ads

Isnin, 11 November 2013

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di tanjung karang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Seminar Bisnes Shaklee GenkiMomma Group <b>di Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 12:00 AM PDT

Pada 6 Oktober 2013, bertempat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, kami telah mengadakan Seminar Bisnes Shaklee khas buat semua ahli Shaklee yang berdaftar di bawah GenkiMomma Group. Seramai hampir 30 orang telah hadir, yang kebanyakannya terdiri daripada ibu-ibu muda yang hebat dan bersemangat waja. Majoriti peserta berasal dari Lembah Klang, namun, ada juga seorang peserta yang sanggup datang dari Penang semata-mata kerana ingin mendalami ilmu bisnes Shaklee!
Peserta Seminar Bisnes Shaklee GenkiMomma Group
(Mommies + Babies + Kiddies)

Istimewanya Seminar kami ini ialah, ianya baby-friendly Seminar!

Pernah ada yang bertanya pada saya, "Siapa yang jaga anak-anak bila korang keluar meeting? Mesti selalu nak kena keluar jumpa prospek, meeting sampai larut malam, kan?"

Owh, kami bukan begitu! Group bisnes kami sangat mengutamakan keluarga, dan kehadiran anak-anak adalah dibenarkan dalam setiap perjumpaan offline kami - Seminar, Training mahupun coaching santai!

Suasana Seminar Shaklee kami yang santai & baby-friendly!

Selain daripada perkongsian ilmu produk, strategi pemasaran offline & online, internet marketing, dan motivasi bisnes, turut diadakan ialah majlis penghargaan kepada semua Star Achievers bulanan kami yang hadir pada seminar tersebut. Berikut di antara penerima "New Rank Achievers" kumpulan kami:
Penghargaan buat Business Leader yang mencapai 
"New Rank Achievement" September 2013.

Memilih syarikat yang tepat, dan, memilih kumpulan bisnes yang betul adalah sama penting untuk memastikan kejayaan anda di dalam mana-mana bisnes, terutama bisnes Multi Level Marketing. Visi kami adalah untuk BERJAYA bersama-sama dengan anda DI DUNIA & AKHIRAT.

Mustahil jana pendapatan dengan Shaklee?

Ini ialah maklum balas dari salah seorang peserta Seminar Bisnes Shaklee kami:
"MLM Shaklee Menindas?"

Jom sertai team kami, dan kami akan tunjukkan jalan kepada anda untuk menjana income secara part-time atau full-time hanya dari rumah sahaja!!! :)

Boleh mendaftar di "Daftar Ahli" (klik).

Hubungi wakil Pengedar Shaklee berhampiran anda di "Pengedar Shaklee" (klik).

* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Pertanyaan?

Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: Gotong Royong Perdana <b>di</b> Kg Bukit <b>Kapar</b>

Posted: 05 Nov 2013 07:05 PM PST









Melibatkan lebih 45 orang relawan kampung pelbagai peringkat umur. Ianya selain menyaksikan pimpinan bersama rakyat juga memupuk semangat ukhuwwah dikalangan penduduk.

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


RAHSIA JELITA <b>DI SELAYANG</b> | Laman Artikel DBP

Posted: 02 Oct 2013 06:33 PM PDT

Ingin kelihatan jelita? Datanglah ke Selayang yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Terdapat sebuah "Kedai Serbaneka: Rahsia Jelita" di sini. Agaknya, terdapat barangan yang dijual di sini dapat membuatkan pelanggan menjadi jelita. Pemilik kedai ini ternyata bijak memilih nama bagi premis perniagaannya. Pemilik "Restoran Rumpun Selera" pun berfikiran yang sama. Pelanggan pasti tertarik untuk singgah menjamu selera di restoran ini. Pemilik dua buah salun, "Salun Kecantikan LNZ" dan "Salun Nur Cahaya"  turut memilih nama yang menarik bagi kedai mereka.

Penulis pernah tinggal di Kampung Selayang Indah. Di daerah Selayang, banyak nama tempat dan nama jalan yang sesuai dan sedap disebut. Antaranya ialah Kg. Sg. Kertas, Taman Jasa, Taman Selayang Mutiara, Selayang Mulia, Jalan Indah dan Jalan Mutiara.

Papan tanda arah ini jelas. Tetapi, perhatikan: "Kediaman Resmi YDP MPS".

Maksud resmi mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat, hlm. 1324) ialah sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat). Resmi juga membawa maksud sifat atau resam. Jadi, penggunaan kata "resmi" bagi kediaman di sini tidak tepat. Yang betul ialah "Kediaman Rasmi YDP MPS".

Penulis berasa hairan melihat nama beberapa kawasan perumahan baru yang tidak mencerminkan wajah Malaysia. Antaranya ialah "One Selayang", "162 Residency", "One Sierra" dan "Idaman Hills". Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak sewajarnya meluluskan permohonan bagi nama-nama tempat seperti ini.

Bahasa Inggeris juga digunakan secara berleluasa di beberapa tempat. Di Kompleks Renang Selayang, ada kedai makanan yang menjual sup dan sate; ada sebuah pasar mini,  tetapi pemiliknya lebih mengutamakan bahasa Inggeris.

Lihatlah. Nama-nama kedai dan papan iklan semuanya dalam bahasa Inggeris! Walaupun Selayang kini dibanjiri pendatang asing Bangladesh, Myanmar dan Indonesia, tetapi mereka pun bukannya pandai berbahasa Inggeris.

Kain rentang ini bercampur-aduk bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa slanga. Semua orang akan faham jika ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya: "Tempahan Cendol untuk Rumah Terbuka Hari Raya".

"Nathan Diagnostic Centre". Jika pemilik premis ini berjiwa Malaysia, tentulah tidak susah baginya untuk menamakan premis ini "Pusat Diagnostik Nathan".

"Yeop Lemang, Kuala Kangsar". Penulis mengandaikan begini: Yeop Lemang berasal dari Kuala Kangsar. Mungkin dia baru berpindah ke Selayang. Jadi, dia menggantung kain rentang yang terpampang nama dan nombor telefonnya supaya senang dijumpai oleh orang yang mencarinya. Yeop mendapat gelaran "lemang" mungkin disebabkan dia suka makan lemang atau dia seorang penjual lemang. Andaian ini mungkin betul atau sebaliknya. Yang pasti, melihat kepada kain rentang, di sinilah tempat Yeop memasak dan menjual lemang. Tulisan yang sepatutnya pada kain rentang ini ialah "Lemang Yeop, Kuala Kangsar".

"Poliklinik Murni & Surgeri". Poliklinik bermaksud hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Surgeri pula adalah perkhidmatan yang terdapat di poliklinik ini. Papan tanda nama yang betul bagi premis ini ialah "Poliklinik & Surgeri Murni".

Apabila susunan kata tidak betul, bahasa akan salah dan membawa maksud yang berlainan. "Pusat Hiasan Lampu" bermaksud di sinilah tempat bagi sesiapa yang ingin menghias lampu. Apabila penulis memasuki kedai ini, ternyata bahawa barangan yang dijual ialah lampu yang pelbagai jenis untuk kegunaan pejabat dan kediaman. Kedai ini sepatutnya dinamakan "Pusat Lampu Hiasan".

Maklumat pada kain rentang ini bercampur-aduk bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Frasa "Murah Bayaran" tidak betul susunannya. Yang betul ialah "Bayaran Murah".

"Kedai belakang boleh parking". Nasihat penulis kepada pemilik kedai, gunakanlah bahasa Melayu baku dan tidak melucukan seperti ini. Silalah meminta pendapat atau pandangan daripada pihak yang lebih arif tentang bahasa Melayu. Cadangan penulis: "Tempat meletak kenderaan disediakan di bahagian belakang kedai" atau "Sila letak kenderaan anda di bahagian belakang kedai".

"Pemborong & Runcit Kasut". Frasa ini agak mengelirukan. Pemborong jelas maksudnya, manakala runcit kasut bermaksud pelbagai jenis kasut. Jika pemilik kedai ini ialah pemborong kasut, maka papan tanda nama kedai sepatutnya ditulis "Pemborong Runcit Kasut". Sekiranya dia juga menjual kasut, nama yang tepat bagi kedainya ialah "Pemborong & Peruncit Kasut".

"Lain-lain perkhidmatan: Servis kenderaan, servis air-cond". Maklumat pada papan tanda kedai ini  perlu dibetulkan. "Lain-lain perkhidmatan" tidak mengikut Hukum D-M. Unsur yang diterangkan (D) merupakan kata utama yang harus didahulukan daripada perkara yang menerangkannya (M). Cara penulisan yang betul ialah "Perkhidmatan lain: Membaiki kenderaan, membaiki alat pendingin hawa".

Kesalahan ejaan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemilik premis perniagaan. Pelbagai jenis kamus terdapat dalam pasaran untuk dijadikan rujukan. Banyak pemilik premis di sini tidak menitikberatkan tentang ejaan bahasa Melayu. "Elektrik" adalah ejaan yang betul, bukannya letrik atau eletrik; "batik sarung" bukannya batek sarong; "kain pelekat" bukannya kain palaykat; "atendan pam" bukannya pam atandan; "motosikal" bukannya motorsikal, "ekzos" bukannya eksos; "menyembur cat" bukannya menyambur cat.

Pemilik premis perniagaan ini sepatutnya mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris. Besarkan tulisan dalam bahasa Melayu supaya lebih menonjol daripada bahasa lain.

Bagi dua buah premis ini, "di" bukanlah imbuhan yang perlu dicantum dengan kata yang mengikutinya.Kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Cara penulisannya, hendaklah dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Jadi, ejaannya perlu dipisahkan menjadi "di sini".

Pemilik-pemilik kedai ini perlu menukarkan segera tulisan pada papan tanda kedai mereka. Penulis yakin pelanggan akan tetap mengunjungi kedai jika dinamakan "Koleksi Seri Tiara", "Koleksi Nas" dan Butik Koleksi YY". "Eeda Beauty Gallery" pun perlu menukarkannya menjadi "Galeri Kecantikan Eeda".

"Bahaya: Talian Elektrik Voltan TNB Tinggi".  Bagi papan tanda amaran ini, penulis mencadangkan dua frasa yang lebih tepat, iaitu "Bahaya: Talian Elektrik Voltan Tinggi TNB" atau "Bahaya: Talian Elektrik TNB Bervoltan Tinggi".

"Meletak Kenderaan di Kawasan Larangan akan Dikunci". Frasa ini tidak lengkap dan tidak membentuk ayat yang sempurna. "Meletak Kenderaan di Kawasan Larangan" bukan benda atau sesuatu yang dapat dikunci. Yang akan dikunci ialah kenderaan. Maka, frasa ini perlu ditulis begini: "Amaran: Kenderaan yang Diletakkan di Kawasan Larangan akan Dikunci".

Di bahagian luar sebuah pasar raya, terdapat papan kenyataan yang bertulis: "Bagi tujuan keselamatan, pusat membeli-belah ini adalah di bawah kawalan kamera litar tertutup". Kesalahan yang pertama ialah pada perkataan "pusat membeli-belah" yang sepatutnya "pusat beli-belah". Kedua, kamera litar tertutup tentulah tidak dapat mengawal pusat beli-belah seperti yang dilakukan oleh pengawal keselamatan. Cadangan penulis: "Bagi tujuan keselamatan pelanggan, pusat beli-belah ini diawasi melalui kamera litar tertutup".

"Selayangku Sayang" slogan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sungguh sayang sekiranya PBT tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas pemilik premis perniagaan yang mengambil mudah dalam penggunaan bahasa kebangsaan. DBP menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa untuk para pengguna menanyakan sebarang kemusykilan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan korporat.

DBP juga menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP – (http://www.dbp.gov.my).

Oleh Adnan Abd Jamil

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


2 Gambar tiga lagi perompak berjaya ditembak mati oleh polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 11:24 PM PDT

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/10/gambar-tiga-perompak-ditembak-mati-oleh-polis-di-bandar-meru-raya.html

IPOH – Polis menembak mati tiga penjenayah yang baru merompak sebuah kedai emas dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya, dekat Jelapang, sebentar tadi. Kejadian berlaku kira kira jam 11.15 pagi ini.

Seorang lagi suspek cedera parah namun berjaya melarikan diri. Gerakan memburu suspek yang bersenjatakan pistol itu sedang giat dijalankan.

#Tahniah PDRM!

ARTIKEL BERKAITAN:

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Bersendirian Maal Hijrah <b>di Hulu Selangor</b> - Catatan Si Merah Silu

Posted: 07 Nov 2013 01:49 AM PST

Salam. Cerita kecil sekitar hari Maal Hijrah baru ini...
Adapun untuk hari pertama tahun baru Islam itu ada yang mengajak agar malamnya saya ikut ke majlis agama tertentu, untuk siangnya pula diajak berbusana untuk sambutan Maal Hijrah peringkat nasional di Putrajaya. Tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini saya rasa ingin menyendiri di tempat yang agak sunyi dan ada masjid lama. Tengah hari Isnin saya pun mengorak langkah dengan motosikal besar kesayangan...

Ini adalah kali pertama saya akan menunggang jauh setelah setengah tahun 'berehat' akibat kecederaan patah kaki.  Ambik gambar sendiri sat. Bila dilihat balik terasa macam 'road warrior' tua pula... :]

Setelah 10 km keluar dari rumah ada juga rasa nak patah balik, satu apabila melihat langit mendung di hadapan... untuk pengetahuan dah lebih seminggu asyik hujan lebat petang, rasanya badan dah tak berapa larat nak redah hujan. Kedua, baru saya perasan tertinggal telefon bimbit di rumah. Bagaimana kalau isteri atau sesiapa nak berhubung?
Nasib baik semangat saya masih cekal. Pantang berundur kalau dah melangkah keluar. Saya dapati kalau pandai pilih laluan dapat juga mengelak hujan lebat. Kalau setakat kena rintik-rintik tu biasa le. Tentang telefon bimbit tertinggal kan saya mahu bersendirian? Tak mengapa. Sampai ke destinasi utama iaitu di Kuala Kubu nanti boleh hubungi isteri menggunakan telefon awam untuk memberitahu telefon bimbit saya tertinggal, agar beliau tahu keadaan dan tak risau.
Dalam perjalanan ini saya mahu meninjau satu laluan potong yang pernah dilihat dalam peta Google Earth. Ada bahagian yang jalannya kurang cantik, sekitar 300 meter gitu. Tapi saya dapati ia dapat memotong jarak sebanyak 2 km selain mengelakkan kesesakan lalu lintas yang biasa melanda jalan dari Rawang ke Sungai Choh. Lihat artikel Cutting to Bukit Beruntung via Garing.di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari Rasa dah tak berapa jauh ke satu simpang masuk ke Kuala Kubu.

Makan tengah hari yang lambat di Kuala Kubu... dekat 5 petang baru nak makan daaa...

Suasana pekan ini terasa begitu segar. Sambil itu ada ketenangan tertentu apabila mengembara bersendirian berbanding keluar bersama keluarga atau mana-mana orang.

Memang Kuala Kubu adalah destinasi utama kerana ada masjid lama mahu dijadikan tempat beriktikaf. Tapi sementara ada siang eloklah berjalan lebih ke dalam masuk kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Berhenti sebentar di tasik buatan empangan Hulu Selangor. Airnya kelihatan surut teruk, saya anggarkan 15-20 meter di bawah paras normal...
Lebih jauh ke pendalaman menghala ke Bukit Fraser terdapat sebuah air terjun di bawah jambatan. Saya pun singgah bermandi-manda. Lihat A stop at Chiling waterfall

Hampir waktu senja sempat bersiar-siar di kampung orang asli di Pertak. Kelihatan rumah-rumah mereka begitu cantik, mungkin sebagai pampasan kawasan berdekatan ditenggelami air empangan.

Dahulu Pertak sangat terkenal sebagai tempat bermain rakit lasak atau white river rafting kerana jeramnya yang panjang dengan laluan batu-batu. Namun air yang diempang membentuk tasik besar telah menenggelamkan laluan. Kini ia 'timbul' kembali akibat paras air empangan surut teruk. Kalau paras normal, kawasan berumput yang kelihatan harus ditenggelami air.

Ketika bergerak ke hadapan sedikit menghala kembali ke Kuala Kubu saya lihat meter motosikal menunjukkan nombor-nombor menarik. Kalau tak salah ketika itulah masuk waktu Maghrib juga tahun Hijrah 1435. Ketika itu saya masih berada di sekitar tasik.

Solat Isyak di masjid jamek Kuala Kubu.

Lewat malam baru ke tempat iktikaf iaitu masjid lama di Ampang Pecah.

Saya sudah banyak kali singgah di masjid ini tapi rasanya baru pertama kali itu bermalam. Teringat satu update yang dibuat di Facebook tentang Nabi Adam AS dan satu benua besar zaman purba yang dipanggil Pentas Sunda hampir 2 minggu lalu. Entah kenapa saya menggunakan Kuala Kubu dan Ampang Pecah sebagai contoh...
PENTAS SUNDA, TEMPAT ASAL USUL MELAYU DAN TURUNNYA NABI ADAM AS
Sebut pasal asal usul Melayu yang bermacam2 teori itu? Saya tambah sikit rencah. Perkara ni dah ramai tahu tapi cuma agak ragu2 sebab takda fakta backing agaknya. Apa itu Melayu pun ramai masih celaru. Saya sebut aje le tanpa perlu membuktikan apa2...
Di sini, di sini Tanah Melayu dan kepulauan2nya bermulalah tamadun manusia. Di sinilah Nabi Adam AS diturunkan dari syurga. Kerana tanah ini ketika ia masih lagi sebuah benua besar yang dikenali pengkaji sebagai Benua Sunda pernah dikenali sebagai Lanka. Sebelum nama itu dipakai oleh sebuah pulau di India yang dikenali sebagai Sri Lanka, sedangkan nama Lanka di sini hilang. Lalu Nabi Adam pun dikatakan turun di Srin Lanka merujuk pada pulau benua Hindi sana.
Contoh mudah nama tempat berganti sedangkan tempat asal pula namanya berubah adalah Kuala Kubu, pekan yang biasa orang lalu sebelum naik Bukit Fraser dari arah barat Semenanjung. Tahukah anda di mana Kuala Kubu yang sebenar? Ia adalah di tempat bernama Ampang Pecah, dekat masjid lama, sekitar 3 km dari Kuala Kubu yang kita kenali.
Kuala Kubu sebenarnya mendapat nama sebab di situ terdapat kuala Sungai Kubu, masuk ke Sungai Selangor. Namun kawasan ini senang banjir. Dalam satu peristiwa sekitar 1880an kalau tak salah banjir besar telah menyebabkan empangan berdekatan yang dibuat penduduk tempatan pecah lalu selepas itu kawasan lebih dikenali sebagai Ampang Pecah.
Pada tahun 1930an kalau tak salah bandar baru dibina di tempat lebih tinggi lalu menjadi Kuala Kubu yang kita kenali sekarang. Sebab itu nama penuhnya Kuala Kubu Baru. Tak mustahil kisah Lanka juga begitu. Selepas berlaku beberapa peristiwa yang mengubah bentuk geografi terutama Banjir Nabi Nuh, ada serpihan penduduk membina penempatan baru lalu membawa nama Lanka itu ke tempat yang dikenali sebagai Sri Lanka. Pentas Sunda yang dah banyak ditenggelami air lalu membentuk banyak pulau pun dikenali dengan nama lain.
Namun banyak bangsa2 serpihan membawa kenangan tamadun tinggi Pentas Sunda yang mana disebabkan turunnya Nabi Adam AS di situ membawa ilmu dari syurga dapat membina tamadun tinggi dengan cepat. Memori tamadun tinggi itu dikenali dengan pelbagai nama misalnya kisah Atlantis yang diceritakan oleh Plato pada orang Greek, kisah tamadun Punt yang dikenali orang2 Mesir2 purba. Dari Nabi Adam AS manusia berpecah menjadi pelbagai bangsa. Selepas beberapa lama hingga kini ramai anak cucu keturunan baginda terpanggil untuk kembali ke motherland. Misalnya Sam, seorang dari 3 anak Nabi Nuh yang memimpin masyarakat selepas Banjir Besar membawa satu kelompok kembali ke bumi sebelah sini.
Lain2 kelompok terpanggil kemudian, misalnya Bani Jawi dari keturunan Siti Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim. Kemudian datang kelompok Bani Israel, misalnya keturunan Nabi Sulaiman dari perkahwinan Ratu Balqis yang dikatakan menjadi raja2 Bugis, juga darah daging Raja Iskandar Zulkarnain. Masuk zaman Nabi Muhammad SAW datang pula keturunan Ahlul Bait berasimilasi membentuk bangsa besar yang dipanggil Melayu. Kerana apa? Semuanya terpanggil untuk kembali ke tempat turunnya Nabi Adam juga kembali pada fitrah asal bertauhid Islam sejak turun-temurun. Asimilasi yang mahu kembali pada fitrah asal, inilah yang kita panggil MELAYU. Cukup.

Di masjid ini saya dapat merasakan kehadiran kuat sejumlah makhluk yang tidak kelihatan. Tapi saya buat hal sendiri je. Beriktikaf, bertafakur dan membuat sedikit amalan.



Melihat sebentar tempat pertemuan Sungai Kubu dengan Sungai Selangor, tempat yang memberikan nama Kuala Kubu.

Singgah makan di Batang Kali...

Seterusnya mengambil jalan menghala ke Genting Highlands untuk ke satu destinasi...

Nak mandi air panas di Hulu Tamu sebelum kembali ke rumah, kali pertama ke situ. Rupa-rupanya ada jalan lebih dekat dari Batang Kali tapi saya tak tahu. Lihat Hulu Tamu hot spring

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Elly In Wonderland: Kenangan Indah <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 28 Oct 2013 08:15 PM PDT

Aku dulu kalau orang tanya "awak budak mana?"...nanti aku jawab dengan bangga "saya budak PJ". Dulu2 kalau korang cakap budak PJ memang dah terbayang muka balak2 dan awek2 yang cute dan cun....lepas tu mesti orang ingat anak2 orang kaya...hahahaha....sebab kat area PJ banyak rumah besar2....banyak rumah banglo....padahal aku duduk rumah kampong jer waktu tu tapi tetap  berlagak lah.
Aku duduk PJ adalah dekat 30 tahun...banyak giler kenangan kat sini....kau cakap ceruk mana daerah PJ ni semua dalam tangan aku jer. Banyak2 tempat aku rasa PJ paling best giler kot...tempat lepak2 semua best2. Sabtu lepas En Win ajak merayau kat PJ...Oh ya En Win orang PJ jugak. Lepas kawin dlm 5 tahun baru kita berpindah kat KL. Actually nak cari rumah kat kawasan PJ tapi tak ada rumah baru semua rumah lama2.
Berbalik pada cite tadi....Sabtu lepas En Win ajak lepak kat A&W...Petaling Jaya. The best A&W...kat sini lah kitaorang melepak bila balik sekolah....tempat melepak bila balik disco DV8 dan juga tempat bercinta. Asal nak ulangkaji pelajaran jer mesti gi A&W...padahal nak usha jantan cun2 kat sini. Bila nampak lelaki cun jer hati debar2...hahahaha bodoh betul.
Kat area A&W ada satu kelab nama dia Kelab Syabas. The only club yang ada swimming pool dan open tu public...lepas tu murah giler kot kalau nak swimming....tak silap aku RM1.50 rasanya. Teruja giler bila tahu ada swimmimg pool. Ingat lagi waktu tu darjah 6....aku nak sangat gi swimming kat situ tapi duit waktu ada RM2.00 jer. Tambang bas gi balik 60 sen maknanya kalau aku pergi gaks duit aku nak naik bus tak cukup lagi 10 sen...kawan aku yang nak ikut tu pun ada duit cukup2 gaks. Lantak lah tak peduli cukup tak cukup lain hal kita mandi dulu...hahaha. Dah lah mandi tak ada swimming suit...pakai jer lah baju singlet dengan short sekolah. Beriya2 berenang sampai kecut2. Bila dah habis mandi baru rasa takut...duit tak cukup macam mana nak naik bas. Kawan aku cilake sikit selamba dia tinggal kan aku sorang2 kat bus stop sbb dia kata nak kena balik sekarang nanti mak dia marah. Aku dah mati kutu kat situ...tapi aku kan drama queen....nampak orang ramai kat bus stop terus aku menangis gi kat sorang makcik tu "Makcik duit saya hilang tak cukup duit nak balik rumah...makcik boleh tolong saya" beriya2 aku nangis waktu tu....makcik tu murah hati terus bagi aku RM1.00....fuyoo terus balance duit beli ice cream...hahaha
Waktu lepak2 ngan En Win kat sini...macam2 cite keluar....inilah tempat percintaan kitaorang. Sekolah pun kat sini.....dulu sekolah famous kat PJ ni Sekolah La Salle, Sekolah Assunta, Sekolah Sri Aman, Sekolah Bukit Bintang, Sekolah Samad Dan Sekolah Taman Petaling. So kalau bercinta pun kena cari sekolah yang famous2 kat atas ni. Aku dulu sekolah Taman Petaling...En Win Sekolah La Salle tu yang naik bas sekolah sama terus jatuh hati....aaaaauuuuwww. Ini juga temapt pertama aku sambut birthday anak aku Yaya umur 1 tahun waktu tu.
Tusiyen yang paling populat waktu tu tak silap aku nama TI dekat sebelah KFC tu (PJ State)....tak tuisyen rugi wa cakap lu....sebab kat sini lah semua budak2 sekolah berkumpul...kat sini lah aku banyak dapat abang angkat...hahahaha. Abang angkat cun giler...tapi boring arrr jadik adik2....I nak jadi girlfriend lu sebenarnya....hahahahaha.
Ada satu lagi tempat famous budak2 sekolah melepak...Jaya Seksyen 14 ada satu Mc Donald kat tepi jalan tu. Hari Jumaat mmg tempat budak2 berkumpul kat situ. Seronok wei...aku siap ada goup waktu tu "The Puple Heart"...hahahaha...nama tak blh blah.....kahkahkah. Tengah lepak2 ngan jantan tetiba bapak aku lalu...pucat muka aku...nasib baik bapak aku buat dek jer waktu tu.
Kat Seksyen 14 ni jugak ada satu food court fames ayam golek, sotong kangkung dan Satay. Bila bapak aku dapat gaji jer kitaorang adik beradik mesti ajak makan kat sini...belasah sampai 2 ekor...berpeluh bapak aku bayar...hahaha. Siapa orang PJ tak kenal Uncle ayam golek ni PJ murtad namanya ya.
Padahal aku nak melantak A&W kan tetiba teringat laksa kat Jalan 222.  Apa lagi tanpa membuangkan masa mari kita melantak lagi....
Kat sini semua makanan sedap2 belaka...Nasi Lemak bungkus, Sup Ayam, Laksa, Otak2...aku kalau sampai sini semua aku rembat. Jadi tak tentu arah semua aku nak belasah....tak sedar diri sekejap. Anak aku boring jer....biar arrrr.
Kedai sempoi tapi makanan lazat nak mampus.
Rindu giler kat PJ ni rasa macam nak cari rumah kat sini balik....bestnya.

12 di pandamaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


video Bangla dan myanmar kena belasah <b>di pandamaran</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2013 03:20 PM PDT

Sebuah bas dikesan membawa myanmar dan bangla di Pandamaran,klang, 5,5,2013. Bas tersebut berjaya ditahan dan semua penumpang diarahkan turun daripada bas.

Orang ramai yang berada di situ mengumpulkan mereka di dalam sebuah bangunan yang kelihatan seperti restoran.

Orang ramai meminta mereka mengeluarkan kad pengenalan. Kedengaran suara "ambil ic, ambil ic!!!"

Dalam perjalanan dari bas ke banguan tersebut kelihatan satu aksi pukul-memukul berlaku.

 Sambil-sambil tu mohon jengok  POLL "kami mahu TS Khalid MB Selangor" kat atas tu dan sila undi.- terima kasih

kredit video meshmesh
Dua lagi video menunjukkan Bangla dan Myanmar

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Pedrosa Juara MotoGP <b>Di Sepang</b> – Perak Today

Posted: 13 Oct 2013 03:01 AM PDT

dani

SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa menjuarai perlumbaan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, Ahad.

Manakala rakan sepasukannya, Marc Marquez berada di tempat kedua, diikuti pelumba Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo.

Pedrosa mencatat 40 minit 45.191 saat untuk menggondol trofi kejuaraan ketiganya musim ini.

Berita selanjutnya selepas ini.

-mStar

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


kayuhan <b>sabak bernam</b> <---> teluk intan - notty by nature life-chapter 2

Posted: 04 Nov 2013 08:04 PM PST

Sempena deepavali ni , Kayuh-Kayuh Cari Makan kali ni untuk bulan November berlokasi dari Sabak Bernam ke Teluk Intan selama 2 hari 1 malam.
Kami bergerak dari rumah Wak Rahim dan Kak Ija di Kg Perepat pada pukul 8.30 malam menuju ke Restoren Buner Kabana Nasi Beriani dan Tandoori naan House (N3.09410 E101.38339)  untuk makan malam dulu . Di sana nanti jumpa abg Haikal sekeluarga dan King a.k.a Raja Hassan untuk gerak sekali ke kg Wak di Sabak Bernam dan bermalam di sana juga bermulanya kayuhan starting point .

Selesai je menyantap kami gerak ke kg Wak Rahim lebih kurang pukul 10.30 malam dan sampai sana 12.15 tgh malam. Setting , prepare , packing sampai ke pukul 2 pagi dan tido.


Seawal 7 pagi kami dah mula bersiap sedia untuk berkayuh ke Teluk Intan, dalam perjalanan kami melalui Sungai Bernam dan berhenti di Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam sebelum menuju ke Pasar Sabak Bernam untuk bersarapan.

IMG_1923








Time ni keadaan pasar pagi Sabak Bernam baru je nak buka begitu juga gerai2 makan, kat situ ada lebih kurang 3 deretan gerai di tempat yg kami makan dan makanan nye mmg x kan jumpa rasanye di luar kawasan dengan nasi lemak daun pisang, laksa, pecal yg original , mee kari , soto dan lontong memang leleh habis.


Rasa Teh tarik sini memang da boom, tak manis dan tak tawar ditambah buih yang membulat. Terbaek habis, walaupon dalam idop ni kali ke 3 atau 4 kot minum teh tarik yg aku order. :P

Lepas kekenyangan kami menuju ke Pengkalan Sabak untuk menaiki sampan menyeberang sungai bernam.








Denagn menaiki sampan termasuk basikal pon naik kami menyeberang ke Pengkalan Kampung Kota di Kampung Kota. Sampai Sahaja di sini kami melalui Masjis Seberang Kota dan Makan diraja Kampung Kota. Kedudukan Kawasan Kampung Kota ni ialah di Hutan Melintang.

Petikan kata-kata kak Ija Zahri " Perkuburan lama dan Perkuburan Raja di Kampung Kota, Perak. Dahulu kala, terdapat sebuah kubu tanah besar yg dikorek oleh Raja Hitam untuk memudahkan beliau memerhati dan mempertahankan diri. Dahulu kala difahamkan, raja2 di sebelah Perak dan Selangor sering bergaduh/berperang. Kubu itu skarang telah kambus. Pondok/makam kuning disebalik papan tanda adalah kubur Raja Hitam. Menurut org2 tua, semua keturunan raja dan syed2 dikuburkan disini. Istimewanya kubur ini tidak pernah penuh walaupu hanya seluas setengah ekar. "


Selepas beberapa kilometer, kami berhenti rehat di Simpang Empat Hutan Melintang, untuk charge balik tenaga.
Dalam perjalanan kami melalui Pekan Jenderata dan Kampung Batak rabbit , dari sini hanya dalam 9 kilometer untuk sampai ke Teluk Intan.
Akhirnya kami sampai juga di Pekan Teluk Intan sebelum Check In Ke Hotel kami pekena Nasi kandar dulu  di Restoran Sultana atau lebih terkenal dengan panggilan Nasi Lambai. Bagi aku ok la nasi Kandarnya dan murah, sebab tu orang sentiasa penuh kat kedai ni. Total yang kami makan lebih kurg RM65 untuk 11 orang.

Bersebelahan Kedai Nasi Lambai ni ada gerai Cendol Jamal di sebabkan aku peminat cendol dengan perot yg dah kenyang aku order satu untuk rasa cendolnya dan hasilnya biasa je dan harganye RM2.50 seingat aku. hehehe aku main bayar je time tu.



Ini la hotel tempat kami menginap Hotel G-City RM55 semalam dan boleh bawa naik basikal.
Masuk je bilik kami terus berehat dan Solat juga tido waktu ni pukul 1.30 petang dan lepas Asar kami keluar berkayuh ke teluk Intan untuk food hunting. Time ni ada pasar malam di Pekan jadi apa lagi memang kepakaran kami la untuk mencari makanan di Pekan.
Time ni segala jenis kuih muih nak cuba tapi disebabkan boleh menahan nafsu kami merasa apam balik malindo, kacang rebus, roti kaya ori dan bandung tarik je.

Bandung tarik kat Teluk Intan ni memang spesel makcik tu gunakan santan berbanding susu yang biasa org jual kat kedai.


Agak lama kami lepak-lepak di tengah dataran menara condong sambil menikmati juadah pasar malam di Pekan , lebih kurang pukul 6.30 petang kami dinasihatkan oleh orang tempatan supaya segera ke D'tepian Sungai sekiranya nak menikmati Udang Galah kerana sana sentiasa penuh dengan orang.

Alhamdulillah nasib baik kami ke sana awal, kalo kami ikot plan asal nak gi pukul 7.30 petang memang tak dapat la makan udang galah.




Memang ni Kayuh-Kayuh Cari makan yang paling aku puas hati dan Marbeles, meleleh dibuatnya masakan udang galah sini.

Restoran D'tepian Sungai ni berada di dataran Udang Galah , andainya nak makan sini makan booking lah dulu kalo tak minta maaf la ye.. (no owner restoran ni 01053607713 ).

Cadangan aku kalo masakan udang galah kat sini, udang galah bakar adalah yang terbaik jangan lupa minta dorg masakkan cara bakar. Kalo tak menyesal nanti, sampai la ni pon masih terasa2 lagi udang galah bakar nye. Antara lain masakan Udang galah sambal dan masak lemak yang kami order., bayangkan 3 kilo untuk 11 orang makan pon sebenarnye tak cukup bagi kami yg kuat makan. (errr... aku je kot)


Esoknya pukul 8 pagi kami pon check out terus dari Hotel menuju ke Sabak Bernam dan masih dalam misi mencari makan.

Pagi tu dalam perjalanan kami berkayuh kami ternampak landasan keretapi lama yang tinggal cuma pagar je dan lepas tu kami ke area dataran udang galah di mana di situ ada gerai sarapan pagi, pelbagai menu ada kat sini, dengan mee kicapnya, mee karinya, nasi lemaknya dan macam-macam lagi la.



Lokasi : Runtuhan Istana Raja Muda Perak, Telok Intan


 Di sini kami temui Teratak Diraja yang dah lama dibiarkan . 




Selepas je kami bersarapan kami pusing sekitar dahulu pekan Teluk Intan dan dalam masa yang sama terserempak dengan beberepa group MTB Teluk Intan.

Kami berkayuh melalui jalan yang sama dari Sabak Bernam, dalam perjalanan balik makan tengahari kami makan di Kedai Mamak, Rojak Mee dan dalam beberapa kilometer kami singgah di gerai Nira asli yg first time aku minum.




Dalam Perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Klang singgah lak kat Kedai Mee Kari ketam Z-10 di Kuala Selangor dan pekena Lempeng sekali. Sedap giler Mee karinya dan Lempeng yang femes kat situ lempeng kelapa tapi aku lebih lempeng pisang.

1424328_10202318890079804_421205182_n

EXTRA PHOTO
Credit to Pink Dragonfly, Haikal Ahmad, Ija Zahri dan Wak rahim

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Menakjubkan! 3 Gambar Van terbang <b>di Cheras</b> - Hanya di Malaysia <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 12:00 AM PDT

Menakjubkan!!! itulah kali pertama yang muncul dalam fikiran admin apabila melihat gambar sebuah van kemalangan dan tersangkut diatas sebuah kereta Toyota VIOS. Apa yang mengagumkan ialah keadaan van tersebut seolah-olah seperti terapung di udara tanpa sebarang penahan. Lokasi kejadian berlaku di Bukit Permai Cheras.

Mungkin kerana jalan yang licin menyebabkan van itu terbabas dan melanggar divider yang menyebabkannya terhumban ke arah jalan raya bertentangan. Syukur tiada kemalangan jiwa 

dilaporkan.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved