ads

Jumaat, 20 September 2013

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Fazleyatul Aini (Lya Colours): okey ni last. raya <b>di Puchong</b>

Posted: 03 Sep 2013 01:46 AM PDT

Woih tolonglah tak berkesudahan entry beraya kau ni hoih. Jenuh nak upload. Jenuh orang nak hadap. Hahahaha
Sorry lah ye. Can't help la. Kalau boleh pergi jalan rumah jiran sebelah pon aku nak upload. Haha. amboi jangan ketara sangat jakun tu ye
This was last week. Hari Ahad. Tak berjalan lagi rumah sedara mara rapat kat Puchong. Ish wajib ok beraya saya. Makan sedap-sedap. Huahuahua matik la fikir makan je kan
sebelum gerak. amboi mak aku, lebih pulak. wahahaha dengki. tudung merah dukung budak kecik tu sepupu punya wife. dia stay kat rumah. tak dapat ikut si kecik tu demam. tutup muka dia tu bukan sebab apa, sebab dia actually pakai purdah. tak kan aku suka-suka pulak nak upload pic orang kan
anak buah puchong yang semakin membulat. bagus ni. kita kena kekalkan mutu keluarga kita. tiba-tiba haha


sampai-sampai je, ada roti jala dengan serawa durian. sepupu aku tengah buat tempahan roti jala dengan serawa. apa lagi, tibai la sekali hahaha


kempunan dan kecur liuran tengok. lama dah tak makan kuah kacang ayam. dulu arwah mokteh selalu masak ni kalau kitorang beraya kat Puchong.. kehebatan arwah mokteh memasak diwarisi anak-anak dia. Last makan kuah kacang ayam arwah mokteh masa tu kat KLIA, adik aku yang nombor 2 nak fly balik Egypt. Arwah mokteh datang dengan arwah pokteh, bawak kuah kacang ayam dengan nasi impit. makan ramai-ramai kat KLIA tu haha. Memori sangat. Al-fatihah. Rindu -_-
Lodeh lazats. Matiklah kalau seminggu duduk Puchong naik 10kg makan sedap je kan -_-

makan pagi tak sempat hadam lagi, by 1pm macam tu dorang ajak lunch. Huwaaa nangis ok. Perut kenyang. Tak makan rugi. dasar buruk lantak kau ni.  Tapi tak makan dulu pon. Kenyang. Dalam pukul 3pm baru makan.

siakap sambal serai. bau masa dia goreng sambal tu, 1 rumah. stress tau tak. bergelodak hidung hahaha

sambal tomat. fuhhh wa cakap lu sambal ni memang terbaik sangat. macam sambal ayam penyet AP tu. memang terbaik pedas gila la. ni bibik sepupu masak kan. lupa nak mintak resepi dan mintak tapau hahaha

aku makan ni je. asam rebus keladi lupa snap haha. fuhhh bergelodak deria rasa aku makan. pedas mampuih. tapi cannot stop hahaha. terbaik sangat combination tu. kalau ikutkan hati, bukan banyak tu dah nasi. mau tambah lagi. tapi sebelum korset akak tetas, baik sedar diri. sedap sangat hoih. asam rebus keladi tu best hirup-hirup. fuhhhhhh i wantttttttttttttttttt
sepupu paling cilik. bulatnya mata. gerammmm

okey tu je. habis dah entry raya. raya pon dah nak habis. hehehehe

lets klik !!

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


SPM 59 Hari Lagi – Program Tuisyen Rakyat Selangor DUN <b>Hulu</b> <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 07:23 PM PDT

Hulu Kelang, 7 September 2013 – Berbaki 59 hari lagi bagi calon-calon SPM menduduki peperiksaan, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran Kerajaan Negeri terus dijalankan dalam membimbing dan membantu mereka mengulangkaji beberapa mata pelajaran. Program tersebut telah berjalan sejak awal tahun di DUN Hulu Kelang bertempat di Sekolah Agama Taman Permata.

Tenaga pengajar bersemangat mendidik bakal calon-calon SPM DUN Huylu Kelang

Tenaga pengajar bersemangat mendidik bakal calon-calon SPM 2013 DUN Hulu Kelang

Pewaris harapan negara harus sentiasa diberi bimbingan agar sentiasa bersemangat

Pewaris harapan negara harus sentiasa diberi bimbingan agar terus bersemangat mengulangkaji dan menimba ilmu

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


seminar mengenali jati diri <b>di</b> smk <b>jenjarom</b> - unit kokurikulum sjkt <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2013 05:04 AM PDT

            Pada 02.8.2013(Jumaat) saya diberi peluang oleh Pn.Manimegalai(Guru SMK Jenjarom) untuk memberi ceramah motivasi jati diri kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.
                     Dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi, saya telah memberikan ceramah mengikut citarasa dan aspirasi mereka. Saya telah mendalami minda pelajar dengan menyentuh nilai-nilai sejagat seperti nilai kemerdekaan, rasa simpati, rasa bersyukur dan  rasa berterima kasih.











12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Kedahkini: Lagi Tembakan Maut <b>di Klang</b>

Posted: 15 Aug 2013 05:58 PM PDT


Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan

KLANG: Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada jam 2.20 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.


Lokasi Tembak depan bank

 "Kami hilang tempat bergantung, dia harapan keluarga kami," kata adik kepada S Sambhath, 26, lelaki yang maut selepas ditembak dalam kejadian tembakan terbaru di depan sebuah bank di Jalan Besar Kapar, di sini, awal pagi semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu petang kelmarin, namun dia menasihatinya supaya tidak menaiki motosikal kerana bimbang keselamatannya di jalan raya.

"Kami sangat rapat kerana hanya dua beradik saja dan kini kami terpaksa memikirkan cara untuk meneruskan perniagaan perkhidmatan sewa lori yang dimilikinya itu sejak lima tahun lalu," katanya sewaktu ditemui, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa yang berbual bersama beberapa rakannya ditembak seorang daripada dua lelaki yang datang menaiki Yamaha 125Z merah di hadapan sebuah bank di Jalan Besar Kapar.

Sementara itu, rakan mangsa yang juga saksi kejadian berkata, ketika insiden dia bersama mangsa dan beberapa rakan baru keluar dari sebuah bank sebelum terserempak dengan tiga lagi rakan dan berborak di depan bank itu."Ketika rancak berbual, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan seorang daripadanya turun sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami.

"Sebaik saja terdengar bunyi tembakan dipercayai dari pistol itu, kami terus bertempiaran lari menyelamatkan diri tanpa menyedari Sambhath terkena tembakan," katanya. Menurutnya, sejurus tembakan dilepaskan, lelaki terbabit terus melarikan diri ke jalan utama manakala dia bersama beberapa rakan lain yang terkejut dengan kejadian itu terus mendapatkan Sambhath dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, sebaik tiba dan mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan hospital berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berbual berdekatan sebuah bank bersama beberapa rakannya.

"Suspek dipercayai melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan berkenaan yang kemudian bertempiaran menyelamatkan diri. "Menurut saksi kejadian, suspek yang memakai jaket gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter ke arah mereka secara rambang sebelum melarikan diri," katanya.

Jani berkata, mangsa cedera parah akibat terkena tembakan di pipi dan dada serta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HTAR. Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala operasi mengesan suspek giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Taman Pelangi Semenyih: Kampung-kampung <b>di Beranang</b>

Posted: 30 Aug 2013 09:38 PM PDT

Untungnya orang Beranang. Perkampungan melayu yang terletak hanya 35KM sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 30 KM ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Di Beranang sudah banyak kelihatan rumah-rumah banglo didirikan oleh penduduk kampung di situ. Memiliki tanah sendiri memberikan kelebihan kepada orang kampung kerana dapat membina rumah yang cantik dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding membeli daripada pemaju perumahan.

Banglo di Beranang semua besar-besar dan cantik-cantik belaka. Pun di sini orang awam bebas keluar masuk. Tiada kawalan keselamatan dilakukan.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Jutawan Hartanah » Personal Coaching ku menang rumah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 12:13 AM PDT

Semalam  sempat jua aku berjumpa dengan  salah sorang personal coaching aku ….beliau baru saja menang rumah di dataran automobil minggu lepas … apa pun aku ucap kan TAHNIAH …lama juga kitaorg duk sembang pasal apa plan rumah yang baru dia menang ini .. apa yang perlu di buat… apa step seterusnya…

apa yang aku  respect ialah  ini merupakan cubaan pertama beliau masuk bidding … Caya lah.. sekali masuk jee terus menang pada harga yang kita dah set kan ….sudah rezeki dia … yang penting cuba…. kalah atau menang tu perkara ke 2…. cuba dulu masuk .. dan alami sendiri situasi berada dalam bilik lelongan bagaimana….

feeling tu penting … tidak akan dapat walaupun sebanyak mana buku kita baca… pengalaman tu yang penting  dan berharga…

ada peserta coaching aku yang lain.. byk kali mencuba.. masih lagi gagal …. apa pun jangan putus asa …. yang mana kalah tu .. sila lah cuba lagi ok … jangan give up .. mana tau next time cuba lagi .. baru ada rezeki …

Tak perlu tunggu masa lagi .. terus saja cergass apply loan … dan jangan pula submit 1 bank saja …. terus lah submit 3 bank terus….

Hafiz agent lelong pun ada jugak lepak dengan aku semalam … kedua dua ni ada persamaan .. iaitu kedua dua nye personal coaching …. hafiz telah pun resign dan focus jadi agent rumah lelong …. yang sorang ini baru saja menang rumah lelong …

Semoga yang mana sedang buat personal coaching dengan aku … dapat manfaaat dari pengalaman dan juga ilmu yang aku ada ….semua ini bakal pelabur tegar… pada usia yang lebih muda…. telah di berikan pendedahan pasal pelaburan hartanah yang lebih awal ….. memang boleh pergi lebih jauhh lagi tu …

Sekali lagi TAHNIAHHHHH …

dengan Contract of sale ini … boleh lah tersenyum lebar kerana harga yang berjaya menang waktu lelong ari tu memang below market price. …kadar sewa juga boleh tahan … dan boleh dapat POSITIVE CASH FLOW …….. Pesanan aku … hold lah sampai hujung tahun depan …. kerana development tengah rancak  dalam progresss sekarang ini ….

Sesiapa yang ingin mengikuti seminar hartanah .. 1 day seminar  pada 8/9/13 (ahad) … boleh buat bayaran sebanyak RM390 … Kepada pembeli ebook  yang terbaru itu .. boleh dpt kan discount sebanyak RM40 …  ke bayar RM350 saja lah yerk pada yang membeli ebook Episode 1 dan Episode ke 2 …

MAklumat SEMINAR JUTAWAN HARTANAH

Tarikh: 8/9/13

Masa : 9.30am – 5.30pm
Lokasi: 12-1 Jalan Putra 3
Taman Putra
43000 Kajang
Selangor
Yuran: RM390.00

Bayaran boleh di buat :-

1. akaun maybank … 104068136855 ….

2. cimb bank …….. 12480013151052  ….

3. RHB bank  ……. 21219800029515

Kesemua akaun diatas atas nama Shafie Bin Bustan ….

Selepas buat bayaran boleh sms nama penuh dan juga email address ke no 012-4720207 …. seat adalah limited … CUma 9 orang seat saja … aku lebih suka nama kan sebagai GROUP COACHING  !!!!

Aksi Selangor, TRW dijangka &#39;pukau&#39; penonton <b>di Shah Alam</b>

Posted: 29 Jul 2013 04:32 PM PDT

Kuala Lumpur: Berbanding punca sebenar peletakan jawatan abangnya, Datuk Misbun Sidek pada 2011 yang masih misteri hingga hari ini, Rashid yang berbuat demikian secara mengejut semalam tidak berahsia mengenai tindakan itu.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Polis berkas lapan penyamun <b>di Kajang</b> ABN News | BM

Posted: 23 Aug 2013 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR – Polis Kajang percaya dapat membanteras  kegiatan samun bersenjata dan pecah kereta di daerah itu berikutan penahanan lapan lelaki dalam serbuan berasingan pada Rabu lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asistan Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata polis menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Taman Jasmin, Kajang Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Desa Serdang bulan lepas.

"Dalam kejadian samun itu, pengadu mendakwa empat lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng serta sarung tangan memasuki rumah itu sebelum melarikan barangan kemas, wang tunai dan dua telefon bimbit," katanya pada sidang media.

Ab Rashid berkata susulan tangkapan tiga lelaki itu, polis menahan dua lagi lelaki berumur 22 dan 27 tahun di kawasan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Bangi pada hari sama.

Antara barang yang dirampas daripada kesemua suspek, sebuah kereta Naza Citra dan sebuah Proton Putra yang dilaporkan hilang di Sungai Way, parang, beberapa utas jam tangan dan barangan kemas, katanya.

Kesemua suspek yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas, direman lima hari bermula semalam.

Sementara itu, dua lelaki yang cuba memecah sebuah kereta jenis Toyot Hilux di sebuah pusat kenderaan terpakai di Batu 12, Cheras, ditahan polis pada 4.20 pagi semalam.

Ab Rashid berkata polis turut merampas beberapa senjata tajam seperti parang daripada lelaki berumur 28 dan 29 tahun itu.

"Suspek berumur 29 itu memiliki tujuh rekod lampau dan dikehendaki berhubung kes samun manakala seorang lagi di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya.

Katanya seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut menahan seorang lelaki yang cuba memecah sebuah kereta di Taman Mewah Kajang semalam.

Suspek berumur 36 tahun dan memiliki 13 rekod jenayah lampau termasuk curi kereta dan samun, ditahan pada 1.15 pagi.

"Polis juga merampas sebuah Proton Wira daripadanya yang dilaporkan hilang di Pudu," katanya.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman lima hari mulai hari ini. – Bernama

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved