ads

Ahad, 18 November 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Suara 1 Umno: Dato Hasan Ali <b>di Teluk</b> kumbar bikin penyokong PR <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 02:40 AM PST

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Hasan tidak mengkritik Ulama PAS tapi kali ini, sejak dua hari ini semasa Muktamar PAS berlangsung beliau sangat sedih tentang sikap ulamak PAS pada hari ini. Beliau mengkritik kepimpinan Pas  yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.
"... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya.
Beliau turut mengkritik solat hajat dan doa yang disampaikan oleh adik kepada TG Nik Aziz, MB Kelantan.  Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Sebagai sebuah  parti yang majoriti ahlinya beragama Islam, Pas tidak sepatutnya berbuat sedemikian kepada saudara sesama agama yang menjadi anggota Umno. Bagaimana boleh kita mendoakan mendatangkan kebinasaan kepada UMNO. Sedangkan adik dan abang kita juga berada dalam UMNO. Bapa dan emak saudara kita juga berada dalam UMNO. Mana boleh kita solat hajat dan minta sesuatu yang tidak baik kepada rakan-rakan kita yang seagama dan sebangsa dengan kita.

Itulah keghairahan PAS ke Putrajaya hinggalah pada hari ini ulama PAS semakin lupa matlamat asal perjuangan PAS. Dato Hasan Ali, bekas exco kerajaan Selangor kelihatan cukup bersemangat dan bertenaga mampu menggunakan dialek utara sekali-kali para hadirin tertawa dengan gelagat beliau. Akhir ceramah beliau semalam, beliau secara serius memberi ingatan kepada seluruh hadirin supaya tidak sesekali memberi undi kepada calon PR sama ada calon itu calon DAP, atau calon PKR mahupun calon PAS.  
Dalam tinjauan lokasi ceramah semalam, ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS termasuk pemimpin PAS berhampiran turut mendengar ceramah Dato Hasan Ali dari jauh. Ini bermakna Dato Hasan Ali mempunyai pengaruh yang besar di kalangan ahli-ahli PAS. Jika Dato Hasan Ali sendiri tidak lagi menyokong PAS, apa sangat jika anda hanya sebagai ahli biasa PAS atau sekadar penyokong PAS! Selamatkan anak cucu kita dari keghairahan untuk berkuasa. Takut menang sorak kampung tergadai!

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): LAWATAN <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 07:48 AM PDT

Pada 20 dan 21 Oktober yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk peserta Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) serta murid Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Rombongan ini juga disertai oleh beberapa orang guru KEDAP dan Pendidikan Khas. Pada tahun ini lawatan tertumpu di Daerah Taiping dan Kuala Kangsar. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Pulau Orang Utan dan Eko Park di Bukit Merah, Night Safari di Zoo Taiping, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, MCKK dan Dataran Kuala Kangsar. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi manafaat yang besar kepada peserta lawatan yang memberi pengetahuan tentang alam sekitar, fauna dan flora serta sejarah negara kita.

Berikut adalah rakaman lawatan tersebut yang diabadikan dalam bentuk foto.





12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Pelacur &#39;Buterfly&#39; <b>di Puchong</b>. - UtaraNews - The News Portal

Posted: 26 Sep 2012 05:33 PM PDT

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej 'butterfly' atau 'booking' terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di sini.

Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu. Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej 'butterfly' di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit. Gadis 'butterfly' itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.

 Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej 'booking' yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan. Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis terbabit pernah beberapa kali diserbu sebelum ini.

 Beliau berkata, kali terakhir premis diserbu pada 12 dan 14 September lalu masing-masing oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Katanya, selepas pemilik pertama menghentikan operasi sejak lapan bulan lalu, pemilik kedua dikatakan kembali mengaktifkan operasi perniagaan haram itu sekali lagi. Menurutnya, berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya melakukan pemantauan dan mendapati ia dibuka semula selepas dua kali diserbu.

 "Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit. "Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang 'amoi' kepada pelanggan berminat," katanya. Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

"Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit," katanya.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


My Keju & Coklat: Akhirnya Merasa Juga Durian Crepe <b>di Meru</b> Raya

Posted: 17 Nov 2012 10:37 AM PST

Dah berbulan-bulan orang dok canang pasal durian crepe ni. Saya pun ada amik port juga bila jeling-jeling kat fb Cik Min. Setakat jeling-jeling je lah, telan air liur macam orang mengidam. Nak order takut tak sedap bila sampai dan nak ke Batu Caves adalah agak mustahil dalam keadaan sekarang.
So, saya pendamkan saja hasrat murni perut sampailah Rabu lepas akhirnya hajat di hati kesampaian. Itupun selepas menggoogle lokasi pembuat durian crepe di Ipoh, saya menemui lokasi yang paling dekat dengan rumah iaitu di Meru Raya.
Awalnya, berkira-kira juga nak pergi sebab takut nanti hampa tak bertemu dengan resepi asli durian crepe yang menggunakan lima jenis tepung tanpa secubit pun tepung gandum. Tapi, bila difikir-fikir nak tau sedap atau tidak kenalah cuba dulu baru tahu sendiri bagaimana rasanya. Makanya gigihlah saya sms dulu tuan kedai tanya ada buat tak bantal durian hari tu. Lepas diberitahu ada, maka saya terus membawa dua orang 'henbag' saya ke kedai berkenaan yang mengambil masa tak sampai 10 minit dari rumah.

Masuk-masuk je kedai....bagi salam dulu.
Saya: Ni Kak Feena ye, saya yang sms tadi. 
Tuan Kedai : Ye saya. Oh, yang nak durian crepe ye tadi.
Saya: Ni resepi sendiri ke dari Bzee Bakery Kak? (ayat asal yg nak ditanya : ni crepe durian ke ketayap?)
Tuan Kedai : Akak baru belajar ni dari Bzee Bakery. Baru tiga minggu.
Saya: Oh, patutlah. Saya baru balik bercuti sebulan di kampung patut tak jumpa masa search kat internet bulan lepas. 
Tuan Kedai : Dah lama mencarilah ni ye. Dapatlah adik merasa lepas ni.
Saya tahu resepi asal dihasilkan oleh tuan punya Bzee Bakery, dan memang saya nak rasa resepi asli. So, daripada nak beli sebekas terus jadi dua. Sebekas  ada 6 keping = RM10. 

Balik je rumah, terus letak depan En Bapak dan kami anak beranak terus ambil bahagian masing-masing. Gigitan pertama terasa lembut kulit krep tu, kedua rasa krim dan kemuncaknya rasa durian yang macam baru dikopek. Macam kata Chef Jo, meletup-letup dalam mulut!! Wallah...memang kena dengan selera kami hantu durian ni. Dap...dap...dap.

Khalish memang suka dengan durian. So, cepat-cepat dia habiskan crepe yang ada di tangan dan minta lagi 'kek durian' yang ada. Ilhan pun sama tapi dihabiskan kulit crepe tu dulu. hihihi...Bagi saya durian crepe ni, lagi sejuk lagi best makan. Nyaman je masuk tekak bila dikunyah perlahan. Ishh...terasa-rasa kat tekak.
Durian crepe ni elok dimakan segera kerana ia hanya bertahan dua hari. Dah sedapkan, haruslah dimakan cepat-cepat. Kang kalau lambat-lambat takut jadi tempoyak crepe lak. hahaha...Sangat sedap ok crepe dari Feena Cakes Delight ni. Sila serbu ramai-ramai ok.
Alamatnya adalah : No. 34, Hala Taman Meru 11, Taman Meru 2B, Ipoh, Perak. Boleh juga tengok website mereka di sini. Tapikan, lagi  molek kalau sms dulu Kak Feena di no :019-5596869/ 05-528429 tanya ada stok untuk durian crepe tak. Kang datang dah habis, ada yang meroyan lak. hewhewhew...
notajari: Sis Lea @ sallylea ada menjual tepung premix crepes. Beliau juga menuntut dengan puan Bzee Bakery tau. Harga tepung RM15 tapi tak tahulah berapa gram. Durian sekarang ni dah banyak jual merata-rata agak-agak rajin nak buat sendiri boleh contact Sis Lea. Google sendiri no nya ye. tata.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Kondo <b>Di Batu Caves</b>: Ronnie Liu Akan Rujuk Peguam

Posted: 14 Nov 2012 03:44 AM PST


SHAH ALAM 14 NOV : Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu akan berbincang bersama peguamnya berkenaan tuntutan maaf dan saman RM1 juta daripada Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Katanya, surat tuntutan permohonan maaf tersebut diterima di pejabatnya hari ini dan beliau belum mengambil sebarang keputusan lanjut.

"Pembantu peribadi saya telah menerima surat tersebut di pejabat saya dan saya akan membuat rundingan bersama peguam saya dan YB Gobind Singh Deo dahulu," katanya ketika ditemui di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Ronnie berkata, surat tersebut akan menuntut RM1 juta daripadanya sekiranya tidak memohon maaf berikutan kenyataan yang dikeluarkannya.

Sebelum ini, beliau mendakwa P Kamalanatan dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator A. Kohilan Pillay adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Bagaimanapun, P Kamalanathan menafikan dakwaan Ronnie dan mendesaknya supaya memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman berikutan kenyataannya.

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


*Urban Mommy* safiyyah osman: Berhati raya <b>di sepang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 04:11 PM PDT

Kali ni hari raya haji aku xdapar balik.kalau tidak memang nak balik.nak balik 21hb haritu..dah plan nak duduk sampai 31hb..

Sekali husband ajak p bandung.terus berubah semua plan.xjadi balik 21hb...tapi akan balik pada 30hb lepas balik pada bandung.

Sedihhhh...sebab melepas la nak makan sup gearbox dengan sup tulang mak.

Selalu kalau balik,aku akan follow ayah dengan mak sarimah p rumah orang yang buat open house...makan sup daging,sup geaebox,sup tulang.

Dapat makan jeli2 dalam kaki lembu tu..sluuuuurrrrrrppppp...sedapnyaaaaaa..

Tapi...melepas... :(

Pada yang balik kg,selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya korban.

Makan daging ingat- ingat ler ai k..hehhee

Tata.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved