ads

Isnin, 2 September 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Air hak <b>negeri Selangor</b>, bukan milik kroni UMNO-BN – Oleh Hafiz <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 11:23 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Di sebalik kemelut kerajaan negeri Selangor dan syarikat air swasta SYABAS, satu perkara yang harus lihat kembali ialah pokok pangkal tujuan pengambilalihan pengurusan air di negeri tersebut, iaitu: * Untuk mengekalkan ...

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Tugasan 30 hari, berakhir <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 12:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Salam kepada semua pemancing di luar sana, terima kasih kerana masih sudi melawat blog kami. Selamat hari raya dan selamat hari merdeka yang baru saja lepas. Kepada semua yang masih panas dengan jamuan rumah ...

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Kiulu Kini | Berakit <b>Jeram Di</b> Kiulu

Posted: 01 Aug 2013 09:21 AM PDT

Berakit jeram di Sungai Kiulu telah dimulakan sejak lebih 15 tahun yang lalu dan ianya pada asalnya diwujudkan oleh pengusaha pelancongan yang gemarkan aktiviti lasak. Sungai Kiulu yang diketegorikan pada Gred 1 dan 2 kini telah berjaya menarik minat sekurang-kurangnya 17 pengusaha berakit jeram untuk beroperasi disini.

Setiap hari sekurang-kurangnya 200 orang pelancong dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Kiulu untuk melakukan aktiviti berakit jeram ini.

Bayaran berpatutan diantara RM80 sehingga RM200 dikenakan bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelancong-pelancong tersebut.

Laluan berakit sepanjang 15KM iaitu diantara Kg. Pukak dan Pekan Kiulu merupakan laluan paling popular kerana sepanjang laluan ini terdapat banyak jeram yang menyediakan cabaran kepada peserta berakit jeram.

Selain air sungai Kiulu yang jernih, pemandangan di sepanjang laluan ini juga sangat menenangkan bagi pengemar pemandangan luar bandar.

Selain dari itu, habitat ikan di sungai Kiulu juga masih dikekalkan dengan adanya amalan Sistem Bombon/Tagal yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung sepanjang sungai ini dan berjaya mewujudkan daya tarikan baru kepada pelancong.

Satu contoh tarikan baru hasil dari amalan Sistem tagal ini boleh dilihat di Kg. Poturidong Kiulu di mana pelancong berakit jeram boleh singgah bermain dengan ikan-ikan sungai yang jinak.Kg. Poturidong Kiulu ini terletak dipertengahan laluan sepanjang 15KM ini dan pada  ketika ini pelancong hanya dikenakan bayaran untuk makanan ikan sahaja.

Tarikan baru di sungai Kiulu ini diharap pada masa akan datang dapat diintegrasikan oleh pengusaha pelancongan berakit jeram didalam promosi pemasaran mereka dimasa akan datang dan diharapkan agar integrasi ini akan turut memberi keuntungan "menang menang" diantara pengusaha dan penduduk kampung.

Lokasi Sungai Kiulu yang terletak kira kira 70KM keutara Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kira kira sejam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu menjanjikan pengalaman menarik untuk perjalanan percutian sehari anda.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menghadiri Majlis Eidulfitri Dan Meraikan Mantan Speaker Dewan <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2013 04:24 AM PDT

Shah Alam, 23 Ogos 2013 – Saari telah diundang menghadiri majlis sambutan Eidulfitri Dewan Negeri Selangor dan meraikan mantan Speaker yang telah diadakan di Dewan Makan Bangunan Annex.

Saari bersama Spaker dan Timbalan Speaker Dewan Selangor menyambut ketibaan mantan Speaker, YB Teng Chang Kim

Saari bersama Spaker dan Timbalan Speaker Dewan Selangor menyambut ketibaan mantan Speaker, YB Teng Chang Khim

Saari dan hadirin menjamu selera sambil berbual mesra

Saari dan hadirin menjamu selera sambil berbual mesra

Dato' Menteri Besar Selangor bersalaman bersama Saari dan hadirin setibanyak ke tempat majlis

Dato' Menteri Besar Selangor bersalaman bersama Saari dan hadirin setibanya ke tempat majlis

Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Hannah Yoeh menyampaikan ucapan menghargai jasamantan Speakeratas pembaharuan yang telah berjaya membawa beberapa perubahan yang dipandang tinggi dimata masyarakat dunia

Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Hannah Yeoh menyampaikan ucapan menghargai jasa mantan Speaker atas pembaharuan yang telah berjaya membawa perubahan yang dipandang tinggi dimata masyarakat Malaysia dan dunia

Mantan Speaker Dewan Negeri Selangor menyampaikan ucapan terima kasih kepada Dewan Negeri atas penganjuran majlis

Mantan Speaker Dewan Negeri, YB Teng menyampaikan ucapan terima kasih kepada Dewan Negeri atas penganjuran majlis dan berharap usaha yang dilakukannya di Dewan Negeri dapat diteruskan pada masa akan datang

YB Teng Chang Khim menerima cenderahati daripada YB Hannah Yoeh

YB Teng menerima cenderahati daripada Dewan Negeri Selangor

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Ops Cantas: 25 wanita Vietnam ditahan <b>di Puchong</b> Jaya ABN News <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR – Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Ops Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya dekat sini lewat malam tadi.

Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.

"Ia diubah suai untuk menempatkan lapan buah bilik di atas dengan setiap bilik mempunyai kelas tersendiri iaitu bilik kecil, sederhana dan bilik orang kenamaan (VVIP) yang berharga antara RM388 hingga RM1,488 setiap satu.

"Walaupun empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di di bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport sebagai pelancong asing," katanya sambil menambah mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.

Roslin menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita premis itu.

Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan. – Bernama

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


IPOH MALAY: 3 Sekeluarga Dibunuh <b>Di Dengkil</b>

Posted: 29 Aug 2013 05:19 AM PDT

 3 sekeluarga dibunuh. Mencabar pihak berkuasa ketika Ops Cantas ?
PM bersuara tentang pendedahan kongsi gelap.

Waytha Moorthy diberi 'amaran' oleh PM. 
Pembanterasan penjenayah perlu disokong sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Tiga sekeluarga ditemui mati dikelar <b>di Dengkil</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 29 Aug 2013 01:01 PM PDT

- Friday: 2013-08-30 04:01:09'.

tiga sekeluarga dikelar dengkil

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelar di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu seorang nenek berumur 64 tahun ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala bayi tersebut dikelar di leher.

"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat berasingan iaitu di ruang tamu, dapur dan bilik utama di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa yang berumur tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Imran, bergerak atas maklumat tersebut, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tiga lokasi berbeza.

Selain itu katanya, polis akan menyiasat kes tersebut daripada pelbagai aspek termasuk dendam mahupun rompakan kerana hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di rumah mangsa.

"Rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun mahupun pergelutan, polis kini sedang giat mengesan senjata yang digunakan serta motif kejadian," katanya.

katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan ditalian 03-8772 422 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mas Ayu, 27 berkata, pada pukul 11 pagi dia ada terdengar bunyi bising daripada rumah mangsa.

"Selepas terdengar bunyi bising saya ada meninjau keadaan di rumah mangsa, namun tiada apa-apa kejadian yang mencurigakan berlaku.

"Sekitar rumah mangsa pada ketika itu juga tiada sebarang kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir ia mungkin pergaduhan biasa yang tidak serius," katanya.

Katanya, sepanjang mengenali keluarga mangsa tiada sebarang masalah yang timbul, malah tiada pergaduhan besar melibatkan mereka.

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Cerita dari Mamaleen...: Majlis Bertunang <b>Di Morib</b>

Posted: 18 Aug 2013 06:07 PM PDT

as salam

selamat hari isnin... mood malas2 je pagi ni.. huhu

jom cerita pasal jalan2 ke Morib sabtu lepas

ekceli bukan pergi piknik.. tapi ada majlis bertunang family sebelah hasben.. 

buat kat rumah persinggahan family kat Morib.. mama first time datang sini.. memang best sebab tepi pantai.. angin sepoi2..

cantik hiasan dan pelamin.. semua buat sendiri oleh bakal pengatin dan family..





dan tukang audit kecik dah sampai.. sibuk je kehulu hilir..




hantaran atas basikal.. comel

reza memang suka sangat sampai tak mau balik.. masa ni belum pegi pantai lagi..




ehem2.. nak jugakkkkk



notty girl.. 


 bila pagar dah buka, terus terjah ke pantai.. walaupun bawah matahari panas..


reza dan2 buat jatuh.. sampai basah seluar pastu minta nak mandi.. emm mandi je la nak oii.. berkilat badan nanti padan muka.. huhu

mek ni pulak confius.. kejap nak mandi, kejap tak nak.. last2 duk terjerit2 tepi pantai.. hihi



selesai majlis bertunang, buat open house sekali... sambung makan lagi.. keja mama makan je la sampai ke petang.. melantak sate tak ingat2.. huhu.. pastu sibuk la baju tak muat kan... hehe

majlis kahwin hujung tahun ni Insya Allah.. boleh datang sini lagi kalau majlis buat kat sini la.. :)



layankan keek mek nia yang nak nyanyi lagu tegar tu.. kbye..

lurve,

mamaleen



12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 09:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JOM KENALI CALON BN N.03 <b>SUNGAI PANJANG</b>, BUDIMAN <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 11:17 PM PDT

Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal mewakili masyarakat 1Malaysia di DUN Sungai Panjang (N.03), adalah anak watan Sungai Besar sendiri. Calon dimaksudkan adalah Budiman Mohd Zohdi, dilahirkan pada 11 Mac 1972 di Kg. Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor. 

Calon ini telah mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Sri Makmur, Sg. Besar. Beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.

Sejak kecil dan awal remaja lagi, calon ini telah menunjukkan bakat kepimpinan di mana beliau banyak melibatkan diri dalam pertandingan pidato dan syarahan sewaktu di alam persekolahan lagi.

Setelah tamat alam persekolahan, beliau berpeluang menuntut di luar Selangor, iaitu ke Politeknik Kota Bharu dalam jurusan pemasaran. Di sini bakat kepimpinannya digilap lagi, iaitu ketika memimpin gerakan mahasiswa di politeknik dan universiti tempatan dari tahun 1992 sehingga 1997.

Disebabkan keinginan dan dahagakan ilmu, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Ketika di UKM, beliau telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan memimpin gerakan mahasiswa - Tindakan Mahasiswa Bersatu pada tahun 1997.

Tahun 2003, menyaksikan calon kelahiran Sungai Besar ini menggulung Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL N.03, BUDIMAN MOHD ZOHDI

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Hani Othman: Rebus Rebus <b>di Shah Alam</b>

Posted: 26 Aug 2013 08:59 AM PDT

Baru-baru ni member Hani telah memperkenalkan satu tempat makan yang best dekat hani. Nama tempat tu rebus rebus yang terletak di Shah Alam seperti alamat kat bawah ni:
D-5-G Jalan Serai Wangi H16/H, Alam Avenue Seksyen 16 (Padang Jawa), 40200 Shah Alam, Selangor
Serious Hani cakap... BBQ dia memang sedap. Boleh lawan Seoul Garden babe! If dulu terasa nak makan daging BBQ jer terus Hani terjah Seoul Garden tapi sekarang dah jumpa Restoran Rebus Rebus ni, memang Hani akan terjah sini dulu la... Bukan setakat sedap, murah pula tu. Just spend RM27.60... Pilihlah nak makan apa dan berapa banyak sekalipun...






12 di balakong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 07:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEMBEKAM WANITA <b>DI BALAKONG</b> KAJANG ~ Bekam | Mukjizat <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 07:20 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH....

BAGI KAUM WANITA YANG TINGGAL BERDEKATAN DAERAH KAJANG, BALAKONG, SUNGAI BESI, SERI KEMBANGAN, SERDANG, UPM DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, JIKA INGIN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SUNNAH BOLEHLAH MENGHUBUNGI CHE ZILA DI NO. 019-380 3719
ALAMAT BELIAU DI NO J-12 JALAN SINARAN 4,TAMAN SINARAN, 43300 KAJANG SELANGOR. (boleh cari lokasi kat google map yer).


WAKTU PERKHIDMATAN : 9 PAGI - 10 MALAM
BUKA SETIAP HARI KECUALI HARI RABU TUTUP.
KHUSUS UNTUK WANITA SAHAJA.
SILA BUAT TEMUJANJI AWAL.

 "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 08:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2013 07:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot <b>di Balakong</b> | Arena Kereta

Posted: 20 Jul 2011 07:30 AM PDT

Peugeot Balakong Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot di Balakong

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, hari ini telah melancarkan pembukaan bilik pameran terbarunya di Balakong. Ketua pegawai operasi Nasim, Dato' Samson Anand George berkata, bilik pameran terbaru itu akan menampung permintaan pelanggan di kawasan Balakong, Cheras Selatan, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Serdang dan Bangi.

"Tahun lepas telah mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 28,444 unit kenderaan. Untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, sejumlah 12,078 unit keseluruhan telah terjual di pasaran ini yang mana telah mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2010. "Pembukaan bilik pameran terbaru ini akan meningkatkan lagi jumlah jualan kami memandangkan terdapatnya peningkatan permintaan terhadap kereta buatan Eropah," tambah beliau lagi.

Bilik pameran terbaru Peugeot di Balakong adalah sebahagian daripada proses perluasan pasaran yang dilakukan oleh Nasim di seluruh negara. Syarikat itu baru saja melancarkan pembukaan pusat 3S di Melaka dan melantik pengedar tunggal di Sabah. Dengan pembukaan pusat jualan Peugeot Balakong, kini terdapat 19 pusat pameran dan jualan Peugeot di seluruh negara. Selepas Balakong, Nasim bercadang membuka tiga lagi bilik pameran dan jualan terbaru, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 22, membolehkannya berada di setiap pasaran utama di seluruh negara.

Peugeot 207 SV Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot di BalakongDengan pembukaan Peugeot Balakong, syarikat itu kini memiliki 10 pusat jualan di Lembah Klang. "Kami juga bercadang melancarkan pusat 2S di Balakong tahun ini untuk menampung permintaan pelanggan Peugeot sedia ada dan pelanggan berprospek. Pusat 2S ini akan didirikan tidak jauh dari bilik pameran dan jualan dan akan menjadi salah satu pusat selepas jualan Peugeot terbesar di dalam negara," kata Dato' Samson.

Untuk enam bulan pertama tahun ini, Nasim telah menjual sebanyak 3,082 unit kenderaan, mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus berbanding jumlah jualan pada tempoh yang sama tahun lepas. Sementara itu, Nasim juga memperkenalkan Peugeot 207 SV di Peugeot Balakong hari ini. Peugeot 207 SV merupakan varian terbaru sedan 207, tampil dengan kit badan luaran lebih sporty dan kemasan dalaman baru. Model tersebut disasarkan untuk pembeli muda dan pelanggan yang mahukan sebuah sedan lebih menarik dalam segmen-B.


Jawatan Kosong FIG Metal Industries Sdn Bhd <b>di Balakong</b>

Posted: 24 Dec 2012 04:52 AM PST

An established ISO Certified Company in Balakong invites suitable candidates for the following positions:

PURCHASING AND ADMIN CLERK
MARKETING CLERK
BUSINESS DEVELOPMENT
EXECUTIVE
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE
HUMAN RESOURCE CLERK

Requirements for all positions:-
- Qualification: SPM/Diploma/Degree.
- Conversant in English, Bahasa Malaysia and other languages.
- Candidates must have 2 years working experience.
- Preferred age group between 20 to 36 years old.
- Familiar with Microsoft Word, Excel, Power Point & etc.
- Willing to travel outstation / local (Business Development Executive).

Interested, please contact:
No.15, Jalan CJ 1/6A,
Kawasan Perindustrian Cheras Jaya,
43200 Cheras Jaya, Selangor
.
Office: 03-90804060 / 019 3859941
Email: Please Login or Register to apply this job online.

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di</b> <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 02 Oct 2012 06:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air ...

majlis maulidur rasul anjuran pbm, aop dan penduduk orang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:45 PM PST

 MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN PBM, AOP DAN PENDUDUK ORANG BAWEAN DI BALAKONG

Ditulis oleh : Hefny Amany
Media : Kuduk-Kuduk Channels  Balakong / 24 Januari 2013-Kira-kira hampir 500 orang menyertai sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan Anak Oreng Pebien (AOP) di Taman setia balakong, kelmarin.

Pengerusi Anak oreng Pebien (AOP), Abang Azroy berkata, program itu yang julung kali diadakan bersama Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan penduduk Taman Setia Ehsan berjaya mengumpul lebih 500 orang pada malam itu.
Walaupun pada majlis itu berada dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat para hadirin yang hadir pada malam itu. Orang ramai tetap menunggu sehingga majlis itu selesai sambil mendarma untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di tindas oleh israel laknatullah.
Menurutnya, selain menguatkan persefahaman dan mengeratkan silaturrahim penduduk,  Persatuan Bawean Malaysia (PBM) juga dapat mendekati golongan belia anak orang Bawean di Malaysia iaitu anak muda penduduk perumahan disitu yang mejoritinya orang Bawean dengan aktiviti keagamaan.
Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Presiden (PBM) iaitu Datuk Hj Abdul Aziz Bin Satar serta ketua-ketua (PBM) lainnya. Turut hadir dalam acara tersebut adalah ketua UMNO bahagian Balakong dan penduduk taman perumahan disitu.
Pada siang harinya, persatuan penduduk perumahan disitu  dengan sokongan dari Anak oreng Pebien (AOP) telah membuat satu program khusus supaya sambutan ini lebih meriah dengan mengadakan pertandingan tarik tali, membaling belon, meniup tepung dan banyak lagi.oleh media Kuduk-Kuduk Channels.

Pejabat Parlimen Serdang Kesan Pengundi Hantu

Posted: 03 Apr 2013 12:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BALAKONG, 3 APR : Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas...

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


.: Makeup Bertandang Azma <b>di Kajang</b> - D&#39;iman Bridal Couture

Posted: 16 Aug 2013 08:12 PM PDT






Tq so much to kak azma dan suami sebab menggunakan service makeup emma..kali ni emma bwk kakak emma (Doctor rita) sekali masa mekap..layanan dari family kak azma sgt la baik..pagi2 da dapat bekfes..tq kak !!.. tahniah di ucapakan untuk kak azma n suaminya.. orang Melaka memang kelakar kan...untung la kak azma..
Selamat Pengantin baru kak azma..

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


SILATURRAHIM DENGAN USTAZ SARAWAK <b>DI SABAK BERNAM</b>.

Posted: 28 Aug 2013 08:10 AM PDT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, Tiada sekutu bagi Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku ( antara seluruh umutku) adalad orang Islam yang pertama  ( yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)
(surah al An'am ayat 162-163)
Abu al Syeikh meriwayatkan daripadaQatadah bahawa Abu Musa berkata " Alangkah baiknya jika semua orang islam membaca ayat ini setiap kali mereka membaca al Quran"










'Cukuplah bagiku Allah( yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia: kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.'
(maksud ayat 129 surah al Taubah)

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.


12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Polis tembak Geng 04 ikut prosedur, IPD <b>Kuala Langat</b> disembur cat <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 09:30 PM PDT

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dikejutkan dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi.

Anggota patuh SOP, nafi lepaskan 30 tembakan

Georgetown: Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan.

"Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.

Maut balas tembakan

"Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013, di sini semalam.

Awal pagi kelmarin, sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.


Mengenai desakan keluarga suspek yang mahu melakukan bedah siasat kali kedua serta inkues kejadian berkenaan, Abdul Rahim berkata, polis mereka boleh membuat permohonan untuk tujuan berkenaan.

Beliau turut menafikan khabar angin bahawa saki baki anggota geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin membalas dendam kematian rakan mereka, namun menegaskan polis tidak akan membiarkan begitu saja jika benar ada ancaman sedemikian.

Sementara itu di Banting, Selangor, dinding belakang bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat diconteng dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi semalam sebelum disedari orang ramai kira-kira jam 7 pagi dan dimaklumkan kepada kepada petugas IPD berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi, bagaimanapun menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kematian lima anggota kumpulan kongsi gelap yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, sebaliknya menyifatkan ia sekadar perbuatan vandalisme.

"Semburan cat nombor 04 juga kelihatan di beberapa kawasan lain di Kuala Langat seperti pekan Banting sebelum ini. Apa pun, kita sedang menyiasat dalangnya dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat jika tahu mana-mana individu yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya.

Berita Harian

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved