ads

Jumaat, 10 Jun 2011

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PAS BERGASAK DENGAN PKR <b>DI AMPANG</b>!!!

Posted: 07 Jun 2011 07:30 PM PDT

Khasim Abdul Aziz adalah ADUN Lembah Jaya mewakili PAS manakala Zuraidah Kamaruddin pula adalah Ahli Parlimen Ampang yang mewakili PKR. Kedua-duanya berada dalam Pakatan Rakyat.

Dari luaran kelihatan tenang dan hubungan kedua-duanya kelihatan sangat baik. Namun kemelut kontrak pembersihan Kelas F yang diperuntukkan kepada kontraktor-kontraktor Melayu akhirnya menyebabkan Khasim Abdul Aziz 'naik angin' terhadap Zuraidah Kamaruddin.

Puncanya ialah keserakahan dan ketamakan Zuraidah Kamaruddin atau Mak Lampir mengaut segala kontrak tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada kontraktor-kontraktor yang berada di bawahnya.

Biarpun penamatan kontrak masih lagi ke tepi ke tengah ekoran tiada surat rasmi dari Majlis Daerah Ampang, namun khabarnya Zuraidah telah pun membawa satu senarai panjang yang mengandungi nama kontraktor-kontraktor pilihannya.

Inilah yang menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada Khasim Abdul Aziz. Khasim yang rata-rata dikenali oleh penduduk Lembah Jaya, berang dengan tindakan tamak Zuraidah Kamaruddin yang ingin menyapu kesemua kontrak berkenaan seolah-olah sudah tiada esok baginya.

Isu kontrak Kelas F sebenarnya adalah salah satu isu yang membuatkan Khasim tidak menyenangi Zuraidah Kamaruddin. Perkara paling utama yang paling tidak disenangi dengan Zuraidah Kamaruddin adalah sikap dan lagaknya yang bagaikan Diva masuk kampung. Lagaknya seolah-olah Ampang dia punya. Apatah lagi hubungan akrabnya dengan samseng-samseng India yang ada antara mereka kini menjadi Ahli Majlis MPAJ.

Pada zaman Khir Toyo, MPAJ sentiasa diperhatikan dan ada pegawainya yang telah ditarik ke mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan kuasa. Bagaimanapun pada zaman Pakatan Rakyat, sekalipun penduduk di Ampang Jaya dapat melihat tingkah laku yang serba canggung, namun tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada pegawai-pegawai MPAJ memandangkan mereka dilindungi sepenuhnya oleh Ahli Parlimen yang mempunyai kepentingan itu.

Apa kesudahan hubungan PKR dengan PAS di Ampang Jaya, pastinya akan terbongkar dalam sedikit hari lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Adat salam penjurit: Kenangan <b>di Sungai Tengi</b>

Posted: 27 Feb 2011 07:31 PM PST

Adat salam penjurit: Kenangan di Sungai Tengi

Adat Salam Penjuritan

Salam dan mohon restu akan Ajar-ajar, para Pendita, Kiyai-kiyai penjurit-kepetangan salam khas akan pada Hang Tuah berlima terutama kepada Hang Kasturi, Sang Tuan Megat-megat yang berjanji sumpah di tanah Melayu ini demi amanat. Mohon izin akan Tuan Imam Megat Sabran syahid Mekah, Tuan Imam Megat Abdul Rauf Al-rijalululghaibi, Kiyai Tok Muslim pertapa solok slim, kuala kubu, tanjong Malim dan lagong. Kiyai Fakeh Ludin serta Pak Pa'ad Kuala Kubu khas kekanda Tuan Megat Ainuddin Al-Asyuro.

Blog Archive

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Projek-Projek <b>Di</b> Hati Adun <b>Bangi</b>

Posted: 06 Jun 2011 04:26 PM PDT

BBB, 02 Rajab = 04 Jun (Sabtu):

Banyak projek dan bantuan yang dilulus oleh Adun Bangi dari semasa ke semasa. Ini adalah hasil dari penilaian yang dibuat oleh AJK Penilaian setiap minggu pada hari Khamis. Besar atau kecilnya projek atau bantuan bergantung pada kesesuaian projek. Terdapat beberapa projek mutakhir dalam perhatian Adun. Projek berkenaan ada yang sepenuhnya dibiayai Adun, ada yang bersifat tambahan dan ada sebahagian Adun terlibat dari segi pengurusan. Pada petang ini Adun bersama dengan saudara Azizi keluar bagi meninjau dan menilai projek-projek yang telah dilulus dan sedang berjalan dari segi perlaksanaan. Kami sengaja tidak memberi tahu sesiapa berhubung dengan kehadiran kami dan kami tidak perlu disambut oleh sesiapa. Dengan demikian Adun dapat membuat penilaian secara objektif.

1. Projek Baikpulih Rumah Puan Rubainah

Masalah yang dihadapi Puan Rubainah yang uzur, iaitu ketiadaan peruntukan untuk membaiki rumahnya yang juga uzur dan juga bagi membetulkan kedudukan sebahagian rumah Puan Rubainah berada di dalam kawasan jiran (selepas diukur bagi penentuan sempadan). Ketika Turun Padang ke Sungai Ramal Dalam dari 6 – 10 Februari 2011. Ketua Kampung Encik Lateb bin Mannan mencadangkan agar Adun meluluskan peruntukan bagi membina rumah Puan Rubainah di samping menggunakan kayu-kayu rumah lamanya. Adun setuju. Perletakan awal kerja mulai dilakukan pada pertengahan Mei dengan Adun turun menyaksikan kerja-kerja awal pada 14 Mei, 2011. Kehadiran Adun pada hari ini menyaksikan progress pembinaan dengan dinding batu dan beam sudah dibina. Kerja di sini dibuat sambilan oleh kontrektor, sesuai dengan peruntukan yang agak kecil, iaitu RM6,500/=.

2. Baitul Imtiyaz
Ia itu sebuah perpustakaan desa di Sungai Ramal Luar. Pembukaan perpustakaan ini dilakukan oleh Adun pada awal 2010. Perpustakaan ini mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar. Tempat ini juga digunakan sebagai kelas-kelas tuisyen. Ada jawatankuasa yang mengurus perpustakaan diketuai Puan Laila. Di sini juga - termasuk di kawasan lapang digunakan sebagai tempat kegiatan masyarakat di samping kegiatan sukan. Masalah perpustakaan adalah sempit dan perlu diluaskan. Ketua Kampung Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir memohon peruntukan bagi menambah ruang perpustakaan dengan menambah bangunan di bahagian belakang. Permohonan sejumlah RM15,000/= diluluskan dalam mesyuarat pada Khamis 2 Jun lepas. Hari ini Adun turun mempastikan bahagian yang akan dibuat tambahan. Kita berharap bangunan tambahan ini akan dibina segera.

3. Menyambung Masjid Baru Dengan Yang Lama – Masjid Haji Mat Saman
Projek yang menjadi kesayangan Adun, kerana Adun terlibat dengan pengurusan masjid ini sejak awal Adun bertugas sebagai Adun Bangi. Peringkat permulaan berlaku pertikaian pendapat antara merobohkan masjid lama yang tidak betul arah kiblatnya bagi didirikan bangunan yang baru dengan peruntukan sedia diluluskan RM4 juta dan yang mau mengekalkan yang lama di samping yang baru. Pengarah Jais, S.S. Dato` Khusrin Munawi terpaksa turun padang dan berunding dengan penduduk termasuk Adun menghadirinya. Akhirnya disetujui dikekalkan masjid lama di samping membina yang baru. Masjid baru sempenan dibina dan mula digunakan Hari Raya Idil Adhha 2010 lepas. Kini usaha menyambung laluan antara masjid lama dan baru sedang progress dilakukan. Adun bergembira melihatnya setiap kali datang ke masjid ini. Adalah dijangka Masjid Berkembar Haji Mat Saman ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana keunikan bangunannya yang merupakan satu-satunya Masjid Berkembar di Negara ini. Ianya juga merupakan antara masjid tertua di Selangor (1929).

4. Melawat Wakaf Menunggu Bas Dan Pondok Pengawal
Pondok ini didirikan oleh penduduk dan sebahagian dari peruntukannya dibiayai oleh Adun Bangi. Pondok sudah siap sejak setahun yang lepas dan baru-baru ini pihak penduduk memohon peruntukan untuk membina Pondok Pengawal. Permohonan diluluskan. Dalam lawatan ini Adun melihat Pondok Pengawal berkenaan sedang dalam pembinaan bersebelahan dengan Wakaf Menunggu, manakala di tengahnya ditambah dengan binaan tambahan.

5. Pembinaan Surau Taman Tun Perak berhampiran Bandar Tun Hussein Onn
Projek ini telah Adun lancarakan sejak awal tempoh perkhidmatan Adun (2008), tetapi surau yang diberi nama Surau Al-Faizin ini masih belum dapat didirikan, sedangkan projek kembar yang bersebelahan tapak, iaitu Sekolah Agama yang Adun juga membuat sokongan mendirikannya sedang progress di dalam pembinaan. Kebenaran memungut derma yang dibenarkan oleh pihak JAIS tidak berjalan. Setelah diadakan beberapa kali mesyuarat yang Adun sendiri hadir dan perlantikan AJK pembinaan baru dibuat dan disetuju dibuat pelancaran pembinaan yang baru. Ini dilakukan dengan secara formal dan meriah pada 15 Mei 2011 yang lepas. Pada hari yang sama pihak kontrektor sanggup melakukan pembinaan mengikut jumlah pungutan yang didapati. Pelan pembinaan telah dilulus oleh pihak berkuasa. Perlantikan pemungut-pemungut derma juga dibuat. Adun sendiri memberi peruntukan bagi gerakan kerja. Hari ini Adun datang dan agak keciwa, kawasan pembinaan ditutup. Adun intai dari luar dan ternampak progress pembinaan tidak begitu menggalakkan. Mungkin kewangan tidak dapat dikumpul menurut keperluan pembinaan. Adun harap pembangunan bagi kali ini tidak tertangguh lagi. Insya Allah.

6. Lawatan Ke Surau Al-Iman, Balakong
Lawatan terakhir pada petang ini ialah ke Surau Al-Iman, Balakong. Kawasan di sini dulunya adalah merupakan kawasan setinggan. Adun pernah datang pada peringkat permulaan pada malam hari sekitar 1999. Tempatnya berdebu dan dipenuhi pondok-pondok kayu semacam rumah kongsi. Mereka ditempatkan di sini dengan pembinaan rumah-rumah pangsa. Mereka secara berpakat mendirikan surau kecil yang diberi nama Surau Al- Iman. Kayu-kayu yang dibina dari lebihan binaan kontrektor. Kini hampir reput dan atapnya bocor dan dibimbangi runtuh jika dinaiki dari atas. Aduan kepada Adun dibuat sejak lama, tetapi tidak mampu dibaiki. Kini Adun menggunakan peruntukan yang dibenarkan untuk diguna keluar kawasan sekitar RM5,000 dengan tambahan derma dari berbagai sumber. Permulaan pembinaan dilakukan pada Khamis 26 Mei 2011 yang lepas dalam mana pada malamnya (malam Jumaat) Adun hadir sama membaca Yasin dan tahlil bagi menandakan permulaan pembaikan surau ini. Surau ini ada masalah dari segi arah Kiblat. Sebab itu disamping membina dibetulkan sekali arah kiblatnya.
Kehadiran pada petang hari ini dan melihat pembangunan sedang progress dilakukan. Cuma kerisauan Adun dari mana lagi sumber kewangan boleh didapati bagi menyiapkan surau ini yang dijangka memerlukan kewangan sekitar RM20,000. Semoga dimudah Allah mendapat derma dari mereka yang pemurah. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan mereka yang membuat kebajikan – Insya Allah.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Sharing is Caring..: UFO&ALIEN::alamak!!mereka datang menyerang!!

Posted: 08 Jun 2011 06:48 AM PDT

Mereka datang melawat. . .
Pernahkan anda terfikir bila UFO/Alien akan datang menyerang bumi kita??jika ia benar2 berlaku depan mata anda..apa yang akan anda lakukan?Fakta tentang UFO::
Sebuah benda terbang aneh (biasanya disingkat UFO) adalah setiap objek kelihatan tidak biasa di langit yang menyebabkan tidak dapat dikenalpasti oleh pemerhati, atau (dalam definisi sempit) oleh penyiasat, walaupun dalam penggunaan popular lebih longgar bererti pesawat alien, menjadi salah satu penjelasan (di antara beberapa) ditawarkan untuk penampakan seperti objek terbang. Walaupun penampakan UFO telah terjadi sepanjang sejarah,. bunga moden dalam mereka berasal dari Perang Dunia II, sejak kapan kerajaan telah meneliti laporan UFO, sering dari perspektif tentera, dan penyelidik UFO telah diteliti, ditulis, dan mencipta organisasi yang bertujuan untuk subjek.

Pengajian telah menetapkan bahawa majoriti UFO adalah pengamatan dari beberapa belon yang sesungguhnya tetapi konvensional objek-paling sering pesawat,, awan noctilucent, awan nacreous, atau objek astronomi seperti planet meteor atau terang - yang telah salah dikenalpasti oleh pemerhati sebagai anomali, sedangkan peratusan kecil dari UFO dilaporkan adalah hoax Namun,. setelah tidak termasuk laporan-laporan ini tidak benar, antara 5% dan 20% dari jumlah keseluruhan tetap dijelaskan, dan sebagainya boleh diklasifikasikan sebagai dikenalpasti dalam erti ketat. Banyak laporan tersebut telah dibuat oleh para pemerhati terlatih seperti pilot, polis dan tentera, beberapa melibatkan jejak radar, sehingga tidak semua laporan visual Para penyokong hipotesis luar angkasa percaya bahawa laporan-laporan yang tidak dikenalpasti adalah dari pesawat alien, walaupun pelbagai. hipotesis yang lain telah dicadangkan.

Gambar yang dijadikan BUKTI kewujudan UFO::

Benarkah itu OFO??

PERCAYA ATAU TIDAK??

Ada yang masih xpercaya..mereka mengatakan ia hanya gambar edit..ataupun kapal terbang unik yang dicipta sekarang..maklumlah dunia dah semakin moden..huhuhu~ia semua terpulang pada anda untuk percaya atau tidak.. 

Di dalam gambar di atas,,mereka tertanya-tanya. .benda ape yang melangar kipas angin ini??objek apaka yang melanggar kipas angin ini sehingga kemek/renyuk??



Dari camera NASA. .mereka dapat tangkap objek yang bernama 'UFO' sedang terbang di langit. .adakah itu benar2 UFO??


Meraka membuat andaian tentang penampakan 'objek terbang' ini di negeri mereka. .dan yang paling banyak nampak adalah di Tanjung Sepat dimana mereka telah nampak sebanyak 9 kali. .

CARTA::

Sungai Petani-8 kali

Ipoh-5 kali

Paka-4 kali

Pekan-3 kali

Selayang Baru-4 kali

Ampang-4 kali

Sentul-4 kali

Hulu Langat-6 kali 

Tanjung Sepat-9 kali

Muar-4 kali 



Kegunaan UFO::

Ini hanya kemungkinan sahaja. .mungkin kapal angkasa UFO ini lebih canggih dari ape yang kita sangka. .

Tanda-tanda kemunculan Alien::

Memang nampak cantik tanda2 ini. .unik. .tapi apakah maksud disebalik tanda2 ini??ia sering berlaku di ladang jaggung,ladang yang luas dan sebagainya. .

UFO menculik lembu?? ::

HAHA..alien nak uat ape ngan lembu2 ni ek??entah ar. .nak jadikan makanan kowt. .kajian ker..dorang pown nak mengkaji gak dunia kita ni kan..hehe benda macam ni xdikenalpasti lagi ape tujuan alien ni nak menculik lembu..belum ade bukti pown..perkara macam ni POPULAR dalam games jer..

Alien itu ape::

Tidak seperti bangsa musuh yang lain berulang extraterrestrial dalam fiksyen sains, Aliens bukan tamadun cerdas, tetapi makhluk pemangsa tanpa tujuan yang lebih tinggi daripada perbanyakan spesies mereka dan penghancuran kehidupan yang boleh menimbulkan ancaman. Seperti tawon atau anai-anai, Aliens yang eusocial, dengan ratu subur tunggal breeding kasta askar. Kehidupan biologi Aliens 'kitaran, di mana anak mereka keras tertanam di dalam hidup host sebelum meletus dari dada mereka, dalam banyak hal aspek tanda tangan mereka.

Gambar Alien::



Inilah dia rupa yang dikatakan 'ALIEN'..hurmm nak kata hodoh pown boley..menakutkan pown ade jugaklah..ermmm..cam bayi pown ader..tah!!lu pikir la sendiri!! 

Falkville, Alabama ketua polis Jeff Greenhaw pada malam 17 Oktober 1973. Greenhaw bentak beberapagambar tokoh sebelum itu lepas landas di bidang dibajak dengan Greenhaw dalam pengejaran. Ini outran loripickup dan mengejar ditinggalkan. "Dia sedang berlari lebih cepat dari setiap manusia yang pernah kulihat,"katanya. Foto ini mempunyai asal lebih baik dari orang asing agen rahsia, tapi kita masih tertinggal denganhanya akaun saksi dari apa yang dilihatnya. Malangnya, sosok itu kelihatan seperti seorang lelaki dalamtetapan tahan api. Mungkin percanggahan ini adalah bukti keasliannya, namun logik semacam itu tidak akanmendapat satu sangat jauh di dunia lurus.

Tentu saja, sekarang siapa pun bisa menghasilkan gambar atau video alien atau UFO. gambar yang lebih tuamungkin merupakan bukti objektif hanya kita miliki tentang fenomena tersebut. Sayang bahawa kita tidakmempunyai banyak foto penghuni. Pada tahun 1996, Whitley Strieber dipuji gambar dari "abu-abu"seharusnya yang katanya mungkin otentik kerana "struktur anatomi di sekitar mata hitam merangkumi bahawasaya telah mengamati tetapi sengaja tidak pernah dilaporkan di mana sahaja." Menyatakan Strieber bahawaWasa imej yang paling nampak sebuah tipuan, tetapi yakin bahawa originator mengalami kontak langsungdengan makhluk asing, atau harus berbicara dengan seseorang yang melakukannya.

 

 

 

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


SINGGAH SEJENAK NUN JAUH DI DAMAK: RESTORAN AYAM PENYET <b>DI MERU</b>

Posted: 07 Jun 2011 09:57 AM PDT

Petang tadi si dia call, on the way balik dari Muar... ajak keluar makan malam nie... dalam hati tak penat ke... tengah hari tadi gerak ke Muar... lepas tu, baru je sampai nak keluar lagi. Tak pe lah, si dia yang ajak... mesti si dia rasa larat tu... kalau ikut kan aku memang tak ajak... sebab tahu mesti penat... Bukan dekat Muar tu... kata je ada driver, duduk sebelah sebenarnya lagi penat... tambah pulak hari nie si dia puasa.

Pukul 8.30 tadi si dia dah sampai di Mc Donald, Meru... selalunya memang kat situ lah tempat kami jumpa... dalam perjalanan lagi aku memang tak nak makan burger... sebab tadi berbuka dengan laksa je... so malam ingat nak makan nasi... ternampak lah pulak nasi ayam penyet di seberang jalan. Kami parking je kereta di Mc Donald dan berjalan kaki je ke seberang.

Sudahnya kami oder sepinggan je... si dia, katanya dah kenyang tadi berbuka dengan kuey teow goreng... semalam pun kuey teow goreng. Tapi biasalah aku, makan mana pernah habis... si dia jugak yang tolong habiskan... bukan nak jimat ok... aku nie memang makan sikit je... tangki kecil. Bagi aku lah... nasi ayam penyet kat Meru nie sedap jugak... tapi biasa lah si dia... kalau aku cakap sedap... si dia akan cakap tempat lain lagi sedap... nak tahu kat mana yang dikatakan sedap tu... nun di Tanjung Balai, Indonesia. Mak ai... bukan dekat tu... aku pun tak pernah sampai.

Tengah makan... member aku call, katanya dia nak tumpang bermalam di rumah... dah pun sampai di Saujana... so si dia pergi bayar... dah tu kami terus balik. Kesian pulak, takut member menunggu lama.

Memang selalu pun kami jumpa sekejap je... Bukan senang nak dapat jumpa si dia nie... hujung minggu jangan mimpi lah... minggu depan nak ke Labuan... tak tahu lah lepas nie bila lagi dapat jumpa.

Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa dan belanja makan tadi... ikutkan dah lama aku nak belanja... tapi sampai sekarang tak dapat lagi nak belanja si dia... asyik ditolaknya time aku nak belanja. Naik segan jugak aku... asyik orang je belanja.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


SUS n d FELT PRODUCT: FELT CRAFT WORKSHOP BERSAMA SUS <b>DI BANDAR</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2011 07:35 AM PDT

Salam n Hye sem0.. SUS akan turun ke Bandar Sunway pd 21 MAY 2011 utk mengadakan felt craft workshop.. Waktu pd pukul 3-6 ptg.. Kpd yg berminat boleh la mendaftar dgn menghantar email kpd lvbeii604@gmail.com atau utk info lanjut boleh ke The Handmade Movement..


  1. Peserta akan didedahkan dengan jenis felt yg ada di pasaran serta kegunaan setiap jenis felt.
  2. Peserta akan diperkenalkan dgn jenis peralatan dan jenis benang yg sesuai dengan jenis jahitan dan aplikasinya pd felt.
  3. Peserta akan diajar 4 jenis jahitan dan cara menjahit dgn betul :
  • Jahitan blanket stitch/insang pari.
  • Jahitan backstitch.
  • Jahitan  sembat.
  • Jahitan jelujur.
    4.   Peserta juga akan diajar cara-cara utk membuat dan melukis pattern pada felt.
    5.   Design yg akan diajar :
  • Keychain love
  • Hair clip bunga
  • Brooch burung hantu

Alamat lokasi workshop :  

Bfree. 12A-3, Jalan PJS 8/11,  

Dataran Mentari, Bandar Sunway,  

46150 Petaling Jaya,  

Selangor D.E, Malaysia

*KLIK GAMBAR UTK PETA LOKASI YG LEBIH BESAR..

Date : 21 May 2011 (SATURDAY)
Time : 3pm - 6pm
Class Language : Malay & English
Class Fee/ person : RM120 (inclusive of materials)
Class Deposit : RM50 (this fee is non refundable in the case of absentee)
Maximum Participants Capacity : 4 - 12 person

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


FAHMI <b>DI</b> SINI: Gara-gara <b>burung</b>, US Airways terjunam ke <b>sungai</b>

Posted: 31 May 2011 05:43 PM PDT



Penyelidik sedang melakukan penyiasatan berkaitan "jatuhnya" pesawat US Airways di Sungai Hudson, New York. Dalam perjalanan dari LaGuardia, New York, ke Charlotte, North Carolina. Burung yang tersedut ke dalam mesin pesawat turbo Airbus 320 didakwa sebagai penyebab utama.

Berdasarkan keterangan daripada sebuah badan di AS iaitu Bird Strike Committee, lebih daripada 200 orang maut di seluruh dunia sejak tahun 1998 akibat pesawat yang melanggar burung. Lebih daripada 5000 ekor burung melanggar pesawat atau sebaliknya dilanggar pesawat sepanjang tahun 2007, menurut keterangan Angkatan Udara AS.

Related Posts : Hangat, pelik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Maklumat terbaru kejadian tanah runtuh <b>di Kajang</b> | DaHLia&#39;s JouRNaL

Posted: 21 May 2011 03:08 PM PDT

Maklumat Terkini Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat

10.20pm - Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.

10.30pm - Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang. Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.

Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus.

Maklumat terbaru: Zaid ashwal, 18, boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

5.05 pagi, 22 Mei 2011 – Empat lagi mangsa dijumpai. Dan disahkan kesemua mereka maut.

tanah runtuh hulu langat

**Gambar Illustrasi Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dari Kosmo Online

Update Senarai Mangsa yang terlibat dalam Kejadian Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim, Hulu Langat.

Mangsa yang meninggal

1. Azrel (8)                  2. Nael (8)               3. Eqim                       4. Zaim

5. Rahimi                     6. Angah.                7. Shahrul (9)             8. Abg Farid (34)

9. Zaid Aswad (18)   10. Boboy (10)          11.Lokman (11)         12. Hasril (11)

13. Riz (9)                14. Fahad (9)             15. Aiman (10)           16. Hazim (9)

Mangsa yang selamat

1. Khairul (9)          2. Hairis                   3. Harris                   4. Aizat

5. Alaudin               6. Abg Din                7. Shafiz                   8.Akmal

9. Abg Iwan (33)

** telah dikemaskini pada 22.05.2011 jam 10.54am

 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Relawan Ikatan Rakyat (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seramai 384 anggota terlibat dalam operasi SAR yang bermula pada pukul 3 petang itu. Selain itu, sebanyak tujuh ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi tersebut bagi mengesan mangsa yang tertimbus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, operasi mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. Klik untuk Berita Lanjut Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved