ads

Ahad, 23 Disember 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Aslam&#39;s blog: Paloma fasa 2 Bandar <b>Bukit Raja</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:10 PM PST

Aku mengiklankan unit ini sebab membantu seorang rakan yang hendak menjual rumah yang baru dibelinya dan masih dalam keadaan suci. Dek kerana jauh mahu ulang-alik ke tempat kerjanya yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, terpaksa la di let-go rumah yang baru dibeli. Rumah bersaiz 24x75 yang terletak di Bandar Bukit Raja Klang ini boleh dikatakan besar dan cantik serta kawasan yang strategik bagi yang bekerja di sekitar..
Maaflah kerana hanya letak satu gambar je. Bagi yang berminat dan mahu melihat, aku akan bagitahu kawan aku kelak. Rumah yang masih tidak terusik mahu dijual pada harga RM680k.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Perkhidmatan Catering <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2012 12:00 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami dari Syarikat Akma Ali Catering bersedia memberi perkhidmatan catering kepada warga Salak Tinggi yang berminat pada harga yang sangat berpatutan dan dijamin memuaskan. Kami menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai majlis antaranya kenduri kahwin(wedding), annual dinner, open house, parti sambutan harijadi(birthday), pelancaran produk(product launching), seminar2 atau kursus, vip/royal banquet dan lain lain lagi.

Kepada yang berminat boleh menghubungi : -

Akma Ali - 012 2357460
Saedah Ali - 012 3510463
@
forum : Akma Ali Catering and Service

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Kakcik Seroja: Burger Bakar Kaw Kaw <b>di</b> Taman Dagang, <b>Ampang</b>...

Posted: 23 Dec 2012 01:58 PM PST

Melayan kehendak Budak Sepet yang sekian lama mengidamkannya...

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


lawatan pj selangor ke kawasan banjir <b>di dengkil</b> - khidmat meru

Posted: 08 Nov 2012 05:50 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Pusat ini beroperasi sebagai perantara di antara rakyat dan agensi kerajaan bagi menyalurkan semua bentuk keperluan dan suara rakyat kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga kewujudan pusat ini akan memberi ...

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Roboh Gerai Penjaja Melayu <b>Di Klang</b> - Zalimnya Kerajaan PR <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 12:43 AM PST


Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Life is colorful: Jakuzi & Waterpark <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b>... Part II

Posted: 16 Dec 2012 12:28 PM PST

Sambungan dari Part I.

Kami tidak berlama-lama di pantai memandangkan tidak ada aktiviti yang dapat dilakukan selain daripada melihat pemandangan dan berjalan-jalan seketika. Justeru, kami meneruskan langkah bersiar-siar di sekitar resort.







Ada banyak hiasan menarik sempena krismas yang akan menjelang seminggu dua lagi.





Semasa hendak naik ke bilik, taman tema air yang terletak di tengah-tengah bangunan hotel telah pun dibuka. Kemeriahan pengunjung yang sedang mandi-manda menarik perhatian Hasya.
Justeru, kami pulang ke bilik untuk bertukar pakaian. FYI, waterpark di Gold Coast Morib ini dibuka kepada semua orang sama ada anda menginap di sini atau pun datang semata-mata ubtuk mandi manda. Bayaran yang dikenakan adalah RM35.00 untuk dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak. Makanya, Hasya kenalah bayar tetapi Khayra masih dalam kadar umur percuma iaitu 2 tahun ke bawah.
Bermulalah pula aktiviti mandi-manda di taman tema air Gold Coast Morib.



Oleh kerana saya terpaksa menjaga 2 orang budak, yang mana salah seorang daripadanya perlu didukung, maka, kurang banyaklah gambar yang dapat saya ambil.




Sejam dua jugalah kami berada di taman air ini, barulah kami naik semula ke bilik. Kali ini bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari menantikan Mr. Hubby yang akan lunch break kira-kira jam 12 tengah hari.
Kali ini kami ke Pantai Morib yang jaraknya lebih kurang 5km dari hotel. 

Kami tidak merancang untuk makan di sini. Justeru, kami order untuk bawa pulang 3 bungkus nasi ayam. Sambil tunggu tempahan, tiba-tiba sahaja terasa nak makan sotong bakar dan tauhu bakar. Order jangan tak order.




Minum jus kedondong juga.
Aktiviti petang itu bersambung di water park lagi dan kemudian dalam jakuzi lagi. Nampaknya, aktiviti waterpark dan jakuzi adalah aktiviti yang paling menarik di resort ini. Lupakanlah aktiviti-aktiviti lain. Waterpark, jakuzi, waterpark, jakuzi......
Awal pagi Sabtu, kami harus bergegas pulang ke rumah. Mr. Hubby ada kelas dan exam pagi ni. Kali ini kami nak cuba jalan pulang yang lain. Tak nak dengar cakap GPS kerana kami tahu ada lebuhraya SKVE yang berdekatan dengan rumah kami. Makanya, kami ikut lebuhraya baru yang hanya ambil masa 30-40 minit sahaja untuk sampai ke rumah. Jalan tu takde dalam GPS.

Sempat makan pagi di restoran mamak lagi sebab sampai awal.

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Aisyah Humaira&#39;: Eratkan Cinta <b>di Ulu Yam</b>, Selangor

Posted: 22 Dec 2012 05:44 PM PST


Kami dating ! Bestnya berdating. Dating dengan siapa? Dengan kekasih hati la kan? Kami membasahka diri di sungai Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor pada lebih sebulan yang lepas. Pengalaman indah bersama suami tatkala ini sangat tidak boleh dilupakan. Rindu. Memang rindu. Malah teramat rindu. Tapi hati menuntut supaya kuat dan terus bermujahadah menuntut ilmu. Begitu juga Encik Sayang Niera ni. Exam kami pun dah nak dekat. 29/12/12 suami final exam [Kuliah Syariah] manakala 4/1/13 Niera pula menyusul [Kuliah Akidah] Semoga Allah mudahkan urusan kami. :D

 Aku sayang kamu

"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

 Aku sedar aku tak sempurna tetapi kau menyempurnakan aku dengan cintamu.
 Dicintai dan disayangi kamu adalah anugerah terindah yang tuhan berikan padaku. Alhamdulillah.
 Bila Tuhan masih memberiku kesempatan untuk hidup lebih lama, aku hanya ingin lalui itu denganmu sayang.
 Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku.
Cinta Itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa padaNYA, dan akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu kamu.
#Sungguh, aku mencintaimu. 


✿ Semoga Kebahagiaan Ini Membawa Ke Syurga ✿

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelab Malam Di Buka <b>Di Shah Alam</b> | AIDC

Posted: 21 Dec 2012 09:33 PM PST

AIDCNews – 22/12/12 – Selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya dua hari lepas, namun semalam beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu tidak diarahkan penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam.

Khalid diminta memberi komen dakwaan blog khairulryezal yang mendedahkan sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka.

"Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

""Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

"Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!," dedah blog itu.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


A | Z: Merewang <b>di Rawang</b>.

Posted: 10 Dec 2012 09:07 PM PST

Weekend lepas dah tegedik-gedik nak pergi jalan. Cadang nak pergi tempat dekat.
Jimat minyak, jimat duit dan jimat masa.
Macam biasa, Mr.John memang jangan harap lah dia nak rajin mengoogle kalau nak berjalan.
Dia tahu 'jom gerak'. pastu pergi mana-mana pon tak tahu. Dalam kepala dia je tau. kunun surprise. wekkk :P.
So, kali ni biar gua yang carik tempat yang dekat-dekat je, nature cantik, murah and best.
Google punya google jumpa Bukit Melawati. Eh tempat tinggalan sejarah ni macam best. Nak pergi nak pergi.
Ada makam, ada perigi ,ada muzium. Mana tau nanti boleh buat research untuk thesis kan. Ni kira macam survey tempat lar.  kan? kan? Tapi lepas inform dengan boss, jom lar kite ke Bukit Melawati. 
Katanya ' Jauh le awak, Kuala Selangor tu'. Eh jauh apenyee, google kata sejam macam tu.
'Jauh lar'.  'Dekat lar' .  'Jauh. lain kali lar pergi, kita pergi Rawang je tengok movie'.
Hmm hmm hmmm. Sakit hati sorang-sorang.Google Rawng sejam jugak dari sini. Sad :(
Rawang ada apa pon tak tahu.  =.='
Rawang sekarang dah ada AEON. So dah ada movie. Pergi tgv tapi tiiket lambat lagi nak start.
Jom merayap dulu.
Pergi toilet camhwore dulu, tandas bersih orang takde. Yelar camhwore.
 Orang ada taktahu nak sorok muuka tang mana. 
Tiket lambat lagi start, 11.45am. Sekarang baru 10.15. Lama lagi.
Jalan-jalan jumpa Daisoo. Ohoii best. Banyaknye barang comelll. Gila sekejapp..

Gila tengok semua barang comeell. 5 hengget je pulak. hoho. 
Aku engat aku sorunk je gila barang comel. 
Dia pon gila jugak. 'Nanti dah kawen kita beli banyak barang comel kat sini eh?' mata bling bling.
'Taknak, I nak beli kat IKEA'. =P demand tak aku?
 hahaha gurau gurau. sapa suruh takmo bawak p Bukit Melawati.

Sedar tak sedar, dah 11.30am. Lama betul berangan tengok barang comel. Sejam lebih kat situ.
Beli nye ini je, sebab nak buat note untuk examm =.='

Magic colour. Dia punya. Pinjamm jap malam tadi.Plastik dah terhilangkan. kekeke
Cepaat-cepat cariik hall. Nasib daiso dengan movie dekat ja. 
Eh, nak tahu  Tiket sini mahal sikit RM 14 single seat. 
Maybe kawasan baru or maybe sebab weekend. 
Tapi biasa weekend pon RM 11 kat mid. Ontah lar kenapa mahal. Im not sure why.
Hall dia bez lar jugak. Cuma tak ramai orang. Pelik. Lagi satu yang pelik masa tengok movie, lampu kat tepi-tepi hall dia kejap-kejap menyala, japg gelap balik. pastu menyala balik. 
Tak tahu lar sebab lampu rosak ke memang style dia cennggitu. 
Overall cerita LBS II macam tak best sangat than LBS I 2010 dulu. Time ni semua nak mati, athirah mati. Kesian dia, huhuk sad :'(. Iskandar mati. Ayu dah lama mati. Nape entah semua mati. Tapi intro LBS III dah keluar. Itu seriouz macam best. Lagi banyak conflik. Kira 'katerina' ni so-so je lar. LBS III : 'kasyah'. Launch next year.
Balik tu tiket parking pon tak mahal. RM 1 je. Rasa macam dah parking berejam-rejam dah.
So lepas ni nak tengok movie tak ada lar pergi nun di KL. Rawang pon dah okee.
Student macam kitorunk boleh dah jimat minyak tol bagai.
Tapi aku bukan kaki moviee pon. Tak tengok movie kat cinema pon tarak hal lar. =P
Tak tahu nak teroka mana Rawang ni. Dah try google, tapi macam takada je tempat best. So weekend kali ni tak ada lar tempat nak tenangkan otak, cuma movie semata.
Hoo. Ni masa 2010. LBS I. Pergi dengan dia jugak. Bestfrengg foghever lagi timeee nihh.
LBS II 2012. Dah tukar title. jantung pisang tika ini.
Hopefully LBS III nanti bertukar lagi title. Verangannn je lebih. hehek.
Doa-doaa lar. semoga dipermudahkan.
Jodoh, kita merancang, tak boleh lar nak beria sangat.
Sebab hujung cerita Allah yang create.
 Cuma aku mampu berdoa semoga cerita yang aku create ini sama dengan jalan cerita yang Allah aturkan di akhirnya. Aminn ..

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Tun_Telanai: MCA SAPU TANAH <b>DI KAJANG</b>

Posted: 07 Dec 2012 01:46 AM PST



KAJANG- Sedikit demi sedikit skandal projek sapu tanah oleh BN Selangor sewaktu memerintah negeri itu dahulu mula terdedah. Terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching pula tampil dengan pendedahan berikutnya.

Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang 'dibeli' MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.
"Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui," katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.
Menurut Nie Ching, tapak itu kini sedang dibina bangunan pejabat MCA Hulu Langat dan bukan untuk dibina tadika atau dewan orang ramai seperti yang didakwa.
Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.
Menurut Nie Ching, pampasan yang perlu dibayar untuk pengambilan balik tanah oleh kerajaan harus mengikut harga pasaran semasa.
"Sewaktu tanah itu dibeli MCA, mereka sekadar membayar RM1 sekaki persegi.
"Pampasan yang mereka dapat daripada Kerajaan Persekutuan adalah keuntungan yang mereka perolehi," katanya.
Ditanya mengenai pampasan yang mungkin diberi kepada MCA, beliau memberi perbandingan Bangunan Dewan Perbandaran MPKj yang terletak berhadapan tapak milik MCA itu memohon RM16 juta sebagai pampasan lantaran projek MRT berkenaan.
Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan sebanyak 24 keping tanah di Selangor didakwa dijual murah kepada parti komponen BN semasa parti itu mentadbir negeri.
Beliau mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta hingga RM300 juta.
Daripada 24 bidang tanah yang didedahkan dibeli pada harga murah oleh parti komponen BN Selangor, lima daripadanya didaftarkan milik MCA.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Rumah Kerabat Diraja Dimasuki Perompak <b>Di Petaling Jaya</b>

Posted: 20 Dec 2012 05:40 PM PST

21.12.2012, Jumaat - The Sun dalam keluarannya pada Khamis, 20.12.2012 melaporkan  mengenai rumah seorang kerabat diraja yang terletak di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor telah dimasuki perompak dan mengalami kerugian sebanyak RM2juta.  Walau bagaimanapun nama dan kerabat diraja dari negeri mana tidak dimaklumkan. Tuan punya kediaman adalah seorang kerabat diraja berusia 70tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas ahli politik. Pada hari kejadian, mangsa dan keluarga serta orang gaji mereka telah keluar dari kediaman berkenaan sekitar jam tujuh malam untuk meraikan harijadi mangsa yang ke-70 tahun disalah sebuah hotel.  Setelah majlis selesai mangsa dan keluarga pulang kekediaman mereka dan mendapati tingkap dapur mereka terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak. Menurut mangsa sistem pengera dan kamera litar kediaman berkenaan tidak berfungsi kerana  telah rosak.
Perompak telah memecah peti besi simpanan yang terletak dibahagian atas kediaman berkenaan dan melarikan barang kemas, siling emas, jam tangan berjenama, wang tunai dan koleksi peribadi yang berharga.  Diantara koleksi peribadi mangsa yang dicuri adalah pistol, dua majalah mengenai senjatapi dan 62 butir peluru. Mereka juga telah merosakkan empat buah kereta mewah dikediaman berkenaan.  Mangsa percaya bahawa penjenayah terlibat merupakan individu yang biasa dengan keadaan kediamannya berdasarkan barang-barang yang dirombak.  Ini merupakan kali ketiga kediaman mereka dipecah masuk oleh perompak semenjak mereka tinggal dikediaman berkenaan  31 tahun yang lepas.
Maklumat daripada jiran-jiran mangsa memaklumkan terdapat sebuah lori dan beberapa buah kereta berhenti dihadapan rumah mangsa semasa kejadian. Beberapa tahun lepas mangsa pernah dirompak didalam kenderaanya tetapi rompakan itu tidak berjaya selepas beliau melepaskan beberapa das tembakan kearah perompak berkenaan. Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed memaklumkan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung rompakan ini agar tampil membantu pihak polis untuk membuat siasatan.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved