ads

Ahad, 19 Jun 2011

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Pangsapuri Untuk Disewa <b>Di Cheras</b> RM500.00 Cari rumah sewa dan <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 12:04 AM PDT

Pangsapuri Waja Taman Tun Perak Cheras...850 kps, Auto Gate, 24 jam Kawalan Keselamatan, 3 bilik, 2 Bilik air, 7 Eleven, Mini Market..Taman Permainan

Berdekatan dengan Carrefour Bandar Tun Hussin Onn ..1 minit

Jusco Cheras selatan 5 minit...

Econsave, Balakong...

Kemasukan segera

Hubungi: 0193442389 zaidi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


AnakSipotLism Space: 1st aktiviti <b>di Kuala Kubu</b> Baru

Posted: 20 May 2011 09:55 PM PDT

16 mei 2011..hari pertama aku bertugar di Rumah Ehsan Kuala Kubu baru..hari pertama macam biasa lah...tak buat apa2 pun..just look and see..nothing to do..aku dah tahu dah..hari pertama memang membosan kan..tapi rupanaya tidak..hari pertama aku kat sini lah..ada lawatan dari majalah hai..buat kerja2 amal..menyambut hari ibu kt sini..ada ramai artis yang datang..macam nanu baharudin..nabil..zahiril..ary putra..ada sixsenth ,adira..ap lagi ek..rasa tuh jerk kowt..mmg syok rr..tak de lah boring sangat..tak teringak yang aku tengah berlapar sebab dari semalam aku smpi aku tak jamah satu makanan pn..just minum air jerk.nasib baik ada air..cuma sarapan jerkyang aku amik sblm aku naik bas..karipap 2 keping..mini pau tuh 2 biji..tak kenyang pun..nak wat mcm mn..nama pun kuala kn..serba kekurangan lah...kucing kat atas tuh,,,nama dia boboi..kucing yang membawa kontravesi..kejap kat depam..tiba2 tak samapi 5 saat..aku tgk dia tgh tido kat atas katil..belakang..rupanya ada kembar selepas seminggu..baru aku dpt tahu..hahahah..

nabil..melawak dengan mak cik asmah..nabil..mcm biasalah..pujaan ramai..meriah lah nabil ada..ceria lah sikit nenek nenek..makcik makcik..pakcik kat sini..

nanu baharudin ooo..cantik sangat..memang cantik lh..comey jerk org dia..ramah jerk...

ery putra..zahiril kat belakang tuh...melayan atok..tak pasti nama dia apa..

dah hujung rancangan..time berphoto..sebelum tuh ada lah nyanyi2..penampilan istimewa..nabil..ery putra..sixsenth..adira..time adira nyanyi lagu air mata ibu..semua menagis lah..lagi lah time potong kek..lagu ibu..lagi lah menagis..kesian cik man..menagis..dah tak der pantun pantun dah..air mata yang keluar..

mak cik zakiah dengan nabil..hehehehe..mak cik kesayangan nih..comey jerk..

cek kiah..beriya nak amik gambar dengan semua nih..kitaorg yang student ni menyebok..hehehe..cek kiah ni..pembuat bakul yang guna gulungan surat khabar tuh,,,dia lah yg bagi nabi dengan nanu bakul tuh,,

heheheheh..senyum...diaorg ni bagus lah..suka lah..terbaik..

with sixsenth..phewwiiitt..

dengan kak nanu..

dapat jugak..amek gambar dengan nabil..heheheh..kenangan nih..kenangan nih..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


www.pancurbatu.co.cc: SMK <b>Telok Datok</b> Banting Selangor Malaysia <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 02:44 PM PDT

Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok Banting (Tedi SMKTD) Jalan Sultan Abdul Samad Banting Selangor Darul Ehsan Malaysia, Kamis (2/5) siang mengunjungi SMA Negeri I Sibolangit Kabupaten Deli Serdang,.Kedatangan rombongan dipimpin Kepala (Pengetua sekolah) Tn Hj Abdul Wahid bin Takat mengadakan lawatan belajar, setelah sebelumnya mengadakan lawatan ke Medan, Prapat dan Berastagi sekaligus mengadakan kajian belajar.Rombongan disambut Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit Drs. Jhoni Siregar bersama 25 guru dan 25 pelajar di pendopo sekolah itu.Roseman Bina Abdul Rahman selaku Kepala unit Bahasa Tingkatan Enam SMK Telok Datok Banting selaku pengelola lawatan belajar ke Sumatera Utara mengucapkan terimakasih atas sambutan, bahkan menyatakan sangat senang atas penerimaan rombongan.Lebih membesarkan hati, kata Roseman, kedua sekolah yang serumpun itu sama-sama komitmen menggelar program "Go Green" menanam pohon herbal di komplek SMA Negeri 1 Sibolangit sebagai lambang persahabatan kedua sekolah Malaysia-Indonesia, kata Roseman."Kami sumbangkan RM 500 guna membantu keperluan SMA Negeri 1 Sibolangit guna menjayakan program "Go Green", kata Roseman.Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat selaku Pengetua Cemerlang Menengah Kebangsaan SMK Telok Datok Banting menyatakan rasa gembira karena berjumpa dengan sahabat serumpun, hingga lawatan ini dapat menjadi tali persahabatan di kemudian hari.Ia berharap, agar guru dan pelajar SMA Negeri 1 Sibolangit dapat berkunjung (melawat) ke Selangor Malaysia.Seorang guru Selangor menyampaikan keberhasilan lawatannya ke Indonesia, antaralain, peranan ketua komite sekolah cukup baik sekali dan pihak Kerajaan Malaysia termasuk pendana (donatur) seperti pengusaha tetap menanti permintaan kebutuhan sekolah. Prestasi para guru di Malaysia maupun pelajar, tetap diperhatikan pihak Kerajaan.Ketua Komite SMA Negeri 1 Sibolangit Drs.Djamin Gintings merasa bangga, selanjutnya dikatakan masalah peran komite di sekolah ini cukup baik, tetapi tersandung dengan pendapatan perkapita para orangtua pelajar, hingga komite tidak begitu banyak bisa berbuat dalam membantu penyelenggaraan pendidikan, katanya.Dalam kesempatan itu dilakukan penyerahan cinderamata dari Tn. Hj.Abdul Wahib Biun Takat kepada Drs. Jhoini Siregar dan sebaliknya, dilanjutkan penanaman pohon herbal.Penanaman pertama dilakukan Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat bersama-sama Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit, kemudian Ketua MPP SMK Telok Datok Banting Siti Aishah bersama-sama Ketua Osis SMA Negeri 1 Sibolangit Syahrizal serta Ketua Komite SMA Negeri 1 Sibolangit Drs. Djamin Gintings bersama-sama denganKamarudin Bin Osman selaku Pan.Kanan Tingkatan Enam Sek Men Telok Datok 42700 Banting Selangor Malaysia, diakhiri peninjauan lokasi sekolah SMA Negeri 1 Sibolangit dipandu Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit diikuti seluruh rombongan.
Guru SMK Telok Datok Banting yang berkunjung, En Rosemen Bina Abdul Rahman, Tn.Hj.Kamarudin Bin Osman, Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat,Pn.Hjh.Masliza Binti Sirat, Pn.Haliza Bin Husesin, Pn.Zaliha Binti Atan, Cik Rafiah Binti Mohd. Taib, Cik Siti Fatimah Binti Abdul, Pn.Hjh.Suzaini Binti Sihar, Pn Hjh.Siti Mariah Binti Radiyo.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Perpustakaan Dr Abdul Latiff: PDAL Menandaaras <b>di Semenyih</b>

Posted: 06 Jun 2011 08:12 PM PDT

Pada 2 Jun 2011, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Universiti Nottingham Malaysia, Semenyih. Seramai 11 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini.

Matlamat utama lawatan penandaarasan adalah untuk meninjau perkembangan teknologi yang digunapakai dan prasarana yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Nottingham bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi terkini yang menarik perhatian kami sepanjang sesi lawatan tersebut adalah "Learning Hub" yang dilengkapi Smart Board iaitu TV LCD yang digunakan untuk aktiviti secara berkumpulan oleh para pelajar. Selain itu, perkhidmatan pinjaman komputer riba secara percuma selama 3 jam juga disediakan bagi kegunaan pelanggan perpustakaan dan bayaran denda akan dikenakan sebanyak RM10 selepas jam berikutnya serta pinjaman tersebut boleh dibuat melalui Sistem Aleph. Sistem Aleph juga digunakan untuk memperoleh dan memproses bahan manakala sistem UNMLOC (Universiti Nottingham Malaysia Library Online Catalogue) pula digunakan oleh para pelanggan untuk mencari bahan yang telah dikatalog.

Lawatan ini telah memberi pendedahan terbuka yang komprehensif dan terkini mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Kakitangan juga dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silaturahim.





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


AleeyaOwnPage: Perkhemahan lencana ahli <b>di Jeram</b> Pasu (PENGAKAP)

Posted: 19 Jun 2011 01:39 AM PDT

    

Hadoiii ! Ary rabu nih dah pergi KEM ,! Tengah-tengah hutan pulak tuh , Takut ! Bukannya takut hantu . Takut pacatttttttttt ! Eeeee~geli aku ! Dah lah lembik-lembik badan dia , kena mandi air sungai pulak tuh ! Kem nih ada banyak sekolah kat daerah nih (daerah pasir puteh) terlibat dalam 5 buah sekolah jugak r , 4 harii 3Malam ! lamaaa gilaaaa , aku tak pernah berkhemah selama 4 hari . Setakat 3 hari tu penah lah !
 
     Tapi ada jugak orang cakap kat situ ramai juga orang yang lemass dlm sungai ! Eeee ~ ya Allah ! Takut pulak aku nak pegi ! Mintak-mintak r tak ada apa-apa ! Okey ! kat sini aku nak cerita benda sikit pasal jeram pasu , tunggu entry seterusnya !!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


KelabJomKayuhJenjarom (KJKJ): Kayuhan Santai 1 <b>Jenjarom</b> - Karnival <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 01:14 AM PDT

Salam Jom Kayuh..

Alhamdulillah, selesai sudah 

Program Mesra Rakyat Kg. Jenjarom.

Tahniah kepada JKKK Kg. Jenjarom di atas usaha bagi menyatu padukan 

seluruh penduduk Kg Jenjarom.

Sesunggguhnya program-program seperti ini 

dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama penduduk.

Terima kasih juga diucapkan kepada YB Philip Tan Chun Swee

kerana sudi turun padang pada hari berkenaan.

Pada jam 7.30 pagi rata-rata pengayuh telah tiba di Dewan Orang Ramai 

Kg Jenjarom untuk mendaftarkn diri serta berkumpul

sebelum menunggu acara pelepasan yang akan disempurnakan oleh YB dan Ketua Kampung

Jenjarom.

Kira-kira 60 orang pengayuh yang terdiri dari warga jenjarom sendiri.

Tidak ketinggalan beberapa pengayuh wanita yang turut tidak ketinggalan

untuk menyertai kayuhan santai ini. tepat jam 8.30 pagi pengayuh telah dilepaskan

menuju ke Kg Seri Cheding dan Kg Orang Asli Busut Baru.


Hj Ma'arus dan Haryiz antara pengayuh2 tegar yang
tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti berbasikal

setelah setengah jam berkayuh,pesert berhenti rehat 

di Kolam Pancing Kg Seri Cheding.

Di sana para peserta dibekalkan air mineral dan pisang sebagai penambah tenaga 

untuk meneruskan kayuhan.










Selepas 10 minit, para peserta berkayuh dan melalui

2 zon pendakian sebelum tiba di Kg Orang Asli Busut Baru.

Kemudian para peserta terus berkayuh sehingga tiba di Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom.

Setibanya di dewan terdapat hadiah cabutan bertuah menanti para peserta.

Tahniah kepada yang menang. Dalam masa yagn sama

terdapat juga persembahan silat serta beberapa pertandingan sampingan.

Sebelum pulang, semua pengayuh bergambar bersama YB serta Ketua Kampung

sebagai kenang-kenangan.


Pihak Kelab Jom Kayuh turut berbesar hati dan berterima kasuh kepada YB Philip

di atas sumbangan berjumlah RM500 kepada

 Kelab Jom Kayuh Jenjarom sebagi penyuntik semangat

 kerana beliau juga turut teruja dengan aktiviti berbasikal ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Bersih batal himpunan jika Najib jamin senarai pemilih bersih <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:39 AM PDT

"Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut," kata Anwar Ibrahim.

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Himpunan Bersih 9 Julai dibatalkan jika Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih.

"Jika Datuk Najib (Tun Razak) boleh memberi jaminan yang sungguh-sungguh saya akan memanggil Datuk Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih) supaya membatalkan perhimpunan tersebut.

"Tetapi dengan syarat mereka boleh membersihkan senarai daftar pemilih, saya tidak payah membuat perarakan," katanya pada Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.

Bersih merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai bermula di Dataran Merdeka bagi meminta supaya pilihan raya yang bersih dan adil.

Walaupun polis tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan tersebut dan akan menangkap pemimpin Bersih, pihak penganjur bertekad meneruskan perhimpunan tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menentang penyelewengan SPR.

Pengundi hantu di Kelang Gate

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar meletak jawatan dan bertanding di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum akan datang.

Orang nombor dua PKR itu merujuk kepada senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh SPR pada 13 Mei lalu.

"Nombor rumah 1E di Kampung Kelang Gate adalah rumah ayah saya, Allahyarham Ali yang meninggal dunia pada tahun 1999.

"Tetapi daftar senarai pemilih SPR menunjukkan ada lima pengundi Cina dan empat pengundi Melayu.

"Saya kenal kampung ini sejak saya dilahirkan pada tahun 1968, ini kampung Melayu, seratus peratus pengundi Melayu.

"Tidak ada pengundi Cina dan pengundi India di kampung Kelang Gate.

Kampung ini juga tidak ada bangunan tinggi tetapi ada alamat yang menunjukkan alamat di tingkat 15 di Kampung Kelang Gate," katanya dalam ucapannya di konvensyen tersebut.

Azmin juga mendakwa di satu daerah mengundi ada 100 pengundi hantu di Klang Gate.

Sehubungan itu, Azmin menggesa semua anggota dan penyokong PKR turun menyertai Himpunan Bersih 9 Julai depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Keunikan Gold Coast <b>Morib</b> « ajai62

Posted: 13 Jun 2011 01:41 AM PDT

Oleh Azian Aziz
pengarang@utusan.com.my

Taman tema air di Gold Coast Morib Resort. – utusan/Rasmi Abdullah


MORIB, suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kuala Langat, Selangor kerana mempunyai pantai peranginan yang indah.

Bagaimanapun, pelbagai isu timbul termasuk soal kebersihan, selain persaingan dengan destinasi peranginan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib semakin pudar.

Penulis yang pernah singgah di pantai Morib sebelum ini mendapati sambutan pelancong terhadap pantai tersebut 'kurang meriah'.

Namun begitu, 'kesuraman' itu dijangka hilang apabila sebuah pusat peranginan baru, Gold Coast Morib dibuka sepenuhnya kelak. Terletak kira-kira lima kilometer dari pantai Morib dan berdekatan Istana Pantai Bahagia milik Sultan Selangor, kehadiran resort itu telah menukar persepsi penulis terhadap Morib.

Jujurnya, penulis tidak menyangka ada tempat peranginan seperti itu dibuka di Morib memandangkan prestasi pantai itu yang tidak lagi sepopular dahulu, selain keliru dengan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast.

Tetapi selepas melihat sendiri keindahan landskap, taman tema airnya yang direka cantik, 40 gazebo tepi pantai yang dijadikan restoran makanan laut eksklusif serta kawasan pantai yang telah dibersihkan, membuatkan penulis teruja untuk datang lagi ke pusat peranginan itu.

Apa yang boleh dikatakan, Gold Coast Morib mempunyai keunikan tersendiri. Terletak di tanah seluas 5.6 hektar dan dibina dengan pelaburan RM180 juta oleh usahawan terkenal Datuk Alex Tan, destinasi penginapan ini mula menerima pengunjung termasuk sepanjang musim cuti sekolah lalu walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Menurut Pengurus Besar Gold Coast Morib Resort Sdn. Bhd., Lau Cheong Leong, buat masa ini hanya 448 studio suite lengkap dengan jakuzi yang dihias indah dengan konsep Bali, Jepun dan Oriental boleh disewa pengunjung pada harga promosi RM250++ semalam.

Beliau berkata, sebanyak 128 unit kondominium dua bilik dan 64 unit tiga bilik masing-masing berharga RM400++ dan RM500++ di resort itu dijangka siap dan boleh diduduki dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Selain itu, katanya, Gold Coast Morib juga menyediakan tujuh bilik mesyuarat dan dewan bankuet yang unik kerana kesemua dinding dan bumbungnya diperbuat daripada kaca.

Tambah beliau, pihaknya juga membuka tiga jenis restoran iaitu kopitiam yang menawarkan harga seperti kopitiam di luar, lounge dan restoran makanan laut yang memberi peluang kepada pengunjungnya memilih sendiri apa yang hendak dimakan di 'pasar ikan' yang disediakan.

"Tetapi buat masa sekarang pengunjung yang datang menginap di sini hanya boleh makan di restoran sementara, mandi di taman tema yang boleh memuatkan 1,000 orang pada satu masa dan bersiar-siar di tepi pantai serta menikmati keindahan alam semula jadi dengan menyertai aktiviti river cruise di Sungai Jugra.

"Restoran makanan laut yang dinamakan Pavalion By The Sea pula akan beroperasi sepenuhnya penghujung bulan ini dan di sini pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan live band, selain menikmati keindahan laut dan lampu berwarna-warni yang dipasang di semua pokok di kawasan itu.

"Kami juga menanam 150 pokok kelapa di pantai tempat peranginan ini agar suasana nampak lebih tropika dan hijau," kata beliau ketika ditemui S2.

Cheong Leong memberitahu, pihaknya juga sedang membina 300 unit hotel bajet pada harga antara RM100++ hingga RM150++ semalam, lengkap dengan pusat beli-belah yang mempunyai 300 unit kedai, dijangka siap tahun depan.

Kata beliau, pembinaan hotel bajet adalah bagi memberi peluang kepada semua golongan yang mempunyai bajet kecil untuk datang bercuti ke Gold Coast Morib.

"Gold Coast Morib ini memang sesuai untuk keluarga, kumpulan yang ingin berseminar, syarikat yang mahu mengadakan hari keluarga serta pelancong tempatan dan luar yang cintakan alam semula jadi.

"Setakat ini, kami telah menerima pengunjung luar negara dan banyak permintaan untuk mereka datang berkumpulan termasuk dari Taiwan, Korea dan Jepun memandangkan tempat ini begitu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), iaitu kira-kira 35 minit perjalanan.

"Tidak lama lagi, kami juga akan membuka taman tema air kepada orang ramai yang tidak menginap. Bayaran masuk adalah RM30 termasuk satu hidangan makanan untuk dewasa dan kanak-kanak (RM15)," katanya.

3.054464 101.526182

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Bila Shinju Bermula: memancing <b>di Sungai Pelek</b>, Bagan Lalang

Posted: 19 Jun 2011 02:13 AM PDT

Sesekali bersantai dgn family..bukan senang masa utk bersama jadi bila dapat hargailah dgn apa2 aktiviti yg boleh dilakukan. Minggu ni kami memancing di Sungai Pelek, Bagan Lalang.
Sekarang nak memancing dulu nanti petang2 kita tmbh gambar lg yer...

Enjoy with Love - Shinju

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


arusperjuangan: 10000 sertai program kerajaan Selangor <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 31 May 2011 01:36 AM PDT

arusperjuangan: 10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam

10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.

Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat. 

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black. 

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi. 

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian. 

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta. 

Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu  Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


With Love And Life: Trip Amek Suami <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 27 May 2011 08:57 AM PDT

Kes tertinggal kunci dalam kete bos time solat jumaat. tak pasal2 aku kena g amek dia kat kelana jaya. hahahaha.. trip yg agak mencabar woo.. sbb time org balik keje..tp takpe. aku ikhlas. byk pahala setiap langkah tu. kan kan kan... ngeeee....


Smpai je kat Putrajaya Sentral. baru aku perasan aku tertggl kunci kete kat umah. terpaksa aku redah balik amek kunci. 2x5 gak ah. pelupe aku ni. wakakakaka.. rempitla aku balik rumah dgn jalan yg sesak dan byk tutop. jauh kot pusing nk leh smpai umah balik semata2 nk amek kunci kete. hahahaha.. nasib la org kaunter bg aku kuar nk amek kunci tu. klo tak burn la rm9.50 aku. keh keh keh. nasib la teringat time ada kat putrajaya sentral lagik. kot wat naye dh smpai kJ ke. tak ke jenuh aku nk patah balik dgn bau tren lrt kelana jaya yg amat "harum" itu. hahahahaha


Bukti bayaran. Tak claim lagi ni ngan hubby. hahahahahaha..


Lepas smpai KL sentral tuh. perjalanan seterusnya aku kena naik LRT KJ lak. 9 stesen kena aku lalu. jauh gak la rasanya. ditambah2 dgn org yg ramai baru balik keje. aku ni laju je naik tren sbb nk dpt tempat duduk. duduk la sebelah mamat indon mana ntah. cuba je kecilkan diri dari kena dia. hahahahaha... mamat indon tu pun tak perasan ke dia duduk tempat khas ibu mengandung ngan warga tua.( jgn tnye aku dh pregnant ke. sbb aku berlagak je masa ni. klo ikutkan sama je peel ngan mamat indon tu. wakakakakaka)


yang ni pun tak claim lg nih. 2 hinggit sposen. hahahaha....
(jgn ikut peel bini begini ye)


Suasana kat KL sentral. masa ni aku duk tggu tren smpai. smpai je stesen KJ. aku amek cab ke opis hubbyku. kena lagi 5 hinggit. padahal doket jah. takpola. rezeki pokcik teksi.


Pulanglah aku dgn laki aku dalam jem. hahahaha..sebelum tu sempat lg mkn kat KJ. aku lupo nama apo kodai tuh. kol 11 lebeh baru smpai umah. terus bukak tv tgok raja lawak. nasib baik sempat tgok jozan ngan jambu. our febret rajalawak. sepah je tak dan nk nengok. keh keh keh.
Papepun. dan selamat sampei pun. ekekekekekeek

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved