terbaru beliau di Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2014.

Stanza-Styliska

Pelaburan untuk membuka cawangan kedua sememangnya satu perlaburan yang bagus selain membantu pelanggan setia Butik Stanza Styliska melihat dan mencuba sendiri rekaan plus size terkini. Kebanyakan pakaian dari Butik Stanza Styliska adalah terhad. Terhad bukan sebab tiada stok berpanjangan tetapi bila Butik Stanza Styliska mengeluarkan rekaan baru atau pre-order pasti melebihi pesanan. Maka Puan Syena tak menang tangan nak uruskan kain-kainnya. Hehehe.

Diantara rekaan Butik Stanza Styliska yang sentiasa menarik perhatian ruby dan pembeli lain.

rubydotmy on Instagram

Ruby menggayakan Arissa Tops dan Ameera Flowing Skirt.

Stanza-Styliska-Style

Ruby jatuh cinta dengan rekaan Stanza Styliska kerana warna yang mereka gunakan ikut peredaran fesyen terkini. Bahagian jahitan hujung tangan baju mempunyai getah, bila ingin menunaikan solat ruby hanya perlu senseng ke atas sampai siku. Rekaan bahagian lengan yang besar dan material kain yang digunakan adalah High Quality Korean Lycra. Ramai yang takut menggunakan material kain Lycra, tetapi Butik Stanza Styliska menggunakan Lycra yang terbaik. :)

Anna Dress

Anna-Dress-Stanza-Styliska-1

Warna : Gold / Fuschia / Mint Green / Grey / Purple

Material : Satin Silk

Harga : RM 150 (Free Postage)

Alyssa Long Dress

Stanza-Styliska-Alysaa-Maxi

Warna : Black / Purple / Dusty Pink / Red / Mustard / Baby Blue / Emerald Green

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 110 (Free Postage)

Elsa Tutu Dress

Stanza-Styliska-Elsa-Tutu

Warna : Pastel Purple / Gold / Mint Green / Dusty Pink / Black

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 110 (Free Postage)

Cik Polka Dot

Stanza-Styliska-Cik-Polkadot

Warna : Polka Dot

Material : Denim Lycra

Harga : RM 120 (Without Postage)

G-Dress

Stanza-Styliska-G-Dress

Warna : Emerald Green / Pink / Blue / Purple / Red

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 75 (Without Postage)

Adele Tops

Stanza-Styliska-Adele-Tops

Warna : Red / Black / Blue / Grey

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 55 (Without Postage)

Ameera Flowing Skirt

Stanza-Styliska-Ameera-Flowing-Skirt

Warna : Purple / Red / Mustard / Baby Blue / Dusty Pink /Black

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 70 (Without Postage)

Arissa Tops

Stanza-Styliska-Arissa-Tops

Warna : Purple / Red / Mustard / Baby Blue / Dusty Pink /Black

Material : High Quality Korean Lycra

Harga : RM 59 (Without Postage)

Adwa Wide Shawl

Stanza-Styliska-Adwa-Wide-Shawl

Material :  High Quality Korean Lycra

Harga : RM 39 (Without Postage)

Size Pakaian Butik Stanza Styliska

Stanza-Styliska-Size-Chart

Bila dah ada cawangan butik di Shah Alam pastinya lagi mudah ingin mencari pakaian. Anda semua dijemput ke Perasmian Butik Stanza Styliska pada 3 Mei 2014 dari jam 11 pagi hingga 8 malam. No 42 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7. Butik Stanza Styliska hujung sekali sebaris dengan Old Malaya Kopitiam. 

Stanza-Styliska-Shah-Alam-Grand-Opening

Dapatkan rekaan terkini di Butik Stanza Styliska cawangan Shah Alam pada 3 Mei 2014. Jumpa disana! Ruby ada disana pada jam 11 pagi!

Alamat Butik Stanza Styliska Cawangan Bangi (HQ)
Block C G29,
Jalan SP5/5,
Taman Serdang Perdana, 
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Waktu beroperasi :
Isnin hingga Sabtu (Ahad cuti)
11 AM – 8 PM
Alamat Butik Stanza Styliska Cawangan Seksyen 7, Shah Alam (Show Room)
No 42, Jalan Plumbum N7/N, 
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.
 
Waktu beroperasi :
 
Selasa hingga Ahad (Isnin cuti)
 11 AM – 8 PM
 
No telefon Butik Stanza Styliska : 03 – 89407019 

xoxo!

sign5

1,178 total views, 16 views today

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Jalan-jalan cari makan – Crayon Burger <b>di Subang Jaya</b>! | Fazrol <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 09:36 AM PDT

Arkib

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


ISU TERKINI: ADENGAN GAMAT <b>DI KUALA LANGAT</b>

Posted: 11 May 2014 07:01 AM PDT

Membaling kerusi dan maki-hamun, intipati utama pemilihan Parti Pakatan Rakyat, PKR.

Lebih menarik, peti undi di satu daripada cabang PKR di Selangor dilapor dilarikan oleh ahli tidak berpuas hati.

Saksikan adengan gamat di Kuala Langat, Selangor.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved