ads

Jumaat, 31 Januari 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


MR.TEPPANYAKI - JUSCO <b>BUKIT RAJA</b> KLANG - Peraturan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 07:05 PM PST

Kesayangan kite sume ape khabar? sihat dop? kalau tanya kite..Alhamdulillah kite masih lagi kekal sihat tanpa sebarang penyakit kronik..errr..kecuali penyakit pompuan tetiap bulan tu je ler..kuikuikui! untuk pengetahuan korang yang tak tau..
(lama giler ko tak hapdate cite baru kot?)
kite ni masih lagi dalam fasa Atkins diet sebab nak mendapatkan potongan duyung sebelum bulan april nanti tau dop? wahahaha! gigih u ouls! adik2 kite nak kawin so kakak dorang neh musti la kena nampak Vouge the vass + Anggun Manggun gitu..bergaya hebat dihari yang berbahagia mereka2 itu adalah satu kemestian taw??
nampak mowtif sangat khen? mihmihmih!
*sambil flip rambut laju2*
Ok..untuk mendapatkan potongan badan ala2 duyung yang diimpikan sangat tu makanya kite hanya boleh telan makanan seperti gambar dibawah ni sahaja..tapi kite kena makan lauk mauk + sayur mayurnya sajork..nasiknya tak buleh! dilarang sama sekali!!! ha? kite makan ape??
Set Beef teppanyaki RM11.90
Time ni kite lom start berdiet lagi..so boleh la kite makan nasik tu..skang dah tak buleh..kena makan lauknya sajork..hehehe!
Set Beef Teppanyaki ni sedap hoi! kite selalu mintak customize nak dagingnya aje..
(sume ko nak customize kan? budak tak tau malu! heh!)
nasik taknak makan..dah macam kucing plak rasanya! nasib baik pekerja bangla kat situ dah kenal kite..jadi tak kisah sangat la..hehehe!

Kite suka Miso Soup kat sini..cukup sume rasanya..cedap!
time ni kite dah mula belajar minum air tawar secoet demi secoet..sampaikan pegi jalan mana2 pon botol air mineral tetap ada kat tangan..dasat betol melatih diri minum air! tapi skang kite dah berjaya! setakat 3 liter sehari tu pejam mata jer taw? hoyay!!!
Layan citer kartun dengan hubby lagi banyak faedah dari nak melayan cite melayu yang berlambak-lambak tapi tah pape jalan cite tuh..huh!
*senyum buat muka tak bersalah*
Hmm..hapdate ni cuma la hapdate nan seciput so memang tak banyak cite lor..kite busy dowh..sowie..so untuk Mr.Teppanyaki kat JJ Bukit Raja ni kite bagi dia 4 bintang..lama giler kot kite tak datang JJ Bukit Raja ni..macam2 cafe dah ada kat sini woi! 
(Oit! ko bukan tengah diet ke??)
Moral Of The Story: Walau dah pindah tempat persinggahan jangan dilupakan
Sampai jumpe lagi..Papai!!!

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Rahsia Kenapa Hanya Tol <b>Di Negeri Selangor</b> Sahaja Naik <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 12:27 AM PST

Inilah sebab kenapa harga tol di Selangor naik.

Rupa-rupanya negeri yang kononnya berkebajikan turut ambil untung dari konsesi tol.

Gamaknya keuntungan inilah yang digunakan untuk bayar gaji mahal-mahal kat Menteri Besar, Speaker DUN dan EXCO dari Pakatan.

Eloklah.....perompak curi duit dari penyamun.

Yang sengsara tetap rakyat Selangor.

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Jom Membeli Belah <b>Di</b> Plaza <b>Ampang</b> City ~ Kisah Seorang Lobam

Posted: 16 Jan 2014 11:29 PM PST

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan serta rezeki yang melimpah ruah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta sahabat dan ahlul bait baginda.
Cuti sempena Thaipusam boleh digunakan sebaiknya untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Bercerita tentang kehidupan serta berbincang mengenai pelajaran anak-anak dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. Malah dengan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak akan melahirkan keluarga yang sakinah.
Berbelanja bersama keluarga juga mampu menjadi terapi dalam mewujudkan keluarga yang mawaddah. Tidak salah rasanya sang suami mengeluarkan sedikit wang untuk memberi penghargaan kepada sang isteri atas penat lelah menguruskan keluarga. Biarpun isteri mempunyai wang sendiri, tetapi menurut Islam wang isteri adalah milik mutlak mereka.
Banyak tempat membeli belah di negara kita. Dari kawasan elit di Pavilion dan Suria KLCC membawa ke pasar malam menjadi pilihan pengguna. Tambahan tahun 2014 adalah merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pasti banyak pusat membeli belah berlumba-lumba untuk mengadakan jualan 'tak mahu untung'.

Dalam sibuk mencari tempat membeli belah yang sepadan dengan kedudukan kewangan di dalam poket, saya terjumpa dengan entri Pengalaman Shopping Di Plaza Ampang City di blog Flavour Of Life www.eyriqazz.com Ya satu idea yang menarik.

Bagi yang menginap di kawasan sekitar, Plaza Ampang City memang tidak asing lagi. Tetapi bagi mereka yang tinggal di luar kawasan pasti tertanya-tanya di manakah letaknya pusat membeli belah ini.

Pusat membeli belah yang terletak di Jalan Ampang ini terletak berhampiran Flamingo Hotel dan Ampang Point City Center dengan koordinat 3°9'34"N 101°44'53"E. Bangunan berbentuk tiga segi yang unik ini menempatkan banyak kedai harga patut yang sesuai untuk golongan kebanyakan. 

Antara kedai yang menjadi pilihan di sini ialah kedai beg yang terletak di tingkat 1. Pelbagai jenis beg berjenama seperti beg tangan dan beg kembara terdapat di sini. Menurut pengurus kedai ini, kebanyakan beg yang berada di sini adalah asli dan ditempah terus dari luar negara.


Dengan pelbagai jenama seperti Samsonite dan Harrods pasti membuatkan sang suami tidak keruan memandangkan si isteri seakan hilang ingatan melihat beg yang cantik dengan harga yang berpatutan. Barangan disusun dengan kemas dan cantik bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Bagi peminat pasukan The Red Warriors, anda boleh mendapatkan barangan seperti jersi dan cenderahati pasukan bola sepak Kelantan di  Kedai Red Warriors Station Kuala Lumpur. Selain daripada jersi, kedai ini juga menjual cenderahati yang lain seperti seluar, beg, rantai kunci dan bendera The Red Warrios. Malah jersi terbaru pasukan TRW juga boleh didapati di sini dengan harga RM100 sehelai.
Red Warriors Station merupakan pengedar sah barangan KAFA. Jadi anda tidak perlu risau kerana sudah pasti barangan yang terdapat di sini semuanya asli. Kedai ini dibuka jam 10.30 pagi hingga jam 7.00 petang setiap hari dan 2.30 petang sehingga 7.30 petang pada hari Jumaat.
Bagi peminat sukan berkuda seperti ekuestrian atau endurance, Equine Kuala Lumpur menawarkan rangkaian produk sukan endurance pada harga yang mampu milik. Kedai yang terletak di 332A-G08  ini menyediakan satu set gear lengkap yang terdiri daripada suit, kasut but, helmet dan seluar khas sukan berkuda serendah RM500 sahaja. Bagi pengguna yang mementingkan jenama dan keaslian produk, usah risau kerana kebanyakan produk di kedai ini diimport terus dari negara-negara Eropah seperti Perancis dan Australia malah ada juga produk buatan Malaysia.

Bagi anda yang ingin membeli pakaian kanak-kanak mahupun dewasa, anda boleh dapatkan pakaian-pakaian yang berkualiti dengan harga yang murah di sini. Tentu rambang untuk mata memilih pakaian yang pelbagai warna dan corak yang pastinya menarik pandangan mata. 
Bagi anda yang berniaga pakaian di dalam talian, kedai ini pastinya menawarkan harga yang murah untuk anda. Malah sekiranya anda membeli dengan kuantiti yang banyak, tawar menawar dibenarkan. 

Kasut yang cantik dan berkualiti juga ada ditawarkan di sini. Tidak salah rasanya untuk kita membelanjakan sedikit wang untuk menggembirakan anak-anak. 
Tidak cukup rasanya untuk saya bercerita tentang Plaza Ampang City di ruangan yang kecil ini. Jadi kepada pembaca di luar sana, apa kata habiskan masa cuti 3 hari anda minggu ini dengan membeli belah di Plaza Ampang City. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga anda. Jom kita ke Plaza Ampang City.
Sumber gambar : www.eyriqazz.com dan internet

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 07:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 07:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kereta Breakdown <b>Di</b> Highway Kesas Area <b>Bukit Lanjan</b> - nombor8 <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2013 08:26 PM PDT

Cerita lama tapi berlaku dalam tahun ni jugak...

Merasa la stranded tepi jalan, tengah sibuk pulak tu sebab semua orang nak gi kerja.. merasa gak naik tow truck....

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 03:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Herba PKM <b>Hulu Kelang</b> Selamat Dilancarkan | Pusat <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2014 06:40 PM PST

Hulu Kelang, 4 Januari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang telah melancarkan Taman Herba Hulu Kelang yang terletak di laman PKM DUN Hulu Kelang, Keramat AU2A.

Sarapan pagi sebelum bermulanya majlis

Aliza dan sukarelawan sarapan pagi bersama sebelum bermulanya majlis

Ucapan aluan dan taklimat oleh Pn Norhayati Jamaluddin, Penyelia PWB Hulu Kelang

Ucapan aluan dan taklimat oleh Pn Norhayati Jamaluddin, Penyelia PWB Hulu Kelang

Timbalan Setiausaha KEhormat PEKAWANIS, Pn Aliza Jaffar menyampaikan ucapan tercetusnya idea menjadikan Taman Herba di Hulu Kelang

Timbalan Setiausaha Kehormat PEKAWANIS, Pn Aliza Jaffar menyampaikan ucapan di mana tercetusnya idea menjadikan Taman Herba di Hulu Kelang

Saari memberi kata-kata semangat dengan menukilkan beberapa peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW sangat meraikan pelbagai altelnatif perubatan di zamannya

Saari memberi kata-kata semangat dengan menukilkan beberapa kisah di mana Nabi Muhammad SAW sangat meraikan kepelbagaian rawatan altelnatif perubatan di zamannya termasuk melalui herba

Saari memacak papatan tanda simbolik pelancaran Taman Herba Hulu Kelang

Saari memacak papan tanda simbolik pelancaran Taman Herba Hulu Kelang

Saari di bantu penduduk membersihkan semak di kawasan taman untuk diletak pokok herba

Saari bersama sukarelawan membersihkan semak di kawasan taman untuk mencantikkan lagi kawasan Taman Herba

Selepas selesai pembersihan semak

Selesai pembersihan semak

Kumpulan semaian memotong pokok belalai gajah untuk disemai

Kumpulan yang ditugaskan memotong pokok belalai gajah untuk disemai

Kanak-kanak turut membantu menyediakan poly bag

Kanak-kanak turut membantu menyediakan poly bag untuk diisi dengan tanah baja

Saari memerhatikan sukarelawan memasukkan tanah baja ke dalam polly beg

Saari memerhatikan sukarelawan memasukkan tanah baja ke dalam poly bag

Saari membantu mengangkat polly beg yang  sudah siap disi ke kawasan semaian

Saari membantu mengangkat poly bag yang sudah siap diisi tanah baja ke kawasan semaian

Saari membantu menyemai herba Belalai Gajah

Saari membantu menyemai herba Belalai Gajah

Antara herba yang akan ditanam antaranya Belalai Gajah, Smbung Nyawa/Seribu Hayat, Misai Kucing, Keremek Merak,Hempedu Bumi, Kacang Ma dan beberapa herba lain

Antara herba yang bakal ditanam antaranya Belalai Gajah, Sabung Nyawa/Seribu Hayat, Misai Kucing, Keremek Merak,Hempedu Bumi, Kacang Ma dan beberapa herba lain

Taman Herba Hulu Kelang teletak di Jalan AU2A/14, Taman Seri Keramat AU2A

Taman Herba Hulu Kelang teletak di Jalan AU2A/14, Taman Seri Keramat

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Imran, Irfan &#39;N&#39; Fiqah&#39;s Mama... Ilah Fazilah: menu terkenal <b>di klang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 01:43 AM PST

dah 2 kali pekena nasi dgn lauk spesel ni..
hanya di klang bertempat di Kg. Kuantan sebelah masjid Kg. Kuantan
1st time dtg mkn..hubby bawak...
2nd time tadi dtg mkn dgn opismate
menu terkenal dia diberi nama Nasi Goreng/nasi putih Sambal Telur Berlada 
katanye kebanyakan org yg keje area klang suka mkn nasi ni..
nasi dia standart la...nak nasi putih or nasi goreng..
yg buat spesel dia punyer sambal telur berlada ni..
leh mintak spesel dgn ayam or daging or campur (ayam+daging)
kalau mkn nasi dgn sambal telur berlada shaja...
kalau spesel dia letak sayur...
kepuasan pada rasa dan portion makanan yg  banyak..
kalau student mmg selalu dtg mkn sini...
ni nasi goreng Telur Berlada Special campur
sepinggan RM6 dia served dgn sup kosong semangkuk..
harini aku ke Hospital Klang melawat anak opismate yg kena ulser..
dah alang2 smapai, aku sebutla...
boleh la cuba mkn nasi goreng telur berlada spesel ni..
dah semua pakat nak cuba..
rupanyer ada sorang IK (inspektor Kesihatan) opismate aku ni pun kata selalu mkn dulu
ms tu dia student UiTM shah alam..
aku xatu nak bg direction camne..
tp leh bukak waze atau sygic..
taip je Kg. kuantan , klang...
cari gerai betul2 sederet dgn masjid kg. kuantan...
serius sedap n tidak menghampakan

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Peragut Berjaya <b>di</b> Tangkap <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> <b>...</b> - Erti Kehidupan..

Posted: 29 Jan 2014 12:15 AM PST

Sebut pasal peragut mesti ramai geram yer dak..?

Baru sebentar tadi atas sikap prihatin warga Bandar Baru Bangi.., seorang peragut berjaya di tangkap di kawasan berhampiran Bank Islam fasa 1 ( seksyen 16).., siapa duduk bangi tahu la kot area mana ni kan...

Kerjasama yang macam ini yang kita mahukan dan berharap orang ramai berterusan memberi kerjasama untuk menangkap si peragut tak kira dimana yer dak..?

Bila dah tangkap tu kasi sebijik dua tumbukan sudah..jangan belasah lebih-lebih sebab tak guna....hehe

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Tanah Pertanian Untuk <b>Di</b> Jual - Perunding Hartanah - Blogger

Posted: 26 Jan 2014 12:39 AM PST

Keluasan Tanah Pada Geran Mukim adalah 7.4291 ekar, dan yang hendak di Jual adalah 1/6 bahagian dari salah seorang pemilik bersama @ lebih kurang 1.2381 ekar
Status Tanah adalah Pertanian dan Pegangan Rizab Melayu Freehold
Viewing/ Info Contact 017-3008021

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Orang Azmin Akan Cabar Khalid <b>Di</b> Kuala Selangor | AIDC

Posted: 18 Jan 2014 06:20 AM PST

AIDCNews – 18/01/14- Orang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka akan mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk merebut jawatan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor menjelang pemilihan parti itu pada April ini.

Orang Azmin yang dimaksudkan itu adalah bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

"PKR Bahagian Kuala Selangor akan menghadapi perebutan antara penyandangnya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

"Ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa MB Selangor dan Manikavasagam tidak boleh melihat mata-ke-mata kerana isu-isu perlombongan pasir yang terdedah di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

"Manikavasagam mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Khalid jika MB Selangor itu memilih untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian di kawasan itu, "lapor The Star.

Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike yang sebelum ini dipindahkan daripada mengekalkan kerusi Parlimen Kapar dan ditewaskan apabila bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati pada Pilihan Raya Umum ke-13 berkata beliau tidak rugi apa-apa jika tewas di tangan Khalid di Kuala Selangor.

"Saya tidak rugi apa-apa. Dan saya akan bersungguh-sungguh menentangnya (Khalid)," katanya.

Mike mendakwa beliau mendapat sokongan penuh daripada pesaing-pesaing Khalid di Kuala Selangor termasuk Ketua Penerangan Pemuda, Mazli Saring dan Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Mazli dan Kamil telah kalah kepada Khalid dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2010.

Tambah Mike, Khalid sepatutnya berasa malu apabila sesetengah isi rumah di kampung kawasannya, contohnya Kampung Pasir Tuntung masih tidak mempunyai bekalan air.

"Dan setakat ini, saya telah membantu menyambung bekalan air ke lapan buah rumah di Kampung Pasir Tuntung," katanya.

Kata penyandang Naib Pengerusi PKR Kapar itu lagi, kampung tersebut terletak di kawasan Bukit Malawati, tempat di mana beliau berkhidmat sebagai penyelaras.

Mike juga menambah bahawa dia telah merekrut 3,000 orang ahli untuk menyertai PKR bahagian Kuala Selangor, menjadikan jumlah kesemuanya kepada 9,000 ahli.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak memindahkan 3,000 ahli dari bahagian Kapar. Orang-orang yang saya ambil semua dari kawasan Kuala Selangor," katanya.

Mike selain itu berkata beliau telah memindahkan keahliannya dari Kapar ke Kuala Selangor, bulan lalu.

Sumber yang rapat dengan Khalid pula mengalu-alukan cabaran Mike dan menyatakan beliau mempunyai hak demokratik untuk bertanding mana-mana jawatan yang disukai.

Sementara itu, Khalid dilihat mempunyai perkara-perkara yang lebih besar untuk dibimbangi apatah lagi dirinya kini diserang dari pelbagai sudut berikutan kebimbangan sesetengah pihak yang menjangkakan ADUN Pelabuhan Klang itu boleh mencabar Timbalan Presiden, Azmin Ali dalam pemilihan parti akan datang.

Pihak yang bersimpati dengan Khalid juga percaya bahawa kemelut PKNS yang melibatkan Azmin telah dirancang dengan bijak untuk menjatuhkan bekas Ahli Lembaga Pengarah perbadanan tersebut.

Azmin telah digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut untuk memasukkannya semula ke jawatan asal.

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 09:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 09:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 09:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Dec 2013 09:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2013 09:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Nov 2013 08:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 09:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

219 Penduduk Kampung Sri Indah terima geran tanah | Selangorkini

Posted: 12 Oct 2013 01:55 AM PDT

Paya Jaras terima geran 3

SUNGAI BULOH 12 OKTOBER : Penantian 219 keluarga dari Kampung Sri Indah, Paya Jaras di sini untuk memiliki geran tanah kediaman sejak 20 tahun lalu berakhir hari ini apabila kesemua mereka menerima geran hak milik masing-masing.

Seorang penerima, Goh See Hai, 52, berkata, beliau terpaksa menunggu sekian lama biarpun segala dokumen telah diserahkan sejak Kerajaan Umno-BN dahulu namun sikap yang diamalkan kerajaan pemerintah ketika itu menyebabkan urusan hak milik tanah tertangguh bertahun-tahun.

"Saya telah menetap di kampung ini lebih 20 tahun, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat geran ini, biarpun kerajaan dahulu berjanji untuk menyelesaikannya, tapi akhirnya ia diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Paya Jaras terima geran 1

Bagi Yap Kwai Loon, 52, beliau merasa gembira kerana isu berkenaan dapat diselesaikan kerana terpaksa menunggu selama lebih 23 tahun.

"Dulu wakil MCA ada berjanji untuk menyelesaikannya, tapi saya sudah menunggu terlalu lama, akhirnya dapat juga geran tanah sendiri, terima kasih kepada Adun dan Kerajaan Negeri yang banyak membantu," katanya yang berwajah ceria.

Kedua-dua mereka ditemui ketika satu majlis penyerahan kelulusan geran yang disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah di Dewan JKKK Kampung Sri Indah A, Paya Jaras, di sini hari ini.

Turut hadir, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa.

Sementara itu, Mohd Khairuddin ketika ditemui berkata, sebanyak lima kampung lagi di bawah DUN Paya Jaras masih menunggu geran tanah masing-masing dan berharap isu berkenaan akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mempercepatkan segala urusan berkenaan hak milik tanah ini.

"Di Dun Paya Jaras ini terdapat 15 buah kampung dan sebanyak lima buah kampung masih lagi menunggu dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat membantu segala urusan berkenaan supaya semuanya mendapat hak milikan sendiri," katanya.

Kesemua penduduk berkenaan bakal menerima geran tanah selepas meyelesaikan jumlah premium sebanyak RM1,000 yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri.

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


77 Kereta Musnah, Bengkel Terbakar <b>Di Selayang</b> - 1 Malaysia News

Posted: 20 Jan 2014 08:38 PM PST

Views: 232 views

Rating:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 kereta musnah manakala 25 berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, dekat sini malam tadi.

IMG-20140120-WA0027-1-565x423Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 malam yang melibatkan empat unit kedai termasuk bengkel berkenaan, pihaknya menerima panggilan pada 8.08 dan  tiba lima minit kemudian.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebanyak 12 pegawai dan anggota membabitkan dua jentera dari  Balai Bomba Selayang dan Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Berita berkaitan:

Comments

comments

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved