ads

Ahad, 22 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Pancaroba: AS umum latihan musnah periuk api <b>di Teluk</b>

Posted: 19 Jul 2012 12:30 AM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan kira-kira 20 negara akan mengadakan operasi antiperiuk api besar-besaran di Teluk, September depan.
Pentagon mengumumkan rancangan itu semalam selepas Iran mengancam ia mungkin menyekat kapal membawa minyak mentah daripada melalui perairan berkenaan.

Jurucakap Pentagon, George Little berkata, operasi itu, termasuk simposium mengenai langkah menangani periuk api, akan diadakan pada 16 hingga 27 September.
"Ia latihan pertahanan yang bertujuan mengekalkan kebebasan belayar di perairan antarabangsa di Asia Barat," kata Little.

Amerika Syarikat baru-baru ini meningkatkan kapal antiperiuk apinya kepada lapan serta menempatkan dron kapal selam di rantau berkenaan. - AFP

MY BLOG: SEJARAH BAGAN DATOH : EPISOD 1

Posted: 18 Jul 2012 08:10 PM PDT


PENGASAS BAGAN DATOH :

Tok Kelah Peneroka Awal

 

Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan.


Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan "bagan" oleh masyarakat tempatan.


Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan.  Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan "Bagan Datok" sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.


Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama "Bagan Datoh Estate" sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan "Datok" mengakibatkan sebutannya bertukar kepada "Datoh". Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Selangor</b> 1433H/2012

Posted: 16 Jul 2012 05:00 PM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Selangor untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI SELANGOR

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Selangor:

Zon 1 – Daerah Gombak, Petaling, Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang

Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Selangor melalui paparan Sribd di atas. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di Selangor khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sumber: Portal JAKIM

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


GEMPAR! VIDEO PESTA BUIH <b>DI PUCHONG</b>! ~ Ikrar Pemuda

Posted: 17 Jul 2012 05:00 PM PDT

Satu lagi kejayaan PAKATAN RAKYAT DI PUCHONG...
iaitu menyediakan PERKHIDMATAN PESTA BUIH BERSAMA GADIS-GADIS...syabas diucapkan!!!

Adakah ini salah UMNO? Siapa yang jadi kerajaan di Selangor? Siapa pegang PBT di Selangor...UMNO kah? PAS dalam kerajaan negeri jadi apa hah? Jadi tunggul ke? Puchong dah semakin parah dengan gejala maksiat, pelacuran dan sebagainya...persoalannya..sampai bila?

AzzaLynn Bridal: Bengkel Solekan Peribadi <b>di PUCHONG</b>

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT



Pelajari Pelbagai Teknik Solekan: Asli - Bergaya - Canggih - Glamor
Sesuai untuk anda yang masih tidak tahu tentang solekan.
Belajar daripada para pakar dan professional kami!!!

Anda akan mempelajari 4 teknik solekan bersesuaian dengan gaya hidup utama setiap wanita:
1. Solekan Asli/Semulajadi yang sangat mudah dan sering digunakan pada setiap hari (solekan siang)
2. Solekan Tampil Bergaya untuk anda yang gemar mencuri perhatian
3. Solekan Canggih adalah solekan yang paling sesuai untuk wanita berkerjaya (solekan ke pejabat)
4. Solekan Tampil Glamor adalah sangat sesuai untuk anda yang mempunyai janjitemu atau pergi ke majlis (solekan malam)

Sesi Latihan secara praktikal! Ayuh daftar segera!!! Tempat duduk terhad!!

Bila dan Di mana?
30 JUN 2012 (SABTU) - PUCHONG -

Alamat lokasi akan diberikan kepada peserta berdaftar sahaja

Masa? 11:00 AM - 2:30 PM

Yuran?
Yuran biasa RM150 seorang. Yuran Promosi seperti di bawah:
Seorang: RM69 
DUA (2) Orang: RM120 (Seorang RM60 sahaja)
EMPAT (4) Orang: RM220 (Seorang RM55 sahaja)

Makan minum disediakan.
Sijil kehadiran akan diberikan.
Alat solek disediakan semasa dalam kelas.



Apa yang anda perlu bawa?
1. Bawa alat solek peribadi terutamanya set berus asas. Jika tidak ada, boleh membeli pada hari pendaftaran.
2. Bawalah wang tambahan untuk membeli alat-alat solekan pada hari bengkel jika anda berminat 
3. WAJIB bawa Cermin Muka, Pencuci muka, tisu muka, baby wipes, minyak bayi /makeup remover.Jangan lupa, kamera untuk berkongsi aktiviti bersama rakan-rakan anda 
4. Bagi anda yang tidak mempunyai sebarang alat solek, kami turut menyediakan alat solek lengkap untuk digunakan pada hari tersebut!

Bagaimana untuk mendaftar?
1. Buat bayaran Deposit RM20 seorang kepada Maybank 562777201100 Raz Enterprise (untuk bank lain sila hubungi kami). Bakinya perlu dibayar semasa datang ke kelas.
2. Hantar e-mel kepada nlynnda@yahoo.co.uk dan sediakan butiran berikut:

- Subjek e-mel: Bayaran Bengkel Solekan (Tarikh: 16 JUN 2012 di KUALA LUMPUR)
- Sertakan: salinan slip transaksi / lampiran salinan slip bank
- Nama Penuh
- Kad Pengenalan
- Telefon

Jumpa anda di sana!!

CALL 012-2399629/03-80515446



12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Land For Sale in Kampung Pasir | Terrace in <b>Ulu Klang</b>, Selangor

Posted: 13 Jul 2012 02:07 PM PDT

ADVERTISER INFO


Listed by: Mash'ari Helmy Mohd Karim
Mobile: 0193312989

Info: Full time Real Estate Negotiator with marketing background~100% dedication~area of concentration; SELAYANG, GOMBAK, MELAWATI, SETAPAK, WANGSA MAJU, KERAMAT, UKAY, AMPANG, PANDAN, BANGI & other klang valley areas even on an adhoc basis~ Professional, Fast & Reliable~ OWNERS/SELLERS are most welcome to list (sms/ym/email accepted)~Feel free to contact for advise on real estates or at least a long lasting friendship. Insurance for MRTA and FIRE, HOUSEHOLDERS & HOUSEOWNERS can be provided as well.

Contact Agent
All listings from this agent

Tools

Mortgage Calculator
Printer Friendly Version of This Page
Email This Listing to a Friend

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


SPIES <b>di Dengkil</b> Sepang Selangor. | SPIES Selangor

Posted: 22 Jul 2012 01:39 AM PDT

Gambar-gambar kenangan SPIES siri ke 4 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor.

sdc11290-copy

logo_spies_2009

Assalamualaikum wbt…

Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini untuk mengendalikan Kem Remaja SPIES [siri 4]. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.

Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa pada masa hadapan.

Sumber: http://www.fitrahpower.com/kem-remaja-spies-siri-4-dun-teratai-dan-dusun-tua/

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Bandar Seri Putra: Ahli Majlis Zon 24 Membantu Fakir <b>di Bangi</b> Lama

Posted: 20 Jul 2012 10:40 PM PDT

Inline images 1

Sekadar berkongsi cerita dari FB Ahli Majlis MPKj Zon 24, Hj Mazwan Johar.

Nasib org fakir. Hidup payah. Diam di bangsal buruk. Kais pg makan pg. En. Veerasamy buat pelbagai kerja kasar utk sara klrga. Anak lelakinya umur 10 thn (dlm foto) sering bantu. Kawan2 d sekolah ejek bapanya. Dia tk tahan & adu kpd bapanya bbp kali. Tertekan dgn aduan anaknya & terkesan dgn minuman keras, bapanya ke sekolah utk beri ingatan pd phk sekolah jgn diri & anaknya dihina. Dia msk kawasan sekolah dgn parang tersisip d pinggang. Sekolah adu pd polis & dia ditahan reman. Tiada lg kais pg. Laporan diterima dpd jiran Cina sebelah bangsalnya. Bergegas ke bangsal itu. Foto di hadapan bangsal klrga Veerasamy bersama isteri & anak2 mrk. Beri sumbangan makanan semlm sebelum Ramadhan bermula. Secebis kisah hidup org fakir d tanahair.


=============================================================================

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


APIEY: Burger Bakar Kini <b>Di Shah Alam</b>. Biar Betul?!

Posted: 07 Jul 2012 11:27 PM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
Mengapa sanggup berjalan lebih demi mendapatkan burger bakar yang enak? Dengan tol dan kos petrol yang meningkat, lebih baik dapatkan produk yang serupa di lokasi berdekatan. Berita baik kepada peminat burger bakar, kini dah ada burger bakar di Shah Alam. Lebih tepat lagi, di seksyen 7. 
Berdasarkan pemerhatian brader, ada dua gerai yang menjual burger bakar ni. Yang pertama terletak berhadapan Pasaraya Giant Seksyen 7 (dulu Pasaraya Bintang) di Pusat Komersial Seksyen 7. Yang lagi satu selang dalam 3 buah gerai atau kedai daripada Restoran D Warung (menggantikan restoran Bandi Amuk), kat kawasan yang ada Restoran Hakim (baru). Ha, mari brader tunjuk sikit dua gerai tersebut.
 Yang kat depan Giant ni nama gerai dia Burger Bakar Power 
 Pekerja yang tak menang tangan menguruskan pesanan
Yang ni burger bakar ayam, harga bermula RM7.50. Patti adalah buatan sendiri 
 Yang ni gerai kat Seksyen 7 Baru (barisan X-Restoran Bandi Amuk), nama kedai dia KL Burger Bakar 
Ni nama dia BB KL Smackdown, harga RM7.00
Oh ya, kenapa mesti burger bakar? Ia menjadi fenomena dan trend masakini disebabkan daging patti dia yang dibuat sendiri dan memang besar dan tebal. Berbanding daging burger yang biasa buatan Ramli, Bulan Purnama atau Fussypeam, burger bakar ni memang 100% daging, tidak bercampur lemak. 
Selain itu, mengapa daging burger bakar ni jadi kecik lepas siap dibakar? Jawapan daripada penjual di kedua-dua gerai ini ialah daging lembu mengandungi air dan apabila dibakar, air tadi mengering menyebabkan saiz patti yang besar tadi akan mengecut sedikit.
Oleh kerana dua-dua gerai ni mula bukak pada sebelah petang hingga malam, brader sarankan korang datang pada waktu yang telah dinyatakan. Selamat mencuba.  

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Ceramah "Ombak Rindu" <b>di Kajang</b> - Pertubuhan Alumni Debat <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 10:13 PM PDT

Unit Undang-Undang Keluarga
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor


Satu seminar OBOR KASIH telah dilangsungkan bertempat di Masjid Jamek, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Program seminar ini melibatkan ceramah bertajuk "Ombak Rindu". Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dan juga Jawatankuasa Masjid Jamek Kajang.
Ceramah bertajuk "Ombak Rindu" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


UMNO Online - PM Gempur <b>Ijok</b>, Kuang, Rawang Dan Gombak <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 04:45 AM PDT

Kategori Utama

PM Gempur Ijok, Kuang, Rawang Dan Gombak Sabtu Ini

SHAH ALAM, 5 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melakukan tinjauan mesra sehari di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor Sabtu ini.

Penduduk tempatan dari kawasan DUN Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia berpeluang mendekati Perdana Menteri dalam program bertemakan 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN' anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata program itu diadakan sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat daripada semua kaum selain memahami serta menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi mereka.

"Program ini merupakan siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.

"Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti," katanya selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra Najib ke Selangor di sini, hari ini.

Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang.

Perdana Menteri kemudian menemui penduduk di Taman Sri Gombak.

Berita Bertarikh Pada 7:45 PM

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved