ads

Jumaat, 14 September 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 14 Sep 2012 07:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Panas! Kuala Langat telah diserang..

Posted: 13 Sep 2012 06:14 PM PDT

Bangsat! Memang bangsat betullah puak pembangkang ni. KUALA LANGAT telah diserang dengan bendera tergantungnya bendera Sang Sangka Bangsa dibeberapa kawasan sekitar Kuala Langat. Perkara ni tak boleh dibiarkan lagi. Makin berlembut makin menjadi kebiadapan mereka ini. Sudahlah mereka mempersendakan bangsa,agama, dan sistem beraja kita sebelum ini.. kini mereka bertambah biadap lagi dengan mempersendakan jalur gemilang.. 
Ni lokasi yang sibangsat gantung
Lokasi (1) Jejantas Pekan Teluk Panglima Garang - laluan utama menghala ke Klang. (2) Lampu isyarat Simpang 3, pekan sg. Jarom, Banting. (3) Pokok Besar - Jalan utara (menghala jmbtn pulau Carey) Kg. Sawah, Banting. (4) Persimpangan masuk Taman Banting Baru.

Ini yg baru dikesan & dpt info. Lain2 blm lagi.

Macam ini ke nak perintah negara.. bila dah perintah.. aku yakin mereka akan buat lebih daripada ini.. 
Kami rakyat Kuala Langat berharap agar pihak berwajib siasat perkara ni.. jangan lepaskan mereka.. bangsat! 

Raya tak abis lagi ni

Posted: 13 Sep 2012 03:58 PM PDT

Aku cuma nak ucap tahniah kepada penganjur sambutan hari raya kat telok datok yang dijadualkan pada malan esok.. bab ni aku setuju sangat.. yelah.. jumpa rakyat maaa...tak salah.. mana pemimpin parti aku ni.. takkan tak buat program sebegini...takkan esok nak pru baru nak jumpa rakyat.. masih tak ubah sikap lagi ke...aduhai...
Cuma...kenapa perlu ada cabutan bertuah ye.. kalau pihak UMNO yang buat korang canang rasuahlah...itulah.. inilah...ermmmm....
Tapi apa pun terima kasih sekali lagi..

Khalid terpaksa bersembunyi bila....

Posted: 13 Sep 2012 03:53 PM PDT


KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak
tanggapan bahawa anaknya Datuk Chua Tee Yong tidak sepadan untuk
berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad.
Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid
kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng,
adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua
Menteri tetapi saya bukan sesiapa.
"Ketika (Barack) Obama berdebat dengan (calon presiden daripada parti
Republican) Mitt Romney... dan siapa Mitt Romney? Obama merupakan
Presiden Amerika Syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran
1MCA Skim Mikro-kredit untuk Belia di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau mengulas ketidakhadiran Menteri Besar Selangor itu untuk berdebat
berhubung isu Talam, anjuran MCA di sini, malam semalam.
Mengenai skim pinjaman 1MCA skim Mikro-kredit, Dr Chua berkata
sebanyak 380 permohonan diluluskan melibatkan kos bernilai RM6.4 juta
bagi membantu golongan muda menjalankan perniagaan. - Bernama
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PENDAFTARAN <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 09:37 PM PDT

Satu sesi pendaftaran dan taklimat kepada peserta-peserta KEDAP telah diadakan bertempat di kelas Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Untuk makluman, SKBL telah terpilih untuk mengadakan kelas dewasa (KEDAP) fasa 2 dan baru sahaja menerima peruntukan di saat-saat akhir. Oleh yang demikian kelas pembelajaran terpaksa diadakan setiap hari bermula dari jam 2 hingga 5 petang bermula Isnin ini hinggalah cukup masa 150 jam yang dieruntukkan. Dalam taklimat ini, penyelaras KEDAP Puan Masliza, PK 1 En Aslian dan Guru Besar Puan Nur Ma telah menyampaikan taklimat dan kata-kata semangat kepada peserta-peserta KEDAP yang akan membuat pendaftaran. Walaupun agak terlewat untuk SKBL terpilih dan memulakan kelas, semua warga SKBL terutamanya guru-guru KEDAP komited untuk menjayakan program KPM ini agar mencapai matlamat yang diharapkan iaitu membasmi buta huruf di kalangan ibu bapa Orang Asli dan akhirnya dapat membantu anak-anak mereka dalam bidang pelajaran ketika mereka berada di rumah. Terima kasih kepada guru-guru yang bersetuju menjadi tenaga pengajar KEDAP walaupun diberitahu pada saat-saat akhir.

ADMIN : Tuntutlah ilmu dari bayi sehinggalah ke akhir hayat.




12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


John Ragai&#39;s Life in the Spirit: <b>Tanjung Sepat</b>: Pantai Morib

Posted: 13 Sep 2012 05:21 PM PDT

After we have enough of Kelalang Beach, we move again to our next destination which is Morib Beach. We do not know that Morib has two beaches namely old and new.
The old beach is the one that is closer to the army camp which I have visited back in 1976 with my Sarawak Foundation Student group.

These are some of the images taken with Tamron 17-50mm f/2.8 VC and AF-S Nikkor 50mm f/1.8G

 As we drive out of the Kelalang Beach area, we were stopped by a group of friendly Kelalang Beach Coast Guard (Monkeys).
 The Beach - 1  The Beach - 2  Playing in the Sand Colours Man and his colourful Kite Children looking for seashell Hi There! She is not a worker but also a visitor to this beach. Preparing the fishing net Encik Shamsuddin, a Sabahan, a taxi drive by profession. Loves to fly kite. Reflection  Running on the Beach  Waiting in the car
A portrait of a wife  Young vendor Busy at work

Next we will head for Ganofarm.

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


5 Maut Nahas Kereta & Lori <b>Di Sekinchan</b> | MyNewsHub

Posted: 10 Sep 2012 06:23 PM PDT

SABAK BERNAM – Lima termasuk tiga beranak maut apabila sebuah kereta dan lori tiga tan bertembung di Km70, Jalan Teluk Intan-Klang di Sekinchan, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa terkorban dikenali sebagai Yeap Chin Hing, 52, pemandu kereta, anak lelakinya, Soon Keong, 19, dan anak perempuannya Chen Wee, 25.

Turut maut dalam kejadian itu ialah dua rakan wanita Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.

"Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu Chin Hing bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Honda CRV dan hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan lalu merempuh lori tiga tan terbabit," katanya.

Beliau berkata Chin Hing, anak lelakinya serta dua rakan wanita itu mati di tempat kejadian, manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, dekat sini.

esemua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang, untuk menghantar Soon Keong melanjutkan pengajian di Taiwan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhamad Norizan Ramli di talian 03-32242222 sambungan 214 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Jemaah Haji Maut Jatuh Bangunan Dikebumikan

Wanita Maut Dilanggar Pencuri Kereta

Lelaki Maut, Motosikal Elak Beruk Lintas Jalan

Remaja Maut Kemalangan Ngeri Di Labuan

Pegawai Khas Husam Musa Terbunuh Nahas Jalan Ray

3 Maut Nahas Berasingan Di Pahang

Suami Isteri Maut, Bayi Selamat Nahas

Pemandu Kontena Maut, Nahas Di Lebuh Raya Karak

Pegawai Polis, Dua Lagi Maut Nahas Di Machang

Jenazah Pelancong Arab Dikebumi Di Langkawi

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Mengunjungi kawasan pelancongan <b>Pasir Panjang</b>, Manjung - Kirapu

Posted: 04 Aug 2012 12:27 AM PDT

Baru-baru ni tergerak pulak nak pegi Pasir Panjang, Manjung. Sebelum ni tak pernah tau pun apa yg ada kat pasir panjang ni selain kampung-kampung melayu dan perkampungan nelayan. Tau tempat ni pun ada member post di facebook dan kebetulan pulak sekarang ni memang ada kat Manjung. Pasir Panjang, Manjung ni terletak di antara ni di antara jalan dari Seri Manjung ke Teluk Intan. Ada satu lagi tempat yg namanya pantai pasir panjang iaitu di segari antara Lumut nak ke Pantai Remis

Antara yg ada di sini ialah Tua pek Kong Temple yg di sini terdapat patung-patung patung gergasi dan hampir 100 patung-patung dan ukiran-uikiran yg melambangkan karakter-karakter dalam kalendar cina. Selain tu, di sini juga ada taman monyet di atas hutan paya bakau tapi tak lah sebesar hutan paya bakar yang di Lumut.





12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibu Tunggal Terima Kerusi Roda Daripada <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 12 Sep 2012 10:18 PM PDT

13 09 2012

Parit 3, 12 Sep    :    Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo hari ini telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ibu Tunggal, Saniah Bakar, 56, yang mengidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi sejak 30 tahun yang lalu dirumahnya di Parit 3 Ban 2 ½  Sungai Burong.

Beliau yang sebelum ini mengalami kesukaran untuk berjalan amat memerlukan kerusi roda berkenaan untuk bergerak kemana-mana terutamanya semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu kepada empat orang anak yang telah kematian suami sejak dua tahun yang lalu, bersyukur dengan pemberian sumbangan kerusi roda tersebut. Dengan adanya kerusi roda tersebut memudahkan makcik untuk bergerak kemana-mana selepas ini, katanya.

Beliau merupakan ibu kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Shah Rizal Mohd Sabrah, yang juga bertugas sebagai Pembantu Pejabat di Pusat Khidmat Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Medan Seleras Tanjong Karang.

Beberapa minggu yang lalu kakitangan PKM DUN Sungai Burong yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Wanitanya, Norsidah Samat telah berkesempatan berkunjung kerumahnya untuk melihat keadaan kesihatannya yang sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Turut mengiringi Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan tersebut ialah Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Dari Lebih 30 Janji Manifesto, Hanya Satu Ditunaikan - UMNO Online

Posted: 05 Sep 2012 01:42 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Dari Lebih 30 Janji Manifesto, Hanya Satu Ditunaikan Di Selangor Itupun Tidak Sepenuhnya

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 5 Sept – Kerajaan pakatan pembangkang di negeri Selangor yang diterajui PKR, DAP dan Pas merupakan sebuah kerajaan yang pincang dan mempunyai pelbagai masalah kerana pakatan ini bukanlah satu pakatan yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat sebaliknya bersatu dalam satu pakatan hanya untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Namun bila kuasa di tangan, pakatan ini bukan sahaja gagal memberikan khidmat yang terbaik malah tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibuat untuk rakyat.

Sebagai contoh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, sepanjang Datuk Dr Zainal mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor, tidak ada kemajuan atau pembangunan yang dibawa sedangkan kerajaan Selangor ketika itu merupakan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan pakatan.

"Janji mereka memang terlalu banyak, mereka kata nak buat pelbagai perkara. Tiga puluh (30) perkara lebih yang mereka keluarkan dalam manifesto, hanya satu sahaja yang dibuat, air percuma itupun tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Saya sendiri tertanya-tanya apa pembaharuan yang dibuat oleh pakatan ini di Selangor, khususnya di Hulu Selangor antara tahun 2008 hingga 2010. Mereka sendiri tidak dapat menjawab sedangkan Pengerusi Komunikasi mereka sendiri, Nik Nazmi dalam satu program pidato, beliau katakan banyak yang telah dibuat tetapi memberikan contoh iaitu membekalkan bekalan elektrik kepada satu perkampungan orang asli, tetapi bila saya tanya lebih dari itu, mereka tidak dapat senaraikannya," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau lagi, BN selepas menang pilihanraya kecil 2010 di Hulu Selangor, BN telah memulakan projek persimpangan lebuhraya utara selatan di Sungai Buaya, memulakan projek SKC Kg Timah, membuat projek perumahan untuk orang-orang miskin di Kg Hassan,  menunaikan janji untuk membina sebuah masjid di Sungai Tinggi malah BN telah pun membina sebuah sekolah Tamil di Serendah dan membina sebuah sekolah Cina di Bukit Beruntung.

"Saya boleh senaraikan, pelbagai inisiatif yang telah kita lakukan. Klinik 1Malaysia telah kita tubuhkan, bukan satu tetapi ada tiga klinik 1Malaysia di Hulu Selangor, Kedai Rakyat 1Malaysia telah kita mulakan, ini semua janji kita. Perbezaan antara BN dan pakatan pembangkang  ialah BN akan menunaikan janji untuk memastikan rakyat didahulukan, pembangkang pula tidak akan menunaikan janji kerana mereka hanya mahu berkuasa semata-mata.

"Rakyat harus faham bahawa pakatan ini hanya mahu menang pilihanraya semata-mata untuk berkuasa tetapi bila dapat kuasa, mereka tidak akan buat apa-apa, contohnya di Hulu Selangor.  Dari tahun 2008-2010, tidak ada satu pun pembangunan dan kemajuan yang dibuat dan baru-baru ini, ada pengusaha-pengusaha perniagaan di Bukit Sentosa, kerana janji Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka, kalau pakatan diberikan undi dan peluang, peniaga-peniaga ini akan dibantu tetapi sampai ke hari ini, tidak ada sebarang bantuan pun yang diterima," ujarnya lagi.

Beliau seterusnya memberitahu pada PRU12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji akan menurunkan cukai pintu, cukai tanah tetapi selepas mendapat kuasa janji itu tidak ditunaikan malah cukai-cukai tersebut dinaikkan.

"Rakyat 1 Malaysia khususnya di Selangor harus sedar, kerajaan dan pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ada apa-apa platform, tidak ada kebolehan dan keupayaan untuk menerajui kerajaan negeri Selangor. Kalau kerajaan Selangor ini pun dah kucar kacir dibuatnya, apa akan jadi kalau mereka diberika peluang untuk mentadbir kerajaan Malaysia ini.

"Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di Unisel, contoh dia nak berikan pendidikan percuma tetapi di Unisel, tempat tinggal pelajar pun mereka tak dapat jaga, inilah kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk diberikan peluang tetapi mereka binasakan segala harapan rakyat begitu sahaja.

"Kita harus sama-sama bangunkan negeri Selangor, saya harap rakyat akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam PRU yang akan datang dengan memilih BN, sama-sama kita buat pembaharuan di negeri Selangor," tambahnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 4:42 PM

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Layan Leko Leko <b>di</b> Plaza Metro <b>Kajang</b> | Nota dari faura

Posted: 12 Sep 2012 12:18 AM PDT

Kebetulan berada di Plaza Metro Kajang, aku singgah sebentar untuk mencuba keropok lekor Terengganu yang dijual di outlet leko-leko. Dulu keropok lekor hanya di jual di tepi tepi jalan sahaja tapi kini setelah di komersialkan kelihatannya mendapat sambutan.


Aku order leko-cheezy mayo. pertama kali aku makan keropok lekor campur cheez, selalunya aku makan keropok lekor dengan cili sos aje.

Harga semangkuk Rm5.90


Nampak sedapkan.. huhu.. :)

Satu lagi produk keluaran bumiputra yang aku rasa berjaya di komersialkan dengan baik. Aku bukan seorang penggemar tegar keropok lekor tapi kalau mengikut rasa di lidah ni, rasanya sedap, mungkin kalau di tambah lagi rasa ikan akan menjadi lebih power.

Cara mereka goreng keropok ni memang terbaik sebab aku lihat tak berminyak, kalau nak tahu  lebih lagi pasal leko leko boleh ler ke http://www.leko-leko.com .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke notafaura.com. Semua yang dicoretkan di sini adalah penulisan saya Rahman dan isteri fauziah. Kami berblogging sekadar mengisi kelapangan waktu . Kebanyakan artikel ditulis berdasarkan dari pandangan kaca mata kami. Maafkan kami sekiranya ada berlaku sebarang kesilapan pada artikel yang di keluarkan. Kami boleh dihubungi di rahman_hussin@yahoo.com dan gee@notafaura.com

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Sehari Bersama Anak Yatim <b>Di Rawang</b> : Ayu Jamal

Posted: 14 Aug 2012 10:33 PM PDT

Posted on | August 15, 2012 | 1 Comment

Sehari bersama anak yatim Rumah Amal Budi Bestari Rawang, sangat menyentuh hati, menyelami kehidupan mereka. Ikhlas ini lah pertama kali saya jejak kaki di rumah anak yatim.

'Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami, permudahkanlah segala urusan kami..'

Siapkan goodies untuk anak anak nanti.

Sungguh kasihan melihat nasib mereka, tambah pula nak raya dah..cuba bayangkan kalau anak kita ditempat mereka.

Kalau anak anak kita, saat ni mesti sedang bergembira dengan shopping raya, kuih raya, mercun raya semua, tapi mereka..subhanallah kita kena datang dan tengok sendiri baru tahu bertapa beruntungnya kita, bersyukur lah kerana kita semua ada keluarga, masih ada mak dan ayah..tapi mereka….

Sayu hati bila mengenangkan bagaimana mereka dipagi raya

wajah anak anak yang makin mengerti dengan kehidupan yang mereka jalani sekarang.

Sedikit bantuan dari kumpulan kami, PINK MANIA GROUP dari B32 Batu Caves, bukan nak menunjuk atau bermegah, tapi memang rasa bertuah sangat, kerana kami antara orang yang terpilih untuk sama sama menyumbang kepada anak anak ini, dapat lah menampung apa apa keperluan mereka untuk hari raya nanti, Syukur Ya Allah...

Senyum dalam tangis..

Betul kata Naim

' orang islam sekarang ramai yang kena beli..senang senang macam tu je.. sebab apa? sebab kemiskinan la, sebab tak mampu nak hidup..dan kita yang mampu… hanya melihat..

Subhanallah..moga kita bukan tergolong dalam golongan orang orang yang hanya sekadar melihat.

Dan ini saat saat happy bersama anak anak Rumah Amal Budi Bestari Rawang, seronok bila dorang riang gembira..

Berebut rebut nak menang.

Anak anak kat sini, sama je macam anak anak kita kat rumah, punya naluri yang sama,main sambil gaduh gaduh..bila nampak ipad dan iphone, semua terkam mintak nak main game..owh up to date betul dorang, seronok tengok bila dorang dapat ipad..ditonyoh tonyohnya..he he..

time ni sayu tengok..teringat Jamal Irsyad dirumah..Ya Allah kalaupown memang ditakdirkan aku yang pergi dulu..biarlah Jamal Irsyad besar dulu…Subhanallah.

Puteri Luk Luk, baru berusia 2 bulan, 2 minggu lepas ditinggalkan oleh kakaknya disini, tak mampu nak menjaganya..kesian.

Yeayyy..moment paling happy untuk anak anak..( kalau anak kita pown sama kan..suka bila dapat hadiah, betul tak?)

Walaupown sekejap, tapi saya rasa sungguh bermakna.

Kami kat sini semua rasa bertuah sangat sebab kenal dengan kapten kami CDM Kak Azilawa, banyak yang kami belajar kat sini, diasuh dan didik jadi anak yang tahu bersyukur, hormat ibu dan ayah..ingat jasa mereka. Terima kasih kak Azi, hanya tuhan yang mampu membalas segala jasa Kak Azi.

Betul kata Kak Azi, kalau kita tak buat bisnes, mungkin kita malu nak singgah rumah anak yatim nak hulur seringgit dua, tapi melalui platform ni..walau sedikit tapi kalau buat sama sama, sedekah dalam bentuk berjemaah..kompem jadi banyak..Alhamdulillah.

Jom la sesama kita jadi insan yang ringan ringan untuk menghulur..dan adik adik Rumah Amal Budi Bestari Rawang, akak pasti akan datang lagi. :-)

note : Inilah motif kami, berniaga sambil beramal..semoga lepas ni ramai lagi yang kami dapat bantu..Insyaallah

Comments

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved