ads

Rabu, 11 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 09:24 PM PDT

Allahuakhar..segala puji-pujian buatMu Ya rob..Mudah-mudahan dikau makbulkan hajat kami semua yang berkumpul di bawah langit Mu yang terbuka luas,dengan suasana yang nyaman,dengan kehadiran beribu-ribu umat Islam yang hasir tanpa mengira fahaman politik kereka berhimpun,bermunajat serta mempunyai satu impian dan hasrat yang satu iaitu memohon kepada Yang Maha Esa agar negara Malaysia yang kita cintai ini aman,agar agama Islam terpelihara serta seluruh umat Islam bersatu-padu..Allahuakbar...Maha suci engkau..makbulkanlah hajat kami semua...
Namun,program anjuran Masjid Negeri Selangor dan MUBARAK ini kurang mendapat sambutan daripada pemimpin-pemimpin daripada UMNO baik peringkat cawangan,bahagian mahupun negeri..kenapa ye..aku pun hairan..hairan yang teramat sangat..kemana ghaibnya mereka ini..nak kata tak tahu..agak mustahil..kerana pelbagai kaedah promosi telah diadakan..yang aku hairan lagi kenapa dan mengapa Menteri Indonesia pun sanggup hadir sebab mereka mendapat tahu adanya program Istighasah Al-Kubra yang julung kali diadakan di Malaysia,walhal pada ketika itu Menteri berkenaan hadir kerana pada ketika ini kita sedang mengamjurkan pertandingan Musabaqah dan Persidangan Ulama.Apa yang menariknya,Menteri Agama Indonesia tu siap baca ayat suci Al-Quran dan bila habis aje majlis,siap dendangkan Qasedah lagi tu...Pemimpin UMNO ermmm siap berdengkur di rumah..Aku ni walaupun orang kuat UMNO dan blog ini blog UMNO tapi aku rasa aku rasa tak salah nak tegur para pemimpin aku yang masih lagi terlena dibuai angan-angan kosong menjadi calon....kalau rasa korang nama korang tercalon untuk PRU nanti...hentikanlah impian korang tu...talam dua muka,siap ada yang tanya,Pm datang tak..alowww...PM datang atau tak toksah kiralah,yang penting kerana Allah swt..jika Allah kata korang layak,layaklah..tak paham beno aku ni..Tahniah dan Syabas Dato Rahman Palil...steady Dato...pemimpin camni aku saluteeeee....
Ermm..aku pun tak tahulah..masih lagi tak sedar dan berasa yang yakin teramat sangat.atau ada udang sebalik batu..kalau kita lihat dari sudut lain pula,perlawanan akhir piala EURO yang lalu..dimana PM kita sendiri turut menyaksikan,perghhh..3 jam sebelum PM hadir,dah sanggup terpacak kat situ,check im dilaman fb atau twitter..bukan main lagi ye...tapi kalau kat majlis ini.ada korang buat..ermm..wahai pemimpin sekelian,hentikanlah sandiwara kalian,ingat rakyat pandang korang ye..kalau nak peristiwa 2008 berulang lagi,buatlah perangai sebegini..
Hari ji PM turun di Bangi!!haaaaa..korang sendiri tengok ye...sapa yang akannturun dulu,dan berapa bas dikeluarkan.tepuk dada tanya iman..awas pemimpin semua,rakyat ada mata,telinga,minda dan tangan...

Sent from my Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok

kamalfarsya: LAGI AHLI PAS KELUAR PARTI......

Posted: 25 Jun 2012 02:40 AM PDT

Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin Pas yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 ahli Pas di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai UMNO setelah lebih 15 tahun menyertai Pas.
Salah seorang daripada mereka, Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.
"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon Pas dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela semalam

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KARMA BBR 2.0 BERLANGSUNG <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 10:44 AM PDT

KARMA BBR 2.0: Penat lelah para AJK dan sukarelawan selama 2 hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2012 berbaloi selepas objektif asal penganjuran karnival ini mencapai matlamatnya.

1. Kutipan keseluruhan mencecah RM 106 ribu dengan sasaran asal RM 100 ribu.

2. Hebahan tabung pembinaan masjid diperluaskan sehingga ke sekitar luar BBR iaitu meliputi Kapar, Meru, Shah Alam malah ada juga sehingga ke Sungai Besar. Buktinya, seramai 3500 orang pengunjung telah direkodkan sepanjang 2 hari karnival ini.

3. Penglibatan agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan rekreasi dalam usaha menjalin ukhuwah dan kerjasama demi penganjuran akan datang. Buktinya, terdapat penglibatan padu daripada pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Selangor, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Kesihatan Daerah Klang, Jabatan Mufti Bahagian Falak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Lembaga Zakat Selangor, Lescopaque (Upin Ipin), Galeri Ilmu, Soopa Doopa & Spider Dritf dan banyak lagi.

4. Matlamat menyatukan masyarakat berbilang kaum di BBR dan sekitarnya bukan sahaja sesama muslim. Buktinya, terdapat penglibatan golongan non-muslim dari program Taichi, Streetsoccer, Waterball, Soopa Doopa, Spider Dritf dan Liga Bolasepak BBR.

5. Pendedahan cintai masjid kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Buktinya penglibatan ramai dalam pertandingan mewarna gambar masjid, menderma bersama Upin & Ipin dan program ilmiah bersama Ustaz Zamri MANTOP.

6. Membantu golongan peniaga kecil di sekitar BBR. Sebanyak 23 lot gerai basah telah dipenuhi dengan pelbagai menu dan juadah. Bagi membantu golongan ini, semua AJK dan sukarelawan telah disediakan kupon untuk pembelian juadah makan tengahari digerai-gerai ini.

7. Membudayakan perniagaan Islam sepertimana diamalkan di Mekah dan Kelantan. Gerai-gerai ditutup sementara waktu pada masa masuknya waktu solat. Semua transaksi perniagaan dihentikan.

8. Menyemai umat solat berjemaah. Semua pengunjung, peniaga dan petugas diwar-warkan solat secara berjemaah di surau sementara yang disediakan. Didapati surau berkenaan dipenuhi dengan para jemaah setiapkali masuknya waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

9. Memperkenalkan apa itu konsert kesenian dalam Islam. Seramai 6 artis telah menjayakan konsert ini yang masing-masing menyeru kepada semua hadirin untuk sentiasa mengingati ALLAH SWT di sepanjang konsert berlangsung.

10. Usaha penganjuran ini mendapat 'restu' dan doa dipermudahkan segala urusan oleh para solihin dan ilmuwan. Antaranya YB Dr Rani, Ustaz Zamri Mantop, Kamal Afendi Hashim, Ustazah Zawiyah Hassan, Dr Shauqi Othman, Ustaz Kapten Asri, Ketua Kampung Meru, Ketua Kampung Batu Belah, Nazir Masjid Batu Belah dan Imam Masjid Batu Belah.

TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Doakan yang terbaik buat Masjid Kita!

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Wayang <b>di Kuala Selangor</b> larang berpasangan, pisah jantina <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:59 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Majlis Daerah Kuala Selangor menetapkan peraturan dimana, pasangan kekasih yang belum berkahwin, dilarang menonton wayang beresebalahan dan perlu duduk berasingan.

Satu-satunya wayang di daerah Kuala Selangor itu adalah pawagam panggung wayang LOTUS FIVE STAR di pusat membeli-belah 1 Plaza Kuala Selangor. Dan wujudnya tanda peringatan pada ruang pawagam itu untuk mengingatkan pasangan supaya duduk berasingan.

wayang kuala selangor Wayang di Kuala Selangor larang berpasangan, pisah jantina

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangguhkan arahan peraturan itu dari dikuatkuasakan.

Suara orang ramai sudah kedengaran dimana ramai yang mengatakan tindakan sedemikian adalah tindakan fanatik dan tidak menghormati orang lain, bangsa lain. Turut dipersoalkan adalah arahan itu dibuat tanpa perbincangan.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan itu, panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Apa pendapat anda? Ini berlaku di Kuala Selangor, dan ianya ditangguhkan sebelum berkemungkinan bakal dikuatkuasakan.

Sumber: TheStar

Related posts:

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b>, Selangor

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Raya <b>di Ulu Kelang</b> :The Nice Idea

Posted: 21 Sep 2009 11:13 PM PDT

  • Pictures by Khairil Hatta
  • benhatta@gmail.com
  • 019-2888-274
  • Tahun ni kami beraya di Ulu Kelang
  • Suasana sungguh meriah dan riang gembira
  • lihat lah gambar2 nye ye.

a-blog-01

Bermaaf-maafan di pagi Raya

a-blog-03

Peace y'all hehehe. Benhattas in the morning.

a-blog-04

Kesopanan dan Ketatasusilaan

a-blog-05

Cucu opah yang terlatest

a-blog-06

Alahai anak omak, ayam den lopeh.

a-blog-07

Atikah cuba nego utk duit raya lebih. gunalah ESQ.

a-blog-08

Amirah dan Hakim bergembira

a-blog-09

Akak and Mirah melompat gembira, Opah and Chek Betot menari dabus.

a-blog-10

Sesi outdoor pulak lah hehe.

a-blog-11

Atikah pun nak jugak

a-blog-12

Dah lama Amirah nak amik gambar macam ni hehe.

a-blog-13

Ni mamat DOTA yang sangat Emo hahaha.

a-blog-14

Berposing sebelum pergi beraya

a-blog-15

3 dara pingitan….yang tengah dah berpunye ye.

a-blog-16

A lil bit of different color taste to add variaties to the set.

a-blog-17

Raya yang sungguh berbunga bunga.

a-blog-18

Pemandangan kuala lumpur di hari raya dari dalam kereta

a-blog-19

Posing jangan tak posing

a-blog-20

A film-like exposure for the album. Bibik kat sebelah kiri pun layan jugak hehehe.

a-blog-02

Kena frame kan gambar ni.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Pusat Karaoke <b>Di Shah Alam</b>, Khalid Samad Kata - Media Shah Alam

Posted: 20 Jun 2012 06:00 AM PDT

Kalau tengok Dari Jauh Nampak macam Tempat Parking Biasa. Tapi bila datang Dekat Rupa-rupanya ada Pusat Karaoke. Tersembunyi di Tingkat Parking dalam Bangunan Giant Sek7, Shah Alam.

Kalau Dahulu Shah Alam terkenal dengan Gelaran Bandar Islamic yang Suci. Tidak Ada Pusat Hiburan, Tiada Pusat Karaoke, Tiada Panggung Wayang.

Tapi Sekarang Tidak Lagi, Dibawah Kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat semuanya sudah Berubah. Pusat Karaoke Sangat Dekat dengan Rumah Sewa Pelajar UITM dan Juga UITM itu Sendiri.Adakah Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS tidak nampak Ataupun Buat-buat Tak Nampak?

Kenapa aku panggil karaoke jamban, pasal besar bilik karaoke tu sama besar macam jamban, sebenarnya orang tak menyanyi sangat dalam karaoke sebesar tu, buat port beromen je…

Visit link:
Pusat Karaoke Di Shah Alam, Khalid Samad Kata "Itu Keperluan Rakyat"

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


MAJLIS PERKAHWINAN PN SHAMIMI <b>DI RAWANG</b> PADA 06/02/12

Posted: 01 Jul 2012 09:20 PM PDT

Perniagaan ais krim ini mula beroperasi pada tahun 01/04/10, melalui Rohani Baharudin Enterprise. bermula dengan kiosk ais krim di pasar malam.Berdasarkan sambutan yang hangat dan jualan ais krim yang memberangsangkan di kiosk tersebut.Honey Soft Ice Cream terus mengorak langkah dengan menyertai upacara-upacara yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta dengan jayanya.Honey Soft Ice Cream bermula dengan hanya penjual ais krim melalui kiosk tunggal, terus mengorak langkah dengan mengeluarkan ais krim sendiri, di bawah jenama Honey Soft Ice Cream.Kini, hanya dalam tempoh setahun, Honey Soft Ice Cream telah memiliki 1 kiosk boleh diubah dan 1 kiosk bergerak Alhamdullilah.

pada saat ini dan ketika ini. selangkah lagi kami kehadapan dengan menerima tempahan dan memberi sewa chocolate fountain kepada pelangan-pelanggan. semoga kehadiran ice-cream dan chocolate fountain ini dapat memeriahkan lagi majlis anda semua.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


sihat cantik menarik: jeunesse <b>di kajang</b>

Posted: 13 Apr 2012 04:25 PM PDT

Bisnes Preview Kembali Lagi Sabtu Ni, Jom Promote ramai-ramai.
kami akan dedahkan 1 rahsia
andalah perintis yg kami cari..
 

Keadaan Banjir <b>di Kajang</b>, Selangor

Posted: 03 Dec 2011 07:33 AM PST

Pehh...semalam aku tengok video banjir di Kajang, Selangor kat TV3. Teruk jugak keadaan di sana. Air naik tinggi tu, yang paling "nyaya" ialah tuan2 punya kenderaan. Bila berlaku banjir mengejut macam ni mesti banyak kenderaan yang kene masuk bengkel.Tokey2 bengkel pun senyum panjang laa, rezeki depa la tu kan. Ada satu video kat youtube ni menunjukkan keadaan seorang perempuan diselamatkan dari atas van menggunakan tangga dari tingkap bangunan. Keadaan air masa tu tengah laju jugak... Alhamdulillah...selamat satu nyawa, tetapi kalau korang perasan ada seorang lagi lelaki yang datang dari sebelah tepi, turut naik menggunakan tangga yang sama. Saspen juga, bila aku tengok keadaan air yang laju semacam tu. Memang satu tragedi yang sangat2 mengejutkan kita ni.

Apepun korang boleh juga layan video dibawah ni.

Video perempuan dan lelaki diselamatkan menggunakan tangga di Kajang
Keadaan banjir di bahagian luar dan dalam Metro, Kajang.
Air sungai dan jalanraya di pekan Kajang
Tengok video ni aku dah rasa macam tsunami "mini" berlaku di Kajang...

  • Banjir bermula pada jam 3.30 petang.
  • Jam 5.30 keadaan dah reda.
  • MPKJ terpaksa bekerja sampai larut malam untuk kerja2 pembersihan.
  • 8.00pm, kereta2 yang parking di bawah Metro masih lagi daklam keadaan banjir.

# Harap2 pihak berkuasa tempatan dapat melakukan sesuatu selepas ni dari mengelakkan tragedi yang sama berulang. Semoga banjir mengejut di Kajang tak berulang lagi.

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


F1 <b>di Sepang</b> 2012

Posted: 22 Mar 2012 10:50 AM PDT

Minggu ni, satu lagi event motorsport yang besar akan berlangsung di Sepang F 1 pada 23~25/03/2012. Acara perlumbaan F1 di Sepang bukanlah perkara asing lagi kepada kita. Semenjak dari tahun 1999 dimana perlumbaan pertama F 1 di Malaysia dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahadir Mohamad sehingga sekarang, litar Sepang F 1 yang sepanjang 5.54km ini tidak pernah lagi hilang pusingannya atau mengecewakan rakyat Malaysia untuk datang menyaksikannya.

Walaupun litar Sepang kini bersaing hebat dengan litar Singapore yang bermain diwaktu malam, Sepang masih lagi menjadi litar terbaik buat semua para pelumba bertaraf dunia termasuk lah acara MotoGp. Dibawah ni bermula tahun 2001 adalah senarai pelumba yang pernah menjuarai Gp di Sepang. Agak2nya tahun 2012 ni giliran siapa pula yerrr....

Esok [Jumaat 23/03/12] adalah hari ujian rasmi pertama bagi kesemua pelumba dan pengeluar kenderaan F 1, bunyi berdesing dan bau petrol akan menghangatkan suasana, adakah esok,lusa dan tulat hujan?. Apapun aku tetap berharap2 Lotus Renault akan buat yang terbaik untuk tahun nih....adiozz...

2011     Germany Sebastian Vettel                    Red Bull-Renault    
2010     Germany Sebastian Vettel                    Red Bull-Renault        
2009     United Kingdom Jenson Button            Brawn-Mercedes        
2008     Finland Kimi Räikkönen                       Ferrari        
2007     Spain Fernando Alonso                       Mc aren-Mercedes             
2006     Italy Giancarlo Fisichella                      Renault         
2005     Spain Fernando Alonso                       Renault    
2004     Germany Michael Schumacher            Ferrari    
2003     Finland Kimi Räikkönen                      McLaren-Mercedes        
2002     Germany Ralf Schumacher                  Williams-BMW    
2001     Germany Michael Schumacher             Ferrari    
2000     Germany Michael Schumacher             Ferrari        

Okeh, mata aku dah ngantuk sangat nih, kalau bertongkat dengan kayu pun bole terjatuh...Antara entri menarik mengenai litar Sepang dan perlumbaan F 1...

Lotus Renault Melawat Proton
Sepang F1 2011

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved