Ahad, 18 November 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Suara 1 Umno: Dato Hasan Ali <b>di Teluk</b> kumbar bikin penyokong PR <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 02:40 AM PST

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Hasan tidak mengkritik Ulama PAS tapi kali ini, sejak dua hari ini semasa Muktamar PAS berlangsung beliau sangat sedih tentang sikap ulamak PAS pada hari ini. Beliau mengkritik kepimpinan Pas  yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.
"... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya.
Beliau turut mengkritik solat hajat dan doa yang disampaikan oleh adik kepada TG Nik Aziz, MB Kelantan.  Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Sebagai sebuah  parti yang majoriti ahlinya beragama Islam, Pas tidak sepatutnya berbuat sedemikian kepada saudara sesama agama yang menjadi anggota Umno. Bagaimana boleh kita mendoakan mendatangkan kebinasaan kepada UMNO. Sedangkan adik dan abang kita juga berada dalam UMNO. Bapa dan emak saudara kita juga berada dalam UMNO. Mana boleh kita solat hajat dan minta sesuatu yang tidak baik kepada rakan-rakan kita yang seagama dan sebangsa dengan kita.

Itulah keghairahan PAS ke Putrajaya hinggalah pada hari ini ulama PAS semakin lupa matlamat asal perjuangan PAS. Dato Hasan Ali, bekas exco kerajaan Selangor kelihatan cukup bersemangat dan bertenaga mampu menggunakan dialek utara sekali-kali para hadirin tertawa dengan gelagat beliau. Akhir ceramah beliau semalam, beliau secara serius memberi ingatan kepada seluruh hadirin supaya tidak sesekali memberi undi kepada calon PR sama ada calon itu calon DAP, atau calon PKR mahupun calon PAS.  
Dalam tinjauan lokasi ceramah semalam, ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS termasuk pemimpin PAS berhampiran turut mendengar ceramah Dato Hasan Ali dari jauh. Ini bermakna Dato Hasan Ali mempunyai pengaruh yang besar di kalangan ahli-ahli PAS. Jika Dato Hasan Ali sendiri tidak lagi menyokong PAS, apa sangat jika anda hanya sebagai ahli biasa PAS atau sekadar penyokong PAS! Selamatkan anak cucu kita dari keghairahan untuk berkuasa. Takut menang sorak kampung tergadai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads