ads

Khamis, 21 Februari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


laman blog pergerakan pemuda umno cawangan <b>telok datok</b>

Posted: 01 Feb 2013 07:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

PANAS ! ADUN TELUK DATUK KAKI UGUT?

Posted: 01 Feb 2013 04:59 AM PST


IBARAT CACING KEPANASAN..ITULAH YANG BOLEH AKU KATAKAN DI SINI..PABILA PENDEDAHAN "PENYEMBUNYIAN"BUKU-BUKU LATIHAN UNTUK DIAGIHKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH TELAH DIDEDAHKAN  OLEH YAP KON MIN,BEKAS PENGERUSI DAP  CAWANGAN SERI KEMBANGAN BARU baca di sini http://pemudatelokdatok.blogspot.com/2013/01/bongkaradun-dap-teluk-datuktipu-rakyat.htmll BERSAMA RAKAN-RAKANNYA SEPERTI TONY TAN,JAVIN TAN DAN R.VELLASAMY.SEPATUTNYA ADA SEORANG LAGI YANG AKAN MENYERTAI SIDANG MEDIA INI,IAITU  BEKAS SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG SUNGAI JAROM,AKAN TETAPI,BELIAU TIDAK DAPAT HADIR BERIKUTAN TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN DARIPADA SESEORANG INDIVIDU YANG TELAH MEMBERI TEKANAN AGAR TIDAK KELUAR MEMBERI KENYATAAN BERSAMA.MAKIN HEBAT "GAME"YB PHILIP NI.MAIN UGUT-UGUT..KENAPA?

SELEPAS SEMINGGU BERLALU SEJAK SIDANG MEDIA YANG PERTAMA BERKAITAN ISU PENGEDARAN BUKU LATIHAN,MAJALAH SERTA BAIK-PULIH JALAN DI DUN TELUK DATUK OLEH YAP KON MIN PADA 26 JANUARI LALU TERHADAP ADUN TELUK DATUK,YB PHILIP TAN CHOON SWEE,MASIH LAGI BELUM MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN YANG MEMUASKAN..
BUKU LATIHAN SEBANYAK 13 RIBU NASKAH YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PROGRAM HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT PADA TAHUN 2011 MASIH BELUM DIEDARKAN LAGI KEPADA PELAJAR SEKOLAH TERUTAMANYA KEPADA  KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RENDAH...ERMM..INI KE CARA NEGERI BERKEBAJIKAN AGIHAKAN BANTUAN?
BACA DI SINI http://pemudatelokdatok.blogspot.com/2013/01/adun-teluk-datuk-akui-selewengserah.html
 SEPATUTNYALAHKAN,JUMLAH SEBANYAK ITU,PROSES PENGEDARAN BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL MASA YANG AMATTTTTT SINGKAT,NAMUN..SETELAH 2 TAHUN PENGEDARANNYA MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA????
DALAM SIDANG MEDIA TERSEBUT,YAP KON MIN TELAH MENYERU KEPADA  PHILIP TAN AGAR DAPAT MEMBERI PENJELASAN YANG LEBIH TERPERINCI BUTIR-BUTIR PENGAGIHAN BUKU LATIHAN KEPADA MANA-MANA SEKOLAH YANG TELAH MENERIMANYA,JUMLAH YANG TELAH DIAGIHKAN SERTA BILA DIAGIHKAN?PERHH MAU TERDUDUK PHILIP TAN DIBUATNYA.NI DAH MASUK BULAN FEBUARI 2013,TAKKAN BARU NAK AGIHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH.NAK BUAT APA?DISAMPING ITU JUGA,YAP KON MIN JUGA MENGATAKAN KENAPA PHILIP TAN SERING BERKATA BOHONG DIMANA PADA SIDANG AKHBAR YANG LALU BELIAU MAKLUMKAN BAHAWA KESEMUA BUKU TELAH DIAGIHKAN AKAN TETAPI DALAM SIDANG AKBAR BARU-BARU INI BELIAU BERKATA HANYA TINGGAL 1300 NASKAH SAHAJA  YANG ADA DALAM SIMPANAN DAN AKAN DIAGIHKAN KEMUDIAN.KEMUDIAN??BILA TU YB???
SECARA DASARNYA.RAKYAT SELANGOR BERHAK UNTUK BERTANYA TENTANG PEMBAHAGIAN BUKU LATIHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR,AKU ULANGI,KERAJAAN NEGERI SELANGOR,BUKAN SUMBANGAN PHILIP TAN..

PERSOALANNYA SEKARANG..KENAPA PERLU SIMPAN BUKU TERSEBUT DIPEJABAT PHILIP TAN DAN KENAPA TIDAK DIEDARKAN..

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Misteri Hospital Lama Lady Templer <b>Cheras</b> | Diari Si Froggie

Posted: 18 Feb 2013 07:03 PM PST


Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung. 

Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.

Walaubagaimanapun hospital lady templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.
Batu asas Lady Templer Hospital
Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

Kini hospital ini telah dirobohkan dan kawasan itu juga sedang dalam pembinaan, bina apa tak pasti nampak macam kondominium tak pun hospital nie dibangunkan semula. Sejak penutupan hospital ini banyak kisah misteri telah berlaku. Antaranya kelibat perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang. Kalau korang nak baca kisah-kisah misteri yang pernah terjadi pada orang yang pergi hospital nie boleh baca kat link bawah nie :
Abam Mazidul pernah pergi tapak hospital nie, aida pun ada baca kisah pekerja buruh pembinaan yang duduk kat tapak hospital kat blog abam Mazidul jugak. Pekerja tu kata pernah jumpa perempuan rambut panjang terapung dekat pokok, dengar suara orang menangis, mengerang, ada yang pernah terserempak dengan mayat tanpa kepala. 
(Gambar terbaru bangunan yang sedang dalam pembinaan ditapak asal Hospital Lady Templer)
Nak tahu cerita lebih lanjut boleh baca sendiri dekat blog abam Mazidul 
Tak banyak sangat info pasal hospital nie, dapat pun banyak versi sangat tak tahu nak ambil yang mana.. sebenarnya makin lama baca makin takut jadinya :P korang search je keywords 'Hospital Lady Templer' dekat Google konpem banyak versi keluar. 
p/s : hospital yang beroperasi pun kadang-kadang ada.. nie kan pula hospital tinggal

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru <b>Kuala Selangor</b>?

Posted: 18 Feb 2013 03:00 PM PST

SHAH ALAM, 19 FEB: Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.

Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" yang terpacak di ladang kelapa sawit.

Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.

Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.

"Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru?

"Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.

"Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.

"Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan," katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan "projek hospital baru" yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.

Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998.

Pendapat Anda

Pendapat

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Sukan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 16 Feb 2013 04:03 AM PST

Kekosongan di Majlis Sukan Negeri Selangor
1. Pemandu Kenderaan Gred R3
Tarikh Tutup: 18 Februari 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Gambar <b>di</b> Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 08:31 PM PST

Menu. Skip to content. Prakata.

Read more from the original source:
Gambar di Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor …

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


Addin: Panas!! Lagi Cawangan <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar <b>Di</b> Tutup

Posted: 19 Jan 2013 06:43 AM PST


Lagi restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. kali ini di cawangan Ayer Keroh, Melaka. Gambar ni di ambil oleh pembaca blog Addin
Menurut sumber restoran ini baru sahaja ditutup. Sekarang berlaku kerja-kerja pemunggahan barang-barang di kedai tersebut.
Sebelum ini Addin ada mendedahkan beberapa cawangan restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. baca di sini dan di sini.

Mungkin inilah akibatnya apabila melawan arus kebangkitan rakyat.. waallahualam..

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


BANJIR KILAT <b>DI SELAYANG</b>, KEJADIAN TERBURUK | Merdeka <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 08:26 PM PST

* Gambar Hiasan
(Bandar Baru Kundang sewaktu berlaku banjir pada 10 April 2010)

MO,KUALA LUMPUR,28/11/2012  — Beberapa mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Selayang dekat sini tidak menyangka hujan lebat sejak lewat petang semalam menyebabkan banjir kilat beserta lumpur dengan paras air yang tinggi hingga mereka gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Malah, mereka menganggap banjir malam tadi adalah yang paling teruk sepanjang menetap di kawasan terbabit.

Megat Zakaria, 36, berkata paras air meningkat dengan pantas menyebabkan dia tidak sempat untuk menyelamatkan dua buah kereta dan perkakas rumahnya.

"Air naik dengan pantas dan masuk ke dalam rumah kami dengan begitu deras sehingga mencecah paras pinggang.

"Perkakas rumah memang habis tenggelam. Kereta saya dua-dua masuk air dan malam ini mungkin tidak dapat tidur memandangkan tilam dan katil semua ditenggelami air," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Beliau berkata sejak menetap di kawasan itu 25 tahun lepas, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk.

Abdul Wahab Sulaiman, 57, yang juga Ketua Kampung Sungai Kertas memberitahu air deras yang membawa lumpur dari kawasan tapak pembinaan berhampiran telah meranapkan kawasan rumahnya.

Beliau berkata paras banjir yang memasuki kawasan rumahnya setinggi setengah meter itu telah menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM4,000 dengan peralatan elektrik yang paling banyak terjejas.

"Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang dalam rumah saya kerana air datang terlalu deras, paras air setinggi setengah meter naik sehingga ke kawasan dapur rumah saya," katanya.

Azrin Mat Rasul, 35, pula berkata banjir lumpur itu menyebabkannya gagal menyelamatkan dua buah motosikalnya. — BERNAMA

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Hulu Selangor</b> Yakin Pertahan Parlimen <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 08:00 PM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Hulu Selangor Yakin Pertahan Parlimen, Kekalkan Tiga DUN

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU  SELANGOR, 18 Feb  – Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Hj Mohamed Idris Abu Bakar berkata, beliau yakin Parlimen Hulu Selangor mampu mengekalkan kerusinya yang dirampas daripada Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya kecil pada 2010 lalu dan juga terus mengekalkan tiga kerusi DUN.

Katanya, sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) menggerakkan 'bala tentera' untuk berkerja keras dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru beliau berharap seluruh jentera khususnya Pemuda BN Hulu Selangor mewujudkan kesepaduan jentera penuh siapsiaga menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Tegas beliau lagi peranan jentera pemuda amat besar bagi membantu Selangor membetulkan 'papan kekunci' (motherboard) yang rosak pada 2008 dalam pilihan raya umum ke-12.

"Bangunkan pemuda sederap seirama di seluruh kampung dan bandar mengerakkan jentera bagi memastikan BN kembali merampas kuasa di Selangor.

"Motherboard kita yang rosak sudah dibaiki sepenuhnya dan mampu menang kembali di negeri tercinta ini," katanya ketika berucap semasa program  Pelancaran  Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung petang Ahad.

Lebih 500 pemuda BN hadir dalam program ini. Hadir sama Ahli Parlimen  Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal pula berkata, pemuda perlu mewujudkan dua gerak kerja baru iaitu bahagian poster dan jentera skuad bermotor dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, beliau optimis bahagian Hulu Selangor mampu menjadi kubu kuat BN di Selangor.

"Saya menyarankan pemuda terus bangkit dan melakukan kerja yang terbaik demi kemenangan BN di Selangor.  Marilah perkasa BN bemula sekarang tanpa menunggu arahan pihak atasan," katanya.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim pula berkata, kejayaan mengumpul ramai Pemuda BN di Hulu Selangor membuktikan mereka mempunyai semangat daya juang yang tinggi menghadapi pilihan raya.

Katanya, mereka bersedia membantu empat calon bakal bertanding di Hulu Selangor nanti bagi memenangi kerusi masing-masing.

"Saya sudah berjumpa dan mengarahkan jentera yang dilantik memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kemenangan bergaya dalam pilihan raya.

"Usahlah mewujudkan polemik dan masalah dalaman parti. Kita mampu bangkit membetulkan kesilapan lalu demi Selangor tercinta," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 18 February 2013 12:00 PM

12 di sungai pelek - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai pelek - Google Blog Search


PAPA GOMO: Teresa Kok DAP Perlekeh Kaum India "MABUK"

Posted: 20 Feb 2013 05:26 AM PST

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.

Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.
Selain tugasnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.
"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata, tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.
"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.

Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lalu turut mendakwa, beliau digelar sebagai 'mabuk' oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," Read More

Teresa Kok satu jenis pemimpin Pembangkang yang cukup RACIST dan memang anti kepada Islam. Siapa tidak kenal dengan Teresa Kok yang memang cukup bangsat ini? Ini lah Teresa Kok yang sebenarnya yang banyak melakukan gerak kerja kotor demi agenda DAP.

Psssttt... Si teresa Kok tak kawin lagi, ada ke yang berkenan? Pi le ejas dia tu...

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 

Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 

Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 

Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Teresa Kok Didesak Letak Jawatan Pengerusi DAP Selangor | Detik <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 08:58 AM PST

imagesKUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.

Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.

Selain tugasnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.

"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.

"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.

Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lalu turut mendakwa, beliau digelar sebagai 'mabuk' oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," katanya. – BERNAMA

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Marc Marquez Terkejut dengan Kecepatannya <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 02:19 AM PST

KOMPAS.com - Marc Marquez mengakui, dirinya terkejut dengan kecepatan yang ditorehkan dalam uji coba resmi pertama pra-musim MotoGP 2013 di Sepang, Malaysia, pekan lalu. Dalam tes selama tiga hari itu, Marquez selalu berada di posisi empat besar.

Pada hari pertama, Selasa (5/2/213), juara dunia Moto2 musim 2012 ini hanya terpaut 0,04 detik dari rekan setimnya di Repsol Honda, Dani Pedrosa, yang menobatkan diri sebagai yang tercepat dalam uji coba itu, dan berada di belakang pebalap Yamaha, Jorge Lorenzo. Dia berhasil mengalahkan legenda MotoGP yang musim ini kembali bergabung dengan Yamaha, Valentino Rossi - meskipun pada hari terakhir, Rossi mampu mengalahkannya.

Meskipun memperlihatkan performa yang sangat mengesankan itu, Marquez mengaku tak mengira bakal membuat catatan waktu secepat itu dalam waktu singkat. Dia pun mengakui, catatan waktu bukanlah hal yang krusial.

"Saya tidak menyangka berada di level Dani, Valentino dan Lorenzo," ujar Marquez, rookie MotoGP 2013, Rabu (13/2/2013).

"Catatan waktu tidak penting saat ini, karena mereka sedang mencoba banyak hal. Tetapi ya, lebih baik berada di sana dibandingkan harus berada di belakang."

Pebalap berusia 19 tahun asal Spanyol ini pun mengatakan bahwa dirinya belum menemukan limit Honda RC213V tunggangannya, terutama karena dia belum beradaptasi mengenai gaya membalap motor MotoGP.

"Saat ini, (sepeda motor) masih berubah dalam beberapa aspek," terangnya. "Saya merasa sangat bagus, lebih baik dibandingkan apa yang saya kira dengan sepeda motor ini, tetapi saya tidak menemukan limit sekarang.

"Saya lihat itu dalam beberapa tikungan saya bisa memainkan posisi badanku, tetapi saya masih perlu beradaptasi dengan motor. Untuk uji coba berikutnya, kami akan berangkat dengan ide untuk mencoba menyesuaikan motor dengan gaya balapku."

Editor :

Aloysius Gonsaga Angi Ebo

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved