ads

Selasa, 5 Julai 2011

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK DATOK</b> | BLOG <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 07:42 AM PDT

Rancangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini akan bergantung kepada keputusan penganjur perhimpunan haram itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya perhimpunan haram itu dilakukan di kawasan tertutup maka PERKASA juga akan membuat perhimpunan di kawasan tertutup.

"Jika mereka lakukan di kawasan terbuka, kita juga akan berbuat demikian... namun kita akan mengadakan di kawasan yang jauh daripada mereka untuk mengelakkan pertembungan," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur Isnin.

Bernama melaporkan katanya tujuan PERKASA mengadakan perhimpunan itu adalah sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan haram tersebut.

"Saya harap pengerusi penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S.Ambiga akan menurut titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, dan membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ibrahim juga menganggap kenyataan Ambiga yang hanya akan membatalkan perhimpunan haram tersebut sekiranya dititahkan berbuat demikian oleh Tuanku Mizan dan memohon perkenan menghadap baginda adalah sesuatu yang biadab.

"Ini satu tindakan yang biadab, kita (Perkasa) sudah banyak kali memohon untuk mengadap Tuanku Mizan tetapi tidak berpeluang namun kita tidak melenting tetapi menggunakan cara yang betul untuk menegakkan kebenaran," katanya.

Beliau berpendapat titah Yang di-Pertuan Agong semalam juga sudah cukup untuk Ambiga membatalkan hasrat meneruskan perhimpunan tersebut dan tidak perlu sehingga menghadap Tuanku Mizan.

Ibrahim juga berkata sebagai persediaan membantah perhimpunan tersebut, Perkasa turut menyediakan sebanyak 15 ribu helai kemeja T berwarna putih yang bertulis 'Aman Perkasa Pertahankan Keamanan Negara'.

"Lebih 10,000 anggota Perkasa dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak dijangka akan menyertai perhimpunan Perkasa sekiranya ia diteruskan," katanya.-4/7/2011
Sumber:agendadaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Budak Gunung Ganang: Auney <b>di</b> EC THR Ragaa – Jusco <b>Bukit Raja</b>

Posted: 19 Jun 2011 08:05 PM PDT

 Kali nie aku bawa Auney ikut aku gi event di Bukit Raja.  Saje bawa... takut gaduh ngan my wife coz nak memasak buat tetamu yg akan datang utk meraikan Hari Bapa... kekekekeke

 Dapat jumpa ngan clown... kira bebaloi gak laaa dia follow aku semalam... kekekeke



 Memandangkan event THR Ragaa ini khusus buat golongan india, maka crowd nya lebih kepada bangsa dia laa... sambutannya agak luar biasa coz mungkin tak banyak event yg dedicate utk mereka... sampai kena upah RELA utk jaga stage takut kena serbut & siap agency sediakan penghadang agar stage tak kena attack... kekekeke.. hebat & dahsattt tuu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


mesin taip buruk: Eli Wong mati terbakar.... PRK <b>di</b> DUN <b>Bukit Lanjan</b>?

Posted: 13 Mar 2011 01:54 AM PST


Gempar! Elizabeth Wong maut dalam kejadian kebakaran sebuah studio apartment di Damansara Perdana hari ini. Maknanya akan berlangsung pilihan raya kecil di DUN Bukit Lanjan?

Sabar... sabar.... Elizabeth Wong yang dimaksudkan ialah seorang guru berusia 25 tahun, bukannya ratu porno Selangor tu. Kebetulan namanya sahaja sama! Wow... Kalau betul Elizabeth ratu porno tu, bukan setakat studio apartment, tapi hutan-belukarnya pun turut terbakar!

Passtt... Khabarnya hati Eli Wong terbakar sebab bakal digugurkan dari jawatan Exco... Betul ke? Dan apa khabar lelaki bernama Helmi tu ye?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


WartaShubhi Photostory: Suasana Damai <b>Di Ulu Yam</b>

Posted: 02 Jul 2011 01:09 AM PDT

Kenapa saya rasa berbaloi untuk memberikan perhatian dan membina minat terhadap dunia kamera ini ialah apabila ianya dapat digunakan sebagai serampang dua mata dalam membina hubungan keluarga.

Seorang isteri yang sepenuh masa bertugas sebagai suri rumah tangga sudah tentu ingin melepaskan rasa lelah dan bosannya terperuk di rumah sepanjang minggu.

Hari yang baik untuk aktiviti itu adalah pada hujung minggu atau pada masa cuti-cuti tertentu di mana suaminya tidak bekerja.

Saya pula apabila mempunyai kamera, pantang ada kelapangan masa cuti akan mengatur rancangan lawatan atau kembara ke destinasi tertentu yang membolehkan saya mengambil gambar.

Anak-anak pula, apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai berjalan menjadi kegembiraan mereka apa lagi jika dapat pergi ke kawasan perkelahan yang ada sungai atau air terjun.

Hujung minggu baru-baru ini saya mengajak semua ke Ulu Yam untuk berkelah sambil saya berlatih mengambil gambar pemandangan di sana. Pagi-pagi lagi kami berangkat dari rumah menuju ke Batu Caves dan seterusnya menyelusuri ke kawasan perkelahan di Ulu Yam. Saya perlu sampai ke sana awal ketika tiada manusia lagi sampai bagi memudahkan saya mengambil gambar alam sekitar. Sampai awal juga membolehkan kami sekeluarga memilih tempat yang selesa dan sesuai untuk kami sekeluarga.

Waktu pagi juga merupakan masa yang amat sesuai untuk merakamkan gambar alam sekitar dengan keadaan cuaca yang redup dan segar ia dapat menimbulkan suasana damai dan menambahkan lagi warna-warna segar pada alam sekitar. Di Ulu Yam di sediakan pondok-pondok kecil yang dapat kita jadikan tempat berteduh sepanjang perkelahan di sana.

Berikut saya paparkan hasil gambar yang dapat di rakam sepanjang pagi itu. Siapa sangka tak jauh dari pusat bandar KL ada kedamaian dan kesegaran. Kesemua gambar di ambil dengan menggunakan kamera kompak Ricoh Caplio GX200 saya. Klik pada gambar untuk besarkannya.

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


FULL TIME Graphic Designer Rm1600-1800 at Manxeon Exhibition <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 04:36 AM PDT

Home » 2011 » 07 » 05 » FULL TIME Graphic Designer Rm1600-1800 at Manxeon Exhibition Display

Job Description:

Responsibilities:

~ Must be able to complete a given task within a set deadline

~ Willing to learn & develop creative artwork

Requirements:

~ Candidate must possess at least a Diploma in Graphic Design

~ Required skill(s): Adobe Illustrator, Adobe Photoshop

~ Required language(s): English, Chinese

~ Fresh graduates / Entry level applicants are encouraged to apply

How to apply:

Please send in your creative portfolio and detailed of qualifications, expected salary, recent passport size photograph to : manxeon.ent@gmail.com

Location : PJ Bandar Sunway – Mentari
Working hours : 10am – 6pm

Only for registered members. Signup now?



Tell a Friend
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


MB benar guna stadium <b>Shah Alam</b> tetapi bersyarat | Free Malaysia Today

Posted: 04 Jul 2011 08:10 PM PDT

Jika NGO Bersih minta untuk menggunakan Stadium Shah Alam saya akan setuju, kata MB.

UPDATED

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia membenarkan Bersih menggunakan stadium di negeri itu bagi perhimpunan pada 9 Julai, tetapi bersyarat.

"Jika NGO Bersih minta untuk menggunakan Stadium Shah Alam saya akan setuju.

"Tetapi mereka perlu ada tatatertib dan disiplin sepanjang perhimpunan itu.

"Segala kerosakan ke atas stadium terbabit juga mereka perlu bertanggungjawab dan membayarnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di SACC di sini hari ini.

Khalid berkata segala keputusan itu masih tertakluk kepada Bersih, malah beliau terbuka dalam menerima apa sahaja permintaan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak menyatakan kesediaan  kerajaan  membenarkan perhimpunan Bersih  diadakan di  stadium.

Najib turut bersedia menyediakan satu stadium untuk berhimpun bagi mengelakkan Bersih mengadakan protes di jalanan.

Saranan Najib itu turut disokong bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah khas berhubung perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Tuanku  menyeru rakyat menyuburkan demokrasi dan perlu memastikan tuntutan demokrasi itu tidak membawa kepada kemusnahan negara.

Titah Agong

Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, sama ada ia dilakukan di stadium mahupun jalanan isu penting adalah perhimpunan  ini untuk menggesa pilihan raya bersih dan adil.

"Usaha NGO Bersih ini adalah untuk memastikan pilihan raya yang adil dan bersih. Segala usaha ini sebagai peringatan kepada rakyat di negara ini agar tuntutan itu dilaksanakan di setiap peringkat.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya,tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang….anak muda kini juga mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau menghormati titah Agong semalam, dan menyerahkan kepada NGO Bersih untuk tindakan selanjutnya.

"Isu tuntutan Bersih ini perlu kita tekankan dan saya hormati titah dan permintaan Agong, maka saya serahkan kepada NGO Bersih untuk fikir tindakan selanjutnya dengan teratur," katanya lagi.

Bersih bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat esok untuk memutuskan sama ada perhimpunan diteruskan atau sebaliknya.

Bersih mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran Sabtu ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Bagaimanapun, kerajaan membuat keputusan perhimpunan tersebut haram dan sehingga ini telah menangkap hampir 200 orang sebagai langkah pencegahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


al kesah: Sepetang <b>di sabak bernam</b>

Posted: 04 Jul 2011 02:00 AM PDT

Alkesahnya semalam ada jemputan kawin di Sungai Besar, Selangor. Alahai rupanya ada highway baru ikut Rawang terus ke Kuala Selangor. Dari rumah ke Kuala Selangor hanya 1 jam..waaa dekat le pulak rasenya.. Sesudah menjamu perut dengan nasi minyak, sesi bertandang kerumah maklong kawan disana. Ye la kite menumpang kawan kene le ikut die masuk kampung die hahaha..tapi best best !
Macam orang ulu masuk kampung..alkesah ternganga tatkala juadah dihidangkan.. waaaa... nak terbeliak bijik mata.. Dengan sopan dan ala-ala malu gitu..kite tak makan dulu..tapi snap sana snap sini..macam jakun le pulak.Mato eden ni tak terlopeh dari PML yang dihidangkan.. Ishk bukan tengok ape isi..tengok piring ape !..boleh gitu..mujur tak kene halau..huhuhuKawan alkesah yang memang tau hobi alkesah terus menyapa maklong die. Maklong banyak ke lagi pinggan-pinggan batu ? Errr dipanggil pinggan batu ekkk.. Baru tau..waduhh itu istilah orang belah sana kot. `Ade lagi sikit-sikit dah berkotak antor ke surau' sahut maklong. Rezeki alkesah maklong die seronok ada tetamu disuruhnya cucunya mengeluarkan pelbagai rupe bentuk bunga..waaaa....pengsan nih !!Adehhhh ni eden tak tahan nih...tak ponah tengok bunge nih...mano nak jumpe laieee nihh...Hat ni talam besi lame yang biasa kite jumpa bulat-bulat...adehhhh takpenah tengok lagi camni empatsegi pulak tuh..Sekeping khyber dipertunjukkan. Kata maklong kalau retak seribu cenggini orang dah takpakai dah..Dorang pakat antor ke surau jerk atau dorang letak kat pangkal pokok pisang kat belakang ghomah. Alahai..naseb kor la khyber..kat pokok pisang kor bertapa..ahakss..Tambah maklong sekotak kyber baru jerk di antor kesurau..uihss..
Alkesahnya memang suker bebeno amik gambo tapi tak suka bergambo..takpe la buat kenang-kenangan dengan tuan rumah. Menurut maklong rumah pusaka yang berukiran kayu ini baru je menjalani sesi penggambaran untuk rancangan tv1. Kite tunggu le kalau ada siarannye nanti.
Sebelum berangkat pulang, sepasang OP platter dihadiahkan kepada alkesah setelah permintaan alkesah untuk beli ditolak dengan alasan..Kalau nak beli harganya tak ternilai sebab warisan keluarga. Waduhh termalu kojap alkesah.. Raya tahun ni mungkin alkesah akan berkunjung lagi kesana setelah dipelawa oleh tuan rumah jugak atas `perjanjian' yang telah dimeterai...ahakss....aminn Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved