ads

Selasa, 12 Jun 2012

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Penny Stock Prophet Reviews Offer <b>CHERAS</b> Marina <b>Di</b> Savelletri

Posted: 12 Jun 2012 08:31 AM PDT

Publish Date: 12-06-2012 23:31:01 | Contact name: Stan Willson | Location: CHERAS | Place: Marina Di Savelletri | 3 times displayed |

Is actually Penny Stock Prophet RIP-OFF? Go through My STUNNING Penny Stock Prophet Reviews! JAMES REALLY WANTS TO SUE US AND SHUTDOWN THIS REVIEW SITE!

For more about Penny Stock Prophet Reviews visit http://www.PennyStockProphetreviews.com

Contact Stan Willson: Penny Stock Prophet Reviews

Send me an email with links to manage my Ad

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


ANASUKA: <b>Kuala Kubu</b> Bharu

Posted: 11 Apr 2012 04:24 PM PDT

Berriadah di Kuala Kubu Baru {KKB} di hari Pertabalan DYYM SERI Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, 11/04/2012.
Kuala Kubu di zaman penjajahan dulu British dahulu adalah pekan yang amat di sukai pegawai2 British. Ia adalah pekan persinggahan sebelum sampai ke Bukit Frazer. Pada tahun 1883 terjadi banjir besar di Kuala Kubu akibat ampangan pecah. Ramai yang terkorban termasuk pegawai Daerah British Sir Cecil Rangking. Pehak British tidak beralah dan membangunkan semula pekan ini dan di namakan Kuala Kubu Bharu. Satu semangat baik yang patut kita contohi...jangan mudah mengalah. Pegawai2 British telah menjadikan pekan ini lengkap serba serbi { It is a self contained town} termasuk juga he he...satu Padang Golf



RUMAH DI PUNCAK BUKIT

Rumah puncak bukit ni dapat di lihat gah (prominent) dari banyak lokasi di padang golf KKB. Empunya siapa agaknya?

Jauh dari hole 18

Mai zoom sket

Lagi..

Zoom lagi la!
Oopps jangan..... itu dah menceroboh privacy orang!!

Kalau singgah KKB jangan lupa cuba cendol & laksa Kak Jah kat tengah Town Kuala Kubu Bharu.

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Layar_Lara: Abseiling <b>di semenyih</b>

Posted: 03 Jun 2012 08:45 PM PDT

Sabtu lepas, aku berpeluang menyertai aktiviti abseiling tak rasmi abang Nua kenaboi. Kiranya Abseiling ni revenge pada last week punyer Race yg aku kantui tuh. so, kali ni mmg rata2 orang2 kenaboi ajher yg join. cuma aku, kak ana, & hairul ajher kiranya outsider.

bagi aku yang pertama kali nak mencuba sukan ni, agak ngeri jugak la bila melihat ahjer batu basah yang bakal kami turun nanti. Mujur jugak abang nua mencadangkan agar kami mencuba ditahap yang rendah dulu. dari situ kami belajar cara memegang tali dan memijak dgn betul. mereka kata jgn sesekali lepaskan tali belakang punggung walau apapun yang terjadi. itu adalah kuncinya.
tengok tu....batu ni la yang bakal kami lawan nanti
alatan paling asas : macam2 jenis Rope, Figure of eight, harness, karabena, sling dan ada lagi yg aku xberapa nak ingat...:)

amik feel dulu sebelum mula abseiling
kiranya dalam sukan ni aku dah berjaya melawan fear factor aku menuruni tempat tinggi lagi curam. dalam erti kata lain aku berjaya mengekang perasaan gayat aku di sini. Buat korang yang sukakan cabaran dan tercari2 penganjur bagi sukan2 outdoor macam ni, kenaboi adventure camp antara yang menyediakan aktiviti macam ni.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


BUDAYA MAKSIAT, ARAK SUBUR <b>DI PUCHONG</b> ~ Ikrar Pemuda

Posted: 10 Jun 2012 08:00 AM PDT

 Beer seringgit di Puchong...PAS buat apa?

 Tengok kat bawah ni pulak, pusat urut seks di Puchong diserbu pihak polis..
 **Viewer Discretion is Advised**
 

Rumah urut puchong yang baru sahaja diserbu Pihak Polis bulan lepas masih beroperasi dan telah diserbu lagi pihak polis.. Mana PAS? PAS sekarang dah ada kuasa dalam kerajaan negeri Selangor? Apa yang mereka buat di Puchong? Dah kowtim ke?

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:11 PM PST

PETALING JAYA 27 Feb. – Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Blog Begins At Forty: June 12, 2012

Posted: 11 Jun 2012 08:05 PM PDT


Mencari ruang parkir di Hospital Sungai Buloh... Bisa mendidihkan otak, kamu tahu!

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Gambar Ceramah Hassan Ali Syok Sendiri <b>Di Selayang</b> Indah | Addin |

Posted: 05 Jun 2012 11:27 PM PDT

Jelas sekali....ceramah Hasan Ali dengan JATI Tiga Jalurnya di Negeri Selangor Darul Ehsan semakin hari semakin tidak mendapat sambutan.
Terbaru ceramah beliau di Padang Awam Selayang Indah ( Belakang NSK ) berhampiran dengan Pasar Borong Lama, Selayang. jam 8.30 malam hari Selasa 5hb Jun 2012.

Lebih banyak kerusi kosong dari yang diduduki manusia. Rakyat sudah mula sedar....Hasan Ali jenis cakap tak serupa bikin.. janji tak pernah ditunaikan..

Apabila janji nak dedahkan video murtad tidak dilunaskan dengan memberi pelbagai alasan, maka rakyat sudah lihat tembelang busuk siapa beliau sebenarnya...

Pada awal Roadshownya memang ada sedikit sambutan.. itu tidak dapat dinafikan...sambutan pun sekadar ingin tahu...

Janji diawal semasa mengumumkan roadshownya...dia akan kata sekadar nak selamatkan "aqidah" umat Islam...tetapi sebenarnya, lebih kepada membelasah Pakatan Rakyat dengan menghasut rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR pada PRU 13 nanti.

Maka bertepatanlah , bila para pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan supaya tidak melayan kerenah dan gelagat Hasan Ali... kisahnya akan mati secara beransur-ansur..Kini sudah terbukti

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Mandi Manda <b>di Ulu Yam</b> | Jendela Hidup

Posted: 15 Apr 2012 12:00 AM PDT

Ini lah tempatnya yang selalu kami anak beranak pergi untuk mandi manda...kami selalunya pilih tempat yang paling last, P4 kot kalau tak silap...kat sini mencabar sikit la nak turun ke tempat mandi kerana ada beberapa anak tangga yang curam dan ada jambatan gantung .
Sebab tu la tak berapa ramai sangat kat sini..namun begitu kami tetap menjadi antara yang terawal sampai di sana..biasanya jam 9 pagi kami keluar dari rumah...15 minit lepas tu sampai la di sana.
Ahad minggu lepas kami ke sana, bawa bekal kuey teow goreng dan roti sandwich tuna, teh panas dan air masak.
Sampai-sampai je terus makan, memang terlupa terus nak ambil gambar...lepas tu la ambik beberapa keping sebelum kami semua berendam sampai jam 1 petang..lama gila ....
Cadangnya nak pergi lagi dengan membawa barangan perkhemahan, tak tau la jadi atau tidak.











12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Pakatan Berjaya Kumpul Jutaan Belia <b>Di Shah Alam</b>! - Mybloghub

Posted: 26 May 2012 04:32 PM PDT

PISAU.NET SAYS

MALU BESAR…itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam…READ MORE

12 di balakong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


mencari bilik sewa area <b>balakong</b> - Portal Rumah Sewa . com

Posted: 26 May 2012 07:45 PM PDT

href="http://www.listcart.net/affiliatemarketingreviews/">

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


AYOOO... KENA ROGOL BERGILIR-GILIR <b>DI KAJANG</b>!!! - Flying Kick

Posted: 11 Jun 2012 10:04 PM PDT


KAJANG - Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun mandi disebuah kolam renang berhampiran rumah adik lelakinya berakhir tragedi apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Kesuma, dekat Semenyih, di sini.
Sember berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama adiknya pergi ke kolam berkenaan untuk mandi dan kerika mahu menukar pakaian di bilik persalinan, seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk ke bilik itu dengan memanjat tembok.
"Terkejut melihat keadaan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal selepas dihalang seorang lagi lelaki yang berada di depan pintu bilik persalinan berkenaan.
"Kedua-dua lelaki itu menolak mangsa berkenaan ke dalam bilik berkenaan dan merogolnya serta memaksa mangsa melakukan seks oral," katanya di sini, semalam.
Menurut sumber, selepas dirogol, dua lelaki itu memaksa mangsa dan adiknya menaiki motorsikal sebelum dibawa ke sebuah hotel bajet.
Katanya, suspek membawa adiknya ke sebuah restoran sebagai umpan.
Sebaik tiba dihotel berkenaan, mangsa dikatakan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang dihuni tiga lelaki lain dan dipaksa membuka pakaian sebulum dirogol bergilir-gilir selama dua jam.
Kelima-lima lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada ahli keluarga dan membuat laporan di balai polis Semenyih, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Makan Free <b>di Rawang</b> Berger Bakar, Terbaek Derr..

Posted: 11 Jun 2012 10:10 PM PDT

 So, satu hari dengan tidak sengaja saya telah men'join'kan diri dalam contest simple di FB RBB "share n win"->u win u can eat free maaa! Ater mencubalah nasib. Untungnya share waktu hujan renyai2 ramai lak yang komen kat gambar yang dikongsi. "Shodapnya".."Hujan2 dapat makan berger ni, mesti BEST punya".."Meleleh air liur tengok cheese yang meleleh"--> komen yang takleh blah!, Hahahahaha
Setelah membuat janji ngan PIC iaitu Mr. Roy , kami pun sampai di Gerai RBB Wangsa Maju pada pukul 8.30 malam. Time orang masih tak ramai lagi, tapi tengok pada nombor menunggu dah jejak dah 30 lebih. Pehhh hebat betul perniagaan RBB :)
Pekerja RBB, memang cekap lah. Cam lipas kudung kalah pekerja kat MekDi, hahahaha.Tapi sayuran die memang nampak fresh...
Patties dibuat fresh kat situ lepas tu terus bakaq. Memang nampak meriah cam bakar barbeque belakang umah jer :p
Tunggu takdelah lama mana. Takdelah sampai berjam tapi berminit-minit jugakler. My Amani perangai mantain elok sebab duk ralit minum air limau merah yang terlebey masam.
My Afiqlah duk posing ngan muka macho dier. Hensem tak anak saya wahai my biras Cik Wan Steddy?
Sambil tunggu boleh tengok2 perabot kat seberang jalan. * Takde maknanya mak nak melintas jalan ke seberang  ya, hik hik

Akhirnya berger yang ditunggu-tungu tiba jua...

Valentines :) ada telur separuh masak. Ni Amani punya...
 Bergumbira..lalalala Yana the power puff gurl yang melantaknyer
 Ombak Rindu..Anaqi Aaron punyer
KLCC kot yang ni...ke DOUBLE RIANG, Akid punyerrrr ya...
Hot Shot yang pedas ni Afiq macho punya...
Mummy dan Dedet kena mengecek anaknda2 punya...apadaaa
Tapi memang puas hatilah dengan daging yang tebal penuh rempah ratus...
Bakaq panas2..peh, roti lembut, sos cili istimewa, keju yang melimpah ruah, mayonise yang putih berkrim...dah dah dah over tau, tahulah makan free, hahahaha
Apapun TQ ya RBB, Terutama Mr Roy and team--u guys the best!
And the bergers oso the very vey best!

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


PKNS perlu batalkan pembangunan <b>di Kelana Jaya</b> , tegas Nik Nazmi

Posted: 04 Jun 2012 12:35 AM PDT

PETALING JAYA: ADUN  Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan rancangan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan rakyat dan masyarakat setempat

"Saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan rancangan pembangunan itu.

"Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS itu berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebuttetapi Petaling Jaya secara keseluruhan.

"Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

"Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

"MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah," terang beliau.

Menurut Nik Nazmi, sebelum ini beliau telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Negeri Selangor.

Semalam, penduduk Kelana Jaya mengadakan demonstrasi aman mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim segera batalkan projek pembangunan di tapak padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Mereka membawa sepanduk antaranya "batal segera projek padang PKNS" dan "Datuk Bandar MBPJ jangan jadi kambing hitam" mendesak supaya tapak itu kekal diwartakan sebagai kawasan hijau (rekreasi).

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved